Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 Mac 2013

INFINITE (인피니트) - Man In Love (남자가 사랑할 때) MV & Lyrics [Hangul / Romanized / English Translation]

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Infinite : Sungyeol, Sungjong, Hoya, Myungsoo/L, Sunggyu, Woohyun and Dongwoo. Sumber

Harini aku tersangat la excited. Nak tau kenapa? Sebab... Harini Infinite buat comeback dengan mini album terbaru dorang yang berjudul "New Challenge". Akhirnya.. Huhu. Agak lama dorang ni menyepikan diri and tak muncul dengan album baru (sebagai satu kumpulan lengkap). Awal tahun haritu dorang memang ada keluarkan album baru tapi bukan semua ahli terlibat. Hanya Hoya dan Dongwoo jer yang muncul sebagai sub-unit yang dinamakan Infinite H. 

Ikutkan pengumuman sebelum ni, Infinite akan keluarkan album baru sekitar bulan Mei or Jun tahun ni. Tapi entah kenapa, lepas je buat perjumpaan dengan peminat (Inspirit) pada 1 Mac 2013, terus dorang buat pengumuman akan keluarkan album lebih awal (Mac). Sejak pengumuman tu dibuat, macam-macam teaser dorang keluarkan termasuk la teaser yang dikeluarkan setiap hari sejak minggu lepas yang menampilkan setiap sorang ahli Infinite. Saja je kan nak mendera peminat-peminat dorang termasukla aku. Haha. 

Ok la. Kat bawah ni aku sertakan mv beserta lirik dalam tulisan hangul and terjemahan lirik tu di dalam Bahasa Inggeris yer kawan-kawan. Kalau nak Bahasa Melayu, pandai-pandai la korang translate dari English tu ye. :p So.. Jom layan.. Hehe. (MV ni buat aku teringat kat SHINee la.. Huhu)


INFINITE - MAN IN LOVE

SungKyu DongWoo WooHyun Hoya SungYeol MyungSoo SungJong

HANGUL & ROMANIZATION

관심 없던 사랑 노랠 흥얼거리고
세상 멜로 드라마는 모두 내 얘기 같고
gwansim eopdeon sarang norael heungeolgeorigo sesang mello deuramaneun modu nae yaegi gatgo  
전에 없던 멋을 내며 외모에 신경 쓰고 커피의 쓴 맛을 알아가
 
jeone eopdeon meoseul naemyeo oemoe singyeong sseugo keopiui sseun maseul araga 


시간은 참 빠르게 가 마음만 조급해져 가고
siganeun cham ppareuge ga maeumman jogeuphaejyeo gago

내 곁에 너를 상상해 혼자만의 영활 찍어
nae gyeote neoreul sangsanghae honjamanui yeonghwal jjigeo


남자가 사랑할 때엔 꼭 항상 곁에 머물면서 늘 해주고 싶은게 참 많아
namjaga saranghal ttaeen kkok hangsang gyeote meomulmyeonseo neul haejugo sipeunge cham manha
사랑에 빠질 땐 내 삶의 모든걸 다 주고서 단 하나 그 맘만 바래
sarange ppajil ttaen nae sarmui modeungeol da jugoseo dan hana geu mamman barae
사랑에 빠질 땐
sarange ppajil ttaen


남자가 사랑할 때엔 남자가 사랑할 때엔
namjaga saranghal ttaeen namjaga saranghal ttaeen


  점점 붉어지는 볼에 천천히 떨어지는 내 고개 너만을 바라본 채 I`m On My Way
jeomjeom bulgeojineun bore cheoncheonhi tteoreojineun nae gogae neomaneul barabon chae I`m On My Way
미친 듯 달려온 내 고백
michin deut dallyeoon nae gobaek
남자가 사랑할 땐 하나를 위해 열을 잃어도 후회로 끝나지 않게
namjaga saranghal ttaen hanareul wihae yeoreul irheodo huhoero kkeutnaji anke
오늘이 끝 인 것처럼 줘 All I Have
oneuri kkeut in geotcheoreom jwo All I Have


철없는 어린애처럼 괜시리 웃음이 나고
cheoreomneun eorinaecheoreom gwaensiri useumi nago

남들과 다른 나라고 스스로 컨트롤을 하지
namdeulgwa dareun narago seuseuro keonteuroreul haji


남자가 사랑할 때엔 꼭 항상 곁에 머물면서 늘 해주고 싶은게 참 많아
namjaga saranghal ttaeen kkok hangsang gyeote meomulmyeonseo neul haejugo sipeunge cham manha
사랑에 빠질 땐 내 삶의 모든걸 다 주고서 단 하나 그 맘만 바래
sarange ppajil ttaen nae sarmui modeungeol da jugoseo dan hana geu mamman barae
사랑에 빠질 땐
sarange ppajil ttaen


  헤어나지 못하게 깊이 빠진 채 책 속 글자가 춤춰 니 이름으로
heeonaji motage gipi ppajin chae chaek sok geuljaga chumchwo ni ireumeuro
영화 속 배우와 하늘 속 달마저 니 모습으로 보여
yeonghwa sok baeuwa haneul sok dalmajeo ni moseubeuro boyeo
매일 널 그려 니가 내 품으로 와야 맘이 놓여 널 위한 안식처 절대 안 식어
maeil neol geuryeo niga nae pumeuro waya mami nohyeo neol wihan ansikcheo jeoldae an sigeo


잘 봐봐 이런 기분을 느낀다면 네게 빠진거야
jal bwabwa ireon gibuneul neukkindamyeon nege ppajingeoya

누군가 네게 신호를 주면 알아달란 말이야 지금 나처럼
nugunga nege sinhoreul jumyeon aradallan mariya jigeum nacheoreom


남자가 사랑할 때엔 꼭 항상 곁에 머물면서 늘 해주고 싶은게 참 많아
namjaga saranghal ttaeen kkok hangsang gyeote meomulmyeonseo neul haejugo sipeunge cham manha
사랑에 빠질 땐 내 삶의 모든걸 다 주고서 단 하나 그 맘만 바래
sarange ppajil ttaen nae sarmui modeungeol da jugoseo dan hana geu mamman barae
사랑에 빠질 땐
sarange ppajil ttaen


남자가 사랑할 때엔 남자가 사랑할 때엔
namjaga saranghal ttaeen namjaga saranghal ttaeen
내가 사랑을 할 때엔 내가 너에게 빠질 땐
naega sarangeul hal ttaeen naega neoege ppajil ttaen




ENGLISH TRANSLATION

I start humming along to love songs that I didn’t like before
All of the melodramas in the world seem like my story
I try to look good when I didn’t before by paying attention to my appearance
I’m acquiring the bitter taste of coffee


Time goes so fast and my heart grows impatient
I imagine you next to me and film a movie of my own


When a man’s in love, he wants to stay by your side
There’s always so much he wants to do for you
When I’m in love, I want to give everything in my life to you
With just one expectation, your heart
When I’m in love


When a man’s in love, when a man’s in love


My cheeks get redder and my head slowly drops
I’m only looking at you as I’m on my way
My confession gushes out as if I’ve been crazily running
When a man’s in love, even if he loses ten to gain one
He gives all he has as if today is the last day so he won’t regret – all I have


Like a young child, I keep laughing for no reason
I control myself by saying that I’m different from others


When a man’s in love, he wants to stay by your side
There’s always so much he wants to do for you
When I’m in love, I want to give everything in my life to you
With just one expectation, your heart
When I’m in love


I can’t escape because I’m in too deep
The letters in my book are dancing as they form your name
As if you’re the main character of the movie, 
as if you’re the moon in the sky, I keep seeing you
I draw you out every day – my heart will rest only when you come into my arms
I’ll be your resting place that will never cool down


Look carefully – if you feel this, that means he’s fallen for you
If someone gives you a sign like I am right now, then please notice it


When a man’s in love, he wants to stay by your side
There’s always so much he wants to do for you
When I’m in love, I want to give everything in my life to you
With just one expectation, your heart
When I’m in love


When a man’s in love, when a man’s in love
When I’m in love, when I have fallen for you



Nota Cik Rimau : Mood harini sangat teruk sebab stress dengan kerja. Nasib baik la ada Infinite. Haha. Terubat sikit hati and fikiran yang tengah serabut ni. :p 

Psssttt : Lirik kat atas ni Cik Rimau ambil dari sinisinisini dan sini.

