Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

23 April 2011

Kursus Dah Tamat!

Assalamualaikum and selamat malam..


Agak lewat aku update entri malam ni. Syok layan cerita Jackie Chan tadi. Best woo tengok part lawan-lawan. Haha. Ok. Kembali kepada tajuk asal. Harini merupakan hari terakhir kursus yang aku pergi sepanjang tiga hari ni. And macam yang aku ceritakan semalam, harini kitorang dibawa melawat ke Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Tak pasti ke unit mana kitorang dibawa tadi tapi rasanya Unit Pentadbiran kot. 

Yang berdiri tu la penceramahnya. Tak silap aku namanya Encik Kassarudin.

Boleh jadi pengacara rancangan Jalan-jalan Cari Makan tak? Haha. Semangat gila kan akak ni makan. :-)

Antara aktiviti kursus. Kelakarkan nama kumpulan aku?

Tujuan lawatan kitorang ni adalah untuk tengok amalan or aktiviti 5S yang dijalankan kat sana untuk dijadikan panduan or contoh kepada organisasi kitorang pulak sebelum memulakan amalan 5S. Sampai je kitorang kat UPM tadi, pihak UPM bagi taklimat sikit sebelum mulakan lawatan secara berkumpulan. Seingat aku, ada lebih dari tiga tempat yang pihak UPM tunjukkan kat peserta kursus. Peserta kursus dibahagikan kepada empat kumpulan yang dibawa melawat ke tempat yang berasingan secara bergilir-gilir.


Keseluruhannya, aku memang kagum and puji dengan sistem yang pihak UPM buat menggunakan prinsip 5S ni. Ruang kerja dorang memang kemas, teratur and cantik. Memang boleh memberikan keselesaan kat semua orang yang bekerja kat situ. Syabas and tahniah atas usaha-usaha yang dorang jalankan. Memang layak dapat cemerlang la. (Tak sabar pulak rasanya nak buat kat office sendiri. Hehe)


Rasanya kalau setakat cakap je, maybe orang tak percaya. So, korang layan la gambar-gambar ni ye. Hehe.  Kalau korang pergi melawat kat sana, korang pun mesti akan kagum. Ok. Jom cuci mata tengok ruang kerja staff UPM yang sangat kemas ni.


Masa ni taklimat oleh pihak UPM. Kalau tak silap, Tuan Haji Roslan kot nama orang UPM yang bagi taklimat tu.




Peserta kursus yang hadir.
Staff-staff UPM yang sangat ramah and sedia memberi penerangan sepanjang masa lawatan.


Susunan borang yang kemas and kreatif.
Nampak tak fail-fail kat rak-rak tu? Dorang susun guna kod warna and abjad. Nampak kemas je. Paling penting, senang nak cari bila nak guna. Ye tak?
Cute je dorang buat benda ni. Rasa macam nak buat je office sendiri.

Antara sudut 5S kat UPM.
Kabinet yang dilabel ikut warna.
Fail-fail yang disusun menggunakan kod warna and nombor.
Alatan pejabat pun berlabel. Kemas, kreatif, cantik and memudahkan staff untuk ambik barang bila diperlukan.
Papan aktiviti staff. Cantik kan?
Kasut pun ada tempat khas tau.
Borang-borang  yang dilabel menggunakan warna berbeza and mengikut nombor. Kat dinding tu pulak master index untuk memudahkan staff mencari borang yang diperlukan.




Benda-benda ni pun dorang ada buat tapak dengan menggunakan kertas pembalut hadiah kalau tak silap. Mungkin untuk mengekalkan kedudukan asal benda-benda tu lepas digunakan. Mungkin la.. Hehe.





Nampak line merah tu? Line tu mungkin untuk mentapkan kawasan untuk benda-benda ni. Kiranya hanya benda-benda ni je yang boleh ada kat kawasan bertanda tu.
Aku lupa ni peti apa. Sama ada peti surat ataupun peti simpan barang staff. Tengok tu. Dilabelkan dengan nombor. Siap ada gambar tu.

Ucapan penutup and penyampaian cenderamata antara pihak UPM and KPKT.
Kesimpulannya, amalan 5S yang dijalankan oleh UPM memang wajar dijadikan contoh kepada organisasi lain. Amalan 5S yang dijalankan mampu memberi keselesaan kepada pekerja, menjimatkan ruang pejabat (jadi lebih lapang), menjimatkan masa mencari dokumen yang diperlukan and keselamatan dokumen lebih terjamin.



Nota Cik Rimau : Bagi yang tak tau apa itu 5S, 5S adalah program menyeluruh perubahan/pendekatan secara perlahan (kaizen) yang melibatkan semua orang dalam sesuatu organisasi. Ianya berkesan untuk memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti and persekitaran tempat kerja. 5S asalnya daripada perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu and Shitsuke. Kalau kat Malaysia ni pulak, 5S adalah untuk Sisih, Susun, Sapu, Seragam and Sentiasa Amal. Tau dah kan? Hehe.

6 ulasan:

aNiss :):) berkata...

mesti penat kan cik rimau??? hohoho~
tapi tengok gambar tadi, cam kemas jew diorang susun kan... siap berlabel lagi...

CintaZulaikha berkata...

oooooooo..hihihi. tau suda. kekadang info cenggini mmg bagos utk dibaca~~

Unknown berkata...

Bagusnya.....kalaulah dapat keja kat sini....sampai malam pun sanggup stayback

Cik Rimau berkata...

aniss : yup.. memang kemas.. terpesona skjap.. hehe.. klu la tmpt cik rimau mcm tu.. kan best.. hik3

Cik Rimau berkata...

CintaZulaikha : cube la buat mcm ni.. senang je ati nak cri brg.. hehe

Cik Rimau berkata...

Atok : tau xpe.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...