Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Mac 2011

Rojak Story 2

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Kali ni saja guna tajuk rojak story lagi. Sesuai la kan sebab cerita aku ni bercampur-campur. Semua benda aku nak masukkan kat dalam satu entri. So, aku rasa pilihan tu paking tepat. Hehe


Harini, awal-awal pagi lagi dah pergi ke kementerian sebab ada mesyuarat agung PUSPANITA. Saja je pergi. Agak ramai jugak staff jabatan aku yang pergi. And aku rasa, kehadiran untuk tahun ni lebih ramai berbanding tahun lepas. Lepas lunch hour baru settle mesyuarat tu. Ada cabutan bertuah. And macam tahun lepas. Aku bertuah lagi. Dapat la gelang tangan. Ok la kan daripada tak dapat apa-apa. Jom usha sikit aktiviti aku siang tadi.


Staff jabatan aku. Saja duduk satu kelompok. Hehe.

Gelang cabutan bertuah. Ok la daripada tak dapat pape. :-)

Yang kat atas kotak tu cenderamata mesyuarat tadi. Yang kat bawahnya pulak, kawan-kawan bagi. Serupa je. So saja campurkan. Hehe.

So, lepas je sampai kat office semula, aku terus mulakan kerja. Esok bos cakap semua kerja tu kena siap. Adeh.. Disebabkan tak sempat sebab sorang je yang buat, bos aku yang comel lote tu pun mintak bantuan dua tiga orang kawan yang lain. Mujur dorang nak tolong. Kitorang OT sampai pukul 8 malam jugak la. Lama kan? Nasib baik bos belanja makan. Baik gila kan? Dah la belanja makan, pastu hantar pulak aku balik sampai ke rumah. Bertuah badan. Haha.

30 Mac 2011

Tengah Cari Tajuk Sesuai..

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Sekarang ni tengah tengok tv + online facebook + memikir nak taip apa kat blog ni + layan movie korea lagi + try settlekan kerja yang tak sempat siap = mereng sekejap. Haha. Serius ni. Terpaksa bawak balik kerja ke rumah. Esok bos nak. Adeh.. Dah la harini agak malang sikit sebab...


Nampak tak tu?? Merah ok. Rosak rekod kehadiran aku. Hak hak hak.

Tau apa punca kelewatan tu? Satu, bangun lambat. Takdela lambat sangat pun. Pukul 6.15 pagi. Standard la tu kan. Nak turun awal pun tak boleh. Hujan pulak masa tu. So,aku turun la pukul 6.45 ke tempat tunggu bas. Tunggu punya tunggu, bas tak jugak muncul. Aku dah mula risau. Yela, walaupun aku dah bajet nak naik teksi je kat LRT Bangsar tu, tapi macam tak sempat je sampai office. Aku dah boleh agak. Kalau naik bas dari rumah aku pukul 7, for sure takkan sempat sampai LRT Bangsar sebelum pukul 7.30 pagi. Dengan jammednya lagi kat kawasan rumah aku tu. Lagi la menambahkan reason aku lambat pagi ni. (Kalau dah lambat tu, ada je alasan kan? Haha) Finally, tepat pukul 7 baru nampak bas. Geram betul. And betul jangkaan aku. Memang tak sempat. And hasilnya, macam yang korang nampak kat atas ni la. Huh!


Lepas je sarapan, aku buat la kerja macam biasa. Takde la tekun sangat sebab sempat lagi layan ym. Terpaksa tumpu satu kerja tu je memandangkan esok bos nak tengok hasilnya. Lagipun esok jugak, girl-girl kat Seksyen Sumber Manusia (SSM) nak pergi mesyuarat PUSPANITA kat kementerian. Separuh hari takkan ada kat office. Memang tak sempat punya nak siapkan kerja tu. So, sambil menekunkan diri untuk buat kerja, tiba-tiba pulak mata buat hal. Rasa ada something je bergayut kat mata suruh aku melelapkan mata yang mengantuk. Plus dengan menguap yang tak terkira berapa kali tu, aku pun mula buat kerja gila...


Ditulis dengan penuh semangatnya oleh seseorang yang tersangat la mengantuknya. Hehe.


Nampak note tu? Aku dah mengantuk gila masa tu. Menguap pun dah tak terkira berapa kali. Sudahnya aku tulis benda ni lekat kat dinding partition. Hehe. Tapi bukan aku sorang je yang mengantuk ok. Akak yang duduk kat sebelah partition aku tu pun mengantuk jugak. Faham-faham jela kalau baru lepas hujan. Mata memang nak lelap je. Aku ni pulak mengantuk sebab salah sendiri. Aku tidur pukul 1 lebih malam tadi. Melayan drama korea tak sudah-sudah. Resultnya bangun lambat la jawabnya. Haha. (Jangan ikut perangai aku ok. ^-^ )


Lunch hour pulak, bantai melayan movie kat pc. Tapi tumpuan terganggu bila ternampak Abang Zack and Abang Lan angkat papan carom ke pantri. Baru teringat semalam dorang pergi beli buah carom sebab nak main time rehat. So, apa lagi? Aku and yang lain-lain pun pergi la ke pantri sebab nak tengok dorang main. Aku reti main carom tapi segan nak main. Hak hak hak. Setakat tengok jela. Tapi memang kelakar la tengok dorang main. Bukan setakat main je. Siap buat lawak yang aku lambat nak tangkap apa maksudnya. Double meaning betul lawak-lawak dorang. Otak kotor. Hampeh sungguh la. Haha. 


Dorang main sampai la waktu rehat tamat. Sape yang menang? Of course la Abang Lan. Walaupun kidal, hebat tu. Abang Zack pulak, gaya juara dah ada. Tapi bila lawan.. Baru tau rupa-rupanya gaya je lebih. Hik hik hik. Aku tak sure kenapa dorang beria sangat nak main carom tu. Mungkin semangat nak jadi wakil kat SUKNA bulan Jun or Julai ni nanti. Asah bakat gamaknya. Huhu.


