Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

10 Julai 2012

Kalau Dah Tak Suka...

Assalamualaikum and selamat tengahari kepada semua yang sudi membaca blog Cik Rimau.. :p


Ok. Tengok tajuk tu baik-baik. Haha. Cik Rimau marah ni. Marah, geram, angin and semua yang seangkatan dengannya la. Bukan marah kat orang tertentu. Walaupun ada orang yang membuatkan isu ni timbul kat blog aku ni, aku tak nak la tujukan secara khusus kat orang-orang yang berkaitan. Aku nak komen secara umum jela. Huhu.


Pernah tak korang terlibat dengan situasi macam ni.

Korang tengah nak beli makanan ni. Contoh nasi campur la. Then korang pilih lauk ikan keli. Pastu, tengah korang menikmati makanan korang, tiba-tiba ada pulak kawan korang kutuk-kutuk apa yang korang makan. Konon ikan keli ni menggelikan. Kepala macam ular. Siap ada yang boleh lari jauh pulak tu semata-mata sebab nak tunjukkan betapa gelinya kat ikan keli tu.


Pandangan and pendapat aku kat orang macam ni, satu je. TAK PEDULI PERASAAN ORANG LAIN. Ok fine dorang tak suka. Boleh faham. Tapi perlu ke nak kutuk-kutuk? Nak hina? Ada terfikir tak perasaan orang yang tengah makan tu? Kalau aku la, memang aku tersinggung. Nak-nak aku ni jenis cepat sentap. Hahahaha. Come on la. Cuba dorang berada kat tempat orang yang korang kutuk-kutuk or persendakan tu. Agak-agak dorang marah tak? Aku sangat-sangat pasti dorang akan marah. Silap hari bulan, siap tak bertegur sapa dah lepas tu. Huhu. 


Bagi aku la kan, dorang tak suka takpe. Tapi tolong la. Tolong sangat-sangat. Tolong zip mulut anda buat sementara. Tunggu sampai orang tu dah habis makan ke. Sama jugak dengan makan durian contohnya. Sikit-sikit nak kutuk bau kuat la, ape la. Tak suka, diam je. Jangan sampai apa yang dorang cakap tu, buat orang naik angin. Contoh macam aku la kan. Aku tak suka makan tapai. Tapi bila kawan-kawan aku makan, aku tak komen apa pun. Tak nak dorang terasa hati. Takkan dorang tak boleh buat benda yang sama. Haiiisssshhh.. 



Nota Cik Rimau : Actually, entri ni timbul sebab Cik Rimau teringat kes masa nak beli lauk kat bawah rumah Cik Rimau. Ada budak tu tunjuk geli sangat la konon kat ikan tu. Nak je sekeh. Gerammmm!!!!!


1 ulasan:

CINTA UNTUK KITA berkata...

hehehe... sbr2..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...