Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

23 Februari 2011

Aku Dapat Kerja Kerajaan!!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Sekali lagi aku menaip kat blog ni. Terlebih rajin la pulak aku ni kan? Kalau korang perasan la, dua tiga hari ni aku update blog sampai dua or tiga kali dalam sehari. Adakah aku dah terkena penyakit ketagihan berblogging? Haha. Ok.. Berbalik kepada tajuk entri aku malam ni, ayat bajet nak gempak je kan? Tak habis-habis. Ayat macam baru dapat kerja. Padahal dah masuk dua tahun dah pun. Apa kes la harimau sekor ni.   :-)


Abaikan repekan aku yang agak meleret tu. Hehe. Hurrrmm.. Aku percaya kebanyakan yang sebaya aku mungkin masih lagi bergelar pelajar kat IPTA / IPTS. Mungkin jugak tak lama lagi bakal menggenggam segulung ijazah yang diidam-idamkan selama ni. Secara jujurnya, aku rasa sangat-sangat cemburu dengan kawan-kawan yang bakal menamatkan pengajian tak lama lagi. Pasal apa pulak nak cemburu? Bagusla kan dorang dapat tamatkan pengajian. 


Ok. Jangan salah faham dengan maksud cemburu tu ye. Cemburu / iri hati tak bermakna aku tak suka. Aku just sedih sebab tak dapat jadi salah seorang yang cemerlang dalam hidup. Yerla kan. Dorang dah nak ada ijazah. Aku apa ada? Aku ni je yang masih belum ada peluang untuk sambung belajar macam kawan-kawan lain. Terpaksa lepaskan peluang tu buat sementara waktu. Tapi takpe la kan. Sekurang-kurangnya aku dah ada kerja tetap walaupun jawatan biasa je. Ada peluang nanti, aku akan try jugak sambung study tak kira la full time or part time. Betul tak? Hehe. 


Hurrmmm... Korang tau ke aku kerja apa? Untuk pengetahuan korang, aku kerja di bahagian yang berkaitan dengan perkhidmatan and pengurusan sumber manusia. Bagi yang bekerja gomen jugak, korang mesti tau aku gred berapa kalau setakat ada SPM je. Segan la pulak  nak bagitau. Hehe.

Nak tau tak macam mana aku dapat kerja ni?  Ok. Macam ni. Masa tu aku baru je lepas berhenti daripada belajar kat satu kolej swasta tu. Sempat satu semester je then stop sebab ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. Aku balik ke Perak semula and cuba cari kerja sementara nak dapatkan kerja tetap yang boleh  menjamin masa depan. Aku apply kat banyak laman web. Antaranya kat laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) and Jobsmalaysia. Sementara nak tunggu dapat panggilan temuduga tu, aku kerja la dengan kawan aku kat Lumut. 


Ada la dalam lima bulan aku kerja tu sebelum aku dapat surat panggilan temuduga SPA. Tak silap aku, masa tu bulan Oktober 2008. Aku memang gabra gila masa dapat surat tu sebab macam-macam cerita aku dengar pasal temuduga ni. Ikutkan aku tak nak pergi sebab aku tak tau macam mana nak pergi ke sana. Temuduga tu dibuat kat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ipoh. Aku mana pernah pergi situ. Tak tau pun kat mana lokasinya. Mujur ada kawan yang nak tolong. Kebetulan abang and kakak ipar dia stay Ipoh. So dia bawak aku pergi rumah abang dia tu. Dia jugak la yang beria-ia nak mekapkan aku yang sememangnya benci and tak pernah bersolek ni. Siap paksa aku pakai kasut tumit tinggi lagi tu. 


Pagi temuduga tu, aku and kawan aku pun pergi la ke JPJ Ipoh tu. Aku je boleh masuk. Mana-mana yang temankan calon temuduga, dorang tak kasi masuk dewan tu. So, aku ni dengan muka takutnya masuk la ke dalam dewan tu. Daftar nama dulu kat mamat yang jaga pendaftaran tu. Dia check folder sijil aku untuk pastikan susunan benda-benda dalam tu betul. Takde la tunggang langgang time nak tunjuk kat penemuduga tu nanti.


Lepas tu, aku pun duduk la tunggu giliran. Aku duduk dekat dengan dua orang kakak tu. Sambil-sambil tu aku dengar la apa yang dorang sembangkan. Aku dengar salah sorang akak tu cakap, dia dah pergi temuduga sampai tujuh kali. Tapi tak pernah lulus. Aku terkejut dengar apa dia cakap tu. Biar betul. Takkan la tujuh kali pergi tak pernah satu pun yang melekat. Musykil jugak ni. Buat aku jadi tak confident je nak masuk bilik temuduga tu. Then ,dengar-dengar jugak la tips-tips temuduga yang dorang borakkan. 


Time sampai giliran aku, aku memang gelabah gila. Penemuduga tu ada dua orang. Dua-dua lelaki. Memang menyeramkan masa melangkah masuk bilik tu. Bagi salam, pastu bagi folder and salinan-salinan sijil tu kat penemuduga then duduk. Tempat duduk tu aku memang tak suka.  Sebab, kerusi tu diletakkan kat tengah-tengah bilik and jauh dari meja. Seketul je kat tengah-tengah alam tu. Apa kita buat pun, dah sah-sah orang tu nampak. Haisshh.


Lepas tu, dia bagi aku 5-10 minit untuk kenalkan diri. Aku cakap la mana yang patut. Pastu aku blur. Aku tak tau nak cakap apa dah. Maklumlah kan, itu pengalaman pertama aku ditemuduga. Mana aku tau apa yang perlu diterangkan. Tak lama pastu, dorang pun mulakan soal jawab.


Time soal jawab tu, aku tak puas hati sikit. Kawan-kawan yang ditemuduga sekali tu cakap, dorang ditanya benda-benda umum, hal-hal berkaitan kerja yang dipohon and lain-lain la. Sebab tu dorang keluar je dari bilk tu dengan muka tersenyum lebar je. Time aku pulak, takde satu benda umum pun dorang tanya. Kalau ada pun sikit je. Dia tanya apa yang aku tau berkaitan kerja yang dipohon tu. Pastu, dia belek-belek resume and sijil-sijil yang aku bawak. Start dari situ, dia bagi aku soalan-soalan yang agak sinis la. Antaranya :
  • SPM awak bagus. Kenapa tak sambung belajar? Kenapa nak kerja? Awak tak rasa rugi ke tak sambung belajar? Nanti tak menyesal?
  • Kat resume ni awak cakap, awak boleh tahan tekanan kerja. Boleh percaya ke? 
  • Katakan awak dapat kerja ni, awak setuju kalau dihantar ke mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak?
Itu antara soalannya. Aku paling tak suka jawab soalan pertama tu. Dia tanya memang sinis gila. Aku bagi la alasan kenapa tak belajar dah. Dia pertikaikan jawapan aku tu. Dia jawab lebih kurang macam ni, "kalau semua orang guna alasan macam awak ni, dah sah-sah sekarang ni semua Universiti kosong je." Sakit hati betul dengar jawapan balas dia tu. Semua ayat nak sinis je. Aku pulak penakut gila time tu. Sampai menangis aku kat dalam bilik tu. Haha. Malunya bila ingat balik. Haiisshh..


Aku bajet aku takkan lulus temuduga tu sebab aku menangis masa temuduga. So, aku buat tak tau jela. Tapi tak lama lepas tu, dalam bulan Disember 2008, aku dapat surat keputusan. Aku dapat jadi calon simpanan je. Ok la daripada langsung tak lepas. Tapi ramai orang bagitau aku, kalau dapat jadi simpanan ni takkan dapat kerja punyalah. Memang susah. Itu kata-kata orang la kan. Aku pun termakan jugak kata-kata tu. Hehe.


Dalam bulan Januari 2009, aku dapat satu lagi surat daripada SPA. Surat tawaran kerja. Aku tak faham sangat masa tu. Apa benda pulak surat ni nak. Aku tanya kat kawan aku. Kebetulan  kakak dia tu cikgu. So dia tau la surat tu surat apa. Aku pun ikut la cadangan kakak kawan aku ni. Aku pos balik surat setuju terima tawaran kerja tu. 


Dalam bulan Februari pulak, sampai lagi satu surat. Tapi kali ni daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pulak. Surat arahan melapor diri kat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 31 Mac 2009. Happy masa dapat surat sebab tak sangka secepat tu dapat kerja. 


Pagi 31 Mac 2009 tu, jalan sekitar LLM tu memang sesak gila. Memang pilihan tempat tu agak fail. Orang-orang Petronas nampak hangin je sebab susah kereta nak keluar masuk kat tempat dorang. Aku tengok orang lain family yang temankan. Aku pulak datang dengan kawan. Sedihnya. Huwaaa..