Ingat lagi kan pasal nametag nama RATA tu? Banyak member-member kat office ni panggil aku RATA tak kira la kat ym or facebook. Tak suka tau. Huhu. Bos aku tu pun sama. Nak tau apa dia buat tadi? Tadi dia agak mereng. So, dia duduk la lepak kat tempat kitorang. Kat belakang tempat duduk kitorang ada mesin typewriter tu. Dia tak reti guna. Pastu Kak Ziha ajar la dia guna. Bila dah reti guna, boleh lak dia buat benda ni.

Nampak tak apa dia taip? Rata jugak dipanggilnya. Huhu.

Okey la. Nak sambung buat kerja kejap. Esok pagi-pagi dah nak pergi kementerian. Haisshhh..



Nota Cik Rimau : Cik Rimau tak suka kalau orang yang bajet baik, bajet suci konon nak nasihatkan Cik Rimau tapi diri sendiri pun tak betul. Tak salah nak nasihat. Boleh je terima. Tapi cara nak nasihat biar berpada. Mulut jangan terlampau lancang sangat. Jangan salahkan Cik Rimau kalau Cik Rimau menjawab balik. Salahkan diri sendiri sebab tegur dengan sinis and ayat menyindir. Cik Rimau susah nak menyampah kat orang tanpa sebab yang munasabah. Tapi kalau macam ni la caranya, Cik Rimau tak boleh nak tahan diri daripada rasa menyampah kat seseorang. Jangan tegur orang kononnya apa yang dibuat tu tak elok padahal benda tu awak sendiri pun buat. Ada faham? Huhu.


Pssstt.. Tadi Cik Rimau google la nak cari something. Sekali terjumpa blog bos Cik Rimau. Mujur masa tu belum log in lagi. Tak mau dia trace blog Cik Rimau. Kantoi nanti. Haha. (Hari ni aku check Nuffnang. Ada BE baru. Yey! Hehe)

29 Mac 2011

Aku Bukan Boneka

Assalamualaikum and selamat malam..

Entri malam ni lebih kepada luahan perasaan aku je. Satu perkataan je yang boleh aku cakap sekarang ni untuk menggambarkan hidup aku. PENAT. Penat dengan macam-macam benda. Masalah peribadi + masalah kerja + masalah orang = PENAT melampau.

Kadang-kadang aku rasa aku dah macam boneka untuk orang lain. Turutkan je semua kehendak orang. Kehendak aku, sape yang nak kisah? Sape yang nak turutkan? Haisshh.. Kalau la aku boleh lari dari semua ni. Aku dah penat and bosan. Mungkinkah aku perlu utamakan kehendak diri sendiri je lepas ni? Aku dah tak nak jadi boneka or patung kepada sesiapa. Aku manusia biasa. Aku ada hak untuk buat apa yang aku rasa nak buat. Kalau la aku boleh jadi burung. Seronok dapat terbang bebas tanpa gangguan sesiapa.

Hurmm.. Aku rasa macam nak ubah je diri aku lepas ni. Mungkin jadi someone yang lebih tegas. Jadi lebih berani and yakin dengan setiap yang aku buat. Aku tak nak teragak-agak dah dalam buat keputusan. Mungkin sikap aku yang macam ni la membuatkan aku senang ditindas. Mungkin la kan? So, before aku tidur, aku tinggalkan korang dengan ayat yang aku ciplak dari status facebook senior hostel aku dulu. Suka dengan ayat spontan dia.

Tak makan dek puji, tak mati dek keji, tapi akan rasa sakit, bila kena maki.


Nota Cik Rimau : Kemungkinan besar minggu ni Cik Rimau tak dapat singgah sangat blog korang yang datang singgah sini. Cik Rimau tersangatla busy. Hope minggu ni jela busy macam ni. And hope minggu ni jela Cik Rimau kena OT. Tak mau lama-lama. Penat dah ni. Huhu.

28 Mac 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Aku nak melayan cerita korea ni. So, nak update pendek je. Lagipun takde benda nak story. Semua benda biasa je. Tapi hari ini memang jadi sejarah hidup aku la kot sepanjang aku kerja kat JPBD tu kat Unit Perkhidmatan. Mau taknya. Selalu kalau lunch hour, aku bukak blog ni ke. Online Facebook kalau masa tu takde sekatan. Or apa jela asalkan tak buat kerja.

Tapi harini aku asyik mengadap kerja ke. Start dari lepas sarapan terus tak buat benda lain. Even masa rehat pun tetap buat kerja. Punya la tekun. Makan pun tak. Dapat rehat pun masa dah nak balik. Manyak penat woo.. Mujur la takde rasa lapar tadi. Kalau tak, haru jugak nak cari makan lepas lunch hour. Huhu.

Harini pun, aku agak bengang bila tengok nametag aku yang baru siap tu. Masuk kali ni, dah dua kali nama yang terpapar kat nametag tu RATA NORHASNIZA. Bukannya RAJA NORHASNIZA. Geram betul. Tak reti eja ke apa orang yang buat nametag tu. Tak rasa pelik ke nama orang RATA? Adeh.. Rasa nak je marah orang yang buat tu. Huh.




Nota Cik Rimau : Menyesal minum kopi tahan mengantuk tu semalam. Sampai pukul 1 pagi kot, Cik Rimau tak boleh nak lelap mata. Punya la power kopi tu. Disebabkan power kopi tu jugak la, Cik Rimau terlambat bangun. Malam ni usaha tidur awal. Cik Rimau boleh! 

Pssttt.. Cik Rimau tekad nak ignore someone kat facebook Cik Rimau. Agak-agak berjaya tak? Haha. (Harini dapat hadiah lagi. Yey!)

27 Mac 2011

Betul Ke Antara Lelaki Dengan Perempuan, Tak Wujud Persahabatan?

Assalamualaikum and selamat malam..

