Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

15 Januari 2011

Rindu Nak Jadi Budak Sekolah

MySpace Harini aku bukan nak story pasal Pakcik tu. Lagipun takde apa yang menarik pun untuk diceritakan harini. Just ada ot lepas tu balik sebab tiba-tiba je blackout. Berbalik pada apa aku nak ceritakan ni, aku tiba-tiba pulak rasa rindu nak balik ke alam persekolahan. Hehe. Tiap-tiap hari tengok budak-budak sekolah tunggu bas nak pergi sekolah, aku rasa jelous je. Best je jadi budak sekolah. Tak perlu nak fikir banyak benda. Just belajar je untuk dapatkan keputusan yang bagus dalam exam. Warning! Entri ini agak panjang daripada biasa. Hehe.

Aku dulu sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Bekor. Sekolah ni terletak agak "ceruk" jugak la orang kata. Hehe. Masa aku mula-mula masuk sekolah ni, aku terpaksa mengakui yang aku agak lembab sikit. Haha. Serius tak tipu. Mengeja pun tak betul. Kan masa darjah 1 ada buku yang letakkan perkataan yang bersesuaian dengan gambar yang ada. Aku ni punya la lembab sampaikan perkataan meja aku letak kat baju, perkataan kasut aku letak kat gambar  buku (sebagai contoh jela ye.. Bukan aku ingat pun apa perkataan tu.. Huhu). 

Masa darjah 1, aku takde banyak kawan. Macam terpinggir jugak la. Kan aku agak lembab sikit masa tu. Haha. Kalau ada ujian, markah aku rendah. Aku tak ingat sejak bila, tapi  lama-kelamaan aku semakin cepat tangkap apa cikgu ajar. Masa exam hujung tahun tu aku dapat nombor 3 dalam kelas. And start darjah 3 kalau tak silap, aku mula dapat nombor 1. Tak pernah dipotong. Hehe. Puas hati aku dapat kalahkan Udin, member sekampung yang selalu dapat nombor 1 tu la. Masa sekolah rendah, aku ni agak pendiam. Cakap sikit sangat. Aku rapat dengan Izzati je pun masa tu. Dengan Izzati and Wati je aku cakap banyak. 

And disebabkan sikap tak banyak cakap aku tu jugak la, cikgu jarang pilih aku masuk pertandingan apa-apa untuk jadi wakil sekolah. Sukan pun aku pernah jadi wakil sekolah untuk pertandingan lontar peluru je. Haha. Bola jaring or bola baling aku tak pernah terpilih jadi wakil. Lemah sukan betul aku ni kan? Hehe. Tapi takpela. Sukan lemah pun, akademik  ok. So, takde la nampak aku ni macam kambing hitam je kat sekolah tu. Aku start terpilih jadi wakil sekolah masa aku darjah 5. Cikgu Shamsul mintak aku jadi peserta untuk pertandingan bercerita bahasa inggeris. Gila la. Dapat la nombor 5 dalam pada terketar-ketar kat pentas tu. Hehe. Lepas tu aku banyak la dipilih masuk pertandingan. Pernah sekali tu, ustazah dah pilih aku untuk jadi penyanyi solo untuk  pertandingan nasyid. berkumpulan. Sekali masa pertandingan dah nak dekat, boleh pulak suara aku jadi serak. Haish. Spoil betul la. So, Mala yang jadi pengganti. Huhu.

Masa darjah 6 pulak, kulit muka aku buat hal. Aku tak tau kenapa. Kulit aku mengelupas macam kena air panas je. Cikgu-cikgu semua ingat aku terkena air panas and terkena ulat gatal. Dorang suruh aku pergi klinik. Tapi bila pergi klinik, nurse pun tak pasti kenapa. Nurse-nurse just nasihatkan, jangan pakai apa-apa sabun kat muka and sapu muka dengan lidah buaya. Ikutkan aku malu nak pergi sekolah. Kawan-kawan lelaki kutuk-kutuk aku. Malu tau. Huhu. And then aku try jugak la saranan nurse tu. Alhamdulillah menjadi. Muka aku jadi licin and semua kulit yang mengelupas tu hilang. Kawan lelaki yang suka kutuk-kutuk aku tu pun terus puji. Haha.

