Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Januari 2011

Bila Aku Rasa Malas

Salam...

MySpace Korang tengah buat apa? Dah tidur? Lambat gila aku update entri baru kan. Pemalasnya aku harini. Al maklum la dua hari berturut-turut hujan renyai-renyai. Sedap je rileks. Tu pasal la jadi malas kan? Apa nak jadi la anak dara sorang ni. Haha.

Actually tadi aku nak cerita benda lain. Tapi tak jadi la sebab agak panjang. Memerlukan masa untuk diperiksa balik sebelum dipos. Teliti ke aku? Tak la. Saja je takut tersalah guna bahasa kena kutuk lak. Hehe. So, esok jela aku pos apa yang sepatutnya aku pos harini. Lagipun aku rasa mengantuk dah ni. Jom semua. Masuk bilik tidur masing-masing. MySpace

Nota Cik Rimau : Aku malas gila kat ofis tadi. Lepas lunch kot baru ada mood nak buat kerja. Hehe

30 Januari 2011

Kenapa Aku Buat Blog???

Salam...

MySpace Selamat malam semua. Harini kat tempat aku ni, sepanjang hari hujan. Dari pagi sampai sekarang ni. Sejuk je harini. Sedap tidur kan time-time hujan ni. Huhu. Tempat korang hujan tak? Kalau tak hujan, mesti korang dapat keluar jalan-jalan. Aku nak merayap jugak. Tapi terpaksa cancel disebabkan hujan yang still tak berhenti. Baru cadang nak pergi Mid Valley. Hurrmm....

29 Januari 2011

Bengang

Salam...

Hurmm... Sape pandai repair pc? Pc dah jadi bangang. Geramnya. Huwaaa..

Oh ya. Harini adik aku balik rumah. Dia cuti seminggu. Ada la tukang iron baju aku minggu ni. Haha. Kejam kan. Takde la. Aku iron baju sendiri la. Dah la. Mau layan tv. Sakit hati tengok pc sendiri. Ni pon guna laptop adik aku. Geram wooo..

Nota Cik Rimau : Entri harini pendek je sebab malas sebenarnya. Ada sape-sape tak  yang pandai betulkan laptop? Huhu

28 Januari 2011

Aku Tak Suka Bila...

Salam...

MySpace Selamat malam semua. Harini aku nak merepek lagi kat blog ni. Ikutkan nak cerita pasal AJT tadi. Tapi takpela. Esok-esok je. Hehe.

Hurrrmm.. Aku sangat-sangat pasti dalam hidup kita semua, mesti ada something yang kita rasa kita tak suka.  Ada yang tak suka kat "someone", "something" or "anything". So, malam ni aku nak bercerita tentang perkara-perkara, perangai-perangai, sikap-sikap or perbuatan-perbuatan yang aku tak berapa nak gemar. 

  • Sikap ingin tahu yang melampau-lampau - Memang bagus ada sikap ingin tahu ni. Boleh digunakan dalam menuntut ilmu. Tapi kalau dalam kehidupan seharian jangan la over sangat sampai merimaskan orang. Sampai boleh dilabel sebagai sorang yang "busybody" or dalam erti kata lainnya, suka jaga tepi kain orang lain. Busybody macam mana tu ye? Contohnya, korang pergi bercuti kat mana-mana tapi korang senyap-senyap je sebab tak nak orang lain tau. Kira macam korang nak anggap tu sebagai perkara peribadi yang tak perlu diceritakan kepada sesiapa pun. Tapi, tiba-tiba ada someone ni tak habis-habis nak korek rahsia korang tu sampai korang rasa tak selesa. Sikit-sikit tanya. Seboleh-bolehnya dia nak tau jugak korang ke mana. Contoh jela ye. Sikap ni memang aku tak suka. Faham-faham sendiri la kan. Setiap orang ada perkara yang dorang boleh kongsi dengan orang lain and ada jugak perkara yang nak dirahsiakan. Takkan semua benda nak share dengan orang kan. So, kalau dah kita jawab "ADA LA", berhenti la daripada terus menyoal. Tak faham bahasa ke apa? 

