Assalamualaikum and selamat sejahtera semua..
Macam yang aku ceritakan semalam, aku baru je balik dari Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang diadakan kat Residence Inn, Cherating Pahang. Kursus yang pada pandangan aku sendiri, agak best jugak la walaupun masa untuk tukar dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain tu agak singkat tempohnya. Terkejar-kejar sikit nak ikut masa yang ditetapkan sebab tak nak kena denda. Haha.
Nama je retreat. Tapi lebih kepada teambuilding. Memang best. Banyak permainan yang diselitkan maksud or kiasan. Tak payah bebel panjang. Layan gambar pun dah cukup rasanya. Betul tak? Hehe. Layan...
|
Masa nak gerak dah ni. Senyum je Kak Ana ye.. Huhu. |
|
Antara staff Bahagian Khidmat Pengurusan. |
|
Macam-macam posing yang dorang ni buat. Adeh.. |
|
Ini bas lagi satu. Semua lelaki naik bas ni. Ada la 4 ke5 orang staff perempuan yang naik sini. |
|
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Encik Omar. Sesat naik bas yang dipenuhi staff perempuan. Haha. |
|
Dah sampai. Tak silap dalam pukul 3 petang kot. Rasanya la.. Lupa dah. |
|
Pendaftaran, ambik kunci bilik and ambik baju kursus. |
|
Encik Nordin, pengendali kursus. |
|
Kursus dimulakan dengan sesi perkenalan. |
|
Permainan pertama. Tulis nombor ic kat kertas. Then, penceramah kumpulkan and tukar dengan orang lain. Pastu, siapa dapat nombor ic tu, kena cari siapa pemiliknya and tanya beberapa soalan. Last sekali kena mintak tandatangan pemiliknya. Kelam kabut jugak la masa ni. |
|
Tengok tu. Kiri kanan orang tanya kat Abang Lan ni. Famous wooo.. Jadi Tok Penghulu pulak tu masa kursus ni. Memang famous. Haha. |
|
Encik Wan and Puan Ruzilah yang tak dapat cari pemilik nombor ic yang dorang dapat. Kesian kesian.. :-) |
|
Padahal, orang yang dicari tu dekat je. Riuh dewan bila dia pergi kat pemilik nombor ic yang dia dapat. Siapa lagi kalau bukan Kak Salsabila. Geram la tu kena gosip dengan Encik Wan. Haha |
|
Permainan seterusnya. Susun ikut nama la, tahun lahir la, nama datuk la. Macam-macam lagi. Sampai kelam-kabut jadinya. |
|
Ini kalau tak silap main cukupkan nilai duit yang disebut oleh penceramah dengan nilai duit yang tertulis kat tapak tangan kitorang. Aku dapat nilai 1 sen je tau. Tapi kan, walaupun 1 sen, laku tau. Semua orang nak 1 sen. 50 sen orang tolak tepi je. Kah kah kah. |
Ikutkan ada banyak lagi gambar untuk hari pertama kursus tu. Video masa kelam kabut main game tu pun ada. Tapi entah kenapa, tak boleh pulak nak upload. Hangin betul. Software video converter aku pulak entah ke mana hilangnya. Kot la format video tu tak boleh nak masuk ke sini. Kalau tak, boleh jugak aku upload gambar dorang menyanyi berkumpulan tu. Macam-macam kerenah ada. Nanti je aku try upload.
Nota Cik Rimau : Esok la Cik Rimau sambung cerita hari kedua and ketiga kursus. Lagi best dari hari pertama. Huhu.
1 ulasan:
Salam kenal. Dilaz follow
nak ajak join nie. klik sini
http://dilazfamily.blogspot.com/2011/02/jom-buat-duit-heartbeat-tutorial-hb.html
Catat Ulasan