Malam ni tiba-tiba rasa nak cakap pasal tajuk kat atas ni. Betul ke korang? Selalu sangat aku dengar. Even dalam drama pun, kadang-kadang ada sebut pasal ni. Kononnya, antara lelaki and perempuan takkan pernah ada hubungan persahabatan. Mesti akan ada salah satu pihak, tak kira sama ada pihak lelaki or pihak perempuan, akan simpan perasaan sayang @ cinta kepada pihak yang satu lagi. Iya ke? Korang setuju ke dengan statement tu? Kalau tanya aku, for sure aku akan jawab sangat TIDAK setuju.

Kenapa aku tak setuju? Sebabnya, aku ada ramai member lelaki. Masa sekolah dulu pun, aku lebih rapat dengan member lelaki berbanding perempuan. Bukan aku gatal ye. Tapi aku lebih senang nak bercerita dengan dorang. Kadang-kadang nak bercerita tentang perasaan pun dengan dorang. Walaupun aku rapat dengan member lelaki, tak pernah pulak aku ada perasaan yang lebih daripada rasa sayang terhadap seorang sahabat. Dorang pun aku sure tak pernah ada feeling lebih daripada tu kat aku. (Aku tak cantik. Memang dorang tak pandang kot. Haha)

Aku tau kebanyakan hubungan cinta, dimulakan dengan persahabatan. Tapi tak semestinya, bila berkawan dengan member yang berlawanan jantina, rasa sayang or cinta akan wujud. Mungkin ada la kes-kes macam ni. Aku tak nafikan. Kalau kita kenal someone ni dari kecik, selalu bersama and kongsi perasaan antara satu sama lain, kemungkinan besar akan wujud perasaan tu. Boleh jadi jugak kan? Tapi ada jugak kes yang dah kenal bertahun, tapi perasaan tu tak pernah wujud. Semua bergantung pada hati. Ye tak?

Sebab tu la aku tak setuju kalau ada yang kata antara lelaki and perempuan takkan wujud persahabatan. Pokok pangkalnya terpulang pada hati masing-masing. Aku sendiri pun ada member lelaki yang rapat. Ada la sorang tu. Sangat-sangat memahami aku. Setiap kali aku ada masalah, dia macam dapat rasa je. Kalau aku balas komen kat wall Facebook tu dengan ayat-ayat pendek, laju je ada message masuk. Tanya kenapa tulis ayat-ayat macam tu. Aku ada masalah ke tak. Aku pun rasa senang nak bercerita dengan dia. Walaupun masa sekolah dulu dia pernah buat aku mengamuk sampai tumbuk dinding, tapi entah macam mana sekarang ni, dia la yang selalu ada untuk aku luah perasaan. Tak kira la lepas geram ke apa ke. Dia pendengar yang baik. Selalu bagi aku nasihat setiap kali aku cerita apa-apa kat dia. 

Aku suka berkawan dengan dia. Tapi setakat ni, tak pernah lagi ada perasaan yang tak sepatutnya. Baik aku, mahupun dia. Masing-masing tak pernah and takkan ada perasaan yang lebih daripada seorang sahabat. Nampak dah kan? Lelaki and perempuan boleh berkawan. Sape kata tak boleh? Meh aku baham korang. Haha. :-)


 
Nota Cik Rimau : Tadi kawan baik Cik Rimau tanya Cik Rimau reti ke tak buat apa entah guna flash player. Cik Rimau mana tau. Cik Rimau dulu belajar programming je. Tu pun sempat belajar sikit je sebelum Cik Rimau berhenti belajar. Tak dapat Cik Rimau nak menolong. Huhu.

Update Pukal 2

Assalamualaikum and selamat malam..

Aku tengah layan cerekarama kat tv3 ni. Pelakonnya Ery Putra and Nik Zaris Nellydya (pelakon Spa Q). Agak best jugak. Tapi sambil-sambil layan tu, tangan aku ni rasa gatal pulak nak menaip. Memandangkan aku tengah dalam mood rajin, baik la kalau aku teruskan menaip. Sebelum mood tu menghilang. Betul tak kawan-kawan? Hehe.

Kalau korang ada baca entri aku sebelum ni, korang mesti tau yang kat office aku sekarang dah banyak perubahan. Walaupun proses perubahan tu banyak mengganggu emosi kebanyakan staff terutama aku, tapi alhamdulillah semua tu dapat diselesaikan. Bos tak banyak komen. Mungkin dia puas hati. Tapi tak boleh nak agak. Bos serius beb! Tak berani nak tanya. Haha.
Masa hari pindah barang. Area tempat duduk aku.

Orang kuat masa hari gotong-royong tu. Kesian dia kena angkat banyak barang. Huhu.

Masa ni dah siap kemas sikit. Saja pedajalkan Kak Liza. Tangkap gambar masa dia tengah minum air. Laju je dia nak tutup muka. Malu-malu kucing konon. Haha.

Selerak gila kan? Ini sebenarnya masa belum siap kemas.
Lepas semua dah siap pindah tempat duduk, kerja masing-masing pun dah berubah. Aku pun dah banyak belajar kerja-kerja baru. Kena banyak bertanya pada yang pakar. Malu bertanya sesat jalan. Ye tak? Alhamdulillah dapat kerjasama yang daripada semua orang. (Tak semua orang jugak sebenarnya. Haha) 

Semalam pulak, Cik Kema suruh aku ambik alih satu kerja tu. Agak mengejutkan jugak sebab sebelum ni ada sorang kat SSM yang diarahkan buat kerja tu. Aku boleh je buat kerja tu tapi tertanya-tanya jugak kenapa tiba-tiba serah kat aku. Rupa-rupanya, orang tu tak buat pun kerja tu. So, secara automatiknya bos suruh la aku yang buat. Tapi agak malang sikit la sebab bos nak semua tu siap 1 April 2011. Wow.. Mati kering la aku kena buat semua tu sorang-sorang. Adeh..

