Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Mei 2011

Semakin Hampir..

Assalamualaikum and selamat malam...


Entri lewat malam. Agak penat la harini. Walaupun balik awal harini, tetap rasa penat. Hehe. Saja nak balik awal harini. Harini kerja aku telefon orang je kot. Pagi je buat kerja sendiri. Sebelum rehat and sambung lepas rehat, aku telefon pagawai-pegawai yang terima anugerah 30 tahun berkhidmat. Ada yang dapat call. Ada yang tak dapat. Boss suruh call untuk dapatkan pengesahan dari dorang sama ada hadir atau tidak untuk majlis APC nanti. Haissshhh.. Semakin busy la minggu ni. Isnin nanti ada raptai penuh. Hari Selasa (Majlis APC berlangsung), aku kena jadi tukang jual bunga lak.. Adeh.. Tak sesuai okeh. Aku yang ganas ni jual bunga. Kah kah kah. Memang tak sesuai... Huhu.



Nota Cik Rimau : Telinga kanan terasa bingit pulak ni. Kenapa ek? Hurrrmm..

30 Mei 2011

Mimpi Yang Tak Terduga..

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua..


Ok. Cerita mimpi lagi. Ini bog mimpi ke apa ni ha? Haha. Rileks la wei.. Nama pun blog personal. Merepek jela kerja aku kat sini. Bagi can la sikit kat aku. Huhu. Semalam kan.. Aku tidur macam biasa la kan. Tapi bukan la tidur betul pun. Tidur-tidur ayam jela. Tak lelap sangat pun. Tiba-tiba termimpi. Mimpi macam real je. Macam nak bagitau somthing pun ada. Tau apa aku mimpi?


Selalunya, sebelum tidur, handphone aku letak atas meja. Senang nak capai. Kalau letak dekat bantal, sah aku tak bangun. Handphone entah ke mana, aku entah ke mana. Hehe. Entah macam mana, malam tadi aku mimpi aku tengah bersembang dengan sorang kawan. Sape kawan tu, aku pun tak tau. Aku tak ingat langsung. Dalam mimpi aku tu, kawan aku tu tanya la mana handphone aku. Aku cakap kat atas meja. Dia suruh aku check. Aku jawab, aku malas. Tapi dia suruh aku check jugak. 


Aku jawab je ok, aku terus tersedar. Aku terus tanya adik aku, mana handphone aku sebab takde atas meja. Ada kat dia rupanya. Aku tanya buat apa. Pastu dia jawab nak ambik gambar. Aku mintak balik. Dia bagi. Aku baru nak sambung tidur baik. Tapi terhenti kejap sebab teringat mimpi tu. Aku pun pegang handphone yang aku dah letak balik atas meja tu. Panas! Eh.. 


Aku toleh kat adik aku. Aku tanya kenapa panas. Aku tanya dia ada guna ke. Dia kata tak. Dia terletak handphone aku bawah laptop dia. Ye ke ni.. Aku pun tekan la *124#. Tengok balance. Ehhh.. Mana pergi kredit aku ni. Aku pandang adik aku balik. Aku marah dia. Dia kata, dia ambik kredit aku. Hampeh tak?? Geram ni..


Tak kisah sangat pasal ni. Yang aku kisahkan pasal mimpi tu. Mimpi tu, macam nak bagitau aku yang adik aku tengah guna handphone aku and guna kredit aku senyap-senyap. Hurrmm.. Pelik ni. Haha. Tapi kan.. Aku rasa, adik aku yang rasa lagi pelik kot. Yela kan, aku tiba-tiba terjaga tengah malam tanya pasal handphone. Tak ke seram kau. Nasib la. Sape suruh ko tidur lambat kan. Kan dah kena dengar aku mengigau la, aku terjaga tiba-tiba la. Nasib nasib.. Hak hak hak..



Nota Cik Rimau : Minggu ni SSM akan jadi sangat sibuk. Maybe la. Sebab tinggal 7 or 8 hari je lagi Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan. Mana-mana yang terlibat dah semakin nampak betapa sibuknya dorang. Kami yang bawah-bawah ni puak, tunggu arahan dari semasa ke semasa jela. Tak nak balik malam macam tahun lepas. Seriau la balik malam sendiri. Huhu.

Jack Sparrow Sesat!

Assalamualaikum and selamat malam..


Dah nak tidur dah kan. Sesuai la tu guna selamat malam. Hehe. Semalam aku tak bebel pun kan? Adeh.. Terlepas lagi.. Hurmm.. Actuallly bukan terlepas. Tapi saja tak update. Takde mood. Something happened kat rumah aku last night. Sangat geram and sakit hati. Tapi nak buat macam mana kan. Sabar jela. Disebabkan hal tu, aku malas nak update apa-apa. Lagipun agak penat sebab hampir seharian aku kat office. OT lagi. 

Semalam aku pergi OT bawak adik aku sekali. Saja nak dera dia tolong aku siapkan folder meeting Jumaat depan. Alhamdulillah. Semua dah siap. Thank you la Lahi atas bantuan ekau tu yo. Haha. Belanja takde. Kih kih kih. And lepas dah settle semua kerja (bukan semua la), aku pun balik la sekali dengan Kak Ziha. Plan asal nak balik terus je. Tapi tiba-tiba teringat nak bayar bil internet ni ha. Kebetulan pulak, bas nak ke Mid Valley pun dah ada kat tempat menunggu. Terus je aku naik. And nasib aku agak baik jugak la semalam. Naik-naik je bas terus jalan. Jalan pulak clear je. Sekejap je dah sampai Mid Valley. 


Sampai-sampai je, terus jalan laju-laju cari kaunter nak bayar tu. Tapi kan.. Langkah kitorang terus terhenti bila ternampak.. Jeng jeng jeng.. 

Kapal dalam cerita Pirates of The Carribean tu la.. Apa kes sesat kat sini pulak kan?



Ganas betul kepala kapal ni. Ish ish ish. Tak sure la kapal lanun mana.. Huhu.

Tau kan gambar apa ni? Tipu la kalau jawab tak tau. Sebabnya, ini la rupa kapal yang digunakan dalam cerita Pirates of The Caribbean tu. Aku jadi excited pulak nak tengok. Singgah kejap kat Centre Court tu. Tengok ramai gila orang serbu kat situ. Semua sibuk nak bergambar. Aku apa lagi. Laju jela mengeuarkan handphone. Tak nak lepas peluang. Huhu. So.. Layan jela ek gambar-gambar ni. Model dalam gambar bukan aku ye. Adik aku. Hehe.

















Susah sangat nak ambik gambar masa kat situ. Makanya, itu jela gambar yang dapat aku cilok haritu. Janji dapat tengok live. Haha. Tak tau pun ada pameran ni. Kebetulan kan? Lepas bergambar, terus pergi bayar bil. Kebetulan lagi.. Orang yang jaga kaunter tu, budak yang sama yang pernah layan kitorang dengan gaya kerek sebelum ni. Aku bajet nak pusing balik je. Tapi teruskan jugak bila nampak dia senyum. Hurmm.. Boleh pulak layan dengan elok. Sebelum ni kasar bukan main. Muka masam tak hingat. Mujur kau senyum semalam. Sejuk hati aku. Haha.



Nota Cik Rimau : Walaupun tak dapat tengok live Mentor malam ni, Cik Rimau puas hati sebab Salma menang. Hehe. Go Salma go.

27 Mei 2011

Bebel Panjang..

Assalamualaikum and salam sejahtera semua yang sudi membaca bebelan Cik Rimau..


Alhamdulillah.. Harini aku semakin sihat. Aku tak rasa pun aku demam walaupun kawan-kawan office kata muka aku merah and nampak macam demam. Aku dah telan panadol dua kali tau harini. InsyaAllah sihat. Huhu. Cuma batuk and selsema je macam agak teruk. Sengsara aku kat office tadi. Sikit-sikit batuk and terbersin. Perit tekak aku jadinya. Korang pernah tak kalau batuk, tekak rasa macam radang semacam je. Memang perit la. Tak tau macam mana nak cakap. Tapi memang membuatkan aku rasa nak je korek tekak aku sampai rasa radang tu hilang. Haha.


Cakap pasal kerja, harini biasa je kot. Buat mana yang sempat je. And of course aku terpaksa segerakan satu kerja berkaitan urusan naik pangkat Encik Yoon. Awal-awal pagi lagi dia dah tanya. Aku baru sampai office masa tu. Tiba-tiba ternampak dia kat mesin punch card. Aku cepat-cepat la masuk dalam tandas sebab nak elakkan diri dari bertembung dengan dia. Agak-agak dia dah naik office dia, aku keluar dari toilet. Sekali nampak dia ada kat kereta pulak. Adeh.. Terpaksa la jawab jugak. Mujur dah siap. Huhu. Kalau tak naya aku. :-)


Pasal Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pulak, aku terpaksa mintak bantuan Abang Lan and Kak Liza untuk siapkan folder. Memang tak sempat kalau aku buat sorang-sorang. Walaupun rasa serba salah nak mintak tolong dorang, aku terpaksa jugak. Sorry Kak Liza and Abang Lan. Tapi aku takde la paksa dorang buat cepat. Dorang nak tolong pun kira bertuah tu tau. Mana yang tak sempat dorang siapkan, aku mintak tolong adik aku je kot siapkan. Esok aku nak OT. Bawak sekali adik aku. Boleh mintak dia tolong. Haha. (Kes dera ni tau.)


Harini jugak, aku merasa buah tangan dari Sarawak. Pemberian Kak Jalilah. Dia outstation kat sana dua hari lepas. Baik kan Kak Jalilah ni? Setiap kali dia pergi bercuti or kursus, tak pernah pun dia lupa untuk belikan apa-apa. Selalu sangat aku and Kak Ziha merasa buah tangan dari dia. Memang baik hati betul akak sorang ni. Muka cantik, putih bersih and comel. Hati pun baik. Bujang lagi. Memang ada ciri-ciri wanita idaman lelaki. Untung siapa dapat jadi suami dia. Huhu. Apa pun, thank you Kak Jalilah. :-)


Ok. Panjang pulak bebel aku malam ni. Sebelum tidur, nak try la petua yang Kak Intan bagi siang tadi. Petua untuk hilangkan rasa perit kat tekak. Saja menggedik mintak adik aku buatkan. Rajin pulak dia buatkan tu. Reason dia senang je. " Lahi buat sebab akak demam je ni." Hampeh tak? Tak ikhlas betul. Hahaha. Tapi takpe. Nak jugak dia buat. Betul tak? Hehe.


Nota Cik Rimau : Malas betul nak pergi kerja esok. Memikirkan kerja banyak je ni. Kalau tak banyak kerja, mau aku tidur je esok. 

Ps : Tadi layan cerita Kongsi. Boleh la tahan. Tapi tak berapa nak best la. Huhu.

26 Mei 2011

Nak Balik!!! Boleh Tak Bos?

Assalamualaikum and selamat tengahari/petang semua..


Woooo.. Rasa macam nak balik je rumah je ni. Panas siot dahi aku. Dalam badan pun rasa panas. Tapi kat luar rasa sejuk pulak ni. Demam kura-kura ke apa?? Dah la dema kali ni siap dengan batuk and selsema sekali. Adeh.. Selalu demam dengan selsema je. Sengsara betul. Huhu. Kerja banyak ni. Tapi kepala rasa berat je. Macam mana nak buat kerja kalau terus macam ni. Boleh tak cakap macam ni kat bos.


"BOS.. CIK RIMAU NAK BALIK TIDUR BOLEH TAK??? KEPALA PENING NI BOS!!!"


Agak-agak bos bagi tak? Bertuah la kan kalau dia bagi. Huk huk huk. Panadol ada ni. Tapi tak nak la terlampau bergantung pada ubat sangat. Sakit sikit dah nak ubat. Tak nak la sampai macam tu. Tapi kan.. Kalau tak makan ubat karang, kerja aku gerenti banyak yang tergendala. Nak makan ubat ke tak ni ek??? Huwaaaa.. Rasa macam nak berbungkus dalam selimut je ni. :-(



Nota Cik Rimau : Gedik kan menaip time ni jugak. Ala.. Rileks la. Kot la malam karang aku bantai tidur awal, tak dapat aku nak bebel. Huhu. Ok la. Sambung kerja dulu. Malam karang kalau rajin, aku membebel lagi.. Papai..

25 Mei 2011

Mood Demam!

Assalamualaikum and salam sejahtera...


Jom layan Showdown. Hehe. Best gila la tengok HMC Phlow and Elecoldxhot. Tapi paling aku suka, persembahan HMC Phlow la. Siap ada lakonan ala-ala penjenayah gitu. Memang menarik. Suke sangat-sangat. Korang tak tengok ke? Tengok la. Best tau. Hehe. (Gedik je kan nak paksa orang tengok.)


Tak nak bebel panjang. Aku tak berapa sihat ni. Demam kot. Haha. Suara dah jadi macam suara penyanyi rock je ni. Tu la kan. Degil sangat-sangat. Dah tau rasa macam nak demam, nak jugak minum ais. Harini je dua kali aku minum ais kat pejabat. Memang rosak la suara yang sememangnya tunggu masa je nak jadi macam harini. Adeh.. Kena kunci mulut la esok jawabnya. Kalau aku bercakap esok, sure ada yang tanya kenapa dengan suara aku. Huhu.


Ok la. Sampai sini jela aku bebel ya. Sekarang ni aku nak merayap ke rumah korang-korang jap. Pastu iron baju kerja esok sambil layan Sahara. Layan lagu Black - Dewi Aleeya. Pastu apa lagi. Tidur la. Ubat tak payah makan. Esok agak-agak rasa macam pening-pening lalat kat office, baru la telan ubat. Huhu. (Antibodi dah lemah kot. Kerap sangat demam kebelakangan ni.)



Nota Cik Rimau : Susah hati la. Hurmm..

24 Mei 2011

TAPI...

Assalamualaikum and selamat sejahtera..


Apa khabar korang semua? Kalau ada yang perasan la kan, aku dah agak kurang merayap ke rumah korang sekarang ni. Bukan aku sombong tau. Internet kat rumah aku ni agak lembab. Bukan agak dah. Dah memang lembab pun. Hangin je. Buat masa ni aku singgah balik ke blog korang-korang yang singgah sini je. Tapi jangan risau. Internet ok nanti aku singgah balik blog korang semua. Sementara je. Huhu. Kat office pun tak boleh mengular sangat. Kerja banyak nak kena settle. Lunch hour pun tak berapa nak sempat untuk merehatkan diri dalam erti kata rehat yang sebenar. (Abaikan ayat hampeh ni ye.)


Actually, malam ni aku tak berapa ada idea untuk membebel kat sini. Tapi, aku tetap jugak nak merapu kat blog ni. Tak sah kalau sehari tak menaip panjang-panjang. Hehe. Disebabkan aku nak jugak membebel, aku fikirkan jugak la apa yang nak ditulis. Dapat la satu idea. TAPI. Ada apa dengan perkataan ni ek? Ada la benda yang nak aku ceritakan. Bukan nak belajar grammar ye. Just nak mintak pendapat korang semua. 


TAPI. Perkataan ni selalu sangat kita guna. Even dalam komunikasi seharian kita pun ada guna perkataan ni. TAPI selalunya digunakan di awal ayat or sebagai penyambung ayat. Contohnya : "Aku senyum kat dia, tapi dia tak balas pun." Perkataan TAPI digunakan di tengah ayat. Kiranya berfungsi sebagai penyambung ayat la kan. (Aku bukan pakar bahasa. Aku tak tau perkataan sesuai untuk digunakan. Hope korang faham apa aku nak sampaikan ni.)


Penggunaan TAPI kat contoh yang aku bagi tu, boleh la dikatakan betul. Yang aku pelik tu kan, ada beberapa orang yang aku kenal, guna perkataan TAPI kat hujung ayat. Agak janggal pada aku. Nak tegur karang, kata nak tunjuk pandai pulak kan. So, diamkan jela. Cerita je kat sini sudah. Ok. Contoh macam ni la. 

"Aku nak beli baju warna hitam yang aku tengok semalam tu, takde tapi."


Pada pandangan korang la kan, pelik tak ayat ni? Pada aku, agak pelik la. Sebab aku dah biasa diajar gunakan perkataan tu di permulaan or pertengahan ayat. Ye, memang perkataan sebenarnya TETAPI. Cumanya, kita dah biasa gunakan TAPI sahaja. Secara jujurnya, aku memang rasa pelik nak guna perkataan TAPI kat hujung ayat. Pandangan korang macam mana pulak?



Nota Cik Rimau : Cik Rimau harap takde yang terasa. Cik Rimau cuma meluahkan rasa pelik Cik Rimau ni. Huhu. Terpaksa taip laju-laju lor.. Mau layan Sahara. Papai korang. Selamat malam.

23 Mei 2011

Aku Lambat Lagi..

Assalamualaikum and salam sejahtera semua..


Harini mood aku agak hampeh sikit. Bukan la mood yang suka-suka nak marah orang tak tentu pasal tu. Maksud aku, mood "malas". Almaklumla, punch card pun merah harini. Haha. Tau sebab apa jadi merah? Puncanya, petang semalam tidur tak hengat dunia. Jadinya, bila malam memang payah la nak lelap mata. Puas la nak bagi tidur. Memang tak boleh. Alarm kat handphone awal-awal lagi aku dah set pukul pukul 5 and 5.30 pagi. Tapi biasa la kan perangai aku ni. Agak-agak rasa berat nak bangun, matikan bunyi alarm tu. Bila terjaga semula... Hambik kau!! 6.45 pagi. Kelam-kabut bersiap. 


Bila dah naik bas, aku jeling jam. 7.15 pagi tapi still kat area rumah lagi. Hantar sms kat Kak Liza dulu maklumkan aku mungkin lambat. (Padahal memang lambat pun.) Then, cakap kat diri sendiri (dalam hati jela) buat rileks je. Nak kejar apa. Padahal masuk 7.30 ni. Boleh pulak selamba. Takde rasa risau pun. hampeh tak aku? Sampai kat LRT Bangsar pulak, pergi beli makanan dulu sebab malas nak turun ke kantin. Then naik teksi. Mujur la dapat pemandu teksi yang pernah hantar aku ke office. Tak payah aku nak tunjukkan jalan dah. Hehe.


Sampai je kat office, pergi punch dulu kad. Tau tak pukul berapa? 7.50 pagi beb!! Lambat 20 minit. Hampeh betul la. Pastu duduk kat tempat, on pc macam biasa and terus makan. Macam takde pape je berlaku. Haha. Teruk kan aku harini? Tak cukup dengan tu, harini memang aku punya kerja jalan sikit je. Mana taknya, semua bos takde. Ada la dua bos yang tinggal. Tapi sorang ada meeting, yang sorang tu pulak aku tak pasti ke mana. Tinggal la kitorang orang-orang bawahan je. Automatik mood kerja kurang. Jahat kan? Haha.


Nampak je CC Zaini datang, terus tuju ke meja dia. Mintak sain kat punch card. Dia ok je. Sain saja. Bagus kan? Hehe. Harini jugak, first time kot aku balik awal lepas sebulan lebih balik lambat. Dah la datang lambat, balik tepat-tepat pulak. Apa nak jadi la dengan aku harini. Esok kena usaha keras. Jangan malas-malas ye Ija.. Haha.



Nota Cik Rimau : Semalam tengok video persembahan Hazama. Ada someone tu kutuk-kutuk Hazama. Cik Rimau perhati je. Baca komen-komen lawak dorang. Semua penyokong Hazama jadi emo gila. Cik Rimau ingat nak tengok jela kan. Tapi bila budak tu melebih-lebih (siap kata Hazama punya muka macam PENOREH GETAH), Cik Rimau geram pulak. Terus sign up kat youtube. Balas komen. Haha. Macam budak-budak je kan? Geram tau tengok budak tu over gila kutuk penyanyi favourite Cik Rimau.

22 Mei 2011

Kenangan di Asrama

Assalamualaikum and selamat malam...


Apa korang buat hujung minggu ni? Aku duduk lepak kat rumah je. Malas kot nak merayap. Enam hari bekerja, sehari ambik masa untuk rehat pulak la kan. Takkan nak kerja memanjang. Kerja penat-penat pun, atasan nampak yang buruk je. Masa tekun bekerja buat tak nampak je. Kih kih kih. Terluah perasaan pulak kat sini. :-)


Harini hari Ahad. (Wei Ija.. Semua orang tau harini Ahad ok.) Ya, semua orang tau. Mesti ramai tengah layan Mentor kan? Eleh.. Tak nak mengaku pulak. Huhu. Ok. Kembali kepada tujuan asal aku merepek malam ni. Malam ni, aku saja nak imbas kenangan masa sekolah dulu. Zaman-zaman duduk asrama. And of course aku cerita malam ni sebab ada sangkut pautnya dengan hari Ahad. :-)


Kalau ada antara korang yang pernah duduk asrama, hari Ahad adalah hari yang paling aku and korang tak suka. Betul tak? Agak-agak kenapa? Nak tau? Sebabnya.. Hari Ahad (minggu dapat balik rumah) kena balik asrama semula la. Malas gila bila dah dekat nak balik. Nak packing barang pun macam takde mood je. Yela kan, dah sedap-sedap dapat balik rumah, sekali kena balik ke asrama. Adeh.. Hilang mood je.


