Assalamualaikum and selamat malam..
Hai korang semua.. Dah tiga hari aku tak merepek and melalut kat hutan rimba aku ni. Harini baru berkesempatan. Untuk makluman korang (kalau ada yang tertanya-tanya la ke mana aku menghilang), aku ada kursus kat Pahang selama tiga hari. Dua hari kena bermalam kat Residence Inn, Cherating. Walaupun pada mulanya agak berat hati nak pergi, tapi bila dah sampai kesana, aku memang puas hati. Best wooo.. Haha.
Actually, aku sampai rumah pukul 6.20 petang tadi. Area masa tu la kalau tak silap. Mula-mula terfikir jugak, macam mana la nak angkut beg tu balik. Nak naik bas macam payah. Nak naik teksi pulak, takut jalan jammed. Mampus den nak bayar tambang. Mujur ada Kak Jalilah yang baik hati nak hantar aku and Kak Ziha sampai ke rumah. 10 minit je kot dari office ke rumah aku. Sekejap je sampai. Jalan pun clear je. Tak payah susah-susah nak heret beg naik bas. Hehe.
Sebenarnya, ada banyak aku nak cerita. Cerita pasal sambutan Hari Pekerja kat office aku pun aku tak sempat nak update. Aaku dah taip haritu. Tapi terlelap pulak. Langsung lupa nak pos hari Khamis lepas. Esok-esok jela aku pos. Pasal kursus ni pun aku akan masukkan kat sini. Esok aku nak mintak gambar-gambar daripada kawan yang lain. Saja nak kumpul. Lain kamera, lain gambar yang ditangkap. Betul tak? Tapi serius, kursus yang aku pergi ni memang best. Ada memasak dalam hutan. Siap kena makan pulak tu. Panjat bukit. Redah batu tajam kat pantai. Semua tu tunjukkan esok jela ye. Sekarang aku dah penat. Nak tidur pulak. Jumpa esok. Hehehe.
Nota Cik Rimau : Normal ke tak ek kalau Cik Rimau tak suka kena peluk? Bukan peluk yang tak senonoh tu. Maksud Cik Rimau, peluk antara perempuan dengan perempuan. Contohnya, lepas salam nak berpisah or lepas solat berjemaah tu. Kan ada peluk-peluk and laga pipi tu. Normal tak kalau Cik Rimau tak suka? Cik Rimau bukan geli. Cuma tak suka je. Hahah.
3 ulasan:
normal kot..
tapi kan tujuan peluk n salam tu tuk merapatkan ukhwah dan menunjukan kasih sayang sesama muslim..
=D
normal la tuh..akak pon tak suka..huhu..tapi tu kan perkara baik..jadi elok la kiranya berpeluk, ngn pompuan je pon~~
tau xpe.. dah seminggu gak x update ni cik rimau.. makin ari makin bz.. name pun keje kan.. kne r utamakan.. huu
Catat Ulasan