Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

26 April 2011

Takut Tak Bertempat

Assalamualaikum and selamat malam...


Malam ni aku nak story pasal takut. Korang sendiri pun tau kan yang kat dunia ni ada macam-macam jenis takut. Aku tak nak cerita pasal takut yang berlambak-lambak tu. Aku nak cerita pasal takut kat orang yang bersangkut paut dengan hidup aku satu masa dulu. Saja je nak imbas memori dulu-dulu malam ni. Hehe.



Masa kecik-kecik dulu, rumah aku berdekatan dengan sorang nenek ni. Sekarang ni dah takde sape duduk kat rumah tu. Jadi rumah hantu kot. Hik hik hik. Masa nenek tu duduk situ dulu, kadang-kadang ada anak dia yang datang melawat. Salah sorang anak dia tu, namanya Musa. Aku cukup tak gemar duduk dekat dengan dia. Sebabnya, dia ni suka takut-takutkan aku. Pantang nampak je aku dengan adik aku, dia mesti nak peluk la apa la. Maybe la dia nak anggap kitorang sebagai anak, tapi aku takut ok. 


Pernah sekali tu, aku and adik aku pergi ke belakang rumah sebab nak ambik buah jambu. Tiba-tiba dia muncul. Dibantainya sergah kitorang. Kitorang apa lagi. Bertempiaran lari masuk bilik, kunci pintu then masuk menyorok bawah tilam. Bukan setakat bawah tilam. Dalam sarung tilam pun kitorang pernah menyorok. Betapa takutnya kitorang kat dia. Dahsyat tak? Haha. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku takut sangat kat dia masa kecik-kecik dulu. Apa masalahnya entah la. Ish ish ish...


Ada lagi sorang manusia yang buat aku and adik aku takut. Agaknya masa kecik-kecik dulu, kitorang cute sangat kot, sampai semua orang nak usik kitorang. (Perasan betul. Haha.) Ada la sorang benggali jual karpet ni selalu datang nak jual barang-barang dia tu. Setiap kali dia singgah nak tunjuk barang-barang dia, dia mesti nak usik aku and adik aku. Kitorang cukup anti dengan dia. Kalau dia dekat dengan kitorang, terus kitorang capai comferter or apa jela untuk bungkus diri semata-mata tak nak bagi dia usik kitorang. Dah macam hantu bungkus je rupa kitorang. Tapi peduli apa. Masa tu kitorang memang tak nak dia dekat kitorang. Takut siot. Tak bertempat betul takut kitorang ni. Hak hak hak.


Yang sorang lagi ni, rasanya memang patut kot kitorang takut. Sebabnya, atok ni memang agak merbahaya. Kadang-kadang, dia selalu singgah kat tingkap rumah kitorang bila dia balik dari kebun. Saja-saja jela dia nak menyembang. Tapi yang tak bestnya, tangan dia tu gemar benor merayap. Nak meraba je kerjanya. Nak je aku lempang. Start tangan dia nak menggatal tu, mana ada kitorang layan dia sangat. Even masa tu kitorang baru 9 and 7 tahun, tetap kena berhati-hati. Buatnya dia buat bukan-bukan kat kitorang, sape nak jawab? Huhu. 


Mungkin ada yang kata, dia anggap kitorang cucu kot. Kitorang je yang salah anggap. Bukan ok. Actually, dia pernah buat something kat someone yang memang aku susah nak terima. Walaupun kitorang still budak masa tu, semua tu dah cukup untuk buat kitorang berhati-hati dengan dia. Yang terbaru ni (dua tahun lepas), aku takut kat sorang lelaki ni. Bajet suami isteri nak tolong aku. Aku ni pulak cepat percaya masa tu. Tak sangka pulak dorang ada niat tak baik kat aku. Si isteri macam tak kisah je si suami nak buat tak elok kat aku. Alhamdulillah aku berjaya larikan diri dari dorang. Sangat-sangat bersyukur. Kalau tak, aku tak tau apa jadi kat aku sekrang ni. Huhu.




Nota Cik Rimau : Baru lepas check handphone. Dari balik tadi tak keluar pun handphone daripada beg. Dah la buat silent je. Sekali tengok ada sms and call daripada pengarah negeri yang datang kat office siang tadi. Katanya nak tanya hal rasmi. Mampus la Cik Rimau camni. Dah pukul 11.30 malam kot. Takkan baru nak reply sms dia. Apa nak buat ni wehhh?? (Actually tengah fikir ni. Sape bagi nombor handphone Cik Rimau kat dia? Nombor peribadi kot. Mesti Pakcik Syed tu kasi ni. Sebab tadi orang tu cari dia nak tanya something berkaitan MBJ. Mesti pakcik tu suruh tanya aku. Hampeh betul. Dasar lepas tangan punya orang. Gerammm.. )

14 ulasan:

kay_are berkata...

macam2 orang ye... rase kalau dah macam tu rupe nye rase betul kot rase takut tu.. tapi orang2 camtu kalau dihempuk lagi best kot.. hee

fairus berkata...

SAMALAH.. DULU MASA KECIK SAYA ADA TAKUT DENGAN SEORANG NENEK TU.. DAH BONGKOK 3, PASTU MAKAN SIRIH... MUKA ADA GARANG JE..

Mohamadazhan.com berkata...

macam hantu mak limah ja.hehe.

CintaZulaikha berkata...

sy klu masa kecik tader bda lain, antu ajerlah yg nak ditakutkan. nak tau antu apa? wakakkakka..

antu gigi dlm citer p.ramlee tuh..citer pendekar bujang lapok..hakhakhak

tp skrg sumer tu da jadi pandang sblah mata jek..ayat hangat..kakkak

deeya berkata...

nape takot dngan pokcik musa ?? rupa dia ngeri eh ??

eh ! orang tua gatal pun ade .. baling aje dengan batu . jngan cepat terpedaya & percaya dgn org taw syg .. kene hati2 !

takot tak dengan pengarah negeri tu ?? ye ! anda patot takot .. huhuhu ~

amry berkata...

dulu saya waktu kocik2 pon ada gak takut ngan sorang pak manakan ni..pak manakan sepupu la kan..tak rapat sangat..nampak jer kitorang...disergahnya (saja2 la)..kami yang waktu tu budak2 memang takut la.....hahahaha..ttakut tak bertempat k :P

Muhammad Izuan berkata...

agak2nya memang super kiut kot time kecik... huhu

Cik Rimau berkata...

kr : patut ke.. haha.. rasenye mcm pelik je takut kat org.. hehe.. tp cik rimau mmg xsuke pakcik tu.. dekat dgn die je rase seram.. huhu.. nape nth..

Cik Rimau berkata...

fairus : erk.. nenek kebayan ke tu... hehe

Cik Rimau berkata...

azhan : haah kan.. kak limah dah wujud upenye zaman encik fairus nie.. hehehe

Cik Rimau berkata...

cintazulaikha : huiiiyooo.. skrg dah berani la ek.. dulu cik rimau xtakut antu.. dah besar lak takut.. terbalik lak.. hehe

Cik Rimau berkata...

deeya : xdela ngeri.. xtau nape.. ade aura die yg buatkan cik rimau takut.. haha.. er.. pengarah negeri tu yg takut kat cik rimau tau.. die takut mngganggu cik rimau.. hehe

Cik Rimau berkata...

amry : uik... laki pon takut jugak ek.. hehehe

Cik Rimau berkata...

Muhammad Burn : super cute la sgt.. haha.. comot je.. kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...