So, memandangkan kerja yang bertimbun tu + nak buat folder meeting MBJ yang Pak Syed asyik tanya dah siap ke belum tu, terpaksa la aku merajinkan diri datang ke office harini. Agak ramai jugak yang datang. Antaranya ; Cik Kema, Abang Zack, Abang Mok, CC Zaini Othman and CC Zaini Baharun. Aku bawak adik aku untuk tolong aku siapkan folder-folder meeting tu. Ingatkan boleh la buat kerja lain. Tapi tak sempat. Terpaksa la buat hari Isnin nanti. Haisshh..

Folder yang terpaksa aku siapkan tadi. Terpaksa import adik aku untuk tolong. Haha.

Siap jugak akhirnya. Yey!!

Kemas tak tempat duduk aku yang baru ni? Masa ni dah nak balik.

Siram pokok angkat aku ni dulu sebelum balik.

Aku siapkan semua kerja masa dah dekat pukul 3.30 petang. Singgah surau solat dulu sebelum gerak balik. Tapi bukan balik terus ye kawan-kawan. Korang semua tau kan apa ada kat Dataran Merdeka harini dengan esok. Tak silap aku ada Konsert Terima Kasih Harian Metro sempena sambutan 20 tahun Harian Metro. Alang-alang dekat je dengan office aku, baik aku singgah jenguk-jenguk apa yang best. Tapi tadi cuaca agak panas sikit. Asyik beli air je. So, layan jela gambar yang aku sempat ambik sekitar Dataran Merdeka tadi. 


Booth Era FM. Ada game menari ikut yang ditayangkan kat skrin tv. Macam best. Tapi segan nak join. :-)

Kat pentas tu pulak ada pertunjukan tarian. Best tengok satu group tu menari.


Yang ni mungkin pentas untuk konsert malam ni.

Adik aku nak jugak posing. Huh

Antara booth yang ada.



Antara benda yang kitorang dapat masa merayap kat situ tadi.

Nota Cik Rimau : Entri ni taip awal dah. Tapi disebabkan upload gambar makan masa sikit, lambat la post jawabnya.. Huhu.

26 Mac 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Semalam letih gila + layan drama korea, sampai malas nak update blog. Serius malas. Nak bukak tapi macam takde mood. Lagipun, semalam adik aku balik rumah. So, rasa nak bersembang je. Lama sangat dia tak balik rumah. 


Klik Sini kalau nak join

Okeh. Berbalik kepada tajuk di atas. Aku ditag oleh Ayie untuk join satu contest ni. Contest Pose Depan Cermin anjuran xcycer. Macam best pulak kan contest tu. Walaupun aku ni jenis tak suka nak tayang muka, tapi disebabkan syarat contest ni memerlukan tuan punya blog ada dalam gambar yang dipertandingkan, maka dengan rasa segannya, aku pun letak la gambar ni ye. (Jangan kutuk ye. Hehe)

Kat surau pejabat dengan adik aku.

Actually, gambar ni baru je diambil siang tadi. Memandangkan kena pada konsep contest ni, so aku guna je la gambar ni. Gambar ni adik aku ambik. Menggeletar kot tangan dia tangkap gambar ni. Haha. Aku yang pakai tudung putih tu ye. Gambar ni ditangkap kat surau pejabat aku masa nak balik OT tadi.

Syarat seterusnya kena tag empat orang rakan blogger. Adeh.. Lemah sikit nak tag orang ni. Takut orang marah. Tapi disebabkan nak join jugak, aku tag jugak la ye. Sorry kalau korang marah. :-)

3.   Rj Etika

Kepada sesiapa yang rasa nak join contest ni, klik je kat link bawah banner contest tu. Contest ni akan tamat pada 23 April 2011 pukul 11.59 malam. Ada banyak masa lagi. Silakan join untuk memeriahkan and memeningkan penganjur untuk pilih pemenang. Haha. (Niat jahat kan?)

Nota Cik Rimau : Tekak sakit la.. Suara dah jadi rock. Adeh. Tak comel la suara Cik Rimau lepas ni. Haha. [Perasan gila Cik Rimau ni kan.. :-) ]

24 Mac 2011

Nak Membebel Je...

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Harini aku bangun pergi kerja macam biasa. Cumanya, hujan yang lebat membuatkan aku lambat turun ke tempat tunggu bas. Malas aku nak redah hujan. Sampai je kat tempat tunggu bas tadi, ada something pulak yang jadi. Masa tu bas dah sampai. Hujan pun dah tak lebat sangat. Ramai yang beratur kat luar bas tu. Aku malas nak berebut. So tunggu jela sampai dapat naik. Masa tengah tunggu tu la, tiba-tiba dengar ada suara orang menjerit. Suruh tolong angkat orang. Aku toleh la. Aku ingatkan ada orang jatuh kat dalam longkang besar kat situ. Sekali aku terpandang ada sorang lelaki terbaring dekat dengan lopak air. Terkejut aku. 

Suara-suara yang menjerit suruh tolong angkatkan tu still jugak menjerit. Tapi rasa macam kelakar sikit la perangai orang-orang yang menjerit tu. Yela kan. Daripada dorang menjerit suruh orang angkatkan, kenapa tak dorang je yang angkatkan? Haisshh.. Tapi aku respect kat sorang budak sekolah tu. Dia yang first pergi dekat lelaki tu. Dia nak tolong angkat. Tapi lelaki tu macam pengsan sekejap. Then tiba-tiba menggeletar. Ada orang cakap, mungkin dia terkena sawan. Aku tak pasti betul ke tak. Tapi rasa kesian jugak kat dia. Mujur lepas tu ada dua orang lagi lelaki datang tolong dia. Tak lama lepas tu  dia dah boleh bangun balik. Naik satu bas dengan aku. Kesian baju dia basah. Hurmm..

Harini kat pejabat, takde pape yang best. Kerja macam biasa. Lunch hour pulak pergi makan kat Pasar Seni. Faham-faham jela bila time gaji ni kan. Semua pergi mengeluarkan duit. Asyik bertembung dengan orang-orang yang bawak bungkusan benda ni.

Gambar KFC ni dipinjam dari Inchek Google.

