Assalamualaikum and selamat malam..
Semalam terlepas pulak nak update. Mengantuk betul. Belum pukul 10 aku dah tidur. Memang tak sempat la nak bukak blog ni ha. Sedar-sedar dah pukul satu pagi. Hampeh betul. Pastu sambung tidur balik sebab nak pergi kerja harini. Huhu.
Ada tak antara korang yang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa? Aku baru semalam berkesempatan nak pergi jenguk sana. Aku pergi dengan Kak Jalilah, Ida and Kak Ziha masa rehat semalam. Masa kitorang sampai semalam, tak ramai orang sangat. Mungkin sebab semalam hari Jumaat. So, lebih ramai perempuan je yang ada kat situ. Actually, lelaki Melayu pun ramai jugak masa solat Jumaat semalam. Kenapa la dorang tak pergi masjid je.. Kan bagus. :-)
Harini pulak, awal-awal pagi dah bangun sebab nak pergi OT. Sekali bersiap punya la lama. Sampai office dah pukul 9.15 pagi. Adeh.. Kak Ziha sorang je yang ada masa aku sampai. Tak lama lepas tu baru yang lain-lain muncul. Aku tak dapat nak fokus sangat tadi. Fikiran melayang. Haha. Teruk betul kan. Hurmm.. Sebab dah malas sangat tadi, pukul 2.15 petang terus cabut. Singgah makan kejap kat kedai Ayam Penyet yang kat dalam Central Market tu. Lepas dah kenyang terus balik. Penat sangat. Malas nak merayap lama-lama.
Nota Cik Rimau : Terlupa nak balas sms kawan baik. Agak-agak dia marah Cik Rimau tak? Nak sms balik pun, sekarang ni takde mood nak menaip sms. Haha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan