Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

16 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu!

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini Hari Guru. Aku ucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tak kira la yang dah lama bergelar cikgu or baru je nak memulakan langkah. Satu tugas yang agak mencabar pada pandangan aku. Mencabar la kan sebab kena hadapi pelajar yang bermacam ragam setiap hari. Lain kelas yang diajar, lain la perangai yang cikgu-cikgu jumpa. Kesian cikgu. Even aku bukan cikgu pun, bila aku fikirkan balik zaman aku belajar dulu, aku faham and dapat rasakan macam mana susahnya nak jadi seorang pendidik yang berjaya. 


So, bersempena dengan Hari Guru ni, aku saja la nak imbas memori masa belajar dulu. Memori dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar masa aku belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong. Ada antara yang ceritakan ni pernah mengajar aku and ada jugak yang tak pernah. Tapi saja nak cerita pasal dorang. 


Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar. (Tak sangka ada gambar cikgu-cikgu ni. Jumpa kat facebook sorang senior.)

Cikgu Manisah
- Cikgu ni tak pernah ajar aku. Anak dia sekelas dengan aku, Asyraf. Dia warden asrama masa aku form 1. Baik. Tapi kadang-kadang tegas. Sesuai la dengan jawatan dia sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Cikgu ni jugak la yang tolong aku buat surat penolakan tawaran belajar kat satu sekolah area Kuala Kangsar. Dah terlambat masa tu. Aku tak nak la pergi. Aku pilih sekolah ni jugak. Mujur dia ada. Dia banyak tolong aku sejak dari mula-mula aku masuk asrama lagi. Dia jugak la yang pernah adakan spot check kat asrama and rampas handphone kitorang semua. Naya betul parent kena panggil kalau nak handphone tu balik.. Adeh...


Cikgu Kang Chin Aik
- Tak pasti dia pernah ajar aku ke tak sebelum aku form 5. Yang aku ingat masa form 5 je kot. Dia ajar Matematik. Cikgu ni baik. Baik sangat. Tapi yang aku tak gemar, dia ajar laju gila. Aku dah la tak fokus sangat. Banyak yang aku tak dapat nak kejar. Bila dia tanya faham ke tak, aku angguk je. Bila dia suruh buat latihan dalam kelas, aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Kesian dia. Dapat anak murid malas macam aku. Kan dah dapat A2 je. Lain kali jangan tidur dalam kelas. :-p 

Cikgu ni kreatif jugak tau. Ada sekali tu, aku masuk la pertandingan Inovasi Sains kot. Saja jela cuba. Dah cikgu galakkan masuk. Aku and kawan-kawan buat periuk solar (lupa nama). Tapi yang boleh masak guna tenaga solar je. Kitorang ni macam perbaharui ciptaan tu semula la. Bagi lagi cepat masak ke. Macam tu la. Kebetulan, minggu tu aku and kawan yang masuk pertandingan tu kena pergi kem PRS Prostar peringkat daerah. Mujur ada cikgu ni tolong kitorang sikit-sikit. Idea pun banyak dia yang bagi hint. Dari situ la kitorang buat sikit-sikit. Bila kitorang balik dari kem, keputusan pertandingan diumumkan. Kitorang dapat nombor dua or nombor tiga. Tapi puas hati la menang. Thank you Cikgu Kang. Kalau cikgu tak tolong, mesti kitorang kalah. Hehe.


Cikgu Durrah
Cikgu ni ajar aku Bahasa Inggeris masa aku form 5. Cute and baik hati. Dia banyak puji karangan aku dulu. Bangga sekejap. Haha. Sekarang ni otak dah karat. Jarang guna BI. Nak speaking pun takut salah grammar. Cikgu ni sampai sekarang masih lagi contact dengan adik aku. Dia pernah offer nak support aku kalau aku nak sambung study. Dia tau masalah keluarga aku masa tu. Tapi aku tolak sebab  tak nak susahkan dia. (Dia suruh aku ambik TESL weii.. Erkk.. Mati den.. Haha)


Cikgu Azian
Cikgu ni ajar aku Bahasa Inggeris masa aku form 3. Sangat baik hati. Husband dia pulak mengajar kelas aku subjek Geografi. Dua-dua baik. Cikgu ni gunakan kaedah bagi hadiah sebagai galakan setiap kali ada ujian. Kalau dapat markah tinggi, dia belanja la apa-apa. Aku banyak kali jugak la merasa hadiah daripada dia. Dia selalu buat ujian and kuiz. Setiap kali dia bagi hadiah, itu dah jadi macam suntikan semangat untuk kitorang bersaing sesama sendiri. Bagus jugak la konsep pengajaran cikgu tu. Buat pelajar happy and bersemangat. Hehe. Sebab cikgu ni jugak la, aku jadi minat gila nak belajar subjek ni.


Cikgu Mior
Cikgu yang mengajar aku Bahasa Melayu. Agak serius orangnya. Anak-anak dia semua bijak tau. Anak sulung dia merangkap senior aku, dengar-dengar tengah ambik perubatan sekarang ni. Dah habis dah kot. Huhu. Cikgu ni ok je sepanjang dia mengajar kitorang. Tapi ada la satu peristiwa tu membuatkan dia kecik hati dengan kitorang. 

