Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

05 Januari 2011

~ Kalau Dah Tau Hujan Lebat, Jangan Malas Keluarkan Payung.... ~

Hoho.. Suspens je tajuk. Nape aku guna tajuk ni? Mestila ada kena mengena dengan aku. Huhu. Petang tadi masa balik kerja, hujan turun lebat gila. Masa naik dari CM still ok la walaupun langit dah mula gelap and hujan pun dah mula turun renyai-renyai. And sedikit hangin jugak la masa naik bas tadi. Selalunya, bas yang aku selalu naik tu laju je. Takde la laju mana. Tapi standard la kan. Tapi tadi, tahap kelajuan bas yang macam kura-kura nak panjat bukit tu betul-betul menguji kesabaran. Berapi tol. Aku jeling-jeling je pemandu bas tu walaupun aku tau pemandu tu takkan nampak. Tapi biar la. Janji aku puas hati kan. Haha.
 
 
Lepas tu, masa bas dah sampai dekat-dekat tempat tunggu bas kat depan KL Sentral tu, ada sorang mamat ni bangun. Aku tak tau apa dia tanya kat pemandu bas tu. Tapi lepas tu, pemandu tu berhentikan bas kat tepi jalan and cakap kat mamat tu yang bas tu ada problem sikit. Dia kata kena tunggu bas lagi satu. Masa ni hujan dah lebat yang amat sangat ok. Elok je pemandu tu kata bas dah sampai, aku terus lari keluar. Tak kuasa aku nak keluarkan payung or apa-apa jela untuk elakkan basah. Bukan jauh mana pun kan. Tapi basah teruk jugak la walaupun jarak nak ke bas lagi satu tu tak jauh mana pun. Kesian aku tengok sorang pakcik tu. Dah la tak berapa larat nak jalan, kena pulak redah hujan lebat macam tu. Haiisshh..



Tak lama pastu, masa dah nak sampai area rumah aku, semua orang yang nak turun sekali dengan aku dah siap sedia nak bukak payung. Aku buat selamba badak aku la. Dah memang aku ni jenis malas nak bukak payung kalau aku rasa aku takkan basah. Pastu dengan penuh confident, aku turun la bas dengan harapan aku takkan basah teruk. Sekali hambik kau. Basah kuyup ok! Padan muka. Ada payung taknak guna. Actually, aku malas la nak bukak payung tu. Ambik masa tau. Payung aku lagi satu orang ofis aku pinjam. Lupa nak mintak balik. 



And then, aku terus la jalan sampai ke kedai makan kat hujung blok tu. Aku stop sekejap sebab fikir nak redah je ke or nak keluar payung. Pastu ada sorang makcik tu offer aku tumpang dia punya payung sekali. Bukan jual mahal. Tapi taknak la susahkan makcik tu. Aku kan baik. Hahahaha.



Masa aku redah hujan nak ke blok yang paling dekat dengan pagar kawasan rumah, terjumpa lak pakcik yang selalu tegur aku tu. Huhu. Pakcik tu senang la sebab dia duduk dekat blok tu je. Aku kena redah hujan lagi kalau nak sampai ke blok aku. Aku tunggu hujan reda kejap kat hujung blok tu. Ada la dalam 20 minit aku tunggu. Tak lama pastu ada sorang mamat berdiri tepi aku. Aku bajet dia pun nak tunggu hujan reda sikit. Tak sampai seminit pun dia tunggu, terus dia redah hujan. 



Aku masa tu terfikir-fikir balik kesengalan yang aku dah buat. Kalau la awal-awal lagi aku keluarkan payung, kan tak jadi gitu. Dah lama aku sampai rumah. Boleh je kalau aku nak keluarkan payung. Tapi karang malu la aku. Yerla, dah basah kuyup baru nak keluar payung. Nampak sangat la sengalnya aku ni kan. Haha. So, better aku pura-pura aku memang tak bawak. Lagipun aku dah cakap kat pakcik yang tegur aku tu yang aku tak bawak payung. Karang kalau tiba-tiba keluar payung tak ke kantoi. Hehe. Kesimpulannya, kalau ada payung, gunakan la yer. Jangan jadikan pemberat beg je. Ingat tu Ija! Haha.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...