Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

25 Ogos 2012

Datang Bertandang...

Assalamualaikum and selamat sejahtera..


Masih dalam mood raya. Semalam dapat sms daripada Yan, kawan sebilik masa belajar kat kolej dulu. Dia bagitau nak datang beraya kat rumah aku. Adehhh.. Aku jadi susah hati. Susah hati sebab takde kuih kat rumah. Maklumlah, aku kan beraya kat kampung tahun ni. So, aku takde la nak beli kuih banyak. Ada beli. Tapi dah kitorang bedal sampai habis. Ingatkan takde sape nak datang. Biasanya, memang takde pun yang nak datang beraya kat sini. 


So, awal-awal pagi tadi, aku and adik aku turun ke pasar. Adik aku rajin nak masak kuah kacang and rendang. Lepas Zohor, Yan sms. Katanya dah nak sampai. Yang buat aku pelik, dia tanya pasal maggie la, sos cili la. Memang pelik. Kata nak datang beraya. Kenapa tanya pasal tu pulak kan? Huhu.


Dalam pukul 2 petang, Yan pun sampailah kat rumah aku. Dia datang dengan Mimi and Nana (kawan sebilik masa kolej). Aku nampak dorang bawak Pizza. Ceiittt.. Patutlah tanya pasal sos. Nak makan pizza rupanya. Terbalik pulak kan? Tetamu pulak datang bawak makanan. Haha.


Menikmati pizza sambil layan Mohabbatein. hehe


Dah kenyang membedal pizza, kitorang rehat kejap. Tapi pastu, kawan-kawan aku ni ajak pulak pergi beraya kat rumah sorang lagi kawan kitorang yang kebetulan tinggal satu blok dengan aku. Semua dah kekenyangan. So, masing-masing pakat cakap tak nak makan la konon. Bajet nak pergi rumah kawan tu, tak nak makan dah. Nak minum je. Sekali bila dah sampai, lain pulak jadinya. Habis licin apa yang dihidangkan. Haha. Cakap tak serupa bikin. Ape daaaa...







Nota Cik Rimau : Tak sangka dapat jumpa dorang semua. Kali terakhir kitorang jumpa, tahun lepas kot. Tu pun lepak-lepak kat Sunway je. Huhu. Hope boleh jumpa lagi lepas ni. :p

24 Ogos 2012

Warna Warni Di Aidilfitri

Assalamulaikum and salam sejahtera..


Sekali lagi aku membebel kat sini semata-mata nak merakamkan kenangan raya untuk tahun ni. Hehe. Bukan apa, sebagai rekod peribadi je kot. Agak-agak lupa nanti, boleh baca balik kat sini. Imbas balik apa yang jadi untuk raya kali ni. Betul tak? Untung ada blog. :p


Bagi aku, raya kali ni agak best. Bukan 'agak' dah, memang best pun. Hehe. Dapat jejak kampung tempat membesar lepas empat tahun membawa diri ke perantauan (perantauan la sangat kan), jumpa family angkat, jumpa salah seorang kawan baik and dapat berkumpul dengan kawan satu sekolah dulu. Macam yang aku pernah bagitau sebelum ni, aku memang excited sangat-sangat nak beraya kat kampung sebab nak jumpa dorang semua tu la. Alhamdulillah, dengan izin Allah, impian aku untuk beraya bersama dengan dorang semua yang dah banyak berjasa dalam hidup aku ni tercapai akhirnya. Syukur alhamdulillah... 


Ikut plan asal, kawan-kawan sekelas masa sekolah menengah dulu nak berkonvoi ramai-ramai pada hari raya kedua. Tapi disebabkan beberapa halangan, makanya konvoi tu ditunda pada hari raya ketiga (21.8.2012). Takpe la tunda pun kan, janji dapat jumpa. Huhu. So, pagi raya ketiga tu, awal-awal pagi lagi Tila dah mulakan operasi memasak. Menu utama mee kari. Kawan-kawan janji nak datang ke rumah dalam pukul 10.30 pagi. Sekali tunggu punya tunggu, tak jugak muncul. Sampai terlelap kitorang tunggu rombongan dorang tu nak tiba. Rupa-rupanya, dorang nak merayap ke rumah kawan-kawan sebelah Manong dulu. Ceiittt.. Mau je aku sekeh sorang-sorang. Huhu. 


Dalam pada menunggu kawan-kawan aku tu, tiba-tiba dapat call dari someone. Fiza, kawan sekampung and satu sekolah sejak tadika dulu yang call. Lama jugak tak contact dia ni. Tertanya-tanya jugak, kenapa dia tiba-tiba call. Rupa-rupanya, dia nak datang beraya dengan sorang lagi kawan sekampung. Aku suruh je dia datang memandangkan rombongan kawan-kawan aku tu tak pasti lagi pukul berapa nak sampai. Dalam pukul 2 petang, sampai la Fiza dengan Mala. Dorang berdua ni kawan aku sejak dari tadika sampai habis sekolah menengah. Cuma Mala je yang tak join sekali dengan kitorang kat SMKSTA. Dia pilih sekolah menengah sekitar Parit kalau tak silap. 


Ada la lebih setengah jugak Fiza and Mala duduk melepak dengan aku and Tila. Bertukar-tukar cerita satu sama lain. Tanya perkembangan terkini, belajar lagi ke, kerja mana, status diri and lain-lain. Paling best bila dapat tau yang Mala tak lama lagi dah nak bertunang. Kalau takde aral, mungkin bulan 12 ni ikat tali pertunangan. Sorang lagi kawan aku dah jumpa teman hidup. Seronok bila dapat tau. Tapi terselit jugak la rasa jeles tu. Hehe. Aku pun nak jugak weh ada bakal suami ni. (Gatal kan? Haha)


Lepas dah puas bertukar-tukar cerita, Fiza and Mala pun balik la. Aku dok pandang jam je pastu. Geram dengan kawan-kawan yang tak jugak muncul. Tila pun dah macam nak hilang mood je aku tengok. Aku terus call Zati, tanya dorang kat mana dah. Nasib baik la dorang kata dah nak masuk simpang rumah Tila. Aku terus cabut ke dapur. Tiba-tiba rasa segan nak jumpa dorang. Hahaha. Masa aku nak hantar air ke ruang tamu, terkejut aku tengok jumlah kawan-kawan yang datang tu. Ramai jugak yang datang.. Huhu. Ingat kan berapa kerat je. Bertambah segan aku dibuatnya. :p


Lebih kurang setengah jam jugak aku dapat bersembang dengan kawan-kawan yang datang. Walaupun tak dapat nak sembang panjang, tapi puas hati la dapat jumpa akhirnya. Bertentang mata. Bukan senang dapat peluang ni. Masa dorang dah nak balik tu, dorang ada ajak aku join dorang konvoi sekali. Tapi aku tolak sebab malam tu aku dah nak gerak balik KL. Dorang ajak jugak aku join. Siap nak hantarkan sekali ke stesen bas KK tu. Huhu. Tapi terpaksa tolak memandangkan adik aku demam masa tu. 


Lepas je dorang balik, aku terus kemas baju masuk dalam beg. Siap sedia nak balik ke kota yang sesak ni. Haiisshhh.. Berat rasa hati, tapi apakan daya. Terpaksa jugak balik. Masa dah nak masuk kereta tu, mula la nak feeling sedih pulak. Mau tak sedih. Mak angkat aku tiba-tiba menangis. Dia peluk aku and adik. Sempat jugak la bagi pesanan macam-macam. Rasa terharu. Faham jela kan aku dah lama tak dapat rasa perhatian seseorang yang bergelar ibu. Bila tiba-tiba tengok mak angkat aku tu nangis, aku rasa terharu sebab tak sangka ada jugak yang masih ambik berat pasal aku and adik beradik. Alhamdulillah...


Bas aku gerak dari KK ke KL pukul 8.30 malam walaupun pada asalnya bas tu sepatutnya gerak pukul 8 malam. Apa kes entah boleh jadi lewat setengah jam tu. Bas gerak je aku terus aku tidur. Haha. Aku ingatkan bila balik awal, jalan tak sesak. Sekali hambik kau. Ada setengah2 tempat, sesak teruk sangat. Kalau nak lumba dengan kura-kura pun, aku confirm kura-kura menang. Huhu. Sudahnya sampai la kat KL pukul 12.50 pagi. Sampai rumah pulak pukul 1.20 pagi. Mengantuk gila masa tu. 


Ok la.. Panjang sangat bebel ni. Jom layan gambar yang tak seberapa ni yer. Hehe..

Ini Shukri, adik Tila.
Abang aku dengan Shukri.
Kucing ni pun nak raya jugak yer.. Selamba je telentang kat ruang tamu. Huhu
Ini Mala. Dia datang dengan Fiza. Lupa nak ambik gambar dia. Haha
Epoi vs Epoi. (Epoi kuasa 2).. Kih kih kih
Zin and Safwan. Bajet hot sangat la tu. Huhu
Boy baju merah tu namanya Yusri. Pantang nampak orang nak ambik gambar. Mula la nak posing.. Ish3
Gambar dicilok dari Suzila. Member-member sekelas masa sekolah menengah. :p

And layanla beberapa keping gambar yang aku kidnap dari facebook kawan-kawan aku.. Hehehe...