Pastu Kak Liza cakap macam ni, "Biasa la kalau time gaji." Haha. Memang betul pun kan? Time gaji baru masuk je dapat enjoy and makan best-best. Bila sampai tengah bulan, semua pakat duduk dekat pejabat je. Betul tak? Tak semua la kot. :)

Sebelum balik office balik, kitorang singgah Dayabumi. Saja jalan-jalan. Pastu aku pilih sendiri hadiah birthday aku. Haha. Jahat kan? Eh.. Biarla. Dah memang seksyen aku ada buat peruntukan untuk bagi hadiah birthday kat staff-staff yang sambut birthday. Alang-alang nak pilih hadiah, baik aku pilih sendiri. Baru puas hati. Betul tak kawan-kawan? 

Then, masa nak balik office balik, Cik Nita tersalah letak token parking tu. Kelam-kabut kitorang cari. Cuak jugak kalau hilang. Sebab sebelum ni ada sorang kawan dah terbuat token tu hilang. Kena denda RM40 selagi tak pulangkan balik. Nasib baik tadi kitorang jumpa jugak. Haisshh..


Nota Cik Rimau : Dah semakin sihat. Yey! Oh ya. Tadi pun ada kawan belanja makan KFC tu. Rezeki.. Hehe.. Ok la. Nak layan cerita Korea pulak. Dah gila layan Korea balik. Nak join? Jom la.. Hehe.

23 Mac 2011

Cakap Tak Serupa Bikin...

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua yang singgah blog ni..

Semalam aku ada cerita konflik yang aku hadapi kat office kan. Ending kat entri tu aku cakap, aku nak jadi serius je harini kan. Konon tak nak tegur sape-sape. Nak tumpu perhatian kat kerja je. Balik lambat la konon. Itu cakap semalam ye. Sebab hati tengah marah. Hati bila marah, macam-macam kita boleh keluarkan. Tapi hari ni lain pulak jadinya. Cakap lain tapi buatnya lain. Ini la yang dinamakan cakap tak serupa bikin ye kawan-kawan. Hehe.

Awal-awal pagi tadi je kot aku boleh kotakan apa yang aku cakapkan semalam. Bertegur sapa dengan orang-orang tertentu je. Pastu aku duduk diam je kat meja aku. Siapkan kerja-kerja yang ada. Rajin la konon. :-) Actually bukan rajin sangat pun. Pagi tadi aku tak berapa nak sihat. Demam kot. Haha. Duduk diam jela kat tempat. Tak merayap pun okeh. Tapi lepas je pergi makan kat Dayabumi, terus sihat. Cuma suara je yang still tak ok. Faham-faham jela macam mana suara kalau tengah selsema. (Tak boleh la aku nak melalak..Hehe)


Nota Cik Rimau : Entri pendek je harini. Malas cerita panjang-panjang. Nak layan tv je malam ni. Lagipun, dari tadi Cik Rimau asyik terbersin je. Adeh.. Selamat malam semua..

22 Mac 2011

Segmen Aku dan Sekolah

Malam ni rasa gatal nak join segmen anjuran Cik Aniss yang bakal ambik result SPM esok. Tiba-tiba rasa nak imbas memori dulu-dulu. Rindu kawan-kawan sekolah. Rindu nak gaduh and belasah kawan-kawan macam dulu. Betapa ganasnya aku masa sekolah dulu. Hehe.




Makna Sekolah Bagi Anda?
Bagi aku, sekolah adalah tempat untuk menuntut ilmu. Sekolah jugak la yang ajar aku untuk hidup berdikari. Kenal kawan-kawan yang best. Dapat cikgu-cikgu yang baik. Sekolah dah macam rumah kedua bagi aku sebab aku stay asrama. Haha


Ceritakan Kenangan Manis Anda Di Sekolah
Kenangan manis eh. Hurmm.. Banyak kot. Aku ni duduk asrama dari form 1 sampai form 5. So, memang banyak kenangan. Nakal tak kot. Tapi melanggar peraturan asrama. Curi-curi seludup handphone. Bila kantoi, semua handphone cikgu rampas. Tapi tu tak mematahkan semangat kitorang untuk bersms or call sape-sape. Sebabnya, ada yang sanggup pulak pinjam handphone kawan yang tak duduk asrama. Tak pun, sape yang bawak handphone ke asrama, bagi kawan yang tak duduk asrama tolong simpankan. Malam-malam kawan tu akan datang kat pagar asrama kutip handphone. Faham-faham jela cikgu suka buat spot check time kitorang pergi kelas. 

Sepanjang duduk asrama, kitorang paling happy kalau hari Sabtu. Sebab boleh tengok tv dari pagi sampai malam. Jakun woo kalau dapat tengok tv. Selalu pergi sekolah dengar kawan-kawan cerita tengok cerita itu la. Cerita ini la. Kitorang tak dapat tengok. Hangin je. Sabtu jugak boleh outing. Suka sebab dapat merayap walaupun ada dihadkan jumlah student yang boleh keluar. And Sabtu jugak hari untuk keluarga datang melawat. Memang best. 

Selain tu jugak, aku banyak jadi wakil sekolah dalam bermacam jenis pertandingan. Pergi kem or kursus macam-macam peringkat. Best woo dapat ponteng kelas. Cikgu pun tak halang. Duduk kelas pertama time tu. Cikgu asyik cari kitorang je untuk jadi wakil sekolah. Best jadi harapan sekolah ni. Haha. Boleh buat budak-budak kelas lain jealous. (Gurau je. Aku baik masa sekolah. ^-^ )


Ceritakan Kenangan Pahit Anda Di Sekolah
Seingat aku, takde kenangan pahit. Semua manis belaka. Kalau ada pun, mungkin rasa terkilan sikit masa sambutan Hari Kantin. Boleh pulak masa Hari Kantin tu diadakan, aku punya tekak buat hal. Rasa nak muntah sepanjang hari. Apa pun tak boleh nak masuk tekak. Padahal masa tu macam-macam jenis makanan dorang jual. Aku tak boleh nak merasai keseronokan macam kawan-kawan lain. Sangat jealous okeh. Yang paling buat aku geram, elok je aktiviti jualan Hari Kantin tu dah nak tamat, baru la tekak aku boleh terima makanan. Haiishh..

