Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

30 Januari 2011

Kenapa Aku Buat Blog???

Salam...

MySpace Selamat malam semua. Harini kat tempat aku ni, sepanjang hari hujan. Dari pagi sampai sekarang ni. Sejuk je harini. Sedap tidur kan time-time hujan ni. Huhu. Tempat korang hujan tak? Kalau tak hujan, mesti korang dapat keluar jalan-jalan. Aku nak merayap jugak. Tapi terpaksa cancel disebabkan hujan yang still tak berhenti. Baru cadang nak pergi Mid Valley. Hurrmm....


MySpace Agak bosan harini. Memerap kat rumah je. Dah la laptop sendiri tengah problem. Bukan problem besar sangat pun. Windows ada problem. Haritu kena format balik sebab masuk virus apa entah. Apa pun tak boleh nak bukak. Mana-mana fail yang aku bukak, automatik fail tu akan lenyap ditelan. Hilang macam tu je angkara virus durjana tu. So, aku mintak la kawan aku tolong. Dia formatkan. Tapi tak lama lepas tu, windows buat hal. Aku pun tak tau apa masalahnya. Hope kawan tu dapat la settlekan masalah laptop aku tu. 

Err.. Aku dah melalut la pulak. Tajuk lain, cerita pulak lain. Apa kes la Cik Rimau ni. Ok. Back to the title, kenapa ye aku buat blog ni? Saja-saja nak famous ke? Ke nak buat duit dengan Nuffnang? Or saja suka-suka nak jaja cerita peribadi kat orang lain? MySpace Salah semua tekaan tu yer. Hehe. Nak tau? 

Actually, dah lama dah aku buat blog ni. Dari bulan September 2009 lagi. Tapi biasa la kan. Malas nak update and tak serius sangat nak berblogging ni. Lagipun masa tu aku saja-saja gatal nak try menulis kat blog. Pada mulanya aku nak bercerita pasal masalah dalam hidup aku yang sangat la complicated ni. Masa tu aku ada krisis besar sampai pernah terfikir nak mati je. Asyik fikir kenapa aku yang diuji Allah dengan semua dugaan tu. Aku rasa lemah sangat-sangat sebab takde saudara mara yang nak membantu or bagi sokongan kat aku. Dah la masa tu aku baru 20 tahun. Aku rasa "keseorangan" sangat masa tu. Sebab tu la aku menulis. Konon-konon nak jadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Tapi sudahnya apa pun aku tak tulis. Memang ada aku tulis dulu. Tapi aku dah padam. Nanti-nanti je aku story lain kat sini. 

Blog ni blog personal. Semua berkaitan diri, keluarga, kawan-kawan or kerja aku.je yang ada kat dalam ni. So, mana-mana yang mencari sesuatu yang bersifat "ilmiah or memberi pengetahuan", blog aku bukan tempat yang sesuai. Maaf la ye. Hehe. 

Kalau korang perasan la kan, baru-baru ni je aku baru aktif menulis. Sebelum ni jarang sangatla aku update. Al maklumla kan. Sebelum ni takde laptop sendiri. Internet pun takde kat rumah. Bila dah ada, barulah rajin nak menulis. Itu pun, puas jugak la nak mengingat password. Lama tak bukak. Jadi lupa. Hehe.

And sejak jadi aktif balik ni la, aku belajar banyak benda pasal blog yang selama ni aku tak pernah tau. Sangat lembab. MySpace Ketinggalan zaman la pulak kan. And baru sekarang ni jugak la aku baru mengenali apa itu Nuffnang. Haisshh. Teruk betul aku ni. Haha.

And sejak menyertai Gengblogger, aku dapat kenal ramai blogger lain. Ada jugak yang sudi singgah and follow aku. Terkejut dan tak sangka sebab ada jugak yang sudi follow cerita-cerita tak menarik aku. Haha. Terima kasih semua yang sudi follow blog Cik Rimau. 

Nota Cik Rimau : Mintak maaf la kalau Cik Rimau jarang merayap ke blog korang. Kadang-kadang Cik Rimau busy. Lagipun Cik Rimau selalu online dekat-dekat nak tengah malam. Tapi tetap akan singgah. :-)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...