Gambar dicilok dari fb Suzila. Masa dorang kat rumah Epoi. Teringin nak ikut. Huhu
 



Nota Cik Rimau : Tahun depan tak merasa la nak berkumpul dengan dorang ramai-ramai macam ni. Haiishh.. Pasni kalau makin ramai yang tamatkan zaman bujang, makin susah la jawabnya.. Rindu korang semua!! Huwaaaaa...

Raya Di Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Sambungan entri sebelum ni.. Kitorang menginap kat Kangsar Hotel untuk satu malam. Lepak-lepak kat bilik sampai pukul 12 tengahari, then check out. Pastu terus pergi ke stesen bas. Kawan janji nak ambik dalam pukul 3 petang. So, sementara menunggu dia sampai, kitorang pun menapak la ke sekitar gerai-gerai yang menjual pelbagai barang persiapan untuk raya. Setakat cuci mata je. Ada yang berkenan, kitorang sambar. Aku siap beli lagi sepasang baju raya kat sana. Entah kenapa, mata aku asyik melekat kat benda-benda yang berwarna pink je. Sebelum ni aku tak berapa nak gemar. Tiba-tiba pulak, mata ni rasa warna pink tu menawan hati. Adeh.. Masalah betul la. Huhu.


Lama jugak la kitorang pusing-pusing kat sekitar gerai-gerai tu. Then, terserempak dengan Epoi, kawan sekampung merangkap boipren kawan baik aku sekarang ni. Huhu. Tak sempat nak sembang panjang pun sebab dia nak cepat. Kebetulan pulak, lepas je jumpa dengan Epoi, kawan baik aku (Zati) pulak turun ke Kuala Kangsar (KK) dengan adik dia. Lama jugak la aku bersembang dengan dia. Aku siap pusing sekali lagi sekitar gerai-gerai kat situ untuk temankan kawan aku ni cari tudung raya. Memang penat gila. Nasib baik puasa masa tu. Kalau tak, memang dah berbotol-botol air aku teguk. Punyalah penat kan... Huhu.


Then, dah penat merayap, kitorang duduk balik kat stesen bas tu. Kawan aku tunggu sekali sebab dia teringin nak jumpa sekejap dengan kawan yang nak ambik aku tu. Maklumlah, sejak habis sekolah dulu, masing-masing dah bawak haluan hidup sendiri. Memang susah nak jumpa satu sama lain. Raya setahun sekali pun belum tentu dapat jumpa. Tapi, disebabkan kawan aku tu sampai agak lambat, terpaksa la Zati balik dulu. Dalam pukul 4 petang macam tu, barulah kawan aku sampai. Rupa-rupanya, anak dia demam. So, terpaksa la dia singgah ke klinik dulu sebelum ambik kitorang. Kesian dia... Hurmm..


Untuk makluman korang, family angkat aku ni sebenarnya family kepada kawan sekampung/sekelas aku. Nama kawan aku tu Tila. Nenek sebelah ayah dia adalah ibu saudara kepada arwah emak aku. Kira ada kaitan sedara jugak la kan. Mak dia jadikan aku anak angkat sejak aku sekolah menengah lagi. Mak dia memang baik. Puas dah mak dia suruh aku panggil dengan gelaran 'mak'. Tapi aku ni, macam agak liat nak sebut. Maybe sebab dah lama aku tak panggil gelaran tu. 15 tahun kot dah tak panggil Huhu. Masa ku banyak krisis hidup dulu pun, family Tila ni la yang banyak tolong aku. Ajak aku duduk dengan dorang. Layan aku macam family dorang. Setiap tahun, family angkat aku ni tak pernah lupa nak ajak aku balik beraya sekali dengan dorang. Memang terharu la dengan layanan and sikap ambik berat dorang. 


Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Kitorang sampai kat rumah dalam pukul 6 petang. Sampai je rumah, terus mandi and solat. Actually, family angkat aku ni baru pindah ke rumah baru. Sebelum ni, rumah dorang kat Kampung Kubang Udang. Sekarang ni kat Kampung Bekor. Kiranya, pindah sebelah kampung je. Hehe. Lepas je Isyak, aku dengan adik perempuan aku pun pergi la menolong Tila and mak dia memasak kat dapur. Tak banyak pun nak kena buat. Dorang plan nak buat mee kari untuk hidang tetamu raya tahun ni. Aku setakat tolong sediakan bahan untuk masak je. Yang memasaknya, Tila. Kih kih kih. Husband Tila pulak, rajin nak menolong masukkan kuih dalam bekas and mengemop lantai. Rajinnya la husband kawan aku tu. Huhu. Sebelum pukul 12 tengah malam, rendang and mee kari hasil tangan Tila siap diamasak. Pastu apa lagi, terus beradu la. Hehehehe.