27 Januari 2011

Malas Nak Fikir Tajuk Yang Sesuai

Salam...

Ok. Pelik kan? Dua kali post entri. Tak kisah la. Aku saja tak nak campur aduk cerita aku dengan cerita lain. Hehe. Korang ingat lagi tak pada AJT yang aku selalu ceritakan tu? Cerita ke lebih kepada mengutuk? Haha. AJT adalah seseorang kat dalam ofis aku yang selalu menyakitkan hati orang lain, terutama aku. Tadi pun menyakitkan hati aku lagi. Ingatkan bila aku tak layan dia macam sebelum ni, boleh la ubah sikit perangai dia tu. Tapi kan, elok je aku boleh berbaik balik dengan dia, perangai lama dia muncul balik. Makin menjadi-jadi pulak.

Terima Kasih Daun Keladi

Salam... 

Nampak tak tajuk kat atas tu? Sebenarnya, ucapan terima kasih kat atas tu aku tujukan kepada semua yang sudi mengikuti blog aku yang tak seberapa ni. Hehe. Terima kasih banyak-banyak kat korang semua. Tak sangka ada jugak yang sudi jadi follower. Tapi aku nak mintak maaf jugak kat korang sebab cerita kat dalam blog ni banyak cerita pasal diri aku je. Al maklum la. Dah namanya pun blog personal. Hope korang tak menyampah la baca entri-entri aku yang membosankan. :-)

26 Januari 2011

Kenapa Aku Benci "Dia" Sangat-sangat?

Salam...

MySpace Selamat malam semua. Nampak tak tajuk entri aku malam ni? Mesti korang terfikir, teruk betul la dia ni nak benci-benci orang lak. Dah la harimau, ada hati nak benci orang. Haha. Jangan salah faham dengan tajuk kat atas tu. Takde kena mengena dengan manusia pun. Aku tak pernah benci orang tau. Kalau menyampah tu, selalu la. MySpace Sebenarnya aku nak cerita pasal something yang amat aku benci, geli, takut nak dekat sampai boleh jadi macam  orang kena kejutan elektrik and yang seangkatan dengannya la. Apa benda pulak la yang boleh menakutkan orang ganas macam aku ni kan? Hehe. Nak tau? Baca la lagi. :-)

25 Januari 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Salam...

Harini aku tak nak cerita pasal kenangan aku yang dulu-dulu tu. Kali ni aku nak membebel tentang apa yang dah jadi kat aku sepanjang harini. Takde la apa yang menarik sangat pun. Sama je macam hari-hari biasa. Tapi harini agak memenatkan and agak malang bagi aku. Dari pagi sampai la ke petang. Baru ni la dapat rehat sikit.

24 Januari 2011

Pengalaman Jatuh Katil Kat Asrama

Salam...

MySpace Cerita harini pasal jatuh katil. Sebelum tu aku nak tanya korang sikit. Korang pernah jatuh katil tak? Maybe ramai yang pernah. Tapi jatuh katil depan member-member or jatuh atas orang lain pernah tak? Aku pernah! MySpace Masa tu aku stay asrama (just ada satu dorm je sebab asrama tu kecik je). Bukan sekali aku jatuh dari katil tau. Ada la dalam dua kali. Malu betul bila diingatkan balik. Tapi takpe. Aku tetap nak story kat korang pengalaman aku jatuh katil dulu. Meh layan cerita mengarut aku. Hehe.

23 Januari 2011

Iklan Punya Cerita

MySpace Harini aku nak komen pasal iklan yang ada kat Malaysia ni. Sekarang ni makin banyak iklan yang ditayangkan kat tv. Ada yang lawak and ada yang aku tak berapa nak faham apa motif iklan dorang. So, meh kita tengok sikit iklan mana yang menarik pada aku. Pada pandangan aku jela. Korang mungkin ada pandangan berbeza. Hehe.
 

