Harini agak memenatkan sikit. Bukan penat sebab kena buat kerja berat. Tapi penat, letih, marah, hangin satu badan, rasa nak mengamuk and menyampah dengan perangai sesetengah orang kat dalam ofis aku ni. Pagi-pagi dah buat bising. Dah tau ada mesyuarat penting, kenapa baru pagi tadi baru nak cari bahan-bahan yang nak digunakan dalam mesyuarat tu? Then, mula la keluar perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan. Asyik salahkan orang lain. Come on la. Sebelum menyalahkan orang lain, cek dulu diri kita sendiri. Perfect sangat ke apa yang kita buat? Pelik betul dengan perangai orang yang perasan diri bagus tapi sebenarnya banyak cakap kosong. Tin kosong ok! Malas nak cakap sape orangnya.
So, tengah hari tadi masa lunch hour, aku, Kak Ziha and Cik Nita pergi melarikan diri sekejap kat Dayabumi. Ingatkan boleh la amankan fikiran kejap. Tapi menyakitkan hati ada la. Memang la dapat tenangkan fikiran sekejap. Tapi yang tak bestnya tu, boleh lak orang kedai tu lambat siapkan makanan kitorang. Nasi ayam je pun kitorang order. Bila tanya, selamba je cakap tengah siapkan yang order bungkus dulu. Hangin je. Ada la dalam 10 minit rehat nak abis, baru sampai order kitorang. Dah la tak kasi sup sekali. Haiiissshhh.. Macam ni punya orang pun ada ke? Huhu.
Hurmm.. Aku tiba-tiba terfikir nak buat satu lagi blog. What for? Ada la. Nanti-nanti tau jugak kan. Hehe.Actually aku tengah layan cerita Ghost Whisperer ni. Quite scary jugak la episod kali ni. Ada The Shadow and The Shinies la pulak. Selalu setakat ada dalam dialog je. Tapi kali ni, siap muncul pulak watak-watak tu. Ketar jugak la aku tengok. Haha. Ok la. Nak layan Ayoub lak. Mula-mula ingat cerita ni tak best. Tapi bila tengok macam best lak. Hehe. Nak layan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan