Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

19 Januari 2011

Kejam Sangat Ke???

MySpace Apa yang korang fikirkan kalau sebut perkataan ni? Bagi aku kejam ni bermaksud buat something yang melukakan, menyakitkan, or mencederakan seseorang atau sesuatu dengan sengaja. Nak tau maksud sebenar perkataan ni, korang bukak la kamus dewan edisi berapa jela yang korang jumpa. Haha.

Harini aku rasa aku dah buat sesuatu yang agak kejam la. Huhu. Manusia memang macam ni kan. Masa buat tak nak fikir apa akibat perbuatan. Tapi bila dah lepas, baru la nak fikir patut ke buat apa yang dah pun kita buat. Macam tadi la. Kejadian tu terjadi antara aku dengan Ayam Jantan Tua (AJT) masa aku nak balik tadi.


Masa tu aku dah siap-siap berkemas nak balik. Then masa aku jalan kat depan partition dia, dia tegur aku. Biasa la dia kan.  Dengan nada suara yang bajet nak bermesra or bergurau tu la. Dia tanya aku dah nak balik ke. Aku buat tak tau je. Terus jalan. Buat-buat tak dengar. Then Kak Liza cakap "bye" kat aku. Aku balas balik. Then AJT tegur lagi and cakap benda yang sama. Aku still buat tak tau. Sampai la ke pintu belakang SSM. Sebelum keluar pintu tu, sempat jugak la aku pandang kat dia. Saja nak tengok reaksi dia.

Bila dah lepas daripada pintu tu, tiba-tiba rasa macam kesian pulak kat dia. Yela, dia usaha la nak menegur aku. Tapi sepatah pun aku tak balas. Aku kesian pulak bila fikirkan balik. Tapi nak buat macam mana. Tiba-tiba je tadi aku takde feeling nak balas sepatah kata pun dengan dia. Tengah hari tadi pun dia ada tegur aku pasal cuti. Dia tanya la dengan nada bergurau dia, aku nak cuti ke tak Jumaat ni. Aku jawab tak nak je. Pastu dia cakap, boleh makan sama hari Jumaat nanti. Aku tak layan jugak. Haha.

Aku tak pasti la dia perasan ke tak layanan aku kat dia lately ni. Tapi aku rasa macam dia perasan je. Hehe. Kalau perasan bagus jugak. Sekurang-kurangnya boleh buat dia berfikir, mana silapnya sampai orang layan dia macam tu. Kan? Takde niat pun nak malukan dia macam tu. Cuma belum terbuka hati lagi nak bergurau dengan dia macam dulu-dulu. Tak kisah la orang nak cakap aku tak profesional pun. Aku just hope, kalau dia perasan yang aku tak pedulikan dia, dia boleh la cuba ubah perangai dia. Aku bukan tak kesian kat dia. Tapi biarlah buat sementara ni ada jurang antara kitorang. Maybe sampai aku dah boleh lupakan apa dia buat haritu, baru aku berbaik dengan dia. Hehe.


Aku pendendam ek? Tak la. Just nak bagi pengajaran sikit kat dia. Haha. Jahat kan? Ok la. Sampai sini je cerita aku harini. Esok cuti!!! Boleh tidur lambat. Hehe.

P/s : Tadi kan masa balik kerja, aku tertidur dalam bas. Aunty yang duduk sebelah aku gerakkan aku. Sekali aku bukak mata, semua orang dalam bas pandang aku woooo. Malunyaaaaaa.. Huhu. Kesimpulannya, jangan tidur kalau dah tau dah dekat nak sampai rumah. Hehe.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...