Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

14 Jun 2015

Movie Time : Jurassic World

Assalamualaikum.. 

Hai hai hai korang. Wah.. Lama gila tak update blog. Hurmm.. Saja je kali ni nak update. Well.. Semalam aku pergi layan citer Jurassic World kat NU Sentral. Ikutkan aku malas nak keluar. Tapi disebabkan kawan lama aku masa kolej tu dah ajak and nak belanja, aku on jela. Hehe.. Rezeki jangan ditolak orang cakap. Ye tak? Kih kih kih..


Meh nak story sikit jalan citer filem ni. 

Citer ni bermula dengan dua beradik (Zach and Gray Mitchell) yang dihantar melawat mak saudara dorang kat pulau di mana Jurassic World ni ada. Actually, dorang dihantar ke sana sebab mak ayah dorang nak handle pasal perceraian dorang. So, mak ayah dorang hantar dorang ke sana untuk bercuti kononnya. Makcik dorang (Claire) kerja kat tempat tu. Disebabkan terlampau busy nak handle macam-macam hal berkaitan dinasour ciptaan dorang (Indominus rex) yang bakal ditayangkan secara umum dalam masa 3 minggu (kalau tak silap), Claire ni arahkan pembantu dia (Zara) untuk jadi penjaga aka tour guide untuk dua beradik ni. Siap dapat pass VIP lagi untuk cuba semua jenis pengembaraan yang ada kat taman tu. (untunglahhhhh.. hahaha).

Pemilik taman tu (Simon Masrani) nak Owen Grady (jurulatih and penyelidik dinasour jenis Velociraptor) untuk review dulu pasal Indominus rex ni sebelum boleh ditayangkan kepada umum nanti. Owen and Claire ni pernah bercinta satu masa dulu tapi dah putus atas sebab yang aku tak bape pasti. Haha. Sila tanya pengarah filem ni. Owen bagi warning kat Claire yang Indominus rex tu bahaya sebab dia dah terbiasa hidup terasing dari yang lain. So, dia boleh jadi sangat-sangat ganas. 


Vic Hoskins (ketua pasukan keselamatan InGen) nak gunakan empat ekor velociraptor yang ada kat taman tu untuk tujuan ketenteraan. Tapi Owen tak setuju. Then, Owen pergi tengok kurungan Indominus rex dengan Claire. Dorang ingat Indominus rex tu dah terlepas keluar dari kurungan dengan cara memanjat tembok sebab ada kesan cakar kat dinding. So, Claire ni bergegas la balik ke bilik operasi untuk kesan balik kat mana si Indominus rex ni dah pergi. Si Owen pulak masuk kurungan tu dengan dua orang staff untuk check balik kurungan tu. Tapi rupa-rupanya tu adalah perangkap. Si Indominus rex ni tipu dorang je dengan kesan cakaran kat dinding tu. Dia ada menyorok dalam kurungan tu. So, matilah dua orang staff yang ikut Owen masuk kurungan tu kena bunuh. Owen terselamat sebab dia berjaya sembunyikan haba badan dengan cara menyimbah minyak petrol kat atas badan dia.

Indominus Rex yang super ganas.

Actually, Indominus rex tu dicipta dari DNA beberapa jenis dinasour and haiwan zaman sekarang termasuk la katak. Dia ada keupayaan untuk mengesan haba, menyamar ikut persekitaran. Campuran sebenar DNA haiwan apa yang digunakan oleh saintis-saintis taman tu dirahsiakan. Lepas dah kecoh Indominus rex ni terlepas, Simon arahkan pasukan keselamatan taman tu untuk tangkap balik masuk kurungan. Tapi malangnya, hampir keseluruhan ahli pasukan keselamatan tu mati dikerjakan si Indominus rex ni. Dinasour lain pon banyak mati kena bunuh. Indominus rex tu pulak, membunuh bukan sebab nak makan. Tapi saja membunuh untuk suka-suka. So, Claire arahkan untuk kosongkan taman tu sebab Indominus rex bergerak menuju ke tempat di mana orang ramai berkumpul.

Rasa macam nak bela je kalau ada. Comei pulak aih.. Hehe.
Gray and Zach pulak senyap-senyap lari dari Zara. Dorang pergi mengembara sendiri. Even ada arahan / makluman berkaitan penutupan sementara aktiviti kat taman tu, dua beradik ni buat tak peduli. Indominus rex muncul and musnahkan kenderaan yang dorang naik tu. Tapi nasib baik dorang berdua terselamat. So, dorang pun lari masuk hutan sampai la terjumpa tapak Jurassic Park yang dulu-dulu tu. Dorang jumpa jeep lama dalam tu and repair sendiri. (Hebat bebenor aih bebudak boleh repair jeep..) Then dorang pun gerak balik pergi ke taman. Claire and Owen pulak datang cari dorang tapi terserempak pulak dengan Indominus rex. Tapi nasib baik la dorang terselamat dari serangan ganas Indominus rex mangkuk tu.


Indominus rex ni terus mengganas and ceroboh masuk kurungan dinasour yang boleh terbang tu, Pterosaur. Habis pecah kurungan Pterosaur tu dibuatnya. Simon and dua orang askar cuba buru Indominus rex dari udara dengan menaiki helikopter. Tapi malangnya kena serang dengan Pterosaur yang terlepas tu. Habis mati semua yang dalam helikopter tu. Gray and Zach pulak selamat sampai kat taman tapi masa tu agak kecoh sebab serangan dari Pterosaur. Zara pun mati kena serang. Masa tengah kecoh tu, dorang dapat jugak jumpa dengan Owen and Claire.


Hoskins pulak cadangkan untuk guna empat ekor velaciraptor tu untuk kesan and bunuh si Indominus rex. Empat ekor raptor ni ikut la bau si Indominus rex ni sampai kat dalam hutan. Then, Owen and tentera InGen ni lancarkan serangan. Tapi, disebabkan Indominus rex ni ada DNA raptor,dorang boleh berkomunikasi sesama sendiri. Makanya, empat ekor raptor ni belot and jadi la anak buah kepada Indominus rex. Hoskins pulak hantar Dr. Wu (saintis yang cipta Indominus rex) keluar dari pulau tu menggunakan helikopter bersama-sama dengan embrio dinasour. Konon-konon nak selamatkan hasil kajian dorang la. Owen, Claire, Zach and Hoskins pergi ke makmal semula untuk tau apa kandungan DNA sebenar yang digunakan untuk cipta Indominus rex. Tapi masa dorang sampai kat makmal tu, Hoskins tengah sibuk packing baki embrio dinasour. Hoskins bagitau tujuan sebenar dia cipta dinasour dari pelbagai DNA. Kononnya dinasour yang diubahsuai secara genetik boleh dijadikan senjata ketenteraan yang hebat la. Tapi malangnya, masa dia sibuk bercerita tu, raptor muncul and bunuh dia. (padan muka. muahahahaha..)


Owen and yang lain-lain lari keluar. Tapi ada lagi dua ekor raptor tunggu dorang kat luar. Owen cuba kawal balik raptor-raptor tu and berjaya. Then, masa Indominus rex muncul, raptor ikut arahan Owen untuk serang dinasour jahat tu. Tapi malangnya, dua ekor raptor tu terbunuh. Claire lepaskan T-rex untuk lawan dengan Indominus rex. T-rex, dengan bantuan 'Blue' (satu-satunya raptor yang terselamat) and Mosasaurus yang tinggal kat dalam kolam tu berjaya bunuh Indominus rex. Then, T-rex blah tak tau ke mana dengan diikuti oleh si Blue. Esoknya, pengunjung yang terselamat dipindahkan ke Costa Rica. Kat situ, Zach and Gray jumpa balik mak ayah dorang. Yang si Owen and Claire pulak decide untuk bersama. THE END.


Moral of the story? Ini versi Cik Rimau okey. Jangan percaya pulak. Hehe.

1. Kalau kita rasa kita dah cukup besar and kuat, ingatlah akan ada yang lebih besar and kuat dari kita. (Mosasaurus and T-rex lagi besar and kuat dari Indominus rex.)
 
2. Yang tiruan/celup, takkan pernah dapat menandingi yang original. (Indominus rex tak dapat nak lawan T-rex.)

3. Selagi kita bekerjasama, takde apa yang tak dapat kita lawan. (Mosasaurus, T-rex and Blue bekerjasama and berjaya kalahkan Indominus rex.)


Nota Cik Rimau : Panjang berjela pulak Cik Rimau story. Habis satu cerita. Hahaha. Lagi 3 bulan tunggu kawan Cik Rimau download Bluray punya versi. Kita layan lagi la yer. Hehehee.