18 Mac 2013

Ada Apa Dengan 24?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...


Ada apa dengan 24? Hehe. Mana ada apa pun. Hanya satu nombor genap. Kih kih kih. Errr.. Marah ke? Haha. Rileks la. Jangan naik angin dulu. Saja nak bagitau korang, tanggal 17 Mac 2013 bersamaan dengan Ahad (semalam), umur aku dah pun genap 24 tahun. Ekekeke. Tuanya la kan Cik Rimau ni. Haiishhh... Cepat betul masa berjalan sekarang ni. Tak sedar pun dah nak masuk bulan April. Pejam celik pejam celik, tahun depan dah masuk umur 25 tahun pulak. Hurmmm.. Kan best kalau angka ni tak terus meningkat. Biar kekal je.. (Berangan jela weiii..)


Di kesempatan ini, aku nak ambik peluang untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang wish birthday aku semalam. Tak kira melalui apa cara sekali pun (sms, call or facebook). Terima kasih atas ucapan dan doa anda semua. And tak lupa jugak kepada budak kecik yang tengah buat latihan industri kat seksyen aku sekarang. Namanya Fiza yer kawan-kawan. Terharu woo bila datang kerja tadi Fiza ni bawak kek. Dia buat sendiri tu untuk aku. Terharunya!!! Hak hak hak. Gedik gila Cik Rimau ni kan? Errrrkkk.. Kisah apa. Ada jugak orang nak kasi kek. Thank you so much Fiza. :p


Ok la. Malas nak taip panjang-panjang dah. Tujuan asal taip entri ni pun semata-mata nak menunjuk-nunjuk aku dapat kek buatan khas je. Haha. Riak sungguh. Hehe. Takde la. Saja nak share gambar je sebenarnya. So, silakan layan. Hehe.  :p

Yang comel pakai baju bunga hijau ni la Cik Fiza yang baik hati buatkan kek untuk beta. Hehe.


Nota Cik Rimau : Happy dapat kek. Tapi sedih sebab kaki sakit lagi. Huwaaaa.. Tak campur lagi dengan suara Cik Rimau yang dah macam rockers ni. Dah tau batuk, nak jugak minum ais. Sengaja cari nahas. Huhu. Hope dapat sembuh dari penyakit-penyakit or kecederaan yang melanda sekarang ni sepantas yang boleh memandangkan minggu depan ada acara tahunan jabatan yang sangat penting. Susah nak buat kerja kalau still macam ni. Huhu..

17 Mac 2013

1 Million Women Purple Walk 2013

Assalamualaikum and selamat petang...


Selamat hari Ahad. Apa aktiviti korang semua harini? Ada yang join Purple Walk tak harini? Hehe.  Ada? Bagus... Hahaha. Aku pun join jugak. Tapi sebelum tu, bagi yang tak tau apa mendanya Purple Walk ni, meh aku terangkan sikit. Untuk makluman korang, Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti PerWani (Perkumpulan Wanita) dan 1 Million Women Purple Walk 2013 ni diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013. Kalau nak diikutkan perancangan awal, program ni sepatutnya diadakan pada hari Ahad minggu lepas bersamaan dengan 10 Mac 2013. Tapi... Sebagai tanda keprihatinan ke atas apa yang terjadi kat Lahad Datu, Sabah, program ni ditunda ke harini.  


