Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

19 Mac 2011

Aku Anak Perak

Assalamualaikum and selamat hari Sabtu semua.. 

Malam ni pun aku lambat update entri baru. Malas sungguh la aku ni kan? Hehe. Serius aku malas malam ni. Rasa nak tidur je ni. Siang tadi pun aku tertidur masa tengah tengok cerita Hindustan. Bosan kot cerita tu. Sampai tertidur jadinya. Walaupun mata ni rasa mengantuk,  tapi aku tetap jugak nak update. Saja tak nak tertinggal sehari pun update  blog walaupun takde benda nak cerita. :-)

Tajuk cerita aku malam ni macam yang korang nampak kat atas tu. Aku anak Perak. Ya, aku anggap diri aku anak jati negeri Perak walaupun aku tak lahir kat Perak. Sebab apa? Sebab aku dibesarkan kat Perak. Dari kecik sampai la umur aku 17 tahun. Kat Perak jugak la aku mula belajar erti hidup. Loghat Perak pun masih melekat kat diri aku ni even dah lama tak menggunakan loghat Perak yang pure. Lagipun, area aku dibesarkan tu tak menggunakan loghat yang pekat. Ke aku yang tak pandai sangat loghat sana? Hehe.

Kampung aku terletak kat Manong. Manong ni kalau korang tak tau, lokasinya terletak dekat dalam daerah Kuala Kangsar. Dekat jugak dengan Tanjung Belanja and Parit. Walaupun pekan Manong ni kecik je, tapi bagi aku kenangan sepanjang aku stay sana memang bawak makna besar dalam hidup aku. Kat sini jugak la aku menuntut ilmu. Dapat kenal kawan-kawan yang baik. Rumah arwah emak aku pun kat situ jugak. Tapi bukan betul-betul dekat Manong. Rumah aku tu dekat seberang Manong. Kena naik bot lagi. Memang klasik. Kan? :-)

Kat kampung aku, loghat situ tak berapa nak pekat macam dekat Parit. Kiranya, lebih lembut sikit la. And ada jugak yang guna perkataan "mike", "teman", "deme", "kome" and lain-lain lagi la. Kalau area Parit or Bota, situ loghat dorang, memang jenuh aku nak faham. Pekat gila. Ok. Tak mau membebel panjang. Jom layan gambar yang aku google berkaitan dengan tempat tinggal aku kat Perak tu. And sama-sama la korang merajinkan diri bercuti kat Perak. Banyak lagi tempat menarik yang belum diterokai. 

Ini Jata Negeri Perak ye kawan-kawan.

Ini lambang sekolah aku belajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin.

Ini pulak sekolahnya. Sekarang mungkin dah ada perubahan.

Pekan Manong.

Jeti Manong. Salah satu jalan penghubung kampung-kampung seberang Manong untuk ke Manong or Kuala Kangsar.

Bas antik ni. Masa aku naik dulu, uncle yang bawak bas ni bukan main laju lagi dia drive. Rasa nak tercabut je bumbung bas tu. Seram naik bas ni. Haha.

Kalau tak silap aku, kedai ni betul-betul dekat dengan Balai Polis Manong.

Salah satu kebanggaan kat Kuala Kangsar. Malay College Kuala Kangsar.

Ini la rupa MCKK tu. Aku pernah masuk sekolah ni sekali je sebab jadi wakil pertandingan forum. Sekolah ni khas untuk lelaki je kalau korang still tak tau la.

Ini pulak Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Terletak betul-betul berdepan dengan Stesen Bas Kuala Kangsar. Aku pernah belajar form 6 kat sini. Tapi sekejap jela. Still boleh consider aku sebagai ex-Cliffordian kan? Hehe.

Ini paling famous kat Kuala Kangsar. Or lebih kepada Sayong la. Ala.. Yang selalu Mamat Khalid guna kampung-kampung sekitarnya jadi lokasi penggambaran. Man Laksa and Zombi Kampung Pisang kalau tak silap aku pernah buat kat Sayong. Kalau tak silap la. Haha.

Nama jambatan ni, Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah. Tapi lebih dikenali sebagai Jambatan Sayong.

Lata Ulu Kenas. Tempat reakrasi yang boleh dikatakan famous jugak la kat area Kuala Kangsar tu.


Istana Kuning. Tak pasti betul ke tak nama ni. Tapi yang pastinya, istana ni memang cantik. Ukiran dia pun unik. Aku pernah datang sini sekali je kot walaupun dekat je. Hehe.

Masjid Ubudiah. Sangat cantik pada pandangan aku.
Ini pulak Sungai Perak. Kecik-kecik dulu aku suka mandi kat sungai ni. Kadang-kadang ada nampak orang berkayak sepanjang sungai ni. Jakun aku dibuatnya. Hehe.


Gambar-gambar kat atas ni, semua aku google je. Thank you pakcik google and pemilik-pemilik yang tangkap gambar ni semua. Aku dah lama tak balik Perak. Takde masa nak tangkap gambar-gambar kat atas ni. Sebenarnya nak cerita lain. Tapi takpela. Layan je gambar dulu. Nanti aku buat entri lain pulak.


Nota Cik Rimau : Kemalasan melanda diri. Cik Rimau, sila rajin-rajinkan diri ye. Hehe.

12 ulasan:

Saya Nina Syakira berkata...

jom la jmp kat ipoh :) nina pon stay perak gak hee

iwan_dextrous berkata...

macam bes je..hihi.x pernah g perak.hihi

Mohamadazhan.com berkata...

nostalgia ni...hehe

tempat lain dah pergi, masjid tu ja belum sampai.cantik!

Cik Rimau berkata...

budak giler cadbury : ala.. cik rimau skrg xstay perak dah.. adik cik rimau je kot ade kat ipoh.. nina org perak gak ke?

Cik Rimau berkata...

iwan : uik.. xpenah sampai perak.. meh la melancong kt perak.. hehe

Cik Rimau berkata...

azhan : eh.. tmpt lain tu tmpt mane? hehe.. masjid tu cik rimau pernah masuk skli je kot.. hehe

Eliza Sulaiman berkata...

cik rimau org perak?

cik eliza org johor,

hekhekhek


:D

amry berkata...

walaupon saya orang perak tapi tak jelajah habis lagi perak ni.perak kan besar..cik rimau belah selatan,saya belah utara.dah sempadan penang kedah dah.
melintasi kuala kangsar hanya sewaktu belajar kat PUO dulu..pernah gak g rumah kawan kat kuala kangsar tapi tak ingat jalan dah.hehe...
rasanya pernah epak kot kat jambatan tu.
Fuh!! kenangan semua tuuu...rindunyerrr

Cik Rimau berkata...

cik eliza : yup.. awat.. xcaye ke? haha.. oh.. johor upenye...

Cik Rimau berkata...

amry : cik rimau ni walaupon duduk perak lame, tp xsume tmpt cik rimau dah jelajah.. ipoh tu pon baru sekali ua jejak kaki.. hehe.. cik rimau pon rindu nak lek perak.. huwaaaaaaa

Fadzli Amir berkata...

Ate...teman pun oghang peghak...berueh tu....berueh ngan paghit dekat je.....ce cghite...ce cghite....

Cik Rimau berkata...

uik.. bukan inchek fadzli ni org penang ke?? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...