Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 Januari 2011

Membebel Di Malam Sabtu

Salam...

Hai... Semalam cuti kan, so memang best dapat lepak kat rumah tak payah fikir pasal kerja. Tapi harini kerja pulak. Memang liat gila nak bangun pagi tadi. Berat betul nak bukak mata. Tapi salah sendiri kan. Dah tau malas nak pergi kerja, apply la cuti awal-awal kan. Tapi takpe. Raya Cina nanti aku nak apply cuti biar kasi panjang sikit masa rehat tu. Tu pun bergantung pada kuantiti kerja jugak la. Kalau kerja tengah banyak memang saja cari nahas la kan. Karang tak pasal-pasal semua cari aku and tak pasal-pasal jugak mengundang marah Ayam Jantan Tua. Hehe.


Hurmm.. Tadi kan, ada situasi yang agak tak best jugak la kat pejabat. Aku kesian kat sorang akak ni. Aku cuma menyampaikan apa yang dia pesan je. Tak sangka pulak jadi kecoh bila Ayam Jantan Tua dapat tau. Sumpah aku tak bagitau kat dia. Tapi takut jugak kot-kot ada yang jahat mulut buat cerita kat dia aku yang bagitau Ayam Jantan Tua. Tak kisah. Kalau ada sape-sape cakap aku yang bagitau, aku ada saksi yang boleh back up aku. Hehe.

Harini jugak aku agak kebosanan kat ofis. Sebenarnya seminggu ni pun bosan jugak. Mood nak buat kerja takde. Apa nak jadi entah. Banyak kerja sangat. Tu pun ada lagi yang aku tak sempat nak settlekan. Nak buat OT pun macam malas je memandangkan sekarang ni syarat nak buat OT dah bertambah ketat. Lagipun minggu ni, aku nak rehat pulak. Dah dua minggu berturut-turut aku OT je. Penat wooo.. Kasi can la rehatkan badan pulak, ye tak? 

Untuk pengetahuan korang, minggu ni aku dah berjaya pergi kerja macam dulu.  Jalan kaki dari Central Market. Dulu aku naik teksi tiap-tiap pagi tau. Sejak aku kena kacau dengan orang gila seks kat terowong depan bangunan Dayabumi tu la, aku jadi trauma nak jalan kaki kat situ. Tau kan? Ala, yang dekat dengan Rumah Persekutuan tu. Rupa-rupanya mangkuk gila seks tu dah follow aku dari terowong tu lagi. Tapi serius cakap, aku memang langsung tak sedar sejak bila dia ada kat belakang aku. Masa betul-betul kat jalan masuk ke Balai Polis Bukit Aman tu, dia cuba buat something kat aku. Memang bongok ok. Tapi aku bernasib baik sebab kebetulan pulak masa tu ada dua tiga orang staff Bukit Aman kot lalu kat situ. And kebetulan pulak masa tu orang-orang KTM ramai kat kawasan tu sebab dorang tengah busy nak alihkan gerabak keretapi terbalik kat situ. 

And tak lama lepas tu, Abang Mat (staff SSM) pulak kena rompak kat area Dayabumi jugak. Tapi dekat-dekat dengan bank apa entah kat situ. Ambank ke. Lupa pulak. Ada la dalam lapan orang rompak dia. Mau aku tak trauma nak jalan kaki area situ. Tiga bulan jugak la aku ambik masa untuk kembali berjalan kaki. And akhirnya minggu ni berjaya jugak aku pergi kerja dengan berjalan kaki sepanjang minggu ni. Apa maknanya? Maknanya aku dah berjaya hilangkan truama la. Haha. Sekarang kan aku pakai beg sandang belakang. Takde la takut sangat nak jalan sorang-sorang or fikir pasal kena ragut ke apa ke. Tapi ada sikit-sikit la rasa takut tu. Aku takut kalau ada orang laki jalan belakang aku kalau yang pesen muka macam nak belasah orang je. Or macam muka penyangak. Rasa macam dorang nak buat jahat kat aku je. Haha. Fikiran negatif betul kan?

Ok la. Setakat ni je la bebelan aku harini. Pada member-member SSM yang ada OT esok, selamat bekerja. Hehe. 

4 ulasan:

nad berkata...

bahaya nye lah jln kat situ. btw next time be extra careful k ! beli la pepper spray ke apa. just to protect urself...

Cik Rimau berkata...

Huhu.. Tu la... Sampai 3 bulan sanggup naik teksi pergi keje.. Sengkek jadinya. Hehe. Tapi xpe. Dah berani skit. Tq yer.. :-)

kerja sambilan berkata...

kandungan yang menarik! Susunan blog pun menarik! Terimakasih Cik Rimau...

Cik Rimau berkata...

kerja sambilan : er.. terima kasih utk ape ye? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...