Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 Ogos 2011

Ingin Tahu...

Assalamualaikum and selamat malam semua...

Apa khabar korang? Mesti semua dah kenyang sangat ni kan.. Hehe. Sedar tak sedar dah dua hari kita menjalani ibadah berpuasa. Cepatnya masa berjalan sekarang ni. Macam tak terasa je saat yang berlalu. Betul tak kawan-kawan? Ala.. Iyakan jela. Tak susah pun. Haha. Ye, aku memang suka memaksa korang. Kih kih kih. 

Harini aku nak story something. InsyaAllah, tak berjela macam selalu tu. Jangan risau. Tak mau la buat mata korang berpinar baca entri aku. :-) Hurmmm.. Sebelum tu, aku nak tanya korang ni. Korang pernah tak selidik asal usul keturunan korang? Tak kisah la sebelah mak or sebelah ayah. Pernah ke tak? Errr.. Pehal aku sibuk-sibuk nak tau pulak ni kan. Saja jela sebab ada kena mengena dengan entri aku malam ni. Huhu.

Actually, aku sekarang tengah mengkaji asal keturunan sebelah abah aku ni. Misteri betul la. Sampai sekarang aku tak jumpa apa-apa berkaitan dengan keturunan aku. Tak banyak klu. Kalau sebelah emak, aku tau. Masa stay Perak dulu pun, kitorang tinggal berdekatan je dengan family sebelah emak. Keluarga sebelah abah je yang agak kabur. Bukan aku tak pernah tanya abah. Pernah je. Tapi abah macam tak nak cerita je. Tak tau kenapa. Kalau jawab pun, mungkin sekali je kot. Itu pun sebab aku kena buat folio salasilah keturunan keluarga. Nak tak nak terpaksa la abah aku jawab. Tapi,aku pulak tersilap. Boleh pulak tak ambik kisah sangat. Sudahnya, ini la jadinya. Dah tua bangka baru nak cari sejarah keturunan keluarga.

Sikit sangat yang aku tau pasal keturunan sebelah abah aku. Ada antara korang yang tau tak? Huhu. Kalau ada yang tau, meh la share. Setakat yang aku tau, abah aku pernah cakap, yang kitorang ni asal keturunan Bugis/Riau. Oh ya. Lupa pulak. Nama abah aku, Raja Kassim bin Raja Ismail. Abah aku dilahirkan pada tahun 1919. Umur abah aku tahun ni 92 la kalau abah aku masih ada lagi. :-(  Abah aku berasal dari Kuala Selangor. Dibesarkan kat Batang Berjuntai, Selangor. Daripada apa yang aku ingat, abah aku cakap, nama moyang kitorang Raja Abdullah. 


Masalahnya, dah puas aku cari. Tak jumpa okeh. Kalau jumpa pun, macam takde kena mengena je. Daripada apa yang aku jumpa kat internet, kebanyakannya berkaitan dengan kerabat diraja Selangor. Of course la bukan. Kitorang ni orang biasa je. Abah aku pernah jugak cerita. Abah aku merasa hidup di zaman pemerintahan British. Ikut apa yang abah aku pernah ceritakan, abah bagitau aku, zaman dulu, mana-mana budak yang ada keturunan raja or bangsawan disuruh masuk ke sekolah apa entah. Tapi sekolah tu memang khas untuk anak-anak bangsawan and raja la. Malangnya, nenek aku tak bagi. 


Hurmmm.. Tak banyak yang aku tau pasal keturunan abah ni. Tujuan aku nak tau? Er.. Jangan salah faham. Tak berniat nak bangga dengan keturunan pun. Cuma rasa "tersangat nak tau" pasal keturunan sebelah abah yang banyak meninggalkan misteri pada aku and adik aku. Kenapa la abah tak nak cerita kat kitorang pasal keluarga belah abah ek? Ada apa-apa yang abah tak nak kitorang tau ke?? Kitorang nak tau je.. Huhu.. So, kalau ada sesiapa yang tau or kenal atok aku tu, story la sikit ye. Kesian la kat aku ni. Hehe.



Nota cik Rimau : Bos buat lawak tadi. Baru dua hari berpuasa, bos dah suruh hias pejabat dengan hiasan-hiasan yang menunjukkan kitorang tak sabar-sabar nak sambut raya. Bos bos.. Bos pulak yang excited lebih ek.. Hehehehe.

01 Ogos 2011

Aku Kembali!!!

Assalamualaikum and salam Ramadhan..


Lamanya aku tak membebel kan. Reason? MALAS, TAKDE MOOD and laptop still bengong. Bajet lari sikit. So, tak dapat la nak baikkan laptop. Kesian aku kan. Nak buat camne. Aku kena la dulukan mana yang lebih penting. Dah berapa bulan dah aku biarkan je Maxis broadband aku tu. Langsung tak pakai. Line lembab sangat kat tempat aku. So, aku plan nak stopkan aje. Aku dah mintak tolong adik aku pergi bawak abang aku untuk stopkan guna broadband tu. Erkk.. Actually, aku guna nama abang aku untuk Maxis broadband. Teruk kan? Hehe. 


Sebab tu la aku terpaksa mintak tolong adik aku memandangkan aku ni banyak kerja. Tapi adik aku pun sama jugak macam aku. Busy memanjang. Tapi benda ni dah lama sangat tertangguh. Bil pulak makin lama makin naik. Padahal sikit pun aku tak sentuh benda tu. Takut kena naik mahkamah, sudahnya aku pun ambik cuti dua hari minggu lepas. Betul-betul hari gaji. Saja apply dua hari. Sehari untuk settlekan benda tu. Sehari lagi saja apply nak rilekskan diri. Haha. And alhamdulillah. Akhirnya lega. Aman hidup aku. :-)


Actually, aku ada banyak benda nak dibebelkan. Tapi malam karang jela aku sambung. Petang ni ke. Sepanjang bulan puasa ni, aku akan balik awal yer kawan-kawan. Takde maknanya aku nak OT. Hehehe. Ok la. Jumpa lagi nanti. 



Nota Cik Rimau : Maaf pada kawan-kawan yang dah lama Cik Rimau tak lawat. InsyaAllah. Nanti Cik Rimau singgah. Thank you pada yang masih lagi sudi singgah blog Cik Rimau walaupun Cik Rimau dah lama tak membebel. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...