22 Januari 2011

Cerita Pasal Hantu

MySpace Malam ni aku nak cerita pasal hantu la pulak. Hehe. Hurmm.. Pernah tak dalam hidup korang, kena kacau dengan hantu? Kalau ada yang pernah duduk asrama, mesti ada banyak cerita hantu yang keluar kan? Aku pun pernah duduk asrama yang berhantu ni. Tapi alhamdulillah, sepanjang lima tahun aku stay asrama tu tak pernah pulak aku dikacau hantu. Syukur sangat-sangat. Kawan-kawan aku ada yang pernah kena kacau. So, aku nak share sikit la pengalaman dorang yang pernah kena kacau ni. 

21 Januari 2011

Membebel Di Malam Sabtu

Salam...

Hai... Semalam cuti kan, so memang best dapat lepak kat rumah tak payah fikir pasal kerja. Tapi harini kerja pulak. Memang liat gila nak bangun pagi tadi. Berat betul nak bukak mata. Tapi salah sendiri kan. Dah tau malas nak pergi kerja, apply la cuti awal-awal kan. Tapi takpe. Raya Cina nanti aku nak apply cuti biar kasi panjang sikit masa rehat tu. Tu pun bergantung pada kuantiti kerja jugak la. Kalau kerja tengah banyak memang saja cari nahas la kan. Karang tak pasal-pasal semua cari aku and tak pasal-pasal jugak mengundang marah Ayam Jantan Tua. Hehe.

20 Januari 2011

Aku Ingatkan Dah Takde Sedara Mara Yang Nak Kisah Hidup Aku

Hello. Harini agak lewat aku update blog ni. Huhu. Agak malas sebenarnya. Seronok sangat "berblogwalking" sampai nak menulis pun jadi malas. Heh. Berbalik pada tajuk entri aku kali ni, aku sendiri pun terkejut bila seseorang yang ada kaitan kekeluargaan dengan aku, tiba-tiba add aku kat FB. Dia sepupu aku. Aku approve je walaupun pada mulanya aku tak pasti sape dia. Bila bukak profile, sah dia memang sepupu aku. Sepupu sekampung yang duduk betul-betul depan rumah aku. 

19 Januari 2011

Kejam Sangat Ke???

MySpace Apa yang korang fikirkan kalau sebut perkataan ni? Bagi aku kejam ni bermaksud buat something yang melukakan, menyakitkan, or mencederakan seseorang atau sesuatu dengan sengaja. Nak tau maksud sebenar perkataan ni, korang bukak la kamus dewan edisi berapa jela yang korang jumpa. Haha.

Harini aku rasa aku dah buat sesuatu yang agak kejam la. Huhu. Manusia memang macam ni kan. Masa buat tak nak fikir apa akibat perbuatan. Tapi bila dah lepas, baru la nak fikir patut ke buat apa yang dah pun kita buat. Macam tadi la. Kejadian tu terjadi antara aku dengan Ayam Jantan Tua (AJT) masa aku nak balik tadi.

18 Januari 2011

Saja Suka-suka

MySpace  Harini takde apa sangat pun nak diceritakan. Saja je suka-suka nak update blog ni. Hehe.

Tadi, ofis aku ada buat perhimpunan awal tahun. Kehadiran staff tak ramai sangat macam tahun lepas. Still ada banyak tempat duduk yang kosong. Tak macam tahun lepas. Penuh sampai takde tempat duduk and pintu dewan pun tak boleh nak tutup sebab terlampau ramai. Maybe sebab dah tengah-tengah bulan kot. Huhu. Perhimpunan tadi aku rasa agak kelakar. Macam-macam benda yang jadi. Hehe.

