Assalamualaikum and selamat malam semua..
Malam ni seperti yang kita semua tau, ada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands. Aku sure mesti ada antara korang semua yang melekat kat depan tv nak tengok senarai pemenang. Aku pun sama. Tengah mengadap tv sebab nak tengok sape yang menang and nak tengok persembahan-persembahan artis. Ada yang best ke tak. Hehe.
ABPBH tahun ni bertemakan Moden Klasik. So, kebanyakan perkara or benda perlu la mengikut tema yang telah ditetapkan ni. Termasukla pakaian and persembahan. Majlis ABPBH untuk tahun ni dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada Azlan and The Typewriter yang menyanyikan lagu Jeritan Batinku. Diikuti dengan Ning Baizura & Farhan yang membawakan lagu Asmara and Adira dengan lagu Bunyi Gitar.
Untuk ABPBH kali ni, Raja Azura, Sharifah Shahirah and Zizan Raja Lawak dipilih untuk menjadi pengacara majlis. Agak kelakar gandingan dorang bertiga ni. Banyak buat lawak menggunakan loghat Nogori (Atok suka la tu. Huhu). Memang kelakar. Siap menyanyi lagi tu masa mula-mula pembukaan. Memang tak silap la keputusan untuk pilih dorang bertiga ni jadi pengacara. (Aku suka Zizan je sebenarnya. Sebab dia best. Haha)
Banyak jugak artis popular yang terlibat untuk menyampaikan trofi kepada pemenang. Antaranya, Shah Jaszle, Kamal Adli, AG Hotfm, Ashraf Muslim, Shahir AF8, Fasha Sandha, Sharifah Zarina, Fizz Fairuz, Irma Hasmie, Jehan Miskin, Dynas, Aida Aris, Aida Khalida, Sheera Iskandar, Juliana Evans, Natasha Hudson, Hans Isaac, Raja Azmi, Rita Rudaini, Ahmad Idham, Anita Sarawak, Faizal Tahir, Johan Raja Lawak and Usop (Hantu Kak Limah).
Persembahan-persembahan untuk ABPBH tahun ni pun boleh tahan hebatnya. Antara artis yang membuat persembahan : Hujan (Muda), Ana Raffali + Altimet & Danie Hasbullah (Kalau Berpacaran), Nabil + Along + Angah + Johan & Zizan Raja Lawak (Pak Hitam), Anuar Zain (Sedetik Lebih), Yuna (Gadis Semasa + Dan Sebenarnya + Penakut), Ella + Shima & Alyah (Dua Insan Bercinta + Permata Biru + Kesal + Gemilang) and persembahan terakhir yang disampaikan oleh Dato' Siti Nurhaliza (Bukan Cinta Biasa + Nobody + Nirmala).
Ok la. Malas nak bebel panjang-panjang dah. Jom usha senarai pemenang. (Sambil tengok sambil menaip ni tau. Rajin gila kan? Hehe)
Senarai Pemenang ABPBH 2010
1. Artis Duo / Berkumpulan Popular - 6ixth Sense
2. Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular -Noorkhiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular - Shahir AF8
8. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Raja Lawak
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Dato' Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
15. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
16. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
17. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
18. Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense
Nota Cik Rimau : Esok kerja. Rasa lemah je nak pergi kerja. Dah la kena datang awal esok. Terpaksa la kan. Dah Cik Rimau yang pegang kunci. Adeh.. Tapi takpe. Kena semangat jugak sebab nak hantar claim OT bulan lepas. Hahaha. :-)
12 ulasan:
wow!!giler cepat update pasal ABPBH...hahaha
tahniah shaheizy sam menang abp 2010.. "tapi deme suke usop menang.. rindu nak nyanyi lagu soley2"..haha
tgk sikit2 je heee.. :)
hihi...macih cik rimau... =)
atok suko fasha sandha tu monang.....lakonan dio memang bagus...
walaupun dh ngantuk tetap tahan gak sebab nk tgk siapa artis paling popular..shaheizy sam..
Arshieda Nabila : hehe.. alang2 tak tau ape nak update.. tu yg cik rimau story itu je.. hik3
ayie : suke sam jugak ke? huhu.. usop smlam memang lawak gile.. kan kan kan? hehe
wa khairul onggon : lor.. nape xtgok sampai abis.. best tau.. hehe
atok : ui.. yeke suke sbb die pandai berlakon.. ke sebab die comeyy?? hehe.. (gurau je tok)
zih@n : itu la.. cik rimau pon same.. sanggup tunggu tu.. cik rimau memang bajet sam menang.. xpon yuna or zizan.. nsib baik first choice yg menang.. hehe
x tengok langsung cite ni rasenye.. huu x minat r tengok award..
kay_are : adeh.. rugi la xtgok.. ade usop wilcha ag tu.. hehe
Catat Ulasan