Pagi raya, kitorang bangun awal untuk kemaskan rumah. Dalam pukul 11 pagi, dah ramai orang yang datang beraya. Paling ramai budak-budak la. Datang kutip duit raya. Huhu. Husband Tila ni agak jahat sikit la. Asal dia nampak je budak-budak nak datang ke rumah, dia akan tanya dulu. "Datang nak makan kuih raya ke nak kutip duit raya je?'. Taktik malas nak layan. Mana yang cakap nak duit raya je, dia terus bagi angpau. Senang cerita. Tak payah susah-susah nak hidang or layan dorang. Hahaha. Jahat betul kan? Tapi menjadi tau. Agak-agak korang malas nak layan bebudak datang beraya, boleh la try cara ni. Hahaha. :p


Then, tengahari tu pulak kitorang pergi ke rumah nenek Tila kat kampung sebelah. Sempat la jugak beraya ke dua tiga rumah sedara mara Tila sekitar kampung tu. Tapi lepas tu, kitorang terus balik rumah sebab anak Tila kena gatal-gatal. Agak teruk jugak. Kesian aku tengok anak dia. Asyik meragam je. Petang tu, kawan aku pergi bawak anak dia ke Hospital KK disebabkan keadaan anak dia makin teruk. Naik bengkak muka anak dia disebabkan gatal-gatal tu. Tergaru-garu menahan gatal. Sampai pukul 11 malam kot, barulah dia balik ke rumah semula. Doktor Hospital KK cakap, anak dia alergik kat ubat antibiotik yang dorang dapat kat klinik sebelum tu. Dapat ubat lain pulak. Tapi sama je. Takde kesan. Esoknya dorang try ke klinik pakar kanak-kanak. Doktor situ pulak cakap benda lain. Tiga tempat dorang pergi, tiga-tiga doktor cakap benda lain. Sudahnya, berubat cara kampung. Barulah kurang sikit gatal-gatal kat badan anak kawan aku tu. Huhu.



Dah siap kemas untuk sambut tetamu datang raya nanti.

Bahan-bahan untuk masak rendang and kuah mee kari.


Adik bongsu Tila. Orang sibuk nak masak, dia sibuk nak jadi Superman. Hehe.


Kucing Tila ni dah macam dia pulak yang penat bersiap untuk raya. Huhu.

Shukri di pagi raya. Kecik-kecik dah pandai bergaya ni.
 
Tila, anak Tila (Harith) and mak Tila.




Nota Cik Rimau : Next entri Cik Rimau story pasal beraya dengan kawan-kawan sekolah dulu. Seronok gila dapat jumpa dorang. Bayangkan la dah dekat empat tahun tak jumpa. :p

22 Ogos 2012

Balik Kampung!!!! Hoooraaayyyyy..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Seperti yang pernah aku canangkan sebelum ini, tahun ni aku akan beraya di kampung halaman yang penuh nostalgia. Lama sangat aku tak jejakkan kaki ke sana. Dah dekat empat tahun rasanya. Oh ya, lupa pulak nak bagitau nama kampung aku tu. Hehe. Nama kampung aku, Kampung Kubang Udang. Terletak di dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Sangat dekat dengan sebuah pekan kecil yang dinamakan Manong. Berdekatan jugak dengan Parit. (Okeh, dah macam nak buat rancangan promosi tempat percutian la pulak kan?) Huhu...


Makanya, untuk merealisasikan rancangan nak beraya di kampung tu, aku pun apply la cuti bermula pada Khamis (16.8.2012) yang lepas. Saja apply awal sehari dari tarikh nak balik kampung disebabkan persiapan raya yang tak sempat nak beli sebelum tu. Alasan semata sebenarnya. Bukan takde masa nak pergi. Saja nak pergi sekali dengan adik aku. Tak best la pergi berdua je dengan abang aku. Hehe. So, hari Khamis tu kitorang pun pergi la shopping kat merata ceruk KL ni. Tumpuan utama kat Jalan TAR la kan. Tapi, macam biasa la. Sangat mencabar kalau nak shopping raya kat Jalan TAR ni. Bilangan orang yang datang ke sana, boleh dikatakan double or triple dari hari biasa. Haiiisssshhh.... Memenatkan okeh!