17 Januari 2011

Drama King Kat SSM


Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat


16 Januari 2011

Parut Nakal

Hai... Harini aku agak bosan. And agak mengantuk. So, untuk mengelakkan daripada membuta terlalu awal, saja jela aku nak menaip kat sini. Actually, takde apa sangat pun aku nak ceritakan. Tapi tadi la, masa aku tengah baca entri-entri Encik Nakal pasal zaman budak-budak, tiba-tiba pulak aku tertarik dengan statement Encik Nakal yang mengatakan perempuan lagi banyak parut daripada lelaki sebab budak-budak perempuan lagi buas daripada budak-budak lelaki masa kecik. Betul ke? Kalau tanya aku, 100% betul la. Haha. Buktinya, korang sendiri pun boleh nampak kat dahi aku. 

15 Januari 2011

Rindu Nak Jadi Budak Sekolah

MySpace Harini aku bukan nak story pasal Pakcik tu. Lagipun takde apa yang menarik pun untuk diceritakan harini. Just ada ot lepas tu balik sebab tiba-tiba je blackout. Berbalik pada apa aku nak ceritakan ni, aku tiba-tiba pulak rasa rindu nak balik ke alam persekolahan. Hehe. Tiap-tiap hari tengok budak-budak sekolah tunggu bas nak pergi sekolah, aku rasa jelous je. Best je jadi budak sekolah. Tak perlu nak fikir banyak benda. Just belajar je untuk dapatkan keputusan yang bagus dalam exam. Warning! Entri ini agak panjang daripada biasa. Hehe.

13 Januari 2011

Hati Makin Sakit

Harini aku agak tak berpuas hati dengan pakcik tu. Aku memang marah. Marah sangat-sangat. Dia memalukan aku kat depan semua orang yang ada kat dalam SSM tu. Ceritanya macam ni. 

Bagi yang bekerja dalam sektor awam, mesti tau kan yang setiap tahun akan ada laporan penilaian prestasi tahunan. So, kat tempat aku kerja ni, tadi bos aku buat penilaian tu. Bos 1 panggil aku. Dia tanya la, aku setuju tak dengan markah yang dia bagi. Aku tak bantah pun. Sebab dah memang itu penilaian dia. Aku cakap ok je.

12 Januari 2011

Ketenangan Hati

Hoho. Apa kes tajuk tajuk macam ni kan? Ada kena mengena dengan Pakcik Syed lorhh. Harini dia takde dalam ofis untuk jangka masa yang lama. Tiba-tiba je aku rasa macam tenang yang amat sangat. Bukan aku je rasa macam tu. Ramai tau. Harini pakcik tu asyik masuk mesyuarat je. Walaupun dia bukan yang sepatutnya masuk mesyuarat tu, tapi bagus jugak. Satu rahmat untuk kitorang anak-anak buah dia. Hehe.

11 Januari 2011

Aku Bosan

MySpace Hehe.. Actually harini takde apa sangat pun nak diceritakan. Tapi tangan ni ha, gatal jugak nak menaip. Huhu. 


Hurm.. Kat ofis tadi pun tak banyak sangat benda best yang jadi. Macam biasa. Dengan Pakcik Syed tu pun aku tak "menghadapi" masalah macam selalu tu. Aman sikit hidup aku. Suka-suka. Haha. MySpace


10 Januari 2011

~ Kenapa Faizal Tahir Tak Menang? ~

Semalam ada AJL kan. Macam aku cakap semalam, harini aku nak cerita apa yang best and tak bestnya dengan AJL yang kita tengok semalam. Walaupun semua orang dah tau sape pemenang-pemenang, tapi aku tetap nak tunjukkan jugak senarai pemenang.