Selalunya, dalam pukul 3 petang lagi, arwah abah aku dah suruh siap. Aku ni pulak, saja je lengah-lengahkan. Mandi lambat, iron baju lambat. Makan pun aku saja lambat-lambatkan. Bila arwah abah aku dah tinggikan suara, baru la terhegeh-hegeh nak bersiap. Kalau tak, duduk je la mengadap tv. Faham-faham jela macam mana kehidupan kat asrama ni kan. Tv boleh tengok hari Sabtu je. Time balik rumah je baru merasa tengok tv puas-puas. Kesian kitorang tau. Kadang-kadang, bila sampai kat kelas, kitorang mintak member sekelas yang ceritakan cerita yang kitorang minat. Contohnya cerita korea or drama bersiri yang best. Macam apa je kan. Haha.


Masa adik aku dah duduk asrama (satu asrama dengan aku), aku selalu kenakan adik aku. Aku taknak balik awal. Aku mesti suruh adik aku balik dulu. Kadang-kadang sampai bergaduh berebut nak balik lambat. Kalau masa nak balik rumah pulak, aku berebut nak balik dulu. Kakak yang jahat kan? Haha. Ala.. Kadang-kadang je pun aku dapat. Ingat adik aku bagi ke? Dia pun cengil jugak tau. Kih kih kih. Terpaksa la aku mengalah. Huhu. (Aku tak nak balik awal sebab kena tunggu adik aku pulak kat jeti. Tak suka tunggu lama-lama sebab kadang-kadang ada budak nakal suka kacau kat jeti tu.)


Bila adik aku sampai je, aku naik la sekali dengan geng-geng asrama yang lain. (Kitorang kena naik bot ye kalau nak ke sekolah.) Sampai je ke seberang, kitorang tak terus balik rumah. Ada jugak yang balik dulu. Berat la nak bawak beg jalan sekali. Aku selalu jalan terus. Malas nak turun naik bukit. Sekolah aku tu atas bukit ye kawan-kawan. Aku rela lagi jalan bawak beg terus daripada nak hantar beg dulu then keluar balik. Tak kuasa aku. (Aku pemalas sikit. Hehe)


Selalunye kitorang singgah pasar raya mini kat pekan Manong tu untuk beli barang-barang keperluan kat asrama. Beli la barang mandi ke makanan ke. Kitorang memang suka beli siap-siap. Kalau tak, payah. Dah la kitorang boleh keluar hari Sabtu je. Tu pun bukan semua dapat keluar. Hanya dua or tiga orang je yang dibenarkan keluar. Diorang ni la yang jadi wakil untuk kitorang kirim beli apa-apa. Penat sikit la kalau jadi wakil ni. Aku pernah sekali. Memang penat. Banyak barang nak kena beli. Paling banyak ais kacang la. Berat betul nak bawak. Taubat terus nak keluar. Haha.


Time puasa pulak, bila balik asrama je aku mesti singgah kat bazar Ramadhan yang ada kat pekan tu. Memang ramai gila yang berniaga bila pulan puasa. Makanya, lagi lama la kitorang merayap. Beli makanan banyak gila. Bila berbuka je, semua nak bedal. Sudahnya, berlaku la pembaziran. Orang ni beli makanan ni, orang tu beli makanan lain pulak. Then, masing-masing nak bagi orang lain rasa. Sebab tu la banyak yang tak habis. Kan dah rugi. 


Apa pun, duduk asrama memang best. Yang tak bestnya, bila dapat balik rumah, rasa berat je nak balik asrama. Tapi bila dah sampai tahun terakhir kat asrama, hati rasa berat je nak tinggalkan asrama. Maklumla, tinggalkan untuk forever pulak tu. Memang sedih tol. Aku still rindukan saat-saat bersama dengan kawan-kawan yang gila-gila kat hostel. Nak sekolah balik!!!!! Boleh tak?? Hehe.



Nota Cik Rimau : Sangat happy sebab Salma dapat masuk final. Mula-mula tu geram jugak sebab dia tak layak. Tapi bila Ally Iskandar cakap ada pengumuman, Cik Rimau dah agak dah mesti nak umum yang Salma pun masuk final. Saja je kan TV3 ni nak buat gimik. Huhu.

21 Mei 2011

Mood Hilang Lagi!!

Assalamualaikum and selamat malam..


Kali ni betul-betul takde update. Bosan gila kot. Mood berblogging dua tiga hari ni macam takde pulak. Niat nak update ada. Awal-awal lagi dah log in. Tapi bila nak menulis je, tiba-tiba je jadi malas. Apa kes entah. Tengok la esok lusa. Kalau mood blogging ada balik, panjang la aku bebel. Sori la kalau aku tak melawat rumah korang malam ni. Aku merayap mana yang sempat je ye. Aku nak layan video Hazama kat youtube. (Aku dah jadi fanatik pulak kat si Hazama ni. Haha. I like u la Hazama. Kih kih kih. )



Nota Cik Rimau : Sape pernah kena penyakit malas or takde mood nak berblogging? Meh bagi tips sikit camne nak kasi ada mood. Hehe. Bantuan anda semua amat dihargai. (^-^)

20 Mei 2011

Bila Nak Rehat Ni???

Assalamualaikum and selamat malam..


Takde update untuk malam ni. Saja tulis sepatah dua. Esok kerja lagi. Memanjang OT. Bukan kejar claim OT ye kawan-kawan. Kejar nak siapkan kerja je ni. Masa santai dengan family (tengok wayang or karaoke) pun dah takde. Asyik ke office je. Tapi tadi, lega betul dapat siapkan kew. 8 untuk Majlis APC. Tau ke apa APC? Tanya la siapa-siapa yang kerja government. Mesti tau punya. Walaupun tadi aku balik agak lewat (pukul 6.40 petang), tapi aku tetap puas hati la sebab sempat siapkan apa yang bos nak. Lega sangat-sangat. 


And sebelum balik kerja siang tadi, bos ada buat makan-makan. Saja jela belanja staff sebab dah banyak kerja yang dah diselesaikan. Encik Yoon (ketua Seksyen Kewangan) pun join sekali belanja staff kat seksyen aku sebab dia happy kot dapat naik pangkat. Huhu. Tahniah la ye Encik Yoon. :-)  Oh ya, sebelum aku terlupa. Untuk makluman korang, jamuan makan siang tadi tu disekalikan dengan sambutan hari jadi staff yang lahir bulan April, Mei and Jun. Walaupun birthday aku bulan Mac haritu, hadiahnya baru hari ni aku dapat tau. Dah basi dah kot baru nak bagi. Haha. Bengkek ni tau. Kih kih kih.



