Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

18 April 2011

Terluka...

Assalamualaikum and selamat malam..


Malam ni aku nak tanya korang sikit boleh tak? Hehe.. Tak boleh pun, korang kena kata boleh. Hurmm.. Korang pernah tak rasa macam apa yang korang buat selama ni seolah-olah tak dihargai? Macam semua yang korang buat selama ni langsung takde nilainya. Tak bermakna. Sedangkan korang dah habiskan banyak masa and tenaga korang untuk memberikan hasil yang terbaik. Tapi semua yang korang buat tu, tak kira sebesar mana pun ianya, seolah-olah takde sape yang nampak. Sakit hati je kan?


Bukan la berniat nak dapatkan pujian. Langsung tidak. Tapi tak perlu la kot nak banding-bandingkan dengan sesiapa. Hati orang perlu dijaga. Jangan main cakap je. Sekarang ni pun orang-orang dah mula memendam rasa. Masing-masing dah mula tanam impian nak mencuba nasib di dunia baru. Jangan sampai satu hari nanti semua memulakan langkah serentak. Awak yang ternganga nanti. Bukan nak kata orang-orang ni besar kepala. Cumanya janganla terlampau memuji orang lain sampai abaikan perasaan orang-orang ni. Orang-orang ni dah takde hati nak teruskan langkah kat sini. Satu hari nanti mungkin dapat ucap "GOOD BYE FOREVER" je kot. Hurrrmm..


Nota Cik Rimau : Tengah geram. Huhu. Korang mesti tak faham cerita Cik Rimau kat atas tu kan? Tak faham takpe. Saja guna kiasan "orang" tu. Tak nak orang-orang yang tak berkaitan / kaki spy / yang tak sepatutnya baca entri ni faham senang-senang. Nanti lain pulak ceritanya. Hehe. 

ps : Tadi kawan Cik Rimau bagitau yang mak kepada sorang lagi kawan baik kitorang masuk hospital. Dalam beberapa hari ni jari kaki mak dia akan dipotong sebab sakit kencing manis. Kesian kat dia. Hurmm.. Cik Rimau jadi takut pulak. Nampaknya kena jaga makan and kesihatan la lepas ni. Tak mau sakit. Cik Rimau nak sihat. Nak kahwin dulu. Haha. (Gatal betul kan?)

5 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

habislah kalau cik rimau dah geram..hehe. yang lain kena siap sedia :P

sabar cik rimau, tenang2 ja..setiap masalah mesti ada jalan keluarnya, sambil2 jaga hati, jaga juga kesihatan ya ;)

powluck berkata...

byk2 besabo cik rimau..

Unknown berkata...

tak polah cik rimau...kita kerja dengan ikhlas k...pedulikkan yang lain :)

deeya berkata...

cik dya pun nak sehat .. nak kawen dulu . huhuhu ~

jap2 ! entry kat atas tu pehal ?? namo kecik2 ati la tayunx .. senyum2 okeiz ! =)

aNiss :):) berkata...

cik rimau, sabar je lah... pedulikan lah.. asal niat kita betul... kita dah kerja dgn ikhlas.. terpulang kat diorang lah untuk menilainya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...