Assalamualaikum and selamat malam..
Aku tengah melayan cerita Ustaz Amirul episod akhir. Best jugak. Macam cepat pulak cerita ni dah nak tamat. Selalu macam banyak episod. Ye tak? Korang tak tengok? Hehe.
Harini ada something jadi kat office. Tadi masa dah nak balik, kecoh Ain cari kasut dia. Kasut Adidas limited edition yang kawan dia beli untuk dia bersukan. Katanya RM400++ jugak harganya. Mulanya dia letak kasut tu kat tempat aku. Dia main-main nak buang. Aku pun saja je acah nak buang dalam tong sampah. Tapi takdela aku buang. Aku letak la kat atas kotak yang dekat dengan tong sampah. Ain pun nampak aku letak kat situ.
Lepas rehat, aku pergi surau. Bila naik balik, aku perasan yang kasut tu dah takde. Aku ingatkan dia dah ambik. Aku diamkan jela. Masa nak balik, dia mintak kasut tu kat aku. Aku cakap aku tak tau. Dia ingat kitorang pakat sorokkan. Puas aku cakap, kitorang tak tau. Aku ikut la dia pergi cari akak cleaner. Kot-kot akak tu kutip sampah, dia terambik sekali. Tapi dah lambat sebab akak tu dah balik. Try cari kat belakang blok yang selalu dorang kumpul sampah pun still tak jumpa.
Then, kitorang naik balik ke office. Ain call geng-geng dia. Tanya kot-kot ada tak yang tau nombor telefon akak cleaner tu. Dapat nombor akak tu tapi bila call masuk voice mail. Ain try pulak call nombor akak-akak cleaner yang lain. Mujur dapat. Ain tanya la pasal kasut tu. Akak tu cakap memang akak yang biasa bersihkan and kutip sampah kat seksyen aku ada ambik kasut tu. Katanya dah buang dalam tong sampah besar. Masak la Ain kena marah dengan kawan dia. Dah la esok ada pemilihan wakil ke SUKNA. Kena la pakai kasut sukan.
Dia pun dah pening nak buat apa. Baru kejap tadi tengok status faceook dia, katanya still tak dapat kasut tu. Isnin nanti dia nak tanya akak tu. Hurrmmm.. Pelik jugak kan boleh hilang.. Sapela ambik.. Haissshh..
Nota Cik Rimau : Mengantuk betul. Huhu.
2 ulasan:
tulah, main2 lagi...sian ain...hehe
haha.. tu la psal tok.. main2 ag kan.. letak lak kt tong sampah.. kan dah hilang.. huhu
Catat Ulasan