Nak tengok gambar aku masa sekolah? Cuba korang teka mana satu aku. Hehe.

Masa form 5. Kurang sorang. Warga 5 Sains 1 Tahun 2006 dengan guru kelas Cikgu Jamil (Cikgu Fizik jugak).

Dengan Teacher Durrah.

Dengan Cikgu Jamil masa dah dekat nak SPM.

Dengan Cikgu Kang (cikgu Matematik).

AJK Majalah Sekolah Tahun 2006.

Dapat tau dah ke mana satu aku? Aku yang paling ganas. Agak-agak korang yang mana satu?


Nota Cik Rimau : Badan dah mula panas. Nak demam ke Cik Rimau malam ni? Selsema pun dah mai ni. Haisshh..

Kurang Ajar Ke Aku?

Assalamualaikum and selamat petang..

AMARAN!!! Ini entri melepaskan geram or meluahkan rasa tak senang hati aku. Kalau korang rasa tak suka nak baca, tak payah baca yer.. :-) Sebab entri ni akan buatkan korang rasa bengang kat aku and nak maki aku kot. Huhu.

Ok. Kembali ke topik asal. Tajuk aku tu mungkin akan membuatkan korang fikir yang aku ni memang kurang ajar. Tapi aku tak kurang ajar ye. Aku je rasakan tindakan aku menjawab apa yang salah sorang bos aku cakap tadi, mungkin akan membuatkan orang lain fikir aku kurang ajar. 

Ceritanya macam ni. Tadi masa dah dekat pukul 4 petang, salah sorang bos datang ke tempat kitorang. Dia tanya kitorang. Boleh tak siapkan satu kerja tu sampai hujung bulan ni. Aku cakap la, mungkin tak sempat. Sebab banyak lagi kerja lain. Kalau buat kerja tu je, mungkin la sempat. Ditambah pulak dengan aktiviti pindah barang and berkemas semua tu, lagi la melambatkan proses siapkan kerja. Aku pulak tak lama lagi busy nak tolong Pakcik Syed handle mesyuarat MBJ. Memang tak sempat punya la. 

Pastu bos tu jawab balik. Dia cakap, buat la ot selalu. Aku cakap, boleh kot buat ot tapi tolong la bagi surat arahan tu. Sebabnya dah dua minggu aku buat ot, sampai ke harini still tak dapat surat arahan. Dia cakap mintak la kat orang yang arahkan tu. Ok fine. Nanti aku mintak buat kali ke berapa entah. Then ada orang menyampuk. Aku tak pasti sape. Tapi betul-betul membuatkan aku geram. Boleh lak suara tu cakap macam ni. 

"Tak payah balik selagi kerja tak siap."

Tak boleh blah punya statement. Mungkin korang fikir aku ni moody terlampau. Hal macam tu pun nak marah. Kot-kot orang tu gurau ke apa ke. Ok. Aku faham kalau korang fikir macam tu. Mungkin betul apa yang korang fikirkan. Tapi aku tetap geram. Cuba korang bayangkan. Kalau asyik buat ot setiap hujung minggu, pastu tambah pulak dengan balik lambat setiap hari semata-mata sebab nak siapkan kerja, macam mana dengan life kitorang? Langsung takde masa nak bersama family?

Aku tanya la kat bos aku macam tu. Pastu dia jawab, ini semua untuk sementara je. Ya, memang sementara. Tapi aku tak rasa ada sesiapa yang sanggup buat macam tu. Nak-nak yang dah berkeluarga. Mungkin ada la yang sanggup. Tapi bukan aku. Aku ada komitmen lain. Aku tak boleh balik lambat sangat. Aku ada abang yang perlu aku jaga. Aku kena balik awal untuk memasak. Lagi satu, aku risau abang aku merayap pulak kalau aku balik lambat. Kalau dia hilang, sape yang susah? Ada orang nak tolong aku cari?

Aku memang tak kisah kalau aku duduk bujang dengan kawan-kawan macam dulu. Bila-bila pun aku boleh datang office. Macam masa aku duduk Unit Latihan dulu. Tapi sekarang, aku dah tak boleh sangat nak setiap masa buat kerja. Aku kena bagi perhatian jugak kat abang aku. Dah la aku dah lama tak bawak dia keluar. Ni nak tambah pulak ot setiap minggu. Lagi la kurang masa aku kat rumah. Kalau ada orang jaga abang aku takpe. Ini takde. Nak tunggu adik aku balik, kena tunggu dia cuti. Baru la aku dapat pergi mana-mana sebab dia boleh tolong jagakan abang aku.

Bos cakap dia faham. Hurrmm.. Entahla. Tak tau nak cakap apa. Betul la kot faham. Aku la kot kena berubah kan? Mulai esok, aku kena jadi serius. Tak perlu dah kot nak bergurau senda or bertegur sapa. Mungkin dengan sesetengah orang je la kot. Bos suruh buat apa, buat je. Tak payah rehat. Balik lambat pun, balik lambat la. Aku kuli. Kena dengar cakap bos. Pada abang aku, aku mintak maaf sebab lepas ni mungkin aku akan jarang ada kat rumah. 

Nota Cik Rimau : Rasa ada something yang tak terluah dalam hati Cik Rimau. Apa nak buat ni? Should i cry or... Haiisshh.. Entahla...

21 Mac 2011

Sakit Kepala

Assalamualaikum and selamat malam..