Masa aku sekolah rendah ni jugak, aku agak bijak(tak pasti nak guna perkataan apa) dalam subjek Matematik, Bahasa Melayu (Penulisan), and Bahasa Inggeris. So, selalu la dipuji dalam kelas. Haha. Matematik aku selalu bersaing dengan Udin. Aku selalu dapat markah penuh untuk kertas 2. Hehe. Sains masa darjah 4 je aku pandai sikit. Masuk darjah 5 dah tak pandai. Maybe sebab tukar cikgu. Jadi tak best pulak. Hehe. Cikgu-cikgu selalu jugak buat kelas hari Sabtu or Ahad. Kalau ada kelas, mesti rasa berat hati je nak pergi. Sebab nanti terlepas la nak tengok Dragon Ballz. Err.. Untuk pengetahuan korang, kitorang dulu gilakan siri kartun tu ye. Hehe.

And untuk pengetahuan korang jugak, aku selalu sangat digosipkan dengan Udin, anak imam kampung. Teacher Maridah la yang selalu kaitkan kitorang. Abang and kakak si Udin tu pun sama je. Pantang aku lalu kat depan rumah dorang, mesti nak usik aku dengan adik dorang tu. Huhu. Aku tak berminat sangat dengan mamat ni. Just kawan sekampung je. And jugak kawan lumba basikal dengan aku. Selalu balik sekolah sekali dengan Udin and Epoi. Bila Epoi dah sampai rumah dia, tinggal aku dengan Udin je. Kalau sebelum tu bising je, tapi bila tinggal berdua terus menyepi. Haha. And masa kat sekolah rendah jugak la, mak ayah kawan-kawan aku asyik tanyakan rahsia nak bagi anak-anak bijak kat abah aku. Aku and adik aku kan selalu dapat nombor 1 dalam kelas. So, dorang ingat abah aku ada la bagi makan or doa apa-apa untuk jadi bijak. Apa-apa jela. Tapi sebenarnya mana ada rahsia apa pun. Aku dulu agak rajin. Balik je sekolah terus buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Dalam kelas aku memang tumpu betul-betul. Hehe. Oh ya, masa kat sekolah rendah jugak, Udin dilantik sebagai Ketua Pengawas and aku pulak sebagai Penolong Ketua Pengawas. Bertugas pulak bersama dia ni. So, menimbulkan jelous jugak la pada budak-budak perempuan yang tergila-gilakan si Udin ni. Huhu.

Tamat sekolah rendah, aku sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong. Ikutkan aku dapat tawaran masuk kat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. Aku dapat 3A je dalam UPSR. Tapi aku tolak tawaran tu sebab takut (dengar banyak cerita tak elok pasal asrama situ. Hehe). So, seminggu je aku ulang alik pergi sekolah naik bot. Lepas tu dah dapat masuk asrama. Aku dapat masuk kelas 1 Amanah. Kelas pertama la kiranya. Ramai gila masa tu. Maklumlah masa tu, mana-mana yang dapat 4A and 5A belum dapat tawaran asrama penuh. So, terpaksa la dorang stay kat sekolah tu buat sementara waktu. Aku dapat sekelas dengan kawan sekampung aku, Sartila namanya. Kalau nak kenal muka kawan-kawan aku masa sekolah menengah, klik sini. Aku duduk sebelah dengan dia masa form 1. Seminggu lepas tu, bilangan penghuni kelas 1A dah berkurang sebab ramai dah dapat tawaran asrama penuh.

Masa aku dapat masuk asrama, aku rasa berat hati betul la nak tinggalkan rumah. Haha. Masa kat asrama ni la, aku berkenalan dengan Wahidah. Masa tu baru tau yang kitorang sekelas. Kat asrama ni yang bestnya, banyak benda kitorang buat berkumpulan. Makan pun ada kumpulan. Masa form 1 aku memang tak banyak cakap. Sebab banyak senior je duduk asrama. Untuk pengetahuan korang, asrama tu kecik je. Asrama desa la katakan. Memuatkan 36 orang sahaja (dah jadi 40 masa aku form 5). Paling aku suka masa duduk asrama, bila ada Gerkorama (nama lainnya, Karnival Asrama). Best sebab dapat jumpa member-member asrama dari sekolah lain. And ada jugak yang suka sebab dapat cuci mata / mengorat budak Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford (Bagi korang yang tak tau, sekolah ni terdiri daripada budak-budak lelaki sahaja. Kalau ada perempuan pun, hanya student form 6). Kitorang paling anti dengan budak-budak Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom. Kenapa, aku tak pasti pulak. Haha. 