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta
Tempat Ketiga : Hafiz - Noktah Cinta
Tempat Kedua : Meet Uncle Hussain & Black - Drama King
Juara : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Apa pandangan korang? Sesuai ke keputusan ni? Ramai yang tak berpuas hati dengan kemenangan Ana Raffali. Aku pun tak berapa gemar sangat lagu dia ni. Tapi kalau dah rezeki dia nak dapat juara, kita sebagai peminat or penonton diam jela. Juri dah pilih dia kan. Tak kisah sangat la walaupun aku harapkan Faizal Tahir yang menang. Cuma aku rasa macam Hafiz tak patut menang untuk kategori tu. Macam tak sesuai. Aku rasa vokal Black and Faizal lagi power. Hehe.

Dari segi persembahan, aku rasa banyak persembahan yang menarik untuk AJL kali ni. Banyak drama. Banyak props yang digunakan. Agak menarik. Aku paling suka persembahan Faizal Tahir. Tak sejuk ke terjun masuk air pastu keluar balik sambung menyanyi dengan basah kuyupnya. Huhu. Hebatlah ko Faizal walaupun tak menang anugerah utama. 

Tapi, di sebalik apa yang kita nampak kat TV tu, rupa-rupanya banyak jugak kejadian yang tak best dah jadi masa berlangsungnya AJL. Salah satunya masa persembahan Sharifah Aini, sebiji bola disko pecah jatuh berderai. Masa persembahan Siti Nurhaliza pulak, seorang penari tersangkut di tali sampai orang kat bawah pentas kena tolong bukakan tali. Korang nak lebih lanjut lagi, bukak la laman web Oh Bulan.

Ok. Habis cerita pasal AJL. Tadi kat ofis, aku rasa macam semua orang busy. Minggu ni dah mula dah OT. Masing-masing dah ditugaskan dengan kerja-kerja tertentu. Aku pun terlibat jugak. :D

Ok la. Tak tau nak tulis apa. Papai. 

09 Januari 2011

~ Siapa Juara? ~

Hehe. Harini aku takde aktiviti menarik untuk diceritakan kat sini. Cuma sekarang ni aku tengah layan Anugerah Juara Lagu ke 25. Semua lagu best-best. Persembahan pun mantap-mantap. Antara yang menarik perhatian aku mestilah persembahan Faizal Tahir, lagu Selamat Malam. Aku suka persembahan dia sebab agak unik. Sama macam masa dia buat persembahan lagu Sampai Syurga dulu. Best! 


Hafiz pun ok. Siap ada adegan tembak menembak tu. Pastu tiba-tiba dah tukar baju putih. Konon-konon dah mati la kot. Haha. Yuna pulak aku dah memang tak suka, so aku tak nak komen. Tapi komen sikit la. Tak best pun. Bosan. Haha.


Adira pun ok la. Siap ada tergantung-gantung lagi penarinya. Ana Raffali pun boleh tahan. Ada kurungan-kurungan pulak kat pentas tu. Bunkface biasa je kot. Simple je baju. MUH best jugak. Lagu Drama King. Suka pulak aku tengok. Lagu Pelita pun boleh tahan la. Yang aku confuse tu kenapa muka Noh and yang lain-lain tu comot je. Haha. Tangan Lan lak macam patah je. Tak tau la gimik je ke atau betul-betul. Sekarang ni giliran Black lagu Sofea Jane. Simple je. Tak tau sape yang bakal menang. Tapi macam nak sokong Faizal Tahir je. Hehe. Korang pilih sape?  Shahir ek? Haha.


Esok la aku update pasal sape yang menang. Sekarang nak layan dulu. Hehe. 

08 Januari 2011

~ Tak Payah Tajuk... ~

MySpace Tadi aku merajinkan diri datang ofis. Honestly, aku tak harap pun untuk claim OT. Aku datang nak siapkan kerja yang aku tak sempat siapkan masa hari kerja. Lagipun bos aku dah cakap, dia takkan senang-senang nak sain surat arahan OT dah. Aku tak kisah sangat pun. Hehe.

