Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 Februari 2011

Ada Apa Pada Nama?

Salam...

MySpace Buruk kan template baru blog aku ni? Lantak la. Malas dah nak godek-godek. Berpinar bijik mata asyik menghadap laptop je. Huhu. Lagi aku usik karang makin teruk pulak jadinya. So, biarkan jela macam ni je. Nanti kalau dah rajin aku ubah lagi. 

Hurrmm.. Ada apa pada nama? Bukan nak mengundang marah pada sesiapa. Just nak menyatakan pendapat aku. Kenapa ye, ada orang yang tak suka pada nama yang berketurunan ni? Cemburu? Takkan la. Nama je pun. 

Aku tak mintak pun dilahirkan dalam keluarga yang punya nama pangkal "RAJA". Dah abah aku keturunannya raja, aku sebagai anak pun mesti pakai nama tu kan? Masa bagi nama pun, aku kan kecik lagi. Bukannya aku boleh halang abah aku bagi nama raja kat pangkal nama aku. 

Kalau nak diikutkan, aku pun tak berapa nak gemar orang panggil aku Raja. Aku lebih suka gunakan nama Ija. Masa sekolah dulu pun agak bermasalah kalau cikgu panggil nama raja ni sebab adik aku pun sekolah yang sama jugak. Sebab tu la sekarang ni, kalau aku baru kenal dengan sape-sape, aku kenalkan diri aku sebagai Ija je. Aku malas nak guna nama raja tu. 

Masa mula-mula kerja tu pun, aku kenalkan diri aku sebagai Ija. Tapi orang ofis tak bagi guna nama tu sebab ada sorang akak tu pun namanya Ija jugak. Nak tak nak aku terpaksa la biarkan dorang panggil aku raja walaupun aku seboleh-bolehnya tak nak guna nama tu. Sekarang ni akak yang sama nama dengan aku tu dah tukar bahagian. Aku boleh je suruh orang panggil aku Ija. Tapi kan, tak ke janggal kalau tiba-tiba nak tukar nama panggilan aku. Aku tak kisah dorang nak panggil aku apa. Janji itu nama aku and tak panggil aku dengan nama bukan-bukan. Tapi tak sangka pulak nama tu membuatkan ada orang yang tak suka. Kelakar betul. Sebab nama je boleh menimbulkan masalah. 

Tak semestinya orang yang asalnya keturunan raja, tengku, ku or apa-apa gelaran lagi ni berlagak. Aku tak bangga pun aku keturunan raja. Sama je macam keturunan biasa. Lagipun aku sendiri pun tak tau aku keturunan raja mana sebab abah aku rahsiakan sape nenek moyang aku. Kadang-kadang orang tanya aku keturunan raja mana. Manalah aku tau. Pedulikan la keturunan, pangkat or harta ni. Kita semua sama di sisi Allah. Nama or pangkat yang kita ada kat dunia ni tak ada nilainya bila kita dah mati. Jadi, untuk apa terlalu memandang pada nama and pangkat ni? 

Nota Cik Rimau : Salah ke Cik Rimau dilahirkan dengan nama Raja ni? MySpace

6 ulasan:

MaTNaggeR berkata...

Awak tersenarai dalam contest mudah. senang jerrr. pls visit:
http://matnagger-mcnagger.blogspot.com/2011/02/pertandingan-mudah-follower-ke-101-150.html

Liza @ Adzriel AB berkata...

be yourself... ish..tak de yg pelik kat blog ni. Ada kucing comel dgn anak 4 ekor.

http://arifikhwan.blogspot.com/2010/09/nama-nama-yang-baik.html

yg penting kita selesa dgn nama kita.

Ze_Mhis berkata...

takde salah nye pun.. lagipun, itu nama awak. diorang jeles je tuhh.. dah, ingat benda2 hepi je.. kalau nak pikir senangkan hati diorang je, boleh gila nanti. janji awak tak kacau orang dah.


happy blogging!

Cik Rimau berkata...

MaTNaggeR : ok.. nnt sy tgok.. hehe

Adzriel AB : huhu.. saje letak kucing sebab nk bg ceriakan blog yg nampak suram ni.. huhu

Piah Becok : hurmm.. manusia ni mcm2 ragam kan... name pon jd masalah.. huhu

MaTNaggeR berkata...

Tahniah mengikuti contest saye =)
U I tag kat sini
http://matnagger-mcnagger.blogspot.com/2011/02/traffic-best-untuk-cny-2011.html

Cik Rimau berkata...

huhu.. tq2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...