Bila dah masuk sekolah menengah, prestasi akademik aku sedikit menurun. Maklumlah, saingan dah makin ramai. Aku selalu dapat nombor 7 or 8 dalam tingkatan. Kalau dalam kelas area nombor 4 or 5. Aku paling suka belajar Bahasa Inggeris masa aku form 2 and 3 sebab Cikgu Azian yang ajar. Cara pengajaran dia sangat best ok. Dia selalu bagi kitorang hadiah sebagai galakan untuk kitorang buat lebih bagus setiap kali dia buat kuiz. Aku tak pernah miss dapat hadiah. Haha. Subjek yang paling kitorang tak suka, Geografi and Sejarah. Sebabnya, Geografi Cikgu Shuhaimi (tak pasti betul ke tak nama dia) suka ajar kat dalam Bilik Tayang. Bilik tu gelap and tempat agak sempit. Selalu la kitorang buat taik mata dalam tu. Haha. Jahat kan. Sejarah pulak, masa Cikgu Noraini ajar. Sangat bosan sebab dia suka duduk and banyak bercakap je. Lepas tu suka suruh kitorang baca teks kuat-kuat dalam kelas. Puas jugak la kitorang nak menahan mata daripada terlelap sebab cikgu tu garang tau. Haha.

Masa form 1, kelas kitorang ada masuk pertandingan menyanyi masa minggu Bahasa Inggeris. Tak sangka kelas kitorang dapat nombor 2. Sukanya. Hehe. Aku jugak pernah ditawarkan jadi pengawas tapi aku tolak. Bengong masa tu. Pastu, aku dapat tawaran jadi Pembimbing Rakan Sebaya. Aku terima jela. Masa tu aku form 2 tak silap aku. Masa form 2, tak banyak sangat kenangan best. Kalau ada pun, aku selalu bertekak dengan dua orang kawan lelaki sekelas. Syafiq and Fadhil. Dorang suka buli aku tau. Ada ke patut ada sekali tu, masa nak adakan raptai sukan la. Dorang masukkan semua plastik roti and kotak air yang dah kosong ke dalam beg aku. Aku balas dendam, aku masukkan balik dalam beg salah sorang dari dorang. 

Tapi tu la. Aku jugak yang kena balik lepas tu. Dorang pergi tahan aku kat pintu belakang kelas and kejar aku sebab nak hempuk dengan cushion yang dorang ambik dari Bilik Kaunseling sebelah kelas aku. Naya betul la. Dah la tu, siap tahan aku rapat kat dinding. Takut wooo.. Haha. Masa form 2 ni jugak, aku macam tangkap cintan kat A. Dia selalu duduk depan aku and then tenung aku lama-lama. Pastu tiba-tiba cakap, "kamu cantik la Raja". Hahaha. Gila kan. Malu aku. Bengong punya A. Tapi sekejap jela aku suka dia. Sebabnya salah sorang kawan baik aku suka dia.

Masuk form 3, cikgu kelas aku suruh kitorang isikan target yang nak dicapai masa PMR nanti. Aku target 6A je. Tak yakin dengan diri sendiri. Cikgu siap suruh tampal kat atas meja masing-masing. Bagi ingat sikit nak belajar bila tengok target tu. Macam tak berkesan je. Haha. Masa form 3 ni jugak, salah sorang kawan baik aku tukar kelas lain sebab keputusan exam form 2 merosot. Tapi kelas sebelah-menyebelah je. 

Masa ni pulak, aku selalu cari pasal dengan B. Aku tak pasti kenapa, tapi tiap-tiap hari aku tinggalkan nota cari gaduh kat dalam meja B. Minat? Agaknya lah. Haha. Handsome siot. Ada sekali tu, B berdiri kat depan pintu kelas kitorang. Tak silap aku masa tu tengah rehat. B sorang-sorang je masa tu. Selalu A dengan dia. Aku nak masuk kelas masa tu. Dari jauh lagi aku dah nampak B senyum and pandang semacam kat aku. Aku gelabah betul masa tu. Laju je jantung aku. Aku gelabah sebab takut dia dah tau sape yang suka tinggalkan nota gaduh tu and conteng meja dia. Hehe. Terus aku masuk kelas 3D and keluar ikut pintu lagi satu. Aku nampak B sengih je. Pandai kan aku elakkan diri. Hehe.