07 Januari 2011

~ Makin Hari Makin Menyampah ~

MySpace Hurmm... Harini masih lagi cerita pasal pakcik tu. Yup, aku admit aku dah semakin tak suka sikap and perangai dia. Aku rasa bukan aku sorang je kot. Kebanyakan staff SSM tu pun tak suka sikap dia. Sebelum ni aku boleh lagi terima lagi gurauan dia walaupun kasar bunyinya. Tapi pagi tadi, memang aku tak boleh terima. And secara automatiknya, aku isytiharkan "silent war" kat pakcik tu. Haha.

06 Januari 2011

~ Stress ~

Honestly... Memang amat stress aku rasa. Stress berkaitan kerja. And tak puas hati dengan beberapa perkara. Perkara apa? I'm not gonna tell you here. Better aku sorang je tau apa yang aku tak puas hati. Nanti masalah pulak. Tapi stress ni jugak la buat aku jadi moody. Rasa nak marah orang. And tiba-tiba rasa macam nak mintak tukar ke tempat lain. Haiiisshhh...

05 Januari 2011

~ Kalau Dah Tau Hujan Lebat, Jangan Malas Keluarkan Payung.... ~

Hoho.. Suspens je tajuk. Nape aku guna tajuk ni? Mestila ada kena mengena dengan aku. Huhu. Petang tadi masa balik kerja, hujan turun lebat gila. Masa naik dari CM still ok la walaupun langit dah mula gelap and hujan pun dah mula turun renyai-renyai. And sedikit hangin jugak la masa naik bas tadi. Selalunya, bas yang aku selalu naik tu laju je. Takde la laju mana. Tapi standard la kan. Tapi tadi, tahap kelajuan bas yang macam kura-kura nak panjat bukit tu betul-betul menguji kesabaran. Berapi tol. Aku jeling-jeling je pemandu bas tu walaupun aku tau pemandu tu takkan nampak. Tapi biar la. Janji aku puas hati kan. Haha.
 
 
Lepas tu, masa bas dah sampai dekat-dekat tempat tunggu bas kat depan KL Sentral tu, ada sorang mamat ni bangun. Aku tak tau apa dia tanya kat pemandu bas tu. Tapi lepas tu, pemandu tu berhentikan bas kat tepi jalan and cakap kat mamat tu yang bas tu ada problem sikit. Dia kata kena tunggu bas lagi satu. Masa ni hujan dah lebat yang amat sangat ok. Elok je pemandu tu kata bas dah sampai, aku terus lari keluar. Tak kuasa aku nak keluarkan payung or apa-apa jela untuk elakkan basah. Bukan jauh mana pun kan. Tapi basah teruk jugak la walaupun jarak nak ke bas lagi satu tu tak jauh mana pun. Kesian aku tengok sorang pakcik tu. Dah la tak berapa larat nak jalan, kena pulak redah hujan lebat macam tu. Haiisshh..



Tak lama pastu, masa dah nak sampai area rumah aku, semua orang yang nak turun sekali dengan aku dah siap sedia nak bukak payung. Aku buat selamba badak aku la. Dah memang aku ni jenis malas nak bukak payung kalau aku rasa aku takkan basah. Pastu dengan penuh confident, aku turun la bas dengan harapan aku takkan basah teruk. Sekali hambik kau. Basah kuyup ok! Padan muka. Ada payung taknak guna. Actually, aku malas la nak bukak payung tu. Ambik masa tau. Payung aku lagi satu orang ofis aku pinjam. Lupa nak mintak balik. 



And then, aku terus la jalan sampai ke kedai makan kat hujung blok tu. Aku stop sekejap sebab fikir nak redah je ke or nak keluar payung. Pastu ada sorang makcik tu offer aku tumpang dia punya payung sekali. Bukan jual mahal. Tapi taknak la susahkan makcik tu. Aku kan baik. Hahahaha.



