Assalamualaikum and selamat malam..
Entri harini sambungan untuk cerita semalam. Sama jugak macam semalam. Tak mau bebel panjang. Layan gambar jela. Korang pun mesti bosan kan asyik tengok Cik Rimau ni asyik membebel je kerjanya. Betul tak? Eleh.. Tak mau mengaku la tu. Haha. Ok la.. Layan la gambar kat bawah ni ye...
|
Senamrobik. Masa ni duduk dulu. Guna lagu apa entah yang "tinggi-tinggi gunung kinabalu..". Lenguh gila tangan buat macam burung terbang. Tak berhenti tu. Huhu. |
|
Ada macam burung tak? Kah kah kah. |
|
Masuk dewan sebelum memulakan jungle trekking. Duduk ikut kumpulan. |
|
Perbincangan kumpulan untuk siapkan logo, misi and visi kumpulan. |
|
Abang Mat sampai meniarap tu nak siapkan logo kumpulan. Cayalah. |
|
Pembentangan logo yang dibuat. |
|
Masa ni kena gabungkan nama kumpulan, visi, logo and misi. Dah macam apa je logo yang dorang lukis. Nama pun kelakar. Gabungan nama enam kumpulan jadila Hot Rain MahaRanger Blink-Blink. Lawak tol! |
|
Ish ish ish. Penat sangat sampai tertidur. Hehe. |
|
Bergambar dulu dengan baju baru. |
|
Beratur ikut kumpulan sebelum masuk hutan. |
|
Azan and doa dulu sebelum masuk tempat orang. Elakkan gangguan. :-) |
|
Kesian CC Suriah. Kena jugak panjat bukit. Nasib baik sampai jugak ke puncak. |
|
Sempat lagi tu posing dalam hutan. |
|
Sampai jugak ke puncak. Keluarkan bekalan yang konsultan bagi. Kena memasak kat atas bukit weh. Mancis bagi empat batang je. |
|
Dah macam musang berjanggut. Satu kerja pulak nak kena asingkan dulu beras dengan bunga cengkih and lada hitam. Aku memang tak tolong la. Dah banyak sangat tangan yang mengasingkan. Aku jadi tukang kutip kayu or ranting untuk dibakar. |
|
Abang Mokthar senyap-senyap je dah hidupkan api. Guna sebatang mancis je tau. Terus hidup. Hebat tak dia? Ketua kumpulan aku ni. Huhu. |
|
Kayu kat tepi tu buat jadi tempat letak bekas memasak tu. |
|
Gambar ni si Lan (sebelah kanan) ni yang gedik suruh snap sebab dia nak letak kat facebook. Hampeh betul. Abang Mok dengan kain kat tengkuk. Dah macam pakcik-pakcik pergi ke kebun je rupanya. Haha. |
|
Ini bukan kumpulan aku punya. Saja nak tunjuk contoh. |
|
Abang Mok sorang je yang memasak. Yang lain tukang tengok. Termasuk la aku. Aku jadi tukang tangkap gambar je walaupun dah dipesan jangan bawak handphone or kamera ke dalam hutan. Degil betul kan?? Nasib baik tak hilang.. |
|
Siap akhirnya. Kumpulan mana punya entah la. Pinjam sekejap je gambar ni. Hehe. |
|
Muka terkejut kena paksa makan ke Awan oi... |
|
Encik Nordin nak tunjukkan "kekreatifan" CC Suriah buat bekas untuk letak nasi. Kreatif kan? |
|
Muka-muka terpaksa makan nasi yang dimasak sendiri. Haha. Padan muka kitorang. |
|
Tak habis lagi tapi dah rendam dengan air. Alasan je bawah tu kerak. Padahal semua pakat tak nak habiskan. Si Lan lagi bagus. Dia masukkan nasi sikit kat dalam daun, slow-slow campak dalam hutan. Tapi kantoi sebab CC Suriah nampak. Ape da... Nasib baik konsultan tak tau. Kah kah kah. |
|
Ahli kumpulan aku. Kumpulan Rainbow. Lan, Kak Lia, Hanisah, Kak Vani and Puan Ruzilah. Aku takde sebab jadi tukang snap gambar ni. Abang Mok pulak busy memasak. |
|
Dah sampai ke pantai. Dua minit masa yang diberi untuk bersihkan bekas memasak tu guna pasir. |
|
Lan and Kak Lia berusaha keras menyental bekas memasak tu kat atas pasir. Bersih jadinya tau. |
|
Dah penat posing la pulak. |
|
Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik ke hotel. |
|
Beratur semula ikut barisan. Naik bukit balik. Adeh.. Lemah kaki den.. |
|
Seram betul nak lalu kat sini. Licin woo.. Batu dah la tajam. Boleh je lalu kat tepi tu. Tapi kena tanggal kasut la. Leceh pulak kan? Baik lalu atas batu tu je. |
|
Sampai je hotel, dorang pergi bantai berendam dalam kolam. Aku masa ni tidur kat bilik kalau tak silap. |
|
Aktiviti malam. Barbeque and persembahan karaoke berkumpulan. |
|
CC Suriah (Seksyen Kewangan) posing. Comel tak? Hehe. |
|
Antara makanan yang ada malam tu. |
|
Muka-muka tak sabar nak makan. Kih kih kih. Sori Awan famouskan ko kat sini. Hak hak hak. |
|
Group aku tengah menjamu selera. |
|
Juri untuk pertandingan karaoke berkumpulan. Tuan Syed, Encik Omar and Ustaz Zawawi. |
|
Khusyuk tengok persembahan gamaknya. |
|
Tengok staff lelaki. Kemain lagi ek Abang Lan. Enjoy nyanyi. Lupa lagu apa. Ada video tapi malas nak upload. |
|
Style dulu-dulu. Semangat gila Hakam pakai macam ni. Ikut tema betul.. Huhu. |
|
Teruna Bahagian Khidmat Pengurusan. Yang tengah tak sure la bujang lagi ke dah kawin. Hurmm.. |
|
Encik Omar nyanyi lagu Alleycats. |
|
Puan Nurul and Abang Mok nyanyi lagu Seiring dan Sejalan. Dua-dua suara sedap. |
Untuk pengetahuan korang, malam tu aku jadi artis sekejap. Haha. Itu pun kerja kawan-kawan office la. Dorang buat request. Suruh aku menyanyi lagu Aku Takkan Bersuara. Gila betul. Tinggi tu. Suara dah la tak berapa nak ada. Tekak pun kering. Mujur takde lagu tu. Dorang tukar jadi lagu Jerat Percintaan. Pancit jugak la nak nyanyi lagu tu. Ada yang rakam masa aku nyanyi tu. Bila tengok balik, rasa geram pulak. Part macam tu pun tak boleh nak tarik tinggi. Adeh.. Tu la kan. Gelak la lagi masa nyanyi. Kan dah pancit. Kah kah kah.
Tapi kan, masa malam ni, memang ramai la yang menunjukkan bakat terpendam. Tak sangka betul. Ramai boleh menyanyi dengan baik. Ada yang macam suara Awie. Ada yang macam artis terkenal je. Kagum sekejap. Huhu.
Nota Cik Rimau : Jom layan Sahara. Esok la sambung hari ketiga kursus. Huhu.
4 ulasan:
wahhh enjoy yer,. mesti penat2 nye,. i follow you
wah.. menarik aktiviti ni..
yang penting kita enjoyy..
team buliding ek....aiyoooo besh nyer
Catat Ulasan