Lepas abis PMR, cikgu buat macam-macam aktiviti untuk kitorang penuhkan masa lapang yang ada. Salah satunya pertandingan mencari harta karun. Terpaksa meminjam basikal dari kawan-kawan or junior sebab kena mengembara la pulak dari Manong ke Ara Panjang. Kena rebus telur kat Kolam Air Panas, Ara Panjang tu. Macam-macam cara yang kitorang guna. Paling best ada yang masukkan dalam stoking. Haha. Masa aktiviti tu jugak, kitorang diberikan satu termometer setiap kumpulan. Kena jaga betul-betul. Bila sampai sekolah balik, ada yang dah patah dua. Kumpulan si B ni pulak punyalah ganas, sampai patah empat termometer tu. Best gila pertandingan tu walaupun kumpulan aku kalah. Hehe.

Lepas tu, ada pertandingan nasyid antara kumpulan. Masa pertandingan tu la, kawan baik aku kata, dia perasan si B asyik pandang aku je. Haha. Masa tu happy gila. Aku pun perasan sebenarnya masa dia pandang-pandang aku tu. Tapi aku buat-buat tak nampak je. Tak sangka pulak kawan baik aku pun perasan. Hehe. Kadang-kadang time takde apa nak buat, Cikgu Moktar bagi kitorang karaoke lagu nasyid. Aku nyanyi je. Dah kawan-kawan lain malu sangat. Tengah sedap-sedap nyanyi, tiba-tiba ada dengar suara lelaki nyanyi sekali. Sekali aku tengok, si B nyanyi duet dengan aku weh. Haha.

Tak lama lepas tu, tak silap aku masa tu tengah kecoh pasal tsunami, result PMR keluar. Gabra betul aku nak pergi ambik. Maklumla, masa nak exam tu, aku bantai baca novel sehari sebelum PMR mula. Langsung tak study. Cikgu-cikgu dah ready tunggu student ambik result. Tapi semua takut nak ambik. So, aku pun memberanikan diri jadi orang pertama yang ambik. Aku ingat lagi cikgu yang menyerahkan result tu kat aku. Cikgu Munizam namanya. Lepas aku sain kat borang tu, Cikgu Munizam cakap tahniah. Aku ingat dia main-main. Aku tak tengok terus pergi kat tempat lain. Slow-slow aku tengok slip tu. Aku ingatkan aku dapat 3A je. Tak sangka dapat 7A 1B. Terus aku menangis. Kawan-kawan aku ambik slip dari tangan aku. Dorang pun terlompat-lompat tengok. Semangat dorang nak pergi ambik slip masing-masing lepas tengok result aku. Aku happy sangat-sangat. Cikgu kata, result PMR tahun tu antara yang terbaik jugak la. Keseluruhannya, budak kelas aku ada 14 orang yang dapat cemerlang. 4 orang dapat 8A, 6 orang dapat 7A 1B and 4 orang dapat 6A 2B. 

Disebabkan aku dapat result macam tu jugak la, aku mula dipandang oleh cikgu-cikgu. Sebelum tu, aku agak tak popular di mata cikgu-cikgu. Haha. Kat asrama, aku jadi pelajar asrama pertama yang pernah dapat 7A dalam PMR. Sebelum tu tak pernah. Kira pecah rekod jugak la. Best sangat masa tu. Macam satu kejayaan jugak la pada aku. Lepas je sekolah bukak balik, kitorang diberi pilihan untuk pilih aliran yang kitorang minat. Ikutkan aku minat sastera (dalam masa yang sama minat nak jadi doktor) tapi cikgu dah warning awal-awal, sape yang dapat 5A ke atas kena pilih kelas sains. Finally, aku pilih masuk kelas 5 Sains 1 sebab kelas ni kelas sains tulen. Kalau 5 Sains 2, ada Prinsip Perakaunan. Kelas kitorang pada mulanya ramai jugak la penghuninya. Tapi dua minggu lepas sesi persekolahan bermula, lima orang termasuk aku dapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh. Aku dapat katSekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS). Lagi empat orang yang dapat tu, dorang yang dapat 8A tu la. Aku je yang dapat 7A sesat dapat panggilan pertama. Haha.

