Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

26 April 2014

Setahun Berlalu...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera penghuni dunia blog..


Apa khabar semua? Ada tak yang rindukan kemunculan Cik Rimau ni? Huhu. Perasan je kan. Dah la tak glamour. Ada hati pulak tu berangan nak ada orang menantikan kemunculan semula kan? Yela.. Yela.. ok fine.. Tak ada orang rindu. Merajuk! Haha. Ok, stop intro gedik macam tu. Actually, malam ni aku saja nak buat luahan perasaan sikit. Rasa macam dah lama sangat tak mengadu kat blog buruk ni. Huhu. So, sebelum aku mulakan. Jom imbas kembali entri aku setahun yang lalu. Ingat lagi? Kalau tak ingat, sila klik link di bawah.




26.4.2014. Cukup setahun pemergian satu-satunya adik yang aku ada, yang dipinjamkan Allah selama 22 tahun. Tak sangka kan. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik. Dah setahun rupanya. Dan ketahuilah oleh korang warga dunia blogger. Pada saat aku menaip entri ini, waktu ini, ketika ini dan detik ini. Sumpah, aku rindukan arwah. Dan ketahuilah bahawa pada saat aku menaip entri ini jugak, aku sedang sedaya mungkin cuba untuk tidak menjadi terlalu beremosi. 


Ya, aku tau. Dah setahun dah pun. Mungkin ada yang terfikir. Takkan la aku masih tak boleh nak lupakan pemergian arwah. Takkan la aku ni masih belum terima kenyataan. Nanti dulu. Jangan salah faham. Aku terima qada' dan qadar Allah. Aku tak pernah salahkan takdir. Tapi aku ni manusia biasa. Yang ada ketikanya akan merindukan orang yang dah pergi buat selamanya. Bagi yang dah baca sejarah kehidupan aku selama ni, mungkin korang faham kenapa aku rasa sedih sangat bila arwah adik aku pergi terlalu awal. Pada yang rasa nak tau sejarah kehidupan aku, boleh baca di link-link berikut. 





Berbalik semula kepada tujuan asal aku menaip entri ni.. Aku dah lama pendamkan apa yang ada kat dalam hati and fikiran aku. Sangat lama. Ya, sangat-sangat lama. Kenapa? Sebab aku takde kekuatan nak share dengan orang lain secara berdepan. Aku takut aku akan menampakkan sikap aku yang sebenar. Aku tak nak orang nampak aku lemah. Aku nak orang selalu nampak aku sebagai seorang yang kuat. Dan paling penting.. Aku tak nak menangis depan orang.. 


Hurmmm.. Bila difikirkan balik. Aku bukan kakak yang baik untuk arwah adik aku. Sebab aku hipokrit. Aku jenis manusia yang tak pandai nak menzahirkan perkataan "sayang" kepada insan-insan yang aku sayang selama ni. Pada aku, "sayang" tak perlu nak diucap. Kalau dah namanya family, of course rasa sayang tu wujud. Tapi aku silap. Sepatutnya aku cakap kan? Aku sedar, aku tak pernah langsung cakap kat arwah adik aku yang aku sayangkan dia walaupun arwah selalu cakap kat aku. Dari segi perbuatan pun, aku jarang tunjukkan. Aku lebih suka membebel kat arwah. Aku rasa menyesal sangat-sangat.


Aku tau arwah dah takde dah pun. Tapi aku tetap nak arwah tau. Aku SAYANG kan dia sangat-sangat. Sama macam mana aku sayangkan ahli keluarga yang lain. Silap aku, aku tak pandai nak tunjukkan rasa sayang tu. Aku suka tunjukkan diri aku yang garang kat arwah. Tapi percayalah.. Setiap kali arwah cakap nak keluar jumpa kawan, akulah manusia yang paling risau kalau dia balik lambat. Berpuluh-puluh sms aku hantar untuk pastikan dia selamat. Setiap kali arwah nak balik ke Ipoh, akulah manusia yang akan rasa paling sunyi. Takde kawan untuk berbual. Takde kawan untuk meluah perasaan, melepaskan rasa geram, mendapatkan pandangan. Setiap kali arwah nak pergi jauh je dari aku, aku rasa tak nak benarkan. Aku rasa nak dia selalu ada di sisi. Walaupun, dia nak pergi bermalam kat rumah kawan untuk dua tiga malam.


Aku manusia yang teruk kan? Manusia yang tak berani nak mengakui rasa hati. And now, arwah dah pergi tanpa sempat aku menyatakan rasa sayang padanya. Aku hope sangat, arwah tau. Ada masanya, aku harapkan arwah muncul dalam mimpi aku. Tapi sampai ke saat ini, masih tiada. 


Untuk makluman semua pembaca, buat masa ni, aku ada masalah sikit dengan saudara mara di kampung. Pasal rumah pusaka tinggalan arwah abah dan mak. Aku tak tau nak buat keputusan. Kalau lah aku seberani arwah adik aku dalam menyatakan pendirian, memberikan kata putus. Tapi aku.. Aku penakut. Hak sendiri pun tak berani nak pertahankan. Apa yang aku buat? Aku hanya pandai mengelak je. Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak jadi manusia lemah ni? Kenapa susah sangat aku berubah jadi manusia berani? Kenapa? Aku rasa macam manusia tak berguna je. Hurmmmm.. 


Apa pun, aku berterima kasih dikurniakan Allah teman-teman yang baik di sisi. Yang sentiasa ada di sisi di saat aku memerlukan sokongan moral. Yang tak pernah jemu ambik berat pasal aku. Yang selalu risaukan keadaan aku. Terima kasih banyak-banyak. Korang adalah salah satu sebab untuk aku meneruskan hidup yang agak kelam ni. Terima kasih sangat-sangat. 


Buat adikku yang baik, terima kasih kerana banyak bersabar dengan sikap aku selama ini.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana banyak membantu aku selama ini.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana selalu mendengar pelbagai luahan perasaan aku.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana menjadi adik aku.
Buat adikku yang baik, percayalah aku akan tunaikan janji kita untuk terus jaga abang kita.
Dan buat adikku yang baik, tenanglah kau di sana. 
Berbahagialah kau menemui Pencipta yang satu.
Moga kau kini ditempatkan bersama arwah ayah dan ibu.
Nantikanlah aku di sana. 
Yang satu hari nanti pasti dijemput kembali.
Walaupun kita kini dipisahkan oleh dunia dunia yang berbeza, ketahuilah doaku untukmu dan kaum keluarga yang telah pergi takkan pernah putus.


Ok lah. Aku tamatkan dulu entri aku di sini. Aku pohon pada yang membaca entri ni agar sama-sama menyedekahkan al-Fatihah untuk arwah adik aku. Terima kasih banyak. Selamat malam.



Nota Cik Rimau : Entri agak tunggang langgang malam ni. Emosi agak kurang stabil. Maafkan Cik Rimau yer.. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...