Pada aku, aktiviti dah ok dah. Tapi aku tak puas hati pasal pengangkutan and tempat turunkan peserta tu. Tak pasti la nak marahkan sape. Ada ke patut, dalam surat jemputan ke program tu suruh peserta tunggu kat 'pick-up points' awal pagi seawal pukul 6. Orang office aku pilih pick-up points D (Dataran Merdeka). Ikut surat jemputan tu, bas terakhir bergerak dari Dataran pukul 7.30 pagi. Ada la beberapa orang office aku ni dah tunggu kat Dataran Merdeka (DM) tu seawal pukul 6.30 pagi. Tapi malangnya, satu bas pun tak muncul kat situ. Aku sampai kat DM pukul 7.15 pagi kalau tak silap. Tunggu lama jugak. Sampai pukul 7.30 pun still tak muncul jugak. Ikutkan rasa hati yang panas membara, nak je aku balik rumah. Sambung tidur lagi best. Huh. Mujur la pukul 7.40 pagi tu muncul jugak bas yang dinanti. Pemandu tu boleh tanya "LAMBAT KE?" Errr.. Dia tak dapat makluman yang jelas ke sebelum datang situ? Aiyooo.. Panas.. Panas.. 


Itu pasal pengangkutan. Pasal tempat turunkan peserta pun satu hal jugak. Tempat turun tu, tersangat la jauhnya dari tempat majlis tu diadakan. Rasa macam nak patah kaki kitorang menapak. Dengan kaki aku melecet pulak masa tu. Pedih gila. Bayangkan la tahap sakitnya bila kulit kaki korang yang dah muncul gelembung ada air tu bergesel dengan kasut and then gelembung air tu pecah. Memang nikmat sakit tu tak tergambar dengan kata-kata. Terbaik punya sakit. Merana aku seharian. Dua-dua belah kaki pulak tu. Huhu. Sudahnya aku terpaksa pijak hujung tumit kasut tu untuk mengelakkan luka and pedih kat kaki bertambah kronik. Peduli apa kasut rosak. Janji kaki aku tak sakit. Huwaaaaaa..


Masa nak balik tu pulak, lagi sekali merana. Dah la panas terik tadi. Nak balik pulak kena patah balik ke tempat turun bas yang jauh tu. Sekali lagi menapak dengan kaki yang pedih. Ok takpe. Asalkan dapat balik. Tapi sekali lagi nasib malang. Bas yang ambik kitorang tu takde. Masa turun bas pagi tadi, pemandu bas tu ada cakap yang kitorang balik naik mana-mana bas yang bertampal sticker D or mana-mana bas yang menghala ke DM/KL Sentral. Dia kata tak kisah sebab semua tu boleh naik. 


OK. Ini SATU PENIPUAN!. Kitorang ada je jumpa bas yang ada sticker D. Tapi pemandu bas tu cakap, bas tu khas untuk satu agensi tu. Bas yang ada sticker D yang lain memang dah tak jumpa dah. Memang penat gila. Lepas memikirkan matahari yang terik, kepenatan melampau, kaki lenguh gila and nak balik cepat, makanya kitorang sepakat untuk tahan teksi. Teksi tu mintak RM 50. Masa tu dah tak kisah dah tambang mahal ke tak. Peduli apa kan. Janji dapat balik. Naik je teksi masing-masing berdengkur. Haha. Penat wooooo!!! Ok la. Jom layan gambar. Nak tengok lagi banyak gambar, kena la bukak Facebook Cik Rimau

Aktiviti sampingan sementara tunggu bas tiba --> ambik gambar.
Adik aku, Ila.
Antara staff office yang setia menunggu bas dari pukul 6.30 pagi.
Nampak sangat pendek. Haha.
Masa ni tengah nyanyi Negaraku.
Ila, Kak Liza and Kak Ziha.
Ila, Kak Liza and Kak Ziha
Dapat tengok skrin je. Jauh bebenor nak menapak ke depan
Seriusnya muka Kak Liza. Haha
Masa untuk bersurai.

Nota Cik Rimau : Gambar-gambar ni semua diambil menggunakan Sony Experia Z. Sangat berpuas hati dengan prestasi kamera handphone ni. Banyak jugak dengar complain pasal handphone ni. Tapi setakat ni, Cik Rimau sangat berpuas hati. Cuma saiz la agak besar. Haissshhh.. Gambar-gambar kat entri ni Cik Rimau dah compress dulu sebelum upload. So, kalau nak tengok gambar asal, silalah singgah ke facebook Cik Rimau. Hehe. :p

:-( Kaki pedih gilerrrrrr... Huwaaaaaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...