Dapat je barang yang dicari, memang tak tunggu lama dah. Terus cabut balik rumah. Mujur dapat bertahan sampai berbuka. Hehe. Then, kemas-kemas barang masuk dalam beg. Janji dengan family angkat aku tu, nak balik petang Sabtu. Tapi aku saja balik malam hari Jumaat sebab nak lepak and jalan-jalan kat Kuala Kangsar tu dulu sebelum pergi rumah dorang. Tiket pukul 9 malam. Tapi kitorang pergi Pudu Sentral pukul 5 petang. Awal kan? Bukan semangat nak balik. Konon nak elak kesesakan jalan. Padahal aku tengok jalan clear je haritu. Hehe. So, terpaksa la berbuka kat stesen bas. Mujur tempat tunggu bas sekarang ni dah cantik. :p


Bas gerak on time. Tapi disebabkan jalan yang teramat la sesak, aku sampai kat stesen bas Kuala kangsar tu pukul 1 lebih kot. Mengantuk gila masa tu. Sampai je terus cari hotel. Mujur ada satu hotel tu kaunternya bukak 24 jam. Yang lain tak bukak. Nasib baik la hotel yang kitorang pergi tu still ada bilik kosong. Ambik bilik yang ada 2 katil, then terus la membuta sampai masa bersahur. Masa bersahur tu merata jugak la cari kedai makan. Takde yang bukak okeh. Kalau ada pun, tersangat la jauh dari hotel tu. Dah la nak jimatkan masa. Memang tak la kitorang nak menapak jauh. 


Ronda punya ronda, terperasan la ada KFC kat depan mata. Tak tunggu lama dah. Terus masuk dalam tu. Pelanggannya takde la ramai mana. Tapi servisnya, tahap lembab. Staff ramai je aku tengok kat kaunter tu. Entah kenapa, tetap lembab. Maybe banyak sembang kot. Aku nampak okeh! Huhu. Mujur la tak terlepas masa sahur. Kalau terlepas, mau aku jadi The Hulk kot. Haha.


Panjang la pulak aku melalut. Ni baru kisah perjalanan ke Perak je. Belum sampai masa beraya kat rumah family angkat. Itu aku cerita kat entri lain la pulak eh. Nah tengok gambar yang biasa-biasa ni dulu yer.. Hehe..


Menunggu masa berbuka.. Agak-agak kat mana? Huhu

Inilah hotel tempat kitorang beradu untuk satu malam. Kangsar Hotel. Dekat je dengan KFC and The Store Kuala Kangsar.

Bilik dengan dua katil. (Promote hotel ke apa aku ni?)


Paling best ada beranda. Pintu hijau tu untuk ke beranda. Yang biru tu pintu ke bilik air.

Murah je bilik ni. RM 118 untuk satu malam. Ok la kan. Bilik selesa, ada tv dengan siaran astro pulak, and dekat dengan stesen bas. Agak-agak korang tersesat kat Kuala Kangsar, bole la try hotel ni. Puas hati. :p




Nota Cik Rimau : Rasa best pulak raya tahun ni. Hehe. Walaupun terpaksa tidur hotel sehari, tetap rasa best. Baru la adventure. Lagipun pilihan sendiri. Sape suruh balik awal sehari dari tarikh yang janji dengan family angkat tu kan? Kih kih kih. Nanti story pasal raya pulak.. Papai..

14 Ogos 2012

Bos Bagi Duit Raya!!! Hooyyyeehhhh..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Salam Syawal. (tak sampai berapa hari je lagi kan?). Aku dah tak sabar-sabar nak cuti ni. Hari Rabu ni, (esok) last aku kerja. Mula hari Khamis ni, aku akan busy pergi shopping barang raya. Errr... Baru nak beli? Ape ke halnya dah nak raya baru nak beli? Alasan biasa, aku busy. Haha. Ok. Alasan semata-mata. Aku ni liat sikit nak keluar jalan-jalan bulan puasa macam ni. Penat okeh. So,inilah akibatnya. Jawabnya, terpaksa la meredah lautan manusia yang sibuk membeli belah saat-saat akhir. And aku adalah salah seorang yang menyemak kat dalam lautan manusia tu. Huhu.


So, sempena hari raya yang bakal menjelma ni, bos aku pon bermurah hati la nak bagi duit raya kat semua staff SSM. Best woo.. Tahun ni lebih sikit dari tahun lepas. Haha. Thank you bos. Tahun depan nak lebih lagi yer. Haha. 

Dok bincang tengah jalan. Ape ni...
Tengah fikir mcam mana nak susun kedudukan.
Bos nombor dua yang terlebih excited. Haha

Ceria je muka semua. Dapat duit raya kan.. hehe



Kak Intan and Kak Liza jadi model duit raya. Haha

And last sekali, aku kongsikan kat sini kad raya dari seksyen aku. Actually, kad raya ni biasanya kitorang edar kat seksyen or bahagian lain. Cantik tak? Haha. Tak cantik pun tak kisah. Bukan aku yang buat pun kan?? Hehehehe.




Nota Cik Rimau : Mood nak raya je ni. Badan je kat opis. Fikiran kat kampung dah. Tak sabarnya nak tunggu hari Khamis. Hehe.

10 Ogos 2012

Iklan Raya Yang Menyentuh Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Sempena sambutan raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi, semakin banyak iklan berkaitan raya yang disiarkan di kaca tv. Seperti kebiasaannya, iklan Petronas antara yang menarik perhatian ramai. Tapi bagi aku, ada satu iklan ni yang berjaya buat aku rasa sebak, terharu and sedih. Aku yakin ramai yang dah tengok. Iklan ni daripada syarikat beras yer kawan-kawan iaitu Bernas. Kebetulan malam tadi, aku sempat tengok iklan ni kat tv. Tapi macam biasa la kan, iklan yang disiarkan kat tv dah banyak potong. Ada la dalam tiga or empat minit daripada versi panjang yang dapat ditonton di youtube. Walaupun dah banyak potong, iklan tu tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada penontonnya termasuk la aku. Huhu.


Memang sedih sebab iklan tu mengisahkan tentang dua orang anak yatim kurang upaya (Ahmad & Fizi) yang berusaha untuk balik ke Segamat untuk berjumpa dengan ibu kepada Ahmad yang telah pun meninggal dunia. Kesian tengok dorang. Kena kencing dengan pemandu teksi pulak tu. Nak beli tiket bas, tiket habis. nak beli tiket train, tiket ada satu je pulak. Sudahnya terpaksa tumpang lori yang kebetulan nak ke Segamat jugak. Mujur uncle tu baik tumpangkan dorang walaupun pada awalnya dia nak halau dorang. Part yang paling sedih, masa pagi raya tu. Dorang mandi kat masjid. Ahmad tolong butangkan baju Fizi. Yang Fizi pulak tolong pakaikan songkok Ahmad. Then, dorng pun pergilah ke kubur mak Ahmad. Habis...


Bila tengok iklan ni, aku rasa bersyukur. Bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti yang dialami oleh dua watak utama iklan tu. Jadi anak yatim pada usia yang masih mentah dan masih tidak mampu untuk mencorak jalan hidup sendiri. Walaupun arwah mak aku meninggal masa umur aku baru 8 tahun, tapi aku tetap bersyukur sebab aku masih punya ayah untuk menjaga aku dan adik beradik. 


Ya, memang kehidupan sedikit berbeza dengan ketiadaan seorang ibu bagi kanak-kanak yang baru nak belajar erti hidup. Tapi, syukur aku punya abah yang sentiasa menjaga kebajikan kami adik beradik. Walaupun akhirnya abah pergi juga meninggalkan aku buat selamanya, aku tetap rasa bersyukur. Bersyukur disebabkan abah pergi setelah aku mampu untuk menguruskan diri dan adik beradik yang lain. Tak dapat aku bayangkan kalau ditakdirkan abah pergi sebelum aku sempat berdikari. Bersyukur kerana dapat merasa kasih sayang seorang ayah untuk tempoh yang panjang. Bersyukur kerana abah banyak mengajar aku perkara-perkara yang sangat berguna untuk dijadikan bekalan hidup di kemudian hari sejak aku kecik lagi. 


Dan harini aku sedar, betapa bertuahnya aku satu masa dulu jika dibandingkan dengan anak-anak yatim yang terpaksa tinggal jauh dari keluarga kerana ketiadaan ibu bapa. Sebelum ni, aku selalu rasa nasib aku malang. Selalu rasa terpinggir bila tengok kawan-kawan jalan dengan ibu dorang. Selalu rasa sedih sebab dah takde mak macam kawan-kawan lain. Terasa bodohnya aku berfikiran macam tu. Hurrrrmmm... Betapa bertuahnya aku kerana punya ayah yang menjaga aku dari kecik sampai besar. Walaupun mak dah takde, sekurang-kurangnya abah masih ada. Bertuahnya aku kerana tidak merasa duduk berjauhan dari saudara mara. Sememangnya aku bertuah. Cuma aku yang tak nampak semua tu. Haiisshhh.. 


Ok la.. Ter"panjang" la pulak aku melalut harini. Adeh.. Apa nak jadi la ni.. Huhu. Bagi yang belum menonton iklan ni, silakan la yer tengok kat bawah ni. Iklan yang sangat best dan kreatif. Tahniah kepada insan yang mencipta/mereka/menerbitkan iklan yang boleh membuatkan penonton mengalirkan air mata. Huhu.