Aku sampai kat LLM area pukul 10 pagi. Ingatkan tak sempat sebab dalam surat tu nyatakan kena hadir pukul 9 pagi. Rupa-rupanya ramai lagi yang belum sampai masa tu. Masuk je dewan, aku jadi agak terkejut sikit. Ramai gila yang lapor diri sekali dengan aku. Ada la dalam 1000 orang. Lepas habis taklimat, kitorang semua dihantar and diagihkan kepada  beberapa kementerian. And daripada semua yang lapor diri kat LLM tu, 200 lebih termasuk aku dihantar ke kementerian yang terletak kat Pusat Bandar Damansara (PBD). Korang tau kan jabatan apa yang ada kat sana. So, tak payah la kot aku ceritakan dengan detail kementerian apa and jabatan mana. Hehe.


Seminggu kitorang bertapa kat kementerian. Hari terakhir kat situ, baru kitorang dapat surat penempatan. Kebanyakan dapat kat area situ jugak. Aku dengan tiga orang kawan yang lain je tersesat kat jabatan ni. Agak susah nak masuk ke dalam kawasan pejabat tu kalau takde kenderaan sendiri. Boleh memang boleh. Tapi penat sikit la nak jalan kaki. Jauh tau nak dapatkan kenderaan awam. Huhu.


Lepas je dapat penempatan, aku and member-member terus ke jabatan baru kitorang. Kat sini pun, ada la dalam dua tiga hari kena tunggu sebelum dapat penempatan kat jabatan tu. Masa tu ada kekosongan kat tiga bahagian. Lepas dapat keputusan, aku ditempatkan kat SSM, sorang dapat kat Seksyen Kewangan and dua orang lagi ditempatkan kat Bahagian Korporat.


Mula-mula je aku melangkah ke SSM tu, aku memang seram. Aku budak baru. Kenal orang pun tak. Dah la dalam otak aku terfikir satu benda je. Boleh ke aku ngam dengan dorang semua ni. Aku ni budak-budak lagi. Errr.. Masa aku lapor diri tu, aku baru je masuk 20 tahun yer. Hehe.


Aku memang pendiam gila masa mula-mula kerja. Sepatah orang tanya, sepatah aku jawab. Maklumlah, orang baru katakan. Aku tengok semua orang lagi tua dari aku. Segan la aku jadinya. Nak mintak tandatangan bos pun takut-takut lagi. Paling tak boleh aku lupakan masa nak buat claim pertama kali lapor diri dalam perkhidmatan awam. Yang kerja gomen sure tau claim apa tu kan. Rasanya termasuk kategori tuntutan perjalanan kot. Tanya Atok kalau nak lebih faham. Haha.


Tau apa yang aku geram? Sebelum hantar ke Seksyen Kewangan, aku kena la mintak pengesahan daripada pihak atasan. Semua suruh mintak kat AJT. Aku pergi la jumpa dia. Sekali dia sergah aku. Mangkuk betul. Agak-agak la. Kalau ye pun aku ada salah isi, bagitau la elok-elok. Ini tidak. Dibantainya sergah aku kuat-kuat sampai satu SSM tu dengar. Buat malu aku je.(Mungkin sebab tu sampai sekarang aku tak boleh nak ngam dengan dia.)


Untuk pengetahuan korang, kat SSM ni pulak terbahagi kepada dua unit. Mula-mula masuk kerja, aku ditempatkan bawah Unit Latihan. Unit ni agak busy bila sampai masa exam jabatan or Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Sepanjang aku duduk Unit tu, banyak kali aku kena outstation. Bermacam-macam jenis hotel yang aku tak pernah terfikir nak pergi pun, aku dapat jejak kaki ke situ. Untung betul. Haha. Tapi agak memenatkan sikit. Jarang ada kat pejabat and selalu kena OT. 


Tak lama lepas tu, sorang abang yang kat Unit Perkhidmatan tu dapat kerja lain kat UKM. Lepas bos-bos bincang, aku ditukarkan ke Unit Perkhidmatan. Ikutkan EO aku tak nak lepaskan aku disebabkan beberapa faktor. Tapi dah arahan big boss. Terpaksa la akur pada perintah kan? 