Masa aku redah hujan nak ke blok yang paling dekat dengan pagar kawasan rumah, terjumpa lak pakcik yang selalu tegur aku tu. Huhu. Pakcik tu senang la sebab dia duduk dekat blok tu je. Aku kena redah hujan lagi kalau nak sampai ke blok aku. Aku tunggu hujan reda kejap kat hujung blok tu. Ada la dalam 20 minit aku tunggu. Tak lama pastu ada sorang mamat berdiri tepi aku. Aku bajet dia pun nak tunggu hujan reda sikit. Tak sampai seminit pun dia tunggu, terus dia redah hujan. 



Aku masa tu terfikir-fikir balik kesengalan yang aku dah buat. Kalau la awal-awal lagi aku keluarkan payung, kan tak jadi gitu. Dah lama aku sampai rumah. Boleh je kalau aku nak keluarkan payung. Tapi karang malu la aku. Yerla, dah basah kuyup baru nak keluar payung. Nampak sangat la sengalnya aku ni kan. Haha. So, better aku pura-pura aku memang tak bawak. Lagipun aku dah cakap kat pakcik yang tegur aku tu yang aku tak bawak payung. Karang kalau tiba-tiba keluar payung tak ke kantoi. Hehe. Kesimpulannya, kalau ada payung, gunakan la yer. Jangan jadikan pemberat beg je. Ingat tu Ija! Haha.

04 Januari 2011

~ Hari Yang Memenatkan ~

MySpace Harini agak memenatkan sikit. Bukan penat sebab kena buat kerja berat. Tapi penat, letih, marah, hangin satu badan, rasa nak mengamuk and menyampah dengan perangai sesetengah orang kat dalam ofis aku ni. Pagi-pagi dah buat bising. Dah tau ada mesyuarat penting, kenapa baru pagi tadi baru nak cari bahan-bahan yang nak digunakan dalam mesyuarat tu? Then, mula la keluar perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan. Asyik salahkan orang lain. Come on la. Sebelum menyalahkan orang lain, cek dulu diri kita sendiri. Perfect sangat ke apa yang kita buat? Pelik betul dengan perangai orang yang perasan diri bagus tapi sebenarnya banyak cakap kosong. Tin kosong ok! Malas nak cakap sape orangnya.

03 Januari 2011

~ Perkara Yang Mendatangkan Marah ~

Pernah tak dalam hidup korang, korang rasa bengang sebab ada makhluk asing kacau korang tengah tidur. Haha. Actually aku rasa ramai kot. Tapi saja aku nak story sebab malam tadi ada makhluk asing yang mengaku dia asal dari Kedah kacau aku yang tengah sedap tidur diulit mimpi indah. Haha. Mengacau je taunya. So, aku story la sikit butir-butir perbualan aku dengan makhluk asing tu ye. Perbualan ni telah dipendekkan daripada perbualan sebenar atas sebab-sebab yang aku sendiri tetapkan. Haha.