Nota Cik Rimau : Tadi kata takde update. Tapi panjang jugak bebelnya. Apa la Cik Rimau ni kan. Ok la kawan-kawan. Cik Rimau penat sangat ni. Esok nak kerja lagi. Cian Cik Rimau kan?? Hehe. Nite semua. Assalamualaikum w.b.t...

19 Mei 2011

Just Another Busy Day..

Assalamualaikum and selamat malam..


Nampak tajuk poyo tu?? Err.. Aku ni bukannya pandai Bahasa Inggeris pun. Kalau salah, maafkan beta ye. Haha. Saja guna tajuk tu. Just nak bagi gambaran kat korang betapa busy nya aku harini. Busy ke? Sure ada yang tertanya macam tu dalam hati. Ala.. Rileks la korang. Sekali-sekala nak bajet busy gila. Hehe. (Tapi memang busy pun. )


Harini aku ada banyak benda nak kena buat tau. Kerja banyak sangat. Dah tak terkira. Tak tau dah mana nak siapkan dulu. Semua benda nak cepat. Tangan ada dua je. Adeh.. Bos.. Fahamilah anak-anak buahmu ini. (Ayat terlebih poyo.) Big boss ok je sebenarnya. Orang yang jadi tukang cucuk kat bos tu yang mulutnya perlu dicili. Takde kerja lain ke wei daripada jadi tukang sampai je. Bawak-bawak la bertaubat. 


Kitorang buat kerja bagai nak mati, tak pernah la pulak tukang sampai nak puji. Tapi baru sekali dua nampak kitorang sembang kejap, nampak saja. Sudahnya sampai la kat big boss yang kakitangan bawahan tak jalankan kerja. Jangan la sempit sangat otak tu. Takkan la nak sembang seminit dua pun tak boleh. Kerja jalan jugak tau. Sembang pun setakat kat tempat duduk je. Takde la sampai merayap ke tempat orang lain. Jangan ingat awak sorang je kerja bertimbun. Orang bawahan lagi banyak kerja tau tak. Tak faham betul dengan sikap beberapa orang "tukang sampai" yang gemar sangat cakap benda-benda yang baru nampak sekali dah nak kata kitorang tak buat kerja. Tak baik tau tak tutup periuk nasi orang dengan cara macam tu. Keji betul..


Ok. Cukup-cukup tu Ija oi. Marah-marah je kerjanya kan. Sori la kawan-kawan semua. Korang semua pun tau kan, sekarang ni kerja aku makin banyak. Sampai meninggalkan kesan pada emosi aku. Aku dah semakin susah nak kawal emosi. Sikit-sikit tension. Rasa nak marah je. Nak cerita kat kawan karang, kawan pun naik bosan nak dengar. Sudahnya, blog ni la jadi tempat untuk aku lepaskan geram. Sori la blog.. Hehe.


Berbalik kepada tajuk. (Sori la ye. Aku memang suka melalut.) Awal-awal pagi tadi aku cuba siapkan kerja setakat yang mampu. Dalam pukul 10 lebih, aku and lapan orang lagi staff Seksyen Sumber Manusia (SSM) bersiap untuk pergi ke kementerian. Ada apa ye kat sana? Actually, harini ada Forum "Rumahku, Syurgaku". Forum kali ni, kementerian jemput kaunselor Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh and Salleh Yaakob. Memang best sangat-sangat forum ni. Sepanjang forum tu, kitorang asyik gelak je. Masa kitorang sampai tadi, dewan dah penuh. Tak sangka betul. Sambutan memang menggalakkan. Maybe sebab ada Salleh Yaakob kot. Ye tak?? Hehe.

Ramai tak? Penuh dewan ni tau.



Teka sape ni?? Dorang kata, dua-dua ni wife Salleh Yaakob. Huhu. Lawa kan??






Lepas forum tu tamat, kitorang balik semula ke office. Sampai kat office dalam pukul 3 lebih. Terus tuju ke surau dulu. Then, naik ke office semula. Sambung kerja yang terbengkalai. Tiba-tiba pulak dapat arahan, kena siapkan satu kerja tu esok. Baru nak semangat. Lemah balik jadinya. Semua urgent tau.. Huwaaaaaaa... Siapa nak tolong aku buat kerja??? Hehe.



Nota Cik Rimau : Cik Rimau nak tanya ni. Pelik bebenor ke kalau Cik Rimau saja gedik tukar status kat facebook jadi engaged??? Ada jugak tu member Cik Rimau yang percaya. Gimik je pun. Tak pasal-pasal kena "bahan" semata-mata sebab status tu. Tukar jadi "widowed" or "divorced" pulak boleh tak? (Karang tak pasal-pasal ada yang innalillah.. Hehe.)

18 Mei 2011

Tak Payah Tajuk

Assalamualaikum and selamat malam..


Aku takde benda nak story harini. Biasa-biasa je. Siang tadi agak geram jugak la dengan seseorang. Ingatkan dah lama tak beramah mesra, mulut dia dah jadi baik. Sekali dapat menyembur, perggghhhhh.. Pedih tak hengat. Rasa nak je aku cekik-cekik dia. Tapi takpe.. Sabar jela. Geram lagi ni. Sebab dia mengeluarkan statement berunsur serkap jarang. Macam dia pernah buat dulu. Bila nak berubah entah. Hurmmm..


Daripada sakit hati ingatkan pasal dia, better la aku layan Showdown malam ni. Best gila siot. Aku paling suka Elecoldxhot. Gerakan masa dorang menari memang kemas. Suka betul aku tengok. Aku rasa la kan, dorang ada potensi nak jadi juara. Juri-juri pun pakat puji group ni. Ada peluang nak menang. Huhu.

Gambar pinjam dari Uncle Google.

Bukan la nak kata group lain tak best. Semua best. HMC Phlow and Bounce Stepperz pun antara yang aku suka tengok. Memang semangat la bila tengok dorang menari. Smart betul. Rasa macam nak join sekali je. Huhu. Tapi entah kenapa, aku rasa Elecoldxhot yang ada peluang besar untuk menang. :-)



Nota Cik Rimau : Nak layan Sahara pulak. Hehe. Sedih pulak tengok Sahara kena keluar dari rumah semata-mata nak ikutkan sangat kemahuan si Tina tu. Macam tak logik pun ada jugak cerita ni. Baik sangat watak si kakak. Nampak benor nipunye.. Hahaha.

17 Mei 2011

Borak Kosong Je..

Assalamualaikum and selamat malam..


Entri kosong je malam ni. Takde cerita menarik nak dikongsikan. Macam yang kita semua tau, harini cuti umum sempena Hari Wesak. Mungkin ada yang apply cuti semalam dengan tujuan nak bercuti ke mana-mana or balik kampung. Best la kan dapat cuti empat hari terus. Dari hari Sabtu sampai la harini. Panjang tu dapat rehat. Jealous ni tau. Huhu. 


