Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

25 April 2013

Voice of Men (VMen) - Laungan Cinta MV & Lyrics

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Wow.. Tersangat la lama Cik Rimau tak update blog ni. Reason? Busy dengan tugasan kat office + baru baik dari demam yang agak teruk. Hehe. Ok. Itu semua alasan semata. Abaikan je. Haha.

Wokeh. Selalunya Cik Rimau suka komen or share lagu dari Korea Selatan je kan? So, apa kata kali ni Cik Rimau komen pasal lagu tempatan pulak? Hehe. Lagu yang terpilih adalah... Jeng jeng jeng.. Haha. Bajet suspens la konon. Kih kih kih. Lagu yang Cik Rimau nak komen or share kat sini harini adalah lagu yang dibawakan oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri dorang sebagai Voice of Men (VMen). Tajuk lagu dorang adalah Laungan Cinta. Pernah dengar? 

Sebelum komen pasal lagu, meh aku perkenalkan dulu sape anggota VMen ni. Mungkin ada yang dah pun mengenali dorang ni. Cik Rimau mintak maaf la yer. Cik Rimau baru je kenal mereka-mereka ni. Hehe. So, tak banyak yang Cik Rimau tau pasal dorang. Apa yang Cik Rimau bakal tulis ni pun adalah hasil dari carian Google semata-mata. Maaf sesangat. Huhu.

VMen dianggotai oleh lima (5) orang anak muda. Mereka adalah Hakim (Mohd Amirul Hakim bin Md Noor), Fath (Fathul Rahman Misbah), Lutfi (Muhammad Lutfi Othman), Yusmawira (Yusmawira bin Mohd Yunus) and Arif (Mohd Arif bin Ismail). VMen ditubuhkan pada 2007 (dah lama rupanya.. huhu). Pada mulanya, VMen dianggotai oleh empat orang ahli yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Lutfi, Taufek, Fath dan Che Nasrul. Pada mulanya, VMen ditubuhkan untuk menyertai pertandingan 'Gegar U' anjuran Astro.

Pada tahun 2008, kumpulan ini melepasi dua peringkat ujibakat bagi melayakkan mereka untuk menyertai program realiti di TV9 yang dipanggil Akademi Nasyid. Ketika inilah, VMen mengalami sedikit perubahan di mana Arif dimasukkan menggantikan Che Nasrul dan penambahan seorang lagi anggota lain iaitu Hafiz (ditambah oleh Juri TV9 semasa di peringkat ujibakat).



Kini, VMen yang terdiri dari Hakim, Fath, Lutfi, Yusmawira dan Arif sudah pun bersedia untuk meningkatkan bakat mereka dalam industri muzik sama ada di peringkat tempatan atau pun antarabangsa berbekalkan kekuatan, kelebihan dan pengalaman masing-masing. Mereka menjadikan NSync, El-Divo dan Boyz II Men sebagai contoh ikutan / rujukan bagi menonjolkan kekuatan vokal berharmoni kumpulan mereka. VMen yang bakal bersaing di dalam industri muzik menerusi genre Pop, R&B dan jazz mensasarkan untuk menghasilkan lagu-lagu yang membawa mesej kerohanian, kemanusian dan nasihat. Ini dibuktikan dengan pelancaran single terbaru mereka yang berjudul Laungan Cinta.

Untuk makluman korang, video Laungan Cinta yang baru sahaja dilancarkan di laman Youtube pada 1 April 2013 yang lalu. Video klip Laungan Cinta ni jalan ceritanya berkisar tentang seorang anak angkat yang Nak nyanyi sekali? Boleh je. Lirik pun ada Cik Rimau masukkan sekali. Hehe. Layan... 



Aku impikan cinta lagi,
Adakah akan hadir sebuah laungan cinta?

Verse 1
Dan bila mata aku melihat kesakitan yang tersimpul dihatimu,
Yang tak mampu untuk kau selindung itu,
Sesungguhnya aku terluka dengan kesedihan yang datang,
Beratnya dugaan yang kau hadapi .. oh.

Chorus:
Hadirlah wahai cinta,
Moga hilangnya sengsara,
Usah ditangisi ia,
Lukamu kan pulih jua
Hulurkan tanganmu,
Bernafaskan rasa rindu,
Percaya pada yang satu,
Bergema hanya laungan cinta,

Bridge 1
Aku impikan cinta lagi,
Adakah akan hadir sebuah laungan cinta?

Verse 2
Dan bila ku melihat sakitnya yang kau rasa,
Denyut pedihnya kurasa bersama,
Andai tiada bertepi penyeksaan ini,
Laungkanlah suara cinta,
Andai tiada bermaya,
Pasti kan menjelma ketentuan dari yang kuasa

[Ulang Chorus]

Bridge 2
Walaupun hujan seakan tak henti,
Sabarlah menanti pelangi,
Kan tumbuh mekar bunga-bunga syurga,
Bahagia selama-lamanya

[Ulang Chorus] x2


Korang nak tau lebih lanjut tentang VMen? Silakan klik link-link kat bawah ni. Hehe. :p
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...