Aku baru je lepas telan dua biji panadol ni. Sakit kepala gila-gila. Dari tengah hari tadi sampai sekarang. Rasa nak hentak kepala ke dinding pun ada. Kot-kot la buat macam tu boleh hilangkan rasa sakit.  Haha. Aku sendiri pun tak pasti apa punca sakit kepala harini. Mungkin sebab kepanasan melampau kat office tadi. Korang bayangkan la, dua kipas letak kat area aku ditambah dengan bukak pintu konon nak bagi angin masuk pun still tak dapat mengurangkan bahang kat Seksyen Sumber Manusia (SSM). Tapi langsung tak rasa sejuk. Air cond ada dua kat SSM tu. Tapi boleh pulak harini dua-dua air cond tu berpakat nak merosakkan diri bersama-sama. Hangin betul.. MySpace


Hurmm.. Harini aku guna tajuk sakit kepala. Kenapa la guna tajuk tak best macam tu kan? Sebabnya aku nak cerita satu pengalaman aku berkaitan dengan sakit kepala ni la. Aku ada cerita kat entri-entri sebelum ni  yang aku pernah stay hostel dari form 1 sampai form 5. Sesape yang pernah duduk hostel, mungkin boleh bayangkan apa yang aku nak ceritakan ni. 


Kebanyakan hostel yang tak banyak dorm, biasanya ada satu je bilik air kat setiap level.  Betul tak korang-korang yang pernah duduk hostel? Tak betul pun korang kena cakap aku betul. Jangan nak bantah cakap beta ok. MySpace Hehe. Untuk pengetahuan  korang, hostel yang aku duduk tu ada satu bilik air je sebab penghuninya tak ramai mana pun.  Walaupun satu je, saiznya besar jugak la. So, kalau nak basuh baju ke apa ke, semua kat bilik air tu. 


Ada satu hari tu, aku baru balik prep (masa buat ulang kaji or kerja sekolah). Lepas je Asar, semua pakat berebut nak mandi awal. Al maklumla, peraturan hostel dah tetapkan tak boleh mandi lepas pukul 6.30 petang. Kebetulan haritu pulak hari yang dibolehkan basuh baju. So, ramai la yang pakat memberus baju sekolah and baju-baju biasa. Aku pulak masa tu nak masuk tandas. Aku bersandar la kat dinding sementara nak tunggu orang kat dalam toilet tu keluar. Aku langsung tak perasan ada buih-buih sabun kat lantai. Dorang tak jirus habis. 


Entah macam mana, aku jatuh terlentang atas lantai. Kepala aku tehantuk kuat kat dinding. Masa tu tak rasa sakit pun. Cuma rasa terkejut and malu sebab semua pakat pandang aku. MySpace Aku cepat-cepat bangun. Ada la yang tolong aku bangun. Mula-mula semua macam terkejut jugak. Bila aku dah bangun je, dorang boleh pulak bantai gelakkan aku. Malu ok. Tapi aku buat selamba jela. Masa tu aku baru form 2. Segan sikit  nak marah kat depan senior-senior. Hehe.


Malam tu kepala aku mula buat hal. Sakit betul. Tapi aku buat tak tau je. Makan panadol. Ingatkan ok la lepas tu. Rupa-rupanya tak. Esoknya pulak hari untuk kitorang balik ke rumah masing-masing. Masa aku kat rumah, kepala aku sakit balik. Sakit sangat-sangat. Mata pun dah nak mula kabur je. Aku telan panadol dua biji. Tapi tak hilang langsung sakit tu. Korang bayangkan la dari mula aku sampai rumah (aku sampai rumah area pukul 2.30 petang selalunya) sampai la masa aku nak tidur, sakit tu sikit pun tak kurang. Nak je aku tarik-tarik rambut untuk hilangkan rasa sakit tu. Tapi terpaksa la tahankan. Aku langsung tak bagitau abah aku yang kepala aku terhantuk kuat tu. Tak nak buat abah aku risau. 


Start dari aku jatuh tu, kepala aku selalu sangat sakit. Kena panas sikit, sakit. Duduk tempat bising je, sakit. Sakitnya pulak bukan sikit-sikit. Aku tak tau macam mana nak gambarkan. Tapi memang boleh buat aku rasa nak hentak kepala ke dinding la. Tak terkata sakitnya.  Aku ingatkan sekejap je sakit macam tu. Sampai la aku form 5. Still lagi sakit. Cuma tak sekuat macam masa awal-awal jatuh tu. Aku risau jugak kot-kot ada pendarahan or darah beku kat kepala. Tapi pada aku, selagi aku tak pengsan kat sekolah or kat mana-mana, maknanya aku ok. Betul tak kawan-kawan? Hehe.


Lagipun tak mungkinla kan ada darah beku or pendarahan semua tu. Kalau betul ada, dah lama aku pengsan memanjang. And kalau betul ada pun, mesti sekarang ni dah takde dah pendarahan or darah beku tu. Mana ada kes darah beku or pendarahan kat kepala sampai  lapan tahun  tak ok-ok.  Ye tak? Apa pun, aku hope aku sihat je sampai la ke tua. Hehe.


Nota Cik Rimau : Tadi kat office, panas gila and rasa berbahang. Nak buat kerja pun tak boleh nak bagi tumpuan sebab kepala sakit sangat. Sudahnya ambik balm sapu kat kepala, duduk sembang dengan kawan-kawan lain. Tepat 4.30 terus melarikan diri daripada Pakcik Syed. Ada ke patut panggil aku bincang pasal pelan kedudukan tempat duduk. Ingat aku pakar lukis pelan ke. Haha. (Saat entri ni siap ditaip, kepala aku dah makin ok. Hoorayyy!! Hehe)

20 Mac 2011

Kekeringan Idea

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Dua tiga hari ni, aku dilanda kebosanan yang amat sangat. Nak update blog pun lambat-lambat je. Mood ke laut agaknya. Serius tak tau ke mana mood berblogging aku sekarang ni. Bukan la maksudnya aku dah tak minat menulis kat blog ni. Minat lagi. Memang aku suka menulis. Cuma mood untuk menulis tu merajuk sekejap kot. Haha.

