Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

25 April 2011

Hilang!!!

Assalamualaikum and selamat malam...


Harini aku agak stress sebab cari benda tak jumpa-jumpa. Dari pagi sampai ke petang. Surat tu boleh dikatakan penting jugak la. Aku memang confirm aku letak atas meja. Ada dua tempat je. Sama ada kat atas tray surat or kat dalam folder khas untuk surat tu. Dua tempat tu je aku memang confident aku simpan surat tu. Sebabnya, hari Selasa lepas, aku dah kemas cantik-cantik meja aku tu. Esoknya kan ada Hari Terbuka Seksyen Sumber Manusia (SSM). Tak nak la nampak bersepah. Surat tu pulak saja aku asingkan kat tempat yang memang mudah aku nak cari sebab aku nak settlekan surat tu minggu ni. 


Sekali aku datang office tadi, aku dah tak nampak surat tu. Puas aku cari. Bukan sekali dua. Berkali-kali. Semua fail kat sekitar meja aku selongkar. Kot-kot la terselit ke apa. Tapi memang langsung tak jumpa. Lesap tak dapat dikesan. Aku cari meja orang lain pun takde. Aku tanya sape-sape yang berkaitan yang mungkin ada ambik surat tu pun, langsung takde jawapan yang aku harapkan. Risau betul aku. Pagi je dah berapa puluh kali aku selongkar meja. Tambah lagi masa petang pulak. Semua fail aku dah selak. Tak jumpa. Aku boleh je mintak balik salinan kat bahagian yang hantar surat tu. Tapi nanti nama aku la yang buruk. Hilangkan surat pulak. Adehh..


Tapi serius, aku tak salah letak. Aku confident ada kat situ. Aku takut satu benda je. Dengar dari kawan-kawan yang ada masa hari terbuka tu, dorang kata ada staff bahagian lain datang duduk kat tempat aku. Aku takut dorang tersalah ambik ke. Tapi macam pelik la. Takkan hilang langsung kan. Ada orang sabotaj aku ke?? Jangan la wei.. Aku baru tiga hari pergi kursus. Dah hilang surat. Buatnya seminggu kursus, mau kerusi meja aku pulak hilang. Tolong la surat.. Muncul la kat atas meja aku esok.. Huwaaaaaaaaaaaaa



Nota Cik Rimau : Layan cerita Juvana. Best pulak tengok. Budak-budak jahat yang suka bergaduh. Huhu.

1 ulasan:

aNiss :):) berkata...

dah jumpa belum surat tu?? sabar lah yerr =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...