06 Jun 2015

Sakit

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera..


Yeahhhh... Aku kembali membebel semula. Hehe. Kali ni saja nak cerita pasal sakit. Sape sakit? Aku? Hurmmm.. Lebih kurang la.. Tapi sakit biasa je. Takde la tahap kronik sampai masuk wad. Haha.

Sakit yang aku maksudkan ni merujuk kepada bengkak / ketulan kat bawah leher aku. Actually, aku perasan dah agak lama. Maybe dalam 6-7 bulan dah. Bila aku pegang bawah bawah leher betul-betul kat bawah rahang, aku perasan macam ada bengkak / ketulan. Agak keras and rasa tegang. Tapi macam biasa la. Aku ni bukan jenis ambik kisah sangat. Pada aku, selagi tak mendatangkan sakit and tak menyusahkan aku, biar jela. 

Then, ada sekali tu aku tersalah tidur. Bangun pagi leher rasa sakit sangat-sangat. Nak pusing kepala sakit gila. Jadilah macam robot je gaya aku. Dalam 2-3 hari jugak la aku macam robot tu. Masa tu aku perasan yang bengkak / ketulan bawah leher aku macam dah bertambah saiz. But still tak sakit. Masa tu dah start rasa risau. Tapi macam biasa.. Biar lagi..

Sampai la haritu masa aku pergi karaoke dengan kawan aku, Zie. Aku rasa bengkak / ketulan tu dah start rasa sakit. Mana tak sakit. Bila karaoke je asyik ambik lagu high key, high pitch. Sah-sah anak tekak pun nak terkeluar kan. Hahaha. So, time ni dah mula ada rasa kesedaran sikit. Maka, aku pun mula la interview atok Google pasal ni. And yes, jawapan yang atok Google bagi hampir sama dengan apa yang aku agak. Something about pembengkakan kelenjar, tiroid or kanser. 

Lepas dah biar agak lama, akhirnya Jumaat minggu lepas aku ambik keputusan untuk tanya doktor apa yang tak kena dengan leher aku tu. Kebetulan pulak aku batuk and selesema masa tu. So, ada la reason nak pergi klinik. 

So, pagi Jumaat tu aku pergi la Klinik Tanglin yang dekat dengan Masjid Negara tu. Sempat la singgah kejap JPBD jumpa kawan-kawan ofis lama. Kebetulan ofis lama memang dekat situ. Hehe. Lepas dah daftar, kena pulak saringan (timbang berat, ambik bp, check suhu badan). Tapi tak sangka pulak aku demam time tu. Aku rasa sihat je. Sekali check suhu, 38.7. Mulanya kena masuk jumpa doktor bilik nombor 3. Tapi disebabkan ada demam, kena tukar jumpa doktor bilik nombor 1. 

Doktor tu pun tanya la kenapa. Aku cakap la pasal bengkak / ketulan tu. Maka, kena la ceramah / syarahan free dari doktor tu. Bapak garang siot. Antara soalan dia, "berapa lama dah bengkak macam ni? kenapa biar? takkan langsung tak jumpa doktor mana-mana? awak rasa bengkak-bengkak macam ni biasa ke? bla.. bla.."

Then, dia suluh tekak aku. Dia cakap kena jangkitan kuman. So, dia tulis la ubat apa untuk aku. Then aku mintak la time slip sebab nak masuk kerja balik. Sekali dapat MC daaa.. Dia cakap demam aku tinggi sangat. Apa lagi.. Ingat senang nak dapat MC? Makanya aku balik ke opis buat kerja sikit, then selebihnya masuk beg sebab nak sambung buat kat rumah.





After one week, ubat yang doktor bagi pun dah abis licin aku makan, tapi malangnya bengkak tu tak hilang. So, aku pun pergi la klinik Tanglin balik. Lepas doktor check, dia panggil lagi sorang doktor. Mungkin lebih senior / pakar. Maka, dapatlah surat refer ke Unit ENT, Hospital Kuala Lumpur. Akhirnya. Tap appointment dia.. Bapak punya lambat aih. 23 Jun ni ha baru dapat. Erk.. Kita kerisauan ni. Huhu...




Nota Cik Rimau : Hope takde pape yang serius la pasal bengkak ni. Huhu.. Takut aihhhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...