Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 April 2011

Minat Yang Berbeza

Assalamualaikum and selamat malam...


Semalam aku terangkan kat korang, kenapa aku guna nama Cik Rimau. Harini saja nak tanya korang, orang yang suka harimau ni pelik ke? Apa pandangan korang? Korang rasa psycho ke? Bukan apa, kadang-kadang ada orang tanya aku. Kenapa asyik guna gambar harimau je. Facebook guna harimau, ym guna harimau and wallpaper pun nak guna harimau. Dah macam taksub je kan? Tapi mana ada taksub sangat pun. Aku suka sebab harimau cute. Lagi satu sebab nampak sebijik macam kucing. Bertambah-tambah la aku suka.


Aku suka binatang berbulu ok. Kecuali satu. Satu je paling aku benci. Binatang kecik tu memang aku tak dapat nak suka. Puas aku cuba. Setiap kali tengok binatang ni depan mata, memang terkaku jugak la. Kecut beb. Pelik kan? Binatang kecik yang tak mampu nak cederakan aku, aku takut pulak. Binatang besar macam harimau tu, boleh pulak aku suka. Dah la bahaya nak dekat. Berangan nak peluk harimau lagi tu. Betul-betul senget. Tapi tak kira. Aku tetap minat harimau. Tadi pun, aku tukar wallpaper pc kat office aku kepada gambar Pak Belang cute ni. Kih kih kih. 


Sekali lagi nak tanya ni. Gila ke aku kalau aku minat binatang besar ni? Ok je kan. Semua orang ada benda yang dorang minat. And semestinya, minat setiap orang tu tak sama. Aku mungkin minat harimau and kucing. Korang pulak maybe minat gajah ke, king kong ke, ayam hutan ke. Tak pun cimpanzi or tenuk. Kan tak sama tu. Apa pun, bagi aku harimau ang kucing, binatang paling comel aku pernah jumpa. Hehe.



Nota Cik Rimau : Esok OT. Kerja lagi.. dan lagi.. dan lagi... Kerja sampai pengsan ye kawan-kawan. Cik Rimau nak beradu. Esok kena bangun awal. Tapi macam nak layan The Fast and Furious ni pulak. Ikut mata je la kan. Selamat malam semua...

4 ulasan:

Encik Amman berkata...

kadang2 pernah gak terpikir nak bela harimau kecik.. haha.. kecik2 je kiut dan leh bela..bile besar tu tak tau le.. haha.. kang terlepas.. jenuh dia santap jiran tetangga :P

CintaZulaikha berkata...

hamster pon tak suka ek??

Tanpa Nama berkata...

A'ah.. Suka hati kite la nak minat ape kan? Dowang dengki je tu..

kay_are berkata...

nak peluk rimau.. senang je.. just cari je maybank yang berdekatan.. pastu peluk puas2.. habis cite..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...