Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Februari 2018

MANGSA PENYELUK SAKU

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..


Ada tak antara korang yang pernah jadi mangsa kepada kejadian jenayah? Kalau tak pernah, baguslah. Nasib korang memang baik. Hehe. Jealous iolls. :-p

Btw, semalam kan.. Aku jadi mangsa penyeluk saku dalam bas. Huwaaaaaaa.. Sedihnya. Lesap dah handphone kesayangan aku. Yer, memang la nanti ada yang cakap, 

"ek eleh, bukan Iphone pun. 
Setakat Sony Experia Z3 tu pun nak kecoh.."

Ater.. Kalau bukan Iphone pun, kome ingat murah ke masa teman beli tu? Wuuuu.. Teman beli handphone tu lama dah tau. Betul-betul masa hari pertama handphone tu launch. Harga masa beli tu 2K something. Lama jugak tau aku dengan handphone tu. Bila tiba-tiba kena songlap macam tu je, rasa agak terkilan jugak la. 

Ok meh aku ceritakan macam mana kejadian tu berlaku. 

Pagi semalam, disebabkan aku bertugas kaunter, aku pun gerak awal la dari rumah. Memandangkan semalam gaji bulan Februari, aku singgah la dulu 7Eleven keluarkan duit kat ATM. Then, aku bukak zip poket kecil beg sandang aku sebab nak keluarkan kad Touch N Go. Konon-kononnya nak topup la kad tu. Tapi cashier cakap sistem offline. So, aku tutup balik zip and terus keluar dari kedai pergi ke tempat tunggu bas.

Kebiasaannya, setiap pagi handphone aku pegang kat tangan je. Tapi entah kenapa pagi semalam aku agak malas. Aku biar je dalam poket kecil sebelah luar beg sandang. Masuk je dalam bas, aku berdiri tepi dinding sebab tak dapat duduk. So, aku berdiri menghadap luar bas. Tangan aku sibuk cover zip bahagian paling besar beg sandang belakang aku tu sebab risau orang seluk. Al maklumla baru keluar gaji kan. Kih kih kih.

Tapi aku perasan gak masa dalam bas tu. Perempuan Indon sebelah aku tu dengan sorang laki yang berdiri belakang aku tu dok himpit-himpit aku. Ikutkan bas tak penuh mana pun. Pelik jugak la kan nape nak himpit-himpit. Tapi aku abaikan je dulu. Masa sampai kat Brickfields, aku pun ready nak turun. Aku pusing je belakang, laki yang berdiri kat belakang aku tadi tu, elok je posing kat tiang belakang dia. Macam takde apa-apa yang berlaku.

Ikutkan masa tu, aku dah rasa tak sedap hati sebenarnya. Tapi macam biasa aku abaikan je. Sampai kat pejabat, aku bukak la zip kecil tu nak keluarkan handphone. TAKDE OK! Puas aku selongkar tak jumpa. Aku cuba call tapi dah off. Mulanya aku ingat aku tertinggal kat rumah. Sebab malam tu aku lupa cas. So, masa bangun nak mandi pagi semalam, aku cas dulu. 

Lepas habis duty kaunter, aku mintak kebenaran bos aku untuk balik awal. Konon nak check kot tertinggal kat rumah. Tapi malangnya, memang takde kat rumah. So, aku memang confirm da kena curi dalam bas. Terus bersiap pergi ke Berjaya Times Square untuk beli balik nombor Umobile aku. Then, terus ke Pertama Kompleks beli handphone baru. Beli handphone murah jela. Itu je mampu berdasarkan keadaan kewangan aku sekarang ni. 

Btw, kad TnG aku selit belakang casing handphone yang kena curi tu. So, malam semalam, aku bukak laman web TnG. Tengok pencuri tu ada guna kad aku tu 3 kali turun naik bas. Lahabau punya pencuri. Ikutkan hati, nak je aku report polis. Tapi bila ramai kawan cakap buang masa je, polis takkan siasat la apa la, jadinya aku redha jela. Redha yang tak sebenar-benar redha actually. Sebabnya, aku sumpah pencuri tu hidup melarat 7 keturunan selagi dia tak datang melutut mengaku mencuri kat aku. Muahahahaha..

So kesimpulannya di sini, korang semua yang pakai beg sandang belakang masa naik bas, sila pakai kat depan untuk elakkan kejadian macam ni jadi kat korang pulak. Aku agak trauma sikit nak pakai beg sandang belakang buat masa ni. Esok nak beli sling bag la.. Hahah. Seriau ok.. Huuuu

Ok lah. Nanti Cik Rimau bebel lagi ye. Hehehehe. See you againnnn and againnnnn.. Tata.. 

2 ulasan:

keem berkata...

bebel lagi

Cik Rimau berkata...

Keem

Lempang kang. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...