Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

13 Julai 2011

Stress Menyerang!!!

Assalammualaikum and selamat malam semua..



Hohoho. Lama sudah tak update. Hik hik hik. Still masalah yang sama. Masalah yang belum sempat aku selesaikan sampai sekarang. Insya Allah aku akan cuba settlekan hujung bulan ni. Aku dah apply cuti untuk tujuan tu. Bos dah pun luluskan. Saja je aku mohon cuti dua hari. Nak rehat lama sikit. Hilangkan stress. Huhu. 


Ok. Mungkin entri malam ni agak panjang. Sebab banyak sangat yang nak aku sampaikan kat sini. Hehe. Saja bagi amaran awal-awal. Nanti takde la korang pengsan bila terbukak blog aku ni. Haha. 



