Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

04 Mac 2011

Hari Jumaat Yang Paling Menyedihkan Dalam Hidup Aku

Salam..

Selamat hari Jumaat semua. Apa aktiviti korang harini? Yang lelaki tak payah tanya pun takpe kot. Dah tau dah. Korang mesti pergi masjid tengah hari tadi kan. Kalau ada lelaki yang beragama Islam tapi tak pergi solat Jumaat tanpa alasan , aku tak tau la nak cakap apa. Hehe.

Kenapa dengan tajuk kat atas tu? Bukan harini punya cerita eh. Tapi cerita ni terjadi pada hari Jumaat tahun 2009. Aku ingat lagi tarikhnya. 14.8.2009. Betul-betul dua minggu sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan. Kalau korang nak tau, pada tarikh and hari ini la, abah aku meninggal dunia pada usia 90 tahun. 

Aku ingat lagi masa tu. Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Aku plan nak balik kampung tengok abah and abang petang tu. Siap dah packing baju bawak pergi pejabat. Senang sikit. Tak payah nak balik semula ambik barang. Habis je kerja boleh terus balik. 

Untuk pengetahuan korang, abah aku tinggal dengan abang aku je masa tu. Adik aku masih di Perak sebab kerja dengan kawan aku. Ikutkan aku nak bawak abah aku pindah Perak balik lepas aku dapat gaji bulan tu. Aku pun dah dapat dah orang yang boleh pindahkan barang ke rumah kitorang kat Perak tu. Aku memang dah excited dah masa tu sebab akhirnya dapat jugak balik ke kampung halaman. Lagipun, abah aku  sendiri pun memang dah lama berhajat nak duduk Perak semula. Tapi nak buat macam mana. Aku pun baru je kerja masa tu. So, kewangan agak terbatas. Bulan tu je baru berpeluang untuk tunaikan hajat abah. Malangnya, hasrat abah tu tak tercapai. Abah tak sempat nak jejakkan kaki ke Perak semula. Aku rasa terkilan sangat-sangat sebab tak sempat tunaikan hajat abah.

Seingat aku, pagi tu cuaca suram je. Redup dari pagi sampai petang. Pagi tu pun, aku dah rasa lain macam. Sejuk pun lain macam je. Tapi aku cuba abaikan rasa tak sedap hati tu.  Cuba tak memikirkan ada perkara yang buruk terjadi. Paling aku tak nak dengar kalau perkara buruk tu melibatkan abah aku. Tapi perkara yang aku paling tak nak dengar tu jugak la yang jadi. Dalam pukul 10 lebih, adik aku call. Dengan suara yang tengah menangis tu, dia bagitau yang abah aku dah meninggal. Aku terdiam masa tu. Aku tak percaya. Lepas adik aku cakap ada orang yang call bagitau dia, aku call pulak orang yang bagitau tu. Katanya abah aku dah meninggal awal pagi tu. Aku terus menangis. Aku sedih and sakit hati pun ada. Kenapa dah dekat tengah hari baru nak bagitau aku? Bila ditanya, alasan dorang simple je. Takde nombor handphone aku and dah try call tapi aku tak angkat. Penipu!!!

Aku dapat je berita tu, aku terus jumpa bos aku. Mintak half day sebab nak terus balik kampung. Aku terus gerak nak pergi ke Puduraya. Nasib baik bos aku hantarkan ke situ. Tapi malangnya, bas ke situ pulak takde. Sejam lebih aku tunggu. Aku risau tak sempat nak  tengok abah buat kali terakhir. Sebab masa aku tengah tunggu bas tu, ada sorang anak sedara abah yang aku tak pernah kenal, call bagitau aku yang dorang nak kebumikan abah lepas solat Jumaat. Aku takut sangat dorang tak tunggu aku. Nasib baik jugak tak lama lepas tu bas sampai. Sepanjang aku dalam bas tu, aku menangis tak berenti. Memang sedih sebab aku anak yang paling rapat dengan abah.

Sampai je kat kampung, aku tengok jam dah 2.30 kalau tak silap. Anak kawan abah aku mula-mula bawak aku pergi ke rumah anak angkat abah. Tapi rupa-rupanya dorang dah gerak ke tanah perkuburan. Sampai hati dorang tak tunggu aku balik.  Tak berhati perut. Terus anak kawan abah tu bawak aku ke sana. Mujur jugak sempat. Kesian kat adik aku sebab tak sempat tengok abah buat kali terakhir. Dia tak dapat tiket siang.Kesian jugak kat abang aku. Menangis tak berenti dia. Aku ingat aku kuat. Boleh tahan menangis. Tapi tengok abang aku, terus air mata mengalir. Sedih sangat masa tu.

And saat tu jugak aku terfikir. Siapa nak jaga abang aku? Boleh ke aku jaga abang aku? Boleh ke aku jadi ketua keluarga? Boleh ke aku adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga? Boleh ke aku sorang jaga abang and adik aku? Layak ke aku untuk ambik semua tanggungjawab tu? Aku baru 20 tahun masa tu. Mampu ke aku buat semua tu? Memang masa tu aku rasa sangat-sangat tertekan.

