Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 April 2011

Macam-macam Hal

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini hari kedua aku berkursus. Sempat sarapan dengan Kak Ziha sebelum bergerak ke hotel. Takde la lapar macam semalam. Sampai je kat dewan kursus tu, aku nampak penceramah dah ada. Aku ingatkan kitorang dah lambat. Bila tengok jam, rupa-rupanya ada lagi setengah jam sebelum kursus mula. Awal lagi da.. 


Harini, kursus berjalan macam biasa. Banyak kerja kumpulan. Staff jabatan aku bergabung dengan staff Jabatan Perumahan Negara. Dorang ni memang sempoi la. Seronok geng dengan dorang. Huhu. Esok pulak kitorang ada lawatan untuk tengok apa entah yang berkaitan dengan penggunaan 5S kat Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Kena bergerak dari rumah lebih awal la nampaknya. Adeh..


Tadi masa naik LRT Star dari stesen Sultan Ismail, aku terpandang kat beberapa orang tu. Aku balik agak awal harini sebab penceramah lepaskan kitorang keluar lebih awal daripada semalam. Masa kat dalam tren tu, aku nampak ada tiga perempuan and dua lelaki yang duduk berdekatan. Yang perempuannya, aku rasa maybe lebih muda dari aku kalau tengok dari muka. Yang lelakinya pulak, aku tengok muka semacam je. Tengok dari gaya macam si lelaki nak mengorat si perempuan. Tanya macam-macam kat si perempuan. Si perempuan pulak, bajet malu or tak nak layan, tapi layan jugak. Ish ish ish.


Masa dah sampai kat LRT Putra stesen Masjid Jamek, aku naik sekali dengan sorang auntie ni. Auntie ni pakai tongkat and jalan agak perlahan jugak. Aku masuk je tren terus berdiri kat tepi pintu. Aku perhati jugak la auntie tu. Aku nampak dia berdiri kat tiang yang kat tengah-tengah tren. Kesian jugak aku tengok. Aku ingatkan takde sape yang nak bangun bagi tempat duduk kat auntie tu. Nasib baik tak lama lepas tu ada sorang lelaki bangun bagi tempat duduk kat auntie tu. Aku puji sikap lelaki tu sebab lebih mengutamakan orang yang lebih memerlukan tempat duduk. Tapi aku agak malu jugak la sebab yang bangun tu bukannya orang Melayu. 


Aku bukan nak kata bangsa sendiri. Rasanya tak perlu aku ceritakan pun, maybe korang sendiri boleh nampak. Cuba korang perhatikan, kalau korang naik bas or tren, selalunya yang bangun bagi tempat duduk kat orang-orang yang lebih memerlukan tu sape? Selalunya mesti bangsa lain. Orang Melayu jarang-jarang sekali. Aku tak kata aku baik. Kadang-kadang aku pun buat benda sama. Kalau aku naik bas duduk kat sebelah dalam, memang aku takkan bangun la offer tempat. Tapi kalau aku duduk sebelah luar, pastu ada pulak makcik pakcik yang tak larat or ada perempuan mengandung, aku bangun la. Aku fikir satu benda je. Camne kalau satu hari nanti aku di tempat dorang? Huhu.


Lagi satu, aku paling tak puas hati dengan sikap sesetengah penduduk bukan warganegara Malaysia. Aku pergi kerja naik bas. Setiap pagi mesti naik sekali dengan sekumpulan orang asing yang datang dari pelbagai negara. Dorang ni memang suka berebut kalau nak naik bas. Tujuannya satu je. Nak dapatkan seat. Padahal muda-muda semua tu. Bukan yang perempuan je. Yang lelaki pun sama. Bila aku dapat naik je, tengok semua seat dah penuh dengan dorang je. Kadang-kadang aku perasan ada makcik-makcik berdiri betul-betul tepi seat dorang, tapi dorang boleh buat tak tau je. Buat tak nampak je. Apa salahnya bangun? Hangin betul aku. Nak je rasanya aku cekik dorang. (Dah la datang negara orang, pastu buat macam kat negara sendiri pulak.)



Nota Cik Rimau : Sakit kepala la. Macam nak demam...

8 ulasan:

mysweet berkata...

ak pon pernah bagi tempat duduk kat satu makcik masa dalam tren tau..huhuhu..bangga ni..

aLieF si Muncung ManiS berkata...

kenapa cik rimau ketuk kepala je lelaki yang cuba pikat pompuan tu..hahaha..jgn lupa ketuk sekali kepala perempuan yang pura2 malu n tak layan tu..haha..btw,alief ada juga bagi tempat duduk kat orang..baek tak alief..??

rj Etika berkata...

semua org fikir penat diorang je kot. ye la..semua letih baru balik keje.
tapi kalau dengan orang asing tu memang hangin la. diorang suke buat negara kita ni macam negara diorang sendiri. -.-"

Mizs Suezylla berkata...

sekali tgk je follower cik Rimau, den dh agk dh sape....hommmai2

Cik Rimau berkata...

mysweet : haha.. bagus la tu..

Cik Rimau berkata...

alief : adeh.. cik rimau xde la kejam sgt.. hik3.. stkt rase je ade la.. hehe.. bagus2..

Cik Rimau berkata...

rj Etika : tau xpe.. sakit ati je tgok dorg.. kadang2 main tolak je.. nak je lempang sorg2..

Cik Rimau berkata...

KasihPena : Aku baru tau ko ade blog.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...