Dari tadi aku merayap ke blog orang lain. Tinggal jejak la. Komen entri la. Baca entri la. Ingatkan boleh la dapatkan idea. Tapi tak jugak datang idea yang dicari tu.  Haisshh.. Actually, idea menulis ada. Idea nak mengolah ayat tu yang takde. Aku suka check dulu ayat and perkataan yang aku gunakan. Tengok sesuai ke tak ayat tu.  And lagi satu, aku ni kalau menulis memang ambik masa sikit. Faham-faham jela kalau online sambil tengok tv. Sah-sah la tumpuan tu terganggu dengan cerita-cerita kat tv.



Nota Cik Rimau : Sape tengok Mentor tadi? Cik Rimau sokong Salmah protege Erra Fazira. Suara dia power la. Ika boleh tahan la. Aiman tu biasa je kot. Cik Rimau puas hati la dengan markah Salmah tadi. 80 tu beb. Jauh ketinggalan Ika and Aiman. Hehe.

19 Mac 2011

Aku Anak Perak

Assalamualaikum and selamat hari Sabtu semua.. 

Malam ni pun aku lambat update entri baru. Malas sungguh la aku ni kan? Hehe. Serius aku malas malam ni. Rasa nak tidur je ni. Siang tadi pun aku tertidur masa tengah tengok cerita Hindustan. Bosan kot cerita tu. Sampai tertidur jadinya. Walaupun mata ni rasa mengantuk,  tapi aku tetap jugak nak update. Saja tak nak tertinggal sehari pun update  blog walaupun takde benda nak cerita. :-)

Tajuk cerita aku malam ni macam yang korang nampak kat atas tu. Aku anak Perak. Ya, aku anggap diri aku anak jati negeri Perak walaupun aku tak lahir kat Perak. Sebab apa? Sebab aku dibesarkan kat Perak. Dari kecik sampai la umur aku 17 tahun. Kat Perak jugak la aku mula belajar erti hidup. Loghat Perak pun masih melekat kat diri aku ni even dah lama tak menggunakan loghat Perak yang pure. Lagipun, area aku dibesarkan tu tak menggunakan loghat yang pekat. Ke aku yang tak pandai sangat loghat sana? Hehe.

Kampung aku terletak kat Manong. Manong ni kalau korang tak tau, lokasinya terletak dekat dalam daerah Kuala Kangsar. Dekat jugak dengan Tanjung Belanja and Parit. Walaupun pekan Manong ni kecik je, tapi bagi aku kenangan sepanjang aku stay sana memang bawak makna besar dalam hidup aku. Kat sini jugak la aku menuntut ilmu. Dapat kenal kawan-kawan yang baik. Rumah arwah emak aku pun kat situ jugak. Tapi bukan betul-betul dekat Manong. Rumah aku tu dekat seberang Manong. Kena naik bot lagi. Memang klasik. Kan? :-)

Kat kampung aku, loghat situ tak berapa nak pekat macam dekat Parit. Kiranya, lebih lembut sikit la. And ada jugak yang guna perkataan "mike", "teman", "deme", "kome" and lain-lain lagi la. Kalau area Parit or Bota, situ loghat dorang, memang jenuh aku nak faham. Pekat gila. Ok. Tak mau membebel panjang. Jom layan gambar yang aku google berkaitan dengan tempat tinggal aku kat Perak tu. And sama-sama la korang merajinkan diri bercuti kat Perak. Banyak lagi tempat menarik yang belum diterokai. 

Ini Jata Negeri Perak ye kawan-kawan.

Ini lambang sekolah aku belajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin.

Ini pulak sekolahnya. Sekarang mungkin dah ada perubahan.

Pekan Manong.

Jeti Manong. Salah satu jalan penghubung kampung-kampung seberang Manong untuk ke Manong or Kuala Kangsar.

Bas antik ni. Masa aku naik dulu, uncle yang bawak bas ni bukan main laju lagi dia drive. Rasa nak tercabut je bumbung bas tu. Seram naik bas ni. Haha.

Kalau tak silap aku, kedai ni betul-betul dekat dengan Balai Polis Manong.

Salah satu kebanggaan kat Kuala Kangsar. Malay College Kuala Kangsar.

Ini la rupa MCKK tu. Aku pernah masuk sekolah ni sekali je sebab jadi wakil pertandingan forum. Sekolah ni khas untuk lelaki je kalau korang still tak tau la.

Ini pulak Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Terletak betul-betul berdepan dengan Stesen Bas Kuala Kangsar. Aku pernah belajar form 6 kat sini. Tapi sekejap jela. Still boleh consider aku sebagai ex-Cliffordian kan? Hehe.

Ini paling famous kat Kuala Kangsar. Or lebih kepada Sayong la. Ala.. Yang selalu Mamat Khalid guna kampung-kampung sekitarnya jadi lokasi penggambaran. Man Laksa and Zombi Kampung Pisang kalau tak silap aku pernah buat kat Sayong. Kalau tak silap la. Haha.

Nama jambatan ni, Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah. Tapi lebih dikenali sebagai Jambatan Sayong.

Lata Ulu Kenas. Tempat reakrasi yang boleh dikatakan famous jugak la kat area Kuala Kangsar tu.


Istana Kuning. Tak pasti betul ke tak nama ni. Tapi yang pastinya, istana ni memang cantik. Ukiran dia pun unik. Aku pernah datang sini sekali je kot walaupun dekat je. Hehe.

Masjid Ubudiah. Sangat cantik pada pandangan aku.
Ini pulak Sungai Perak. Kecik-kecik dulu aku suka mandi kat sungai ni. Kadang-kadang ada nampak orang berkayak sepanjang sungai ni. Jakun aku dibuatnya. Hehe.


Gambar-gambar kat atas ni, semua aku google je. Thank you pakcik google and pemilik-pemilik yang tangkap gambar ni semua. Aku dah lama tak balik Perak. Takde masa nak tangkap gambar-gambar kat atas ni. Sebenarnya nak cerita lain. Tapi takpela. Layan je gambar dulu. Nanti aku buat entri lain pulak.


Nota Cik Rimau : Kemalasan melanda diri. Cik Rimau, sila rajin-rajinkan diri ye. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...