Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 November 2011

Bicara PERSADA : Merancang Bahagia Bersama Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah

Assalamualaikum dan salam hari Ahad semua...


Lama gila aku tak update kan. Kenapa la sejak akhir-akhir ni rasa malas sangat nak bukak blog ni. Padahal dulu bukan main rajin lagi. Haha. Mungkin sebab ramai orang office aku dah tau blog ni kot? :-) 


Ok. Tak payah nak intro panjang-panjang. Just nak share gambar masa Bicara Persada : Merancang Bahagia oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah yang diadakan di Auditorium KR Soma, Wisma Tun Sambanthan pada 14 November 2011. Majlis Ceramah Sambil Berdialog ni dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Malaysia (PERSADA). Secara peribadinya, aku rasa majlis ni best. Sangat best. Cara penyampaian Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah memang berjaya membuatkan pegawai-pegawai yang hadir terus melekat untuk dengar ceramah yang disampaikannnya. Memang tak rugi la aku pergi haritu. Huhu. Tapi agak malang sebab tak sempat nak ambik gambar dia. :-(






Huhu. Tak banyak pun gambar yang aku dapat. Ini pun cilok dari sorang akak tu. Hehe. 



Nota Cik Rimau : Sekarang office agak tunggang langgang. Tengah buat pengubahsuaian. Nanti bila free, Cik Rimau uploadkan gambar office yang dah macam tongkang pecah tu ye. Selamat bercuti esok.. Yahooo.. Dapat rehat lama. Hehe. Salam Maal Hijrah.

17 November 2011

Kembali Aktif...

Selamat pagi semua..


Huhu. Sakit tekak pulak pagi ni. Haiiissshhh.. Hurmm.. Korang ada yang dah sampai pejabat ke? Awal tak aku masuk pejabat? Hak hak hak. Actually takde apa pun yang aku nak sharekan kat sini. Just nak cakap, aku tak jadi tukar url blog. Sebelum ni kan banyak kali aku cakap nak tukar. Tapi bila fikirkan semula, rasa macam rugi pulak. Lagipun, aku dah ada plan lain. Plan baik punya. Hahaha. And insyaAllah, start harini nak jadi blogger aktif macam sebelum ni. Errr... Boleh ke nie??  :-)


Nota Cik Rimau : Akibat tangan terlebih gatal, habis berparut muka Cik Rimau. Hope cepat hilang kesan tu. Hik hik hik.

11 November 2011

Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang Lain Jer!!!

Mood ke laut harini. Sakit hati dengan sesetengah manusia yang rasakan diri dorang tu terlampau perfect. Padahal apa pun takde untuk dibanggakan. Ingat bagus sangat? Sampai semua benda yang orang buat nak dipertikaikan. Apa pun tak boleh. Pergi cermin diri dulu la baru nak perkotak-katikkan orang lain. Ada paham??? 


P/s : Entri lepas geram je harini. Arrrggghhh.. Bengangnya!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...