Mula-mula macam tak best je duduk unit ni. Banyak kerja tau. Semua berkait rapat dengan hal-hal perkhidmatan staff. Menakutkan je. Tapi lama-lama tu aku sedar yang duduk kat unit tu lagi banyak faedahnya. Banyak benda-benda berkaitan servis yang kita dapat belajar. Semua kita buat. So, kita lebih faham prosedur sebenar. Nak jawab exam pun mesti lebih yakin. And aku akui, duduk unit ni memang memerlukan kita sentiasa merujuk Pekeliling Perkhimatan, Perintah Am and lain-lain supaya tak tersalah prosedur and tak kena tipu dengan staff-staff. Haha. Kot-kot la ada yang putar alam ni. Kan naya tu.


Seingat aku, aku mula banyak cakap lepas aku balik daripada Kursus Induksi Umum yang diadakan kat Sungai Congkak, Hulu Langat. Tiba-tiba je jadi banyak cakap. Apa kes entah. And dari situ jugak, aku mula mengenali pegawai-pegawai bahagian lain. Bagus kan buat kursus-kursus ni? Hehe.


And sedar tak sedar, bulan depan genap la dua tahun aku kerja kat jabatan ni. Banyak suka dan duka sepanjang kerja kat sini. Memang mencabar tau. Kalau dulu, aku selalu dengar orang cakap yang kerja kerajaan ni banyak rileks je. Bukan ada kerja pun. Mintak maaf la ye kepada sesiapa yang berkata sedemikian. Aku tak setuju. Dua tahun aku kerja ni, aku terpaksa bangkang pendapat tu. Mana ada banyak rileks. Kerja banyak ok. Mungkin tak berapa nak nampak, sebab tu orang kata macam tu. Ye tak?


Tak kisah la semua tu. Janji aku dah pun dapat pengesahan dalam perkhidmatan. Tahun depan dah boleh dapat pemberian taraf berpencen pulak. (Happy sebab dapat keluarkan KWSP.. Hahahaha). Pada sesiapa yang masih terfikir nak cari kerja yang menjamin masa depan, try la mohon kerja kerajaan. Banyak kelebihannya. Bukan aku nak berpolitik ye. Politik tolak tepi. Langsung takde kena mengena. Ini pandangan aku je. Aku tak suruh korang  undi mana-mana parti politik pun kan?? Undi adalah rahsia ok! Haha.






Nota Cik Rimau : Cik Rimau mintak maaf la ye sebab panjang bebenor entri Cik Rimau malam ni. Hehe.

7 ulasan:

Unknown berkata...

dah rezeki xkemaner cik rimau.kiter pon dah 2 kali spa,xpernah pass pon

Cik Rimau berkata...

Uik.. Ye ke?? Takpe2.. Usaha ag.. Mungkin rezeki Cik Rimau awal.. Hehe

Unknown berkata...

Alhamdulillah...atok pun sekali interview (kerajaan persekutuan) dah lepas...Huhu...Haah, claim @ tuntutan perjalanan tu dalam Perintah Am Bab B
^_^

Cik Rimau berkata...

Iye?? Bagus la.. Federal jugak ek?? Memang trus posting kt nogori atok sndr ke? Or atok mintak tukar? Uik.. Hafal ke bukak perintah am mase tulis komen nie?? hehe

Tanpa Nama berkata...

seronok bekerja menjadikan kita rasa lebih baik dalam kehidupan berbanding merasai kita mendapat kerja yang baik tapi tidak seronok bekerja

Tanpa Nama berkata...

Salam cik, macam mana nak lapor diri ya? Saya dh terima jawapan lulus temuduga melalui email tapi masih belum dapat surat tawaran. Saya risau posmen trsalah hantar peti surat orang lain sebab saya duduk flat. Saya rasa macam dah lama jarak masa dari tarikh keputusan dikeluarkan. apa yg perlu dibawa sewaktu lapor diri ya? Kena bawa pakaian skali dan nnt kami akan diberi tempat tinggal ke cik?

Cik Rimau berkata...

Tanpa Nama,

Maaf lambat baca. Saya baru je bukak blog balik ni. Biasanya dalam surat tawaran, SPA dah lampirkan borang2 kena isi and bawak balik. Biasanya ada borang setuju terima tawaran, borang pemeriksaan kesihatan. Pastu kena ada gambar passport lebih kurang 4 keping, salinan surat beranak, salinan sijil kelayakan, salinan ic, salinan akaun bank, salinan kwsp.. Tu antara yang saya ingat la.. Tak tau kalau sekarang dah lain. Hehe. Maaf la lambat balas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...