Nota Cik Rimau : Tadi Cik Rimau tunjuk kat kawan-kawan office iklan ni. And hampir kesemua yang tengok iklan ni menangis. Hehe. Hebat jugak aura iklan ni yer.. :p

06 Ogos 2012

Sampah Jatuh Dari Langit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang masih sudi singgah blog Cik Rimau nie.. :p


Tajuk tu bukan nak buat suspens yer. Takde kena mengena jugak dengan cerita alam ghaib or yang sama waktu dengannya. Hehe. Ini realiti dalam hidup kita masa kini. Ini benda yang betul-betul terjadi. Bukan kat kawasan perumahan aku jer, malahan kebanyakan kawasan rumah tinggi (flat / apartment) mesti pernah alami kejadian sampah terbang or jatuh dari langit. Betul tak? Setuju jela.. Hahaha.. Kalau kawasan yang korang duduk terpelihara daripada kejadian macam ni, bagus la. Terjamin keselamatan korang. :p


Sebelum aku bebel lebih panjang, biar aku story sikit apa penyebab aku nak cakap pasal sampah secara tetiba ni kan. Buang tabiat ke apa ni? Huhu. Aku tak buang tabiat okeh. Hahaha. Actually, kejadian sampah terbang or jatuh dari langit ni jadi depan mata aku pagi tadi. Masa tu aku on the way ke tempat tunggu bas. Macam biasa la, aku akan turun dalam pukul 6.30 pagi. So, agak gelap jugak la masa tu.


Masa tengah jalan tu, aku terpandang la salah sorang jiran yang tinggal satu blok dengan aku kat tempat parking kereta. Kebetulan, masa aku pandang jiran tu, aku terdengar macam ada benda jatuh dari tempat tinggi. Agak kuat jugak. Aku buat tak peduli je masa tu and teruskan berjalan. Then aku dengar jiran aku tu menjerit. Lebih kurang macam ni la ayat dia;


"Astaghfirullah.. Woiiii!!! Buang apa ni woiii??? Sape punya kerja ni ha??? B*ngang betul la! "


Lepas dengar brother tu mengeluarkan separuh daripada kuasa makiannya, maka faham la aku apa yang dah jadi. Rupa-rupanya ada orang buang sampah atas kereta dia. Memang patut dapat maki la pun manusia durjana yang melakukan perkara tak semenggah tu. Kalau aku pun, mau keluar macam-macam ayat power dari mulut aku. Confirm lagi power and berbisa dari brother tu. Silap-silap hari bulan, mau aku jejak balik sape yang buang sampah tu. Haha.


Ok. Tinggalkan dulu kenangan "manis" aku tu. Tujuan aku cerita pasal ni adalah untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap individu-individu yang melakukan perkara ni. Di mana letaknya kewarasan fikiran dorang ni? Dorang tak terfikir ke kemungkinan masa dorang humban sampah ke bawah, terkena kat orang yang tengah jalan kat bawah blok. Kan dah boleh menimbulkan pergaduhan dengan jiran setempat. Kalau kena kereta or motor takpe lagi. Barang yang rosak boleh diganti. Tapi kalau sampai melibatkan kehilangan nyawa? Macam mana nak ganti?


Aku terfikir jugak, susah sangat ke nak bawah sampah tu turun ke bawah? Lif ada kot. Setiap blok ada dua. Setakat ni, takde pulak aku dengar rungutan lif tak cukup. So, apa masalahnya? Tak larat? Sampah berat sangat? Hello... Aku tengok ada je pakcik or makcik yang dah agak berusia yang bawak sampah turun sendiri. Kalau ada pun yang dah tak larat nak angkat sendiri, dorang guna troli. Ada je kan jalan penyelesaiannya. Pokok pangkal terpulang pada hati. Nak atau tak je.


Aku sendiri pun, ada masanya agak malas jugak nak pergi buang sampah kat bawah rumah. Tapi takde la sampai tergamak nak humban je dari tingkat atas ni. Bahaya ok. Sebelum ni, aku perhatikan ada jugak usaha daripada pihak pengurusan kawasan perumahan aku ni untuk elakkan kejadian sampah yang dihumban dari tingkat atas rumah mencederakan orang lain or merosakkan harta benda awam dengan memasang atap di setiap koridor blok. Ok la kan dapat elakkan kecederaan or kerosakan. Tapi dari segi kesedaran sivik tu, masih takde usaha yang dilakukan setakat ni.


Aku pun tak tau la sampai bila keadaan macam ni akan berlanjutan. Risau kalau-kalau satu hari nanti melibatkan nyawa. Jangan pulak bila dah sampai ke tahap tu, baru nak ambik tindakan. Orang cakap, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. So, apa kata kalau kita mulakan tindakan untuk merawat masalah ni sebelum ianya menjadi  lebih teruk dan akhirnya memerlukan proses rawatan pulak. Kan makin banyak proses tu? Huhu. Tertanya-tanya jugak ni. Kenapa tak dikenakan denda je kat individu yang buat benda tak bermoral tu? Kasi denda yang agak tinggi nilainya. Biar rasa takut nak buat. Itu pun kalau ada rasa takut la. Buatnya jenis tak makan saman, ambik la apa tindakan sekalipun. Takkan mungkin berubah perangainya. Hurrrrmmm..