Bestnya dapat balik kampung. Aku ni setakat duduk rumah jela. Kemas rumah sikit-sikit. Basuh baju. Memasak. Online faceook. Tengok tv. Bosan je. Ikutkan nak la pergi pejabat siapkan kerja. Tapi takde orang nak datang. Cancelkan jela niat tu. Ok jugak dapat rehat kat rumah. Tapi esok kena balik lambat la. Kerja banyak tak settle. Kerja makin bertambah. Tension lorrr..



Nota Cik Rimau : Hurrmm.. Cik Rimau baru perasan. Purse Cik Rimau tertinggal kat pejabat. Hampeh betul. Baru sedar masa nak turun beli lauk tengahari tadi. Mujur kad pengenalan and kad bank ada kat dalam beg. Sejak bila jadi pelupa bab duit ni?? Hahahaha.

16 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu!

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini Hari Guru. Aku ucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tak kira la yang dah lama bergelar cikgu or baru je nak memulakan langkah. Satu tugas yang agak mencabar pada pandangan aku. Mencabar la kan sebab kena hadapi pelajar yang bermacam ragam setiap hari. Lain kelas yang diajar, lain la perangai yang cikgu-cikgu jumpa. Kesian cikgu. Even aku bukan cikgu pun, bila aku fikirkan balik zaman aku belajar dulu, aku faham and dapat rasakan macam mana susahnya nak jadi seorang pendidik yang berjaya. 


So, bersempena dengan Hari Guru ni, aku saja la nak imbas memori masa belajar dulu. Memori dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar masa aku belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong. Ada antara yang ceritakan ni pernah mengajar aku and ada jugak yang tak pernah. Tapi saja nak cerita pasal dorang. 


Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar. (Tak sangka ada gambar cikgu-cikgu ni. Jumpa kat facebook sorang senior.)

Cikgu Manisah
- Cikgu ni tak pernah ajar aku. Anak dia sekelas dengan aku, Asyraf. Dia warden asrama masa aku form 1. Baik. Tapi kadang-kadang tegas. Sesuai la dengan jawatan dia sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Cikgu ni jugak la yang tolong aku buat surat penolakan tawaran belajar kat satu sekolah area Kuala Kangsar. Dah terlambat masa tu. Aku tak nak la pergi. Aku pilih sekolah ni jugak. Mujur dia ada. Dia banyak tolong aku sejak dari mula-mula aku masuk asrama lagi. Dia jugak la yang pernah adakan spot check kat asrama and rampas handphone kitorang semua. Naya betul parent kena panggil kalau nak handphone tu balik.. Adeh...


Cikgu Kang Chin Aik
- Tak pasti dia pernah ajar aku ke tak sebelum aku form 5. Yang aku ingat masa form 5 je kot. Dia ajar Matematik. Cikgu ni baik. Baik sangat. Tapi yang aku tak gemar, dia ajar laju gila. Aku dah la tak fokus sangat. Banyak yang aku tak dapat nak kejar. Bila dia tanya faham ke tak, aku angguk je. Bila dia suruh buat latihan dalam kelas, aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Kesian dia. Dapat anak murid malas macam aku. Kan dah dapat A2 je. Lain kali jangan tidur dalam kelas. :-p 

Cikgu ni kreatif jugak tau. Ada sekali tu, aku masuk la pertandingan Inovasi Sains kot. Saja jela cuba. Dah cikgu galakkan masuk. Aku and kawan-kawan buat periuk solar (lupa nama). Tapi yang boleh masak guna tenaga solar je. Kitorang ni macam perbaharui ciptaan tu semula la. Bagi lagi cepat masak ke. Macam tu la. Kebetulan, minggu tu aku and kawan yang masuk pertandingan tu kena pergi kem PRS Prostar peringkat daerah. Mujur ada cikgu ni tolong kitorang sikit-sikit. Idea pun banyak dia yang bagi hint. Dari situ la kitorang buat sikit-sikit. Bila kitorang balik dari kem, keputusan pertandingan diumumkan. Kitorang dapat nombor dua or nombor tiga. Tapi puas hati la menang. Thank you Cikgu Kang. Kalau cikgu tak tolong, mesti kitorang kalah. Hehe.


Cikgu Durrah
Cikgu ni ajar aku Bahasa Inggeris masa aku form 5. Cute and baik hati. Dia banyak puji karangan aku dulu. Bangga sekejap. Haha. Sekarang ni otak dah karat. Jarang guna BI. Nak speaking pun takut salah grammar. Cikgu ni sampai sekarang masih lagi contact dengan adik aku. Dia pernah offer nak support aku kalau aku nak sambung study. Dia tau masalah keluarga aku masa tu. Tapi aku tolak sebab  tak nak susahkan dia. (Dia suruh aku ambik TESL weii.. Erkk.. Mati den.. Haha)


Cikgu Azian
Cikgu ni ajar aku Bahasa Inggeris masa aku form 3. Sangat baik hati. Husband dia pulak mengajar kelas aku subjek Geografi. Dua-dua baik. Cikgu ni gunakan kaedah bagi hadiah sebagai galakan setiap kali ada ujian. Kalau dapat markah tinggi, dia belanja la apa-apa. Aku banyak kali jugak la merasa hadiah daripada dia. Dia selalu buat ujian and kuiz. Setiap kali dia bagi hadiah, itu dah jadi macam suntikan semangat untuk kitorang bersaing sesama sendiri. Bagus jugak la konsep pengajaran cikgu tu. Buat pelajar happy and bersemangat. Hehe. Sebab cikgu ni jugak la, aku jadi minat gila nak belajar subjek ni.


Cikgu Mior
Cikgu yang mengajar aku Bahasa Melayu. Agak serius orangnya. Anak-anak dia semua bijak tau. Anak sulung dia merangkap senior aku, dengar-dengar tengah ambik perubatan sekarang ni. Dah habis dah kot. Huhu. Cikgu ni ok je sepanjang dia mengajar kitorang. Tapi ada la satu peristiwa tu membuatkan dia kecik hati dengan kitorang. 

Masa tu SPM dah dekat. Kelas dah bukak jadi dewan. Ada la cikgu-cikgu buat jadual kelas cara menjawab soalan SPM mengikut subjek. Kebetulan masa kelas untuk cara menjawab soalan Bahasa Melayu, Cikgu Mior ni yang akan ajar. Budak kelas aku ni, boleh pulak hilang ke makmal komputer. Ada la dua tiga orang je yang tinggal. Memang cikgu tu cakap dia terkilan dengan sikap kitorang. Dah la kelas paling atas. Buat perangai pulak. Aku memang risau gila masa tu. SPM dah dekat tapi buat cikgu sakit hati. Mujur dia maafkan kitorang. Alhamdulillah aku dapat result bagus untuk subjek yang dia ajar. Terima kasih Cikgu Mior.


Cikgu Jamil
Cikgu kelas 5 Sains 1. Merangkap cikgu Fizik aku. Best cikgu ni. Nampak garang. Padahal gila-gila. Dia suka buat aku terkejut dalam kelas. Suka hempuk pembaris panjang atas meja. Sampai pecah-pecah jugak la pembaris tu. Lagi satu kan, kalau takde kena buat eksperimen, mata aku automatik mengantuk. Duduk pulak meja paling depan. Dia suka cakap perkataan "Rajah" kuat-kuat. Yang aku ingat dia sebut Raja. Terus mata jadi segar. Hampeh punya cikgu. Suka buat aku blur.. Haha. Pape pun, cikgu ni memang best. Terbaru, aku dengar dia dah tak mengajar kat sekolah tu.