Aku : Hello... (Dengan mata yang masih lagi tertutup terus je angkat phone. Tak cek pun sape)
Makhluk Asing : Hello. Ini Long ni. Pak Long. Ni anak Ya ke? (Suara macam dah tua je)
Aku : Errr... Bukan.... (Geram je masa ni)
Makhluk Asing : Ni bukan anak Ya ke? Habis tu sape? (Dah kata bukan tu, tak paham-paham lagi ke? Huhu)
Aku : Er... Bukan la. 
(Dia tanya banyak kali ok!)
Makhluk Asing : Kalau bukan anak Ya, anak Azmi ye? Ni sape ye?
Aku : Bukan la. Ni Ija.
Makhluk Asing : Liza? Eh, kat mana ni ye?
Aku : Hurmmm.. KL..
Makhluk Asing : KL? Hurmm.. Dah tidur ke?
(Aku teraba-raba cari phone lagi satu nak tengok jam. Pukul 2:48 a.m ok!Logik ke tanya macam tu??)
Aku : Yela. Dah pukul berapa ni. Esok kerja kan!
Makhluk Asing : Oh... Ye ke? Awal lagi ni kan. Takkan nak tidur dah... (Aku dah rasa pelik dah time ni. Ni cari orang yang dia kenal ke saja-saja buat salah dail sebab nak cari kawan)
Aku : Esok kerja!
Makhluk Asing : O... Takpe la ye. Hurmm. Simpan la no ni tau. Esok boleh call saya balik. (Hoho. Gila ke apa?)
Aku : (Dah ready nak sambung tidur je time ni.) Er... Hurmmm... Sape ni? Main-main pulak. Cari sape? (Malas nak layan)
Makhluk Asing : (Dia ada sebut nama tapi aku lupa. Haha) Saya dari Kedah. Balik Pulau, Kedah. Takpe la ye. Esok saya call lagi. (Bengong je kan?)
Aku : Hurmm..(Aku terus sambung tidur lepas dia tamatkan call mengacau dia tu )



Tak sampai berapa minit lepas tu, aku baru je nak lelapkan mata balik, boleh lak dia call aku balik. Aku angkat je. Tapi line tak berapa clear terus terputus. Pastu takde dah dia kacau aku. Tapi nombor dia still ada dalam handphone aku ni. Aku layan dia call tu sebab suara macam dah tua je. Pastu bahasakan diri Long pulak tu. Kot-kot la sepupu aku yang dipanggil Long tu yang call. Takut ada kecemasan. Tapi rupa-rupanya gangguan semata-mata. Geram tol. 


p/s :  Er.. Musykil ni. Balik Pulau kat Kedah ke? Bukan Pulau Pinang? Hehe...

02 Januari 2011

~ Selamat Datang 2011 ~

Maybe agak lewat kot wish welcome 2011. Tapi tak kisah la. Awal lagi kan. Huhu. Awal-awal tahun ni, macam-macam azam baru la yang dicanangkan. Entah tercapai atau tak, semua terjawab masa akhir tahun. Yang berjaya capai tu tahniah la. Mana-mana yang tak tercapai tu, usahakan supaya tahun ni tercapai. Aku? Masih tak pasti apa azam aku. Haha.

Kalau diimbas balik, banyak dah yang jadi dalam hidup kita sepanjang tahun 2010 yang dah pun berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar, aku dah nak masuk umur 22 tahun 2011 ni. Tua pulak rasanya. Dah boleh fikir pasal kahwin ni. Hehe. Gatal betul la. Hurm. Actually, aku ada satu azam . Tapi yang pastinya, mungkin takkan tercapai untuk tahun ni. Aku nak sambung belajar balik. Tapi kena tunggu adik aku habis belajar dulu baru aku dapat sambung. Lambat lagi. Tapi tak kisah la lambat atau cepat. 



Bila difikirkan balik, kadang-kadang aku rasa jeles lak dengan kawan-kawan seangkatan. Dorang dah pun dapat capai cita-cita. Ada yang dah nak dapat ijazah. Ada yang dah ada diploma. Ada yang dah pun  dapat kerja yang bagus. Aku? Masih lagi berangan nak jadi macam dorang. Ada diploma and ijazah. Walaupun sekarang ni aku dah ada kerja tetap, tapi aku still lagi nak sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi. Kalau boleh tak nak la setakat diploma je. Kalau boleh sampai ke tahap tertinggi. Hehe. 


Ok, stop pasal azam. Harini hari jadi kawan baik aku. Tapi aku nyaris-nyaris lupa nak wish. Apa punya kawan la. Haishhh... Aku wish kat facebook je. Huhu. Actually nak tulis panjang lagi. Tapi nak layan cite Underdog ni. Best pulak. Hehe. Lain kali jela. 



p/s : Background macam hampeh la pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...