Aku tolak tawaran tu sebab dapat aliran Sains Teknikal. Aku tak minat sebab takde Biologi and ada subjek Lukisan Kejuruteraan. So, yang empat orang tu je yang tukar. Panggilan kedua pulak tak silap aku dalam bulan Februari tahun tu. Masa ni pun ada lagi dua tiga orang kawan aku yang terima tawaran. Makin berkurangan member sekelas. Tapi ada dua orang member yang dapat 7A jugak tapi tak dapat tawaran ke mana-mana. Musykil jugak aku kenapa dorang tak dapat. Huhu. Masa form 4 ni jugak, aku mula rapat dengan C and D. Dengan C aku takde apa sangat. Dengan D aku ada feeling sikit. Haha. Dia ni boleh tahan jugak mukanya. Dia ni pendiam and tak bercakap sangat dengan perempuan. Tapi aku la perempuan pertama yang dia berani bertegur. Hehe. Banyak benda dia tanya aku. Selalu main sms. Sejak tu jugak, dia mula berani bersuara kat dalam kelas. Masa form 4 ni jugak, Udin bertukar ke sekolah aku. Sekelas pulak tu. 

Penghujung form 4, aku kena pergi ke Kursus Ketua Platun kat Kem PLKN, Kem Tok Sakah. Mula dari sini, aku mula start kapel. Tapi aku tak suka pun mamat tu. Dia ajak aku terima je. Haha. Dalam pada tu, aku still main mata dengan D. Tapi tu la, sudahnya aku dapat tau dia kapel dengan budak kelas sebelah yang merangkap musuh aku sebab minah tu suka cari pasal dengan aku. Sorang budak lelaki kelas aku cakap, D suka aku jugak. Cuma dia malu nak cakap. Minah tu yang ajak D kapel. D ni tak reti menolak agaknya. Terima je. Geram jugak la. Tapi aku buat tak tau je. Walaupun dia kapel dengan minah tu, D tetap jugak main mata dengan aku and sms aku. Haha. Jahat kan. 

Masuk form 5, aku banyak masuk pertandingan. Pelajaran banyak jugak tertinggal. Huhu. Tapi kelas tambahan pun banyak jugak cikgu buat. Sekolah aku dapat pembiayaan daripada Yayasan al-Bukhary. Buku-buku rujukan semua dapat percuma. Masa ni aku digosipkan dengan E. Mulanya aku tak minat. Tapi dah selalu sangat gosip, jadi suka pulak. Sampai la E pergi kecoh kat kawan sekelas kononnya aku gilakan dia. Terus aku menyampah. Aku berbaik-baik dengan Udin dengan niat saja nak buat dia bengang. Sape suruh cakap macam tu kan. Udin pun layan je. Member sekampung kan. Hehe. And satu je yang tak best kalau duduk kat kelas nombor 1 ni. Selalu jadi mangsa kemarahan budak-budak kelas lain. Biasala kan. Cikgu mesti lebihkan budak-budak dari kelas ni. Huhu. 

Ada sekali tu, masa minggu Bahasa Melayu, kelas aku menang besar. Banyak pertandingan budak-budak kelas aku je menang. Aku pun banyak menang. Aku dapat nombor 1 pertandingan menulis esei, nombor 2 pertandingan menulis cerpen, pengerusi terbaik pertandingan forum and juara pertandingan forum. Mana la tak mendatangkan marah pada kelas-kelas lain. Sampaikan cikgu pun geram. Untuk kuiz, kelas aku banyak yang menang. Tapi cikgu bagi kat kelas lain. Saja nak bagi adil la kononnya. Hampeh...

Actually, banyak lagi kenangan masa sekolah yang best untuk diceritakan. Tapi nanti jela aku update. Ini pun dah terlebih panjang. Nanti-nanti aku cerita pasal Hari Kantin and Kursus Prostar yang best. Hehe. Sekarang mau layan cerita Puteri Kayangan (betul ke tajuk?). Pasal budak sekolah jugak. Layan....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...