Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

11 April 2011

Antara Putrajaya Dengan Kuala Lumpur...

Assalamualaikum and selamat malam...


Layan Gemilang jom. Hehe. Ala. Drama yang Shahz Jaszle (aku tak suka dia ni.. haha) berlakon tu. Walaupun pelakonnya aku tak gemar, tapi disebabkan jalan cerita best aku layan la jugak. Tak suka watak Cikgu Ruhana (tak ingat apa nama dia) yang sangat la jahat tu. Suka jadi batu api. Tak habis-habis nak lagakan orang. Tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, macam kesian pun ada. Sebabnya dia macam dahagakan perhatian je. Dah jadi pakar analisis la pulak aku ni kan. Haha.


Hurmm.. Harini aku agak bad mood jugak la. Awal-awal pagi lagi masa sampai kat office, aku rasa malas nak bersuara. Aku diam je kat tempat. Seboleh-bolehnya aku harap takde orang tegur aku pagi tadi sebab aku takde mood nak jawab apa-apa soalan. Tapi bila orang dah tanya, aku terpaksa jugak jawab walaupun dalam hati rasa geram je kena kacau nak rileks kejap. Sabo jela. Usaha jugak la nak senyum walaupun tak berapa nak ikhlas. Sorry la geng office yang tegur aku pagi tadi. Serius aku takde mood pagi tadi. Ampunkan beta. :-)


Kalau korang nak tau la kan, harini memang agak tegang sikit situasi kat office aku tu. Semua pakat nak angin je. Paling tak boleh blah, Pakcik Syed tu la. Mengamuk tak tentu pasal. Membebel je kerjanya. Kitorang yang mendengar ni, rasa macam nak bernanah je telinga. Sangat tension. Aku tak pasti punca dia membebel tu. Tapi daripada apa yang aku dengar, dia marah sebab surat apa entah lambat keluar. Dia bising-bising la. Tapi bila semak balik, surat tu baru je terima minggu lepas kot. Dia tengok tarikh kat surat tu je. Tak tengok pulak tarikh terima. Mau je aku cekik dia tu. Memekak. Hilang fokus aku nak buat kerja. Penyudahnya, rehat tadi aku pergi makan kat KFC. Saja nak jauh sikit dari office. Perlukan ketenangan buat seketika. Tension bebenor teman rasa harini. 







Lepas je rehat, buat balik kerja. And of course, setiap masa kerja aku bertambah-tambah. Ada saja kerja yang datang. Ya, itu kerja aku. Aku tau tu. Tapi aku dah mula rasa tak dapat nak tahan tekanan kat office aku tu. Memang cara big boss nak ubah kebiasaan kat office tu ok. Tapi dia perlu jugak ambik kira kemampuan kitorang untuk siapkan kerja yang betimbun tu dalam tempoh masa yang sangat singkat. Kitorang bukan robot. Aku tak nak salahkan pengurusan office. Aku dah mula terfikir nak mintak tukar. Bukan aku je. Ramai lagi dah berfikiran sama macam aku. Kalau aku buat surat nanti, aku akan gunakan alasan diri sendiri yang tak boleh nak fokus kerja kat situ dah. Boleh tak? Hehe.



Tapi, aku still fikirkan lagi ni. Kalau nak tukar tempat kerja la kan, antara Kuala Lumpur dengan Putrajaya, mana lagi best? Mana lagi senang dari segi pengangkutan? Aku lagi suka kerja sekitar KL je. Tapi ramai cakap better pilih Putrajaya. Sebabnya boleh mintak kuarters. Tapi dari segi kemudahan macam kat KL tu agak kurang la. Tak banyak shopping complex. Kalau nak balik kampung pun, macam jauh je nak pergi ke stesen bas. Itu yang membuatkan aku agak tak berminat mintak tukar sekitar Putrajaya. 


Memang la ada baiknya jugak kerja kat Putrajaya. Dengar-dengarnya, sana tak sesak macam KL. Lagi satu, kalau nak pergi kerja, tambang pun lebih murah. Kuarters pun dekat-dekat je dengan office. Dengar pun macam best. Tapi entah la. Still rasa payah nak duduk sana. Still suka kat KL. Huhu. Korang rasa mana yang elok untuk aku mintak tukar? Putrajaya or KL? Help meeee!!! 





Nota Cik Rimau : Cik Rimau sekarang asyik fikirkan soal kerja je tak kira la kat mana pun. Even masa nak tidur pun, still lagi terfikirkan kerja apa yang nak kena settle esoknya. Parah betul kan. Haisshh.. Pening and tension betul. Huwaaaaaaaaaaaaaa..

5 ulasan:

kay_are berkata...

same r.. memang agak tekanan gak keje sekarang ni.. tapi bukan sebab keje, tapi ade sorang tu r.. bukan bos tapi berlagak macam bos.. bos pun lagi better dari die.. annoying gile.. keje ampu.. macam hanjeng je..

Cik Rimau berkata...

yup.. betul tu kr.. cik rimau kalau keje xde la tension sgt.. tp disebabkan tekanan dr banyak pihak yg buatkan cik rimau hilang mood nak kerja.. kne cri suasana baru la camni.. takut nnt jd kemurungan lak.. hak3.. waaa.. ganasnye ayat.. hanjeng tu.. hik3..sabo kr..

Bunga berkata...

wah..cam tu sekali yek pk..entahlah..bunag xpk sangat pasal keje..bunga akan buat setakat mampu jer..hehe

deeya berkata...

kalau dya kan suke kat PUTRAJAYA .......! pilih la putrajaya .. plih la . jngan dok KL .. eh3 ?? ngheee ~ batu api kejap :)

dwatyKNY berkata...

saya suka kat putrajaya... hehehe, coz ermmm tak sesak... KL tu asyik jammed astu dengarnya kalau nak menyewa mahal... kat putrajaya pun mahal gak tapi tak semahal KL.. by the way... nak pindah tu pilih yang ada kemudahan lengkap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...