Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 Januari 2011

~ Perkara Yang Mendatangkan Marah ~

Pernah tak dalam hidup korang, korang rasa bengang sebab ada makhluk asing kacau korang tengah tidur. Haha. Actually aku rasa ramai kot. Tapi saja aku nak story sebab malam tadi ada makhluk asing yang mengaku dia asal dari Kedah kacau aku yang tengah sedap tidur diulit mimpi indah. Haha. Mengacau je taunya. So, aku story la sikit butir-butir perbualan aku dengan makhluk asing tu ye. Perbualan ni telah dipendekkan daripada perbualan sebenar atas sebab-sebab yang aku sendiri tetapkan. Haha.

Aku : Hello... (Dengan mata yang masih lagi tertutup terus je angkat phone. Tak cek pun sape)
Makhluk Asing : Hello. Ini Long ni. Pak Long. Ni anak Ya ke? (Suara macam dah tua je)
Aku : Errr... Bukan.... (Geram je masa ni)
Makhluk Asing : Ni bukan anak Ya ke? Habis tu sape? (Dah kata bukan tu, tak paham-paham lagi ke? Huhu)
Aku : Er... Bukan la. 
(Dia tanya banyak kali ok!)
Makhluk Asing : Kalau bukan anak Ya, anak Azmi ye? Ni sape ye?
Aku : Bukan la. Ni Ija.
Makhluk Asing : Liza? Eh, kat mana ni ye?
Aku : Hurmmm.. KL..
Makhluk Asing : KL? Hurmm.. Dah tidur ke?
(Aku teraba-raba cari phone lagi satu nak tengok jam. Pukul 2:48 a.m ok!Logik ke tanya macam tu??)
Aku : Yela. Dah pukul berapa ni. Esok kerja kan!
Makhluk Asing : Oh... Ye ke? Awal lagi ni kan. Takkan nak tidur dah... (Aku dah rasa pelik dah time ni. Ni cari orang yang dia kenal ke saja-saja buat salah dail sebab nak cari kawan)
Aku : Esok kerja!
Makhluk Asing : O... Takpe la ye. Hurmm. Simpan la no ni tau. Esok boleh call saya balik. (Hoho. Gila ke apa?)
Aku : (Dah ready nak sambung tidur je time ni.) Er... Hurmmm... Sape ni? Main-main pulak. Cari sape? (Malas nak layan)
Makhluk Asing : (Dia ada sebut nama tapi aku lupa. Haha) Saya dari Kedah. Balik Pulau, Kedah. Takpe la ye. Esok saya call lagi. (Bengong je kan?)
Aku : Hurmm..(Aku terus sambung tidur lepas dia tamatkan call mengacau dia tu )



Tak sampai berapa minit lepas tu, aku baru je nak lelapkan mata balik, boleh lak dia call aku balik. Aku angkat je. Tapi line tak berapa clear terus terputus. Pastu takde dah dia kacau aku. Tapi nombor dia still ada dalam handphone aku ni. Aku layan dia call tu sebab suara macam dah tua je. Pastu bahasakan diri Long pulak tu. Kot-kot la sepupu aku yang dipanggil Long tu yang call. Takut ada kecemasan. Tapi rupa-rupanya gangguan semata-mata. Geram tol. 


p/s :  Er.. Musykil ni. Balik Pulau kat Kedah ke? Bukan Pulau Pinang? Hehe...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...