Cikgu Rohizan
Cikgu ni mengajar aku Bahasa Melayu masa form 3 rasanya. Pernah jugak jadi cikgu kelas masa aku form 1. Seorang cikgu yang baik jugak walaupun agak serius. Suka mengajar menggunakan something yang menjadi kegemaran pelajar. Contohnya lagu. Dia suruh la kitorang buat sinopsis cerita dalam bentuk lagu ke. Ambik rentak lagu mana-mana, then ubah lirik. Tapi ok jugak. Memang melekat la nota-nota penting guna cara macam tu. Lagi satu, dia suka suruh kitorang berlakon drama. Segan aku nak berlakon. Haha.


Arwah Cikgu Azam
Arwah seorang cikgu yang baik hati. Mengajar aku Matematik Tambahan masa form 4 and 5. (Form 4 tu tak pasti ada ke tak.) Selalu buat kelas tambahan. Kalau tak dapat jawab soalan, arwah denda kitorang berdiri atas kerusi and meja. Malu woo.. Dah besar-besar kena diri atas meja. Huhu. Arwah jugak la yang buatkan aku jadi minat nak join main softball. Best gila main softball. Merasa la dapat nombor dua peringkat daerah walaupun pertama kali masuk. Semuanya usaha kuat arwah yang cuba menaikkan nama pasukan sekolah kitorang. 

Malangnya, umur arwah tak panjang. Tahun lepas rasanya, aku dapat berita mengejutkan daripada kawan sekelas. First berita aku dapat, dorang bagitau arwah masuk hospital sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Then, arwah koma. Esoknya, berita kematian arwah pulak yang aku terima. Sedih bila dengar berita tu. Tapi apakan daya. Aku tak dapat nak balik kampung masa tu. Hurmm..


Cikgu Noraini
Cikgu yang mengajar subjek Sejarah. Cikgu ni ok. Cuma cara mengajar tu buatkan aku and kawan-kawan jadi bosan. Haha. Padahal dah memang kitorang tak suka subjek tu. Lagipun subjek tu pun memang membosankan la.


Actually, ada ramai lagi cikgu yang aku ingat sampai sekarang. Tapi malas nak cerita panjang. Nanti-nanti je bila rajin. Tapi apa yang pasti, walau macam mana pun cara pengajaran dorang, aku tetap berterima kasih kat dorang. Tanpa dorang, tak mungkin la aku boleh dapat result yang boleh tahan tu. Aku sangat-sangat menghargai usaha dorang mengorbankan masa di hujung minggu dorang untuk ajar kitorang semua semata-mata nak tengok kitorang berjaya. Terima kasih cikgu-cikgu atas semua pengorbanan yang telah dilakukan. Walau di mana pun cikgu-cikgu berada, kami sebagai bekas pelajar anda semua, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. 



Nota Cik Rimau : Esok cuti. Yahooooooo.. Suka ni tau.. Hehe.

15 Mei 2011

Mabuk Kenderaan

Assalamualaikum and selamat malam..


Aku tengah layan Mentor separuh akhir ni. Persembahan yang aku suka tengok malam ni, of course la Salma. Memang mantap la suara. Lagi-lagi masa nyanyi lagu Safura tadi. Hebat la. Shiha macam ada yang tak lepas je masa lagu first tadi. Ratnah biasa-biasa je kot. Iqa best jugak la. Idea Edry tu kreatif. Untung la dapat Edry sebagai mentor. Ada can nak menang. Huhu.


Ok. Tak payah komen banyak. Korang boleh tengok sendiri. Itu pandangan aku. Jangan marah ye kalau ada protege korang yang aku komen tak best. Hehe. Pandangan orang berbeza kan. :-) Berbalik pada tajuk. Korang pernah tak alami masalah ni. Mabuk kenderaan. Maksudnya, asal korang naik kenderaan je mesti rasa pening and loya. Rasa nak muntah je. Macam ada something kat dalam kereta tu buat korang rasa macam tu. Padahal takde menda pun. Tak kisah la naik apa pun kecuali motorsikal, mesti korang rasa macam tu. Pernah tak??


Maybe ada yang pernah. Sama la dengan aku. Dulu aku tergolong dalam kategori tu. Memang tak boleh tahan. Naik je kereta or van, tekak terus jadi loya. Naik bas apatah lagi kan. Mesti muntah punya. Memang seksa la. Asal ada rombongan asrama yang nak pergi jauh-jauh, aku seboleh-bolehnya elakkan diri daripada join. Takut muntah. Kalau join pun, mesti aku spare plastik. Tak pun bawak la minyak angin or ubat tahan muntah. Sengsara betul rasanya. Aku lagi prefer naik motor kalau nak ke mana-mana. Sebab naik motor tak perlu nak cium bau kereta or kenderaan berbumbung. Sengal betul kan?? 


Tapi bila aku mula belajar kat KL dulu, aku terpaksa jugak naik bas setiap hari. Nak buat macam mana? Dah itu je kenderaan yang memudahkan pergerakan nak ke kelas. Nak bawak motor? Bawak motor pun tak reti. Nak naik teksi? Sama jugak. Terpaksa cium bau yang memualkan tekak tu. Aku tak sure bau apa kat dalam kenderaan yang buat aku jadi loya. Mungkin bila pasang aircond or bau enjin. Mungkin la. 


Tapi kan, yang peliknya, bila dah biasa naik bas, masalah mabuk kenderaan tu macam terus lenyap. Sekarang ni, aku langsung tak rasa loya dah kalau naik bas, van or kereta. Alhamdulillah. Kalau tak, bayangkanla berapa banyak kursus jauh-jauh yang terpaksa aku tolak. Bersyukur sangat dah tak macam dulu. Tapi kalau naik bas tu, bergantung pada bau jugak la. Kalau bau enjin kuat, terpaksa tahan la. Cuma dah boleh control rasa nak muntah tu. Tak kisah la. Janji dah ok... Hehe...


So, pada korang yang tau petua or cara nak kurangkan rasa loya bila naik kenderaan, sila-silakanla berkongsi. Kot-kot ada yang menghadapi masalah macam aku ni, boleh la praktikkan bila naik kenderaan. Ye tak. Berkongsi ilmu tu bagus. Sila-silakanla ye.. Boleh aku try.. Huhu.



Nota Cik Rimau : Dah mula gila kat Nashrin and V.I.P. Lagu and suara sedap. Cik Rimau suka... :-)

14 Mei 2011

Kata-kata Merupakan Satu Doa.. Dah Tu, Tak Reti-reti Ke Nak Cakap Yang Baik-baik Je???

Assalamualaikum and selamat malam...