Masa tu SPM dah dekat. Kelas dah bukak jadi dewan. Ada la cikgu-cikgu buat jadual kelas cara menjawab soalan SPM mengikut subjek. Kebetulan masa kelas untuk cara menjawab soalan Bahasa Melayu, Cikgu Mior ni yang akan ajar. Budak kelas aku ni, boleh pulak hilang ke makmal komputer. Ada la dua tiga orang je yang tinggal. Memang cikgu tu cakap dia terkilan dengan sikap kitorang. Dah la kelas paling atas. Buat perangai pulak. Aku memang risau gila masa tu. SPM dah dekat tapi buat cikgu sakit hati. Mujur dia maafkan kitorang. Alhamdulillah aku dapat result bagus untuk subjek yang dia ajar. Terima kasih Cikgu Mior.


Cikgu Jamil
Cikgu kelas 5 Sains 1. Merangkap cikgu Fizik aku. Best cikgu ni. Nampak garang. Padahal gila-gila. Dia suka buat aku terkejut dalam kelas. Suka hempuk pembaris panjang atas meja. Sampai pecah-pecah jugak la pembaris tu. Lagi satu kan, kalau takde kena buat eksperimen, mata aku automatik mengantuk. Duduk pulak meja paling depan. Dia suka cakap perkataan "Rajah" kuat-kuat. Yang aku ingat dia sebut Raja. Terus mata jadi segar. Hampeh punya cikgu. Suka buat aku blur.. Haha. Pape pun, cikgu ni memang best. Terbaru, aku dengar dia dah tak mengajar kat sekolah tu.


Cikgu Rohizan
Cikgu ni mengajar aku Bahasa Melayu masa form 3 rasanya. Pernah jugak jadi cikgu kelas masa aku form 1. Seorang cikgu yang baik jugak walaupun agak serius. Suka mengajar menggunakan something yang menjadi kegemaran pelajar. Contohnya lagu. Dia suruh la kitorang buat sinopsis cerita dalam bentuk lagu ke. Ambik rentak lagu mana-mana, then ubah lirik. Tapi ok jugak. Memang melekat la nota-nota penting guna cara macam tu. Lagi satu, dia suka suruh kitorang berlakon drama. Segan aku nak berlakon. Haha.


Arwah Cikgu Azam
Arwah seorang cikgu yang baik hati. Mengajar aku Matematik Tambahan masa form 4 and 5. (Form 4 tu tak pasti ada ke tak.) Selalu buat kelas tambahan. Kalau tak dapat jawab soalan, arwah denda kitorang berdiri atas kerusi and meja. Malu woo.. Dah besar-besar kena diri atas meja. Huhu. Arwah jugak la yang buatkan aku jadi minat nak join main softball. Best gila main softball. Merasa la dapat nombor dua peringkat daerah walaupun pertama kali masuk. Semuanya usaha kuat arwah yang cuba menaikkan nama pasukan sekolah kitorang. 

Malangnya, umur arwah tak panjang. Tahun lepas rasanya, aku dapat berita mengejutkan daripada kawan sekelas. First berita aku dapat, dorang bagitau arwah masuk hospital sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Then, arwah koma. Esoknya, berita kematian arwah pulak yang aku terima. Sedih bila dengar berita tu. Tapi apakan daya. Aku tak dapat nak balik kampung masa tu. Hurmm..


Cikgu Noraini
Cikgu yang mengajar subjek Sejarah. Cikgu ni ok. Cuma cara mengajar tu buatkan aku and kawan-kawan jadi bosan. Haha. Padahal dah memang kitorang tak suka subjek tu. Lagipun subjek tu pun memang membosankan la.


Actually, ada ramai lagi cikgu yang aku ingat sampai sekarang. Tapi malas nak cerita panjang. Nanti-nanti je bila rajin. Tapi apa yang pasti, walau macam mana pun cara pengajaran dorang, aku tetap berterima kasih kat dorang. Tanpa dorang, tak mungkin la aku boleh dapat result yang boleh tahan tu. Aku sangat-sangat menghargai usaha dorang mengorbankan masa di hujung minggu dorang untuk ajar kitorang semua semata-mata nak tengok kitorang berjaya. Terima kasih cikgu-cikgu atas semua pengorbanan yang telah dilakukan. Walau di mana pun cikgu-cikgu berada, kami sebagai bekas pelajar anda semua, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. 



Nota Cik Rimau : Esok cuti. Yahooooooo.. Suka ni tau.. Hehe.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Miss my cikgu.. huhu.. =(

Ayie Abas berkata...

CIK IJA...MEMANG ZAMAN PERSEKOLAHAN AKAN MENINGGALKAN 1000 KENANGAN PD KITA...SAMA ADA MANIS @ PAHIT...^_~

rj Etika berkata...

selamat hari guru kepada cikgu cikgu sekalian alam. wahhh...gile hebat ingat nama sume cikgu. tapi nama cikgu durrah tu paling comel. hehe

Cik Rimau berkata...

Anitafasha : same la.. huhu

Cik Rimau berkata...

ayie : betul tu.. still rindu nak kembali ke mase tu.. nak jd budak nakal mcm dulu.. hehe..

Cik Rimau berkata...

rj Etika : xdela ingat sume name.. hehe.. ingat mane yg rapat n ajar cik rimau je kot.. kih3.. cikgu durrah tu memang cute.. comel tau.. hik3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...