Lepas je selesai urusan pengebumian abah aku tu, aku tak tau ke mana arah tuju aku. Kalau korang nak tau, selain daripada anak angkat abah aku tu, aku tak kenal sesiapa pun sedara sebelah abah aku. Abah tak kenalkan kitorang kat dorang semua. Aku pun tak tau kenapa. Masa aku tengah bingung tu la, muncul seseorang yang mengaku dia anak sedara abah. Dia kenalkan diri dia sebagai Along. Kiranya dia ni sepupu kitorang la sebab dia anak kepada adik abah aku. 

Anak angkat abah pun datang jumpa aku. Dia tanya abang aku macam mana? Sape nak jaga? Aku memang sakit hati dengan soalan dia. Bayangkan la. Orang tengah sedih-sedih abah baru meninggal, dia boleh tanya macam tu. Nasib baik Along tu cakap, balik rumah dulu la baru bincang. Masa kat rumah anak angkat abah tu, memang ramai sedara mara sebelah abah yang datang. Anak sedara aku pun, aku baru kenal masa tu. Anak angkat abah tu mana ada nak kenalkan sape kitorang kat sedara mara yang datang tu. Untuk pengetahuan korang, kitorang adik-beradik tak ngam dengan anak angkat abah. Aku sendiri pun tak tau kenapa dia benci sangat kat kitorang.

Malam tu, kawan-kawan serumah aku datang. Dorang hantarkan adik aku. Masa tu aku dah cool dah. Dah tak menangis. Boleh pulak salah sorang kawan yang datang tu cakap macam ni, "Ja, ko ni takde perasaan ke? Ko tak menangis pun." Dia tak tau, sepanjang petang tu aku menangis. Takkan aku nak menangis terus-terusan kan? Lagipun aku kena kuat. Kalau aku lembik, adik aku mesti lagi teruk. Memang ye pun. Masa adik aku sampai, dia still lagi menangis. Mungkin dia sedih sebab tak sempat sampai masa abah dikebumikan.

Esoknya, Along tanya kitorang. Abang kitorang macam mana? Sape nak jaga? Aku cakap aku yang jaga. Sebab sebelum tu, anak angkat abah cadangkan kitorang hantar ke Rumah Kebajikan. Sedap-sedap hati dia je. Tapi aku and adik aku tak setuju. Sebab kitorang dah pernah janji dengan arwah abah yang kitorang takkan abaikan or tinggalkan abang kitorang kat Rumah Kebajikan tak kira apa pun yang jadi. Lagipun kitorang tak sanggup nak pisah-pisah.

Lepas dapat persetujuan, Along kata dia sanggup jaga abang aku untuk sementara waktu sampai aku dapat cari rumah sewa sendiri. Tapi tu la kan. Ada la dalam dua bulan je dia jaga abang aku. Mungkin termakan dengan hasutan anak angkat abah tu, dia paksa aku ambik abang aku. Aku dah la still tak dapat umah lagi masa tu. Faham-faham jela nak sewa rumah kat KL ni macam mana. Ada yang nak 1+1 and ada yang nak 2+1 la. Aku still tak cukup duit masa tu. Adik aku pun time tu dah duduk dengan aku and still tak kerja. Mana la aku nak dapat rumah lagi. Tapi terpaksa jugak aku ambik. (Panjang lagi ceritanya.. Kalau aku rasa aku nak cerita, aku cerita la nanti.)


Nota Cik Rimau : Cik Rimau mintak maaf pada sesiapa yang rasa Cik Rimau suka nak cari perhatian or simpati orang lain. Takde niat macam tu pun. Cuma Cik Rimau teringat kenangan pahit ni and rasa nak meluahkan je. Lagipun tujuan utama Cik Rimau buat blog ni pun dulu disebabkan masalah dalam hidup Cik Rimau ni la. Takde tempat nak meluahkan. Nak bercerita direct dengan kawan karang, for sure mesti dah meleleh je ni. So, better menulis. Dapat sembunyikan emosi sebenar daripada orang sekeliling.. :-(

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

doa jer la banyak2 kan...

Cik Rimau berkata...

Mr. IX : huhu.. kenangan lame. tibe2 teringat..

Meteoragurlz : Huhu.. sabo la nie.. dah lame dah pon kan.. :-(

Tanpa Nama berkata...

tenang2 kan fikiran anda

Unknown berkata...

Sedih atok baca kisah cik rimau. Jangan risau, kami ada kat belakang cik rimau. Sharelah apa nak share. Sedekahkan Al-fatihah kat ayah k

Cik Rimau berkata...

Anon : baik anon.. huhu

Atok : huhu.. dah lame dah sume ni tok.. baru harini tergerak nak citer.. tq atok..

sadiah berkata...

kita kena banyak bersabar dik. akak pun dah tak da orang tua......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...