Tajuk entri aku ni, macam ayat marah je kan? Jangan salah faham ye. Tajuk memang nampak macam tengah baran. Tapi sebenarnya tak. Hanyalah teguran untuk sesetengah orang yang aku kenal. Yang gemar cakap benda bukan-bukan. Kadang-kadang yang menyebabkan aku naik radang. Huhu.


Contohnya, dari segi makan. Nak bagi korang lebih faham, korang baca dulu dialog kat bawah ni.

DIALOG 1
A : Ko tengah minum air apa tu?
B : Tak kenal ke? Carlsberg la.
A : Ish ko ni. Tak baik la cakap macam tu.
B : Ek eleh. Rileks la beb. Betul la aku minum Carlsberg. (Padahal minum air teh je.)


DIALOG 2
A : Ko makan apa tu wei. Nampak sedap je.
B : Haah. Memang sedap pun. Aku makan ba** ni. Ko nak ke?
A : Apa ko ni. Tak baik la main-main macam tu. 
B : Rileks la. Main-main je pun.


Ok. Dialog kat atas ni rekaan je okeh. And sebagai contoh je. Dari dialog kat atas ni, korang boleh nampak apa yang aku cuba sampaikan. Bagi yang beragama Islam, aku rasa tak elok la kalau korang bergurau macam ni. Maybe saja-saja nak gurau. Tapi bagi aku, kalau korang cakap korang makan benda-benda haram tu, automatik aku bayangkan korang tengah makan benda-benda tu. 


Aku tak sure mana aku dengar. Mungkin dari ustaz aku dulu kot. Dia pernah cakap, jangan cakap makan benda-benda haram tu. Contoh korang minum air yang botolnya bentuk lebih kurang dengan botol arak. Jangan la pulak korang cakap yang korang tengah minum arak. Dari apa yang aku ingat, ustaz aku cakap, jangan cakap macam tu walaupun niat nak main-main. Sebabnya, apa yang kita cakap tu la yang kita makan. Betul la tu. Aku setuju dengan apa dia cakap. Dah tau korang tu orang Islam, jangan la cakap bukan-bukan pasal apa yang korang makan. Tak geli ke?? Huh!


Itu pasal makan. Pasal saja-saja cakap pun, jangan la main cakap lepas je. Contohnya, macam kes yang kerap kita dengar kat berita baru-baru ni. Kes simbah asid kat area Brickfields and kawasan sekitarnya. Untuk makluman korang, aku agak takut dengar berita tu. Sebabnya, rumah aku dekat je dengan kawasan-kawasan tu. Mana la tau kan, kot-kot nasib tak baik jadi mangsa. Tak sanggup nak bayangkan. Mintak dijauhkan. Amin..


Dari apa yang aku dengar kat tv, banyak mangsanya di kalangan pejalan kaki. Lagi la aku seriau. Takut aku nak keluar merayap sekarang ni.Yang tak bestnya, ada someone yang aku kenal ni. Memang la dia baik. Cuma gurauan dia tu yang aku tak suka. Dia suka takutkan aku dengan cerita orang simbah asid tu. Dia kata hati-hati la kalau naik bas. Selalu yang naik bas jadi mangsa. Geram betul la. Dia tuju kat aku pulak tu. Aku dah la takut. Nak usik-usik macam tu pulak. 


Walaupun main-main je, aku takut la kan kalau-kalau apa yang dia takut-takutkan aku tu jadi kenyataan. Kata-kata kan satu doa. Kalau dah asyik ulang cakap benda yang sama je, tak mustahil boleh jadi benda tu. Dah kira macam kita mintak kat Dia benda tu jadi. Hentikanlah ulang cakap macam tu. Boleh tak?? Huhu.



Nota Cik Rimau : Tengah layan cerekarama kat tv3 ni. Sejadah Kaabah. Best cerita ni. Ada tunjuk hubungan rapat antara adik beradik. Pengorbanan ibu yang bersusah payah nak besarkan anak. Menjahit la, meniaga nasi lemak la. Anak yang sanggup bekerja part time masa belajar and sanggup meniaga nasi lemak dengan berbasikal je sebab tak nak susahkan mak. Sanggup temankan emak dia menjahit sampai ke tengah malam. Emak yang tegas and anak-anak yang bijak. Kesimpulannya, aku suka cerita ni. Sedih. And mengingatkan aku serba sedikit tentang kehidupan aku satu masa dulu.. :-(

Akhirnyaaaa..

Assalamualaikum and selamat sejahtera..


Aku sekarang ni kat office. Menyiapkan kerja sikit. Saja curi masa sekejap untuk update. Actually aku tengah geram ni. Aku rasa korang-korang yang guna blogspot pun mesti rasa geram jugak kan? Macam yang kita semua tau, semalam blog tak boleh nak log in. Nak komen pun tak boleh. Setakat boleh baca je. Sudahnya seharian la aku tak membebel. Rasa macam tak best je bila tak boleh nak membebel kat blog. Even setakat nak merepek je. Kuat betul penangan blog ni kan?? Hehe.


Hurmmm.. Walaupun dah boleh log in harini, aku tetap rasa marah dekat blogger.com. Ada ke patut buang entri aku yang  baru tu. Penat tau tak nak taip entri baru. Huhu. Sedap-sedap je nak terminate. Ganti balik!!! Haha. Gila pulak aku ni kan. Ok la. Nak siapkan surat pergerakan gaji ni. Papai. Malam karang merepek lagi.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau sorang je perempuan yang datang OT harini. Nasib baik la Cik Rimau bawak adik Cik Rimau temankan. Ada la jugak kawan.

11 Mei 2011

Day 3 : Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan di Cherating

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini saja nak sambung cerita semalam. Cerita hari terakhir Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan. Sama macam semalam. Tak perlu berceloteh panjang. Gambar pun dah cukup untuk bagi korang faham cerita aku. Hehe.


Staff lelaki BKP posing sementara menunggu senamrobik dimulakan. Semua sakit-sakit badan sebab panjat bukit hari sebelumnya.. Sian korang.. Hehe.
Ini bersenam ke apa ni wei?? Dah macam hantu pocong je.. Haha.


CC Zaini ni awat la cenggini gayanya? :-)

Muka kepenatan Encik Uthayan..
Sesi pembentangan perbincangan kumpulan.

Salam and bermaafan dulu sebelum balik.

Berebut dorang semua ni nak bergambar dengan Encik Nordin tu. Aku rileks je tengok dorang. Huhu.

Muka-muka kepenatan. Semua pakat lena je. Kesian kesian.. Huhu.

Apa kes si Isma ni??? Baru operate mata ke ha?? Hakhakhak.
 
Ok la. Itu jela kot gambar masa kursus haritu yang dapat aku kongsikan kat sini. Nak tengok lebih banyak, silalah tengok kat facebook aku ye. Malas nak upload banyak-banyak. Huhu.



Nota Cik Rimau : Sekarang ni, Cik Rimau malas gila nak bukak notifications kat facebook tu. Bukan sombong. Tapi semua komen kat wall and gambar pasal retreat tu. Malas betul Cik Rimau ni kan?? Huhu. Nasib la kawan-kawan yang tag Cik Rimau kat gambar ye. Den malas nak komen sama. Kih kih kih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...