Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

20 Julai 2012

Macam Mana Nak Bagi Orang Suka Kat Kita?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengahari.. 


Wah.. Tajuk kemain lagi kan? Berangan nak jadi pakar motivasi ke apa ni Ija oiii. Hehe. Actually, aku pun masih lagi memikirkan jawapan kepada persoalan ni. Entri ni timbul pun hasil pertanyaan seseorang kat aku. Seseorang yang lebih senior daripada aku. Agak pelik kan bila tiba-tiba sorang senior tanya kat junior, apa yang aku tak suka kat dia. Hurmm.. Even kalau ada benda yang aku tak puas hati dengan dia pun, agak-agak korang, tergamak ke aku nak main cakap macam tu je kat dia? Agak-agak la kan.. Hati orang perlu dijaga. Hehe. :p

Secara jujurnya, aku takde masalah sangat pun dengan dia. Cuma bila agak laser je kot, baru aku rasa nak marah. Tapi aku bukan jenis suka simpan marah lama-lama. Marah masa tu jela. Buat apa nak simpan sampai jadi nanah dalam hati? Sudahnya, yang sakit siapa? Diri kita jugak kan? Huhu. Buat masa ni, aku takde jawapan yang sesuai untuk diberikan pada dia. Cuma aku ada beberapa pandangan yang aku rasa dia perlu tau untuk mengubah persepsi orang lain terhadap diri dia. Entri ni adalah pandangan aku secara umum, bukan jawapan aku kepada persoalan senior tu semata-mata. Harap maklum. Hehe. Semoga boleh dijadikan panduan untuk aku sendiri dalam menjaga hubungan sesama manusia. :p

Jangan Suka Meminggirkan Diri
Ini salah satu yang aku perasan selalu jadi punca keretakan hubungan persahabatan. Erkkk.. Macam pelik je ayat aku ni.. Abaikan je. Paham-paham sendiri la yer. :p Ok. Alasan kenapa aku cakap suka pinggirkan diri punca persahabatan renggang yer.. Cuba korang bayangkan. Korang tak suka bercampur dengan orang lain. Asal ada apa-apa majlis yang melibatkan penyertaan ramai, korang mesti nak elakkan diri dari terlibat. Apa-apa pun aktiviti yang dijalankan, korang macam tak ambik kisah. Korang bercakap dengan orang lain pun bila ada keperluan je. So, boleh agak kan apa akan jadi? Lama-lama nanti, orang sekeliling kita akan naik muak, menyampah. Ajak itu tak nak, ajak ini tak nak. Bosan kot. Tak mustahil satu masa nanti, orang akan pinggirkan korang macam tu je. Kehadiran korang pun macam tak disedari je oleh orang sekeliling. Nak salahkan siapa kalau sampai jadi macam tu?

Jaga Bahasa. Jangan Guna Perkataan "Makan Dalam"
Hehe. Perkataan makan dalam yer. Camne maksudnya tu? Nak terangkan pun tak reti. Huhu. Contoh macam ni la. Kadang-kadang kita hanya bergurau, tapi dalam tak sedar, ada yang tersentap. Mungkin penggunaan bahasa kita salah, mungkin jugak nada suara kita yang menimbulkan rasa tersinggung pada orang lain. Bab ni perlu jaga sikit. Sebab tu la wujudnya pepatah, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Memang betul pun. Kadang-kadang sebab salah guna perkataan sikit je, habis lancar perang dingin sampai bertahun-tahun. So, jaga la lidah supaya tak keluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang. Peringatan kepada diri sendiri jugak.

Jangan Kedekut Senyuman (Selalu Bermanis Muka)
Actually, yang ni aku sendiri pun kena bagi perhatian yang lebih sikit. Haha. Senyum itu satu sedekah. Tak susah pun nak senyum. Tapi kenapa la kita sekarang ni makin susah nak buat benda yang mudah macam tu. Jatuh ke ego kalau setakat melemparkan senyum kat orang lain? Tak pun kan? Aku selalu je senyum kat orang. Tapi orang jarang balas senyum. Kadang-kadang rasa tak mau je senyum kat orang-orang yang taknak balas senyum nie. Segan je rasanya. Tapi bila difikirkan balik, rasanya senyum tu langkah terbaik kalau kita malas nak beramah mesra dengan orang. Takde la orang fikir kita sombong. Kan? :p

Jangan Pentingkan Diri Sendiri
Bab ni memang banyak aku nak komen. Berdasarkan pemerhatian aku, memang ini menjadi salah satu kriteria utama kenapa orang tak suka kat kita. Terlalu pentingkan diri sampai tak ambil peduli hal sekeliling. Bab kerja pulak, nak kerja sendiri je settle. Orang lain tak siap pun takpe. Berkira tak nak tolong kawan buat kerja. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...