Assalamualaikum and selamat malam...
Hujung minggu yang agak membosankan sebab aku tak ke mana-mana. Duduk terperap je kat rumah. Walaupun kebosanan, dalam masa yang sama happy jugak sebab dapat rileks lama-lama. Faham-faham jela dah berapa lama aku asyik OT je hari Sabtu. Baru minggu ni je aku dapat rehat. Happy rasanya. Dapat jugak menenangkan diri and otak ni ha. Haha.
Aktiviti aku harini, tidur je. :-) Tapi takdela sepanjang masa. Pagi tadi dah bangun dah. Pastu sambung tidur balik. Mengantuk gila. Malam semalam tidur pukul 3 pagi. Memang tak boleh nak tahan mata aku ni. Ubatnya satu je. Lelapkan mata. Betul tak kawan-kawan?
Takde benda pun nak cerita. Saja nak bagitau korang betapa happynya aku dapat berehat macam ni. Bukan senang dapat masa macam ni. Hehe. Ok la. Mau layan cerekarama ni kejap. Apa tajuknya entah. Kalau tak silap Bila Azan Berkemundang. Walaupun menyampah sikit kat pelakon lelaki utama tu, tengok jugak la sebab cerita ni ada pengajaran. (Boleh pulak Shahz Jaszle and Wan Sharmila berlakon sekali ek? Bukan dorang ada masalah ke haritu? Hik hik hik.)
Nota Cik Rimau : Tak mengantuk. Confirm tidur lambat malam ni. Huwaaaaa..
5 ulasan:
selamat berehat..
selamat reha2t2...elok tido lewat supaya siangnya cergas =)
CintaZulaikha : hehe.. tq yer..
Azhan : uik.. yeke? bukan buat siang mengantuk ag ke?? hehehe
memang nimat klu dpt berehat dgn tido :)
Catat Ulasan