Nota Cik Rimau : Tengok berita tadi. Rata-rata menyanjung semangat juang yang ditunjukkan oleh DLCW dalam perlawanan akhir badminton semalam. Baguslah sebab masih ramai yang menghargai usaha beliau walaupun kalah dengan Lin Dan. Kalah bermaruah okeh! Hehe. Apa pun, sekali lagi tahniah daripada Cik Rimau. Cik Rimau akan sentiasa support DLCW. And tahniah jugak kerana bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi. :p

Dato' Lee Chong Wei, Anda Tetap Juara Kami!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Aku tengok, sana sini rancak bercerita pasal Dato' Lee Chong Wei. Kebanyakannya memuji prestasi yang ditunjukkan oleh beliau semasa di perlawanan akhir semalam. Aku pun salah seorang yang sangat-sangat teruja tengok aksi yang ditunjukkan oleh beliau dalam pertarungan semalam. Walaupun akhirnya beliau terpaksa akur di tempat kedua, bagi aku, beliau dah cukup bagus. Dah lakukan yang terbaik. Dapat nampak usaha beliau semalam. Bermati-matian cuba untuk mendapatkan emas pertama untuk negara kita. Tapi malangnya, nasib tak menyebelahi beliau. Aku percaya, beliau pasti sangat-sangat kecewa sebab tak berjaya tunaikan impian seluruh rakyat Malaysia. Kekecewaannya tu dapat kita lihat kat twitter beliau. 


Bagi aku, beliau tak perlu nak mintak maaf. Walaupun tak berjaya dapatkan emas, beliau tetap dah menang game semalam. Beliau tetap juara di hati rakyat Malaysia. Aku harap dia boleh terus jadi wakil negara lepas ni. Tapi apakan daya, beliau dah maklumkan nak bersara lepas ni. Beliau takkan mewakili negara untuk Olimpik empat tahun nanti. Lepas ni, takde la wakil negara kita yang sehebat beliau. Dah ada ke pelapis yang dapat mengikut jejak langkah beliau? Aku harap akan ada la pengganti beliau yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia dalam acara sukan ni. Apa pun, tahniah Dato' Lee Chong Wei. Anda tetap juara kami.

Sedih tengok muka beliau.. Huhu. Anda hero kami. Terima kasih DLCW.. Gambar pinjam dari fb. :p


Nota Cik Rimau : Tak faham kenapa ada yang nak kutuk usaha beliau.. Hurmmm..

02 Ogos 2012

Raya Yang Dinanti

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengahari...


Harini dah masuk hari yang ke 13 kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam tak sedar je kan? Haaiiisshhh.. Seperti yang kita semua dah sedia maklum, ada lagi 17 hari sebelum tiba hari raya yang dinanti. Aku pasti dah ramai yang buat persiapan awal untuk menyambut Syawal. Aku? Belum lagi dari segi fizikalnya (baju dsb). Dari segi mental, semestinya. Haha.


Tahun ni, awal-awal lagi aku dah plan nak balik kampung aku kat Perak. Bayangkan la dah hampir 4 tahun kot aku tak balik kampung. Sejak emak dan abah aku meninggal, aku rasa agak keberatan nak balik. Ditambah pulak dengan macam-macam benda yang dah jadi sebelum tu, lagi la aku rasa tak nak balik. Tapi entah kenapa, tahun ni keinginan nak balik kampung tu makin kuat pulak. Berkobar-kobar weh. Haha. Jadinya, awal-awal lagi aku dah beli tiket balik ke Kuala Kangsar. Hehehe. (Mujur ada tiket tau.. :p)


Aku tak tau lagi camne or apa akan jadi dengan sambutan raya aku tahun ni. Aku hope semuanya ok la. Agak gabra jugak sebenarnya. Maklumlah, dah empat tahun tak jejak kaki kat kampung. Mesti dah banyak perubahan kat sana. Orang-orang kampung boleh kenal ke sape aku? Huhu.. Tapi tak kisah la semua tu. Janji aku dapat lepaskan rindu kat kampung halaman, kawan-kawan sekampung and kawan-kawan sekelas (sekolah menengah).  Jadi tak sabar pulak bila fikir nak jumpa dorang semula and dapat berkumpul macam dulu. Huhu..


Tapi, sebelum nak bergembira di hari raya tu, pastikan puasa Ramadhan ni kita lengkapkan terlebih dahulu. Ada peluang untuk beramal di bulan yang mulia ni, jangan lepaskan pulak yer.. Moga kita dapat menjadi umat Islam yang bukan sekadar pada nama sahaja. Dan semoga Ramadhan kali ini dapat mengubah diri Cik Rimau untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Amin...



Nota Cik Rimau : Sejuknya opis Cik Rimau harini.. Rasa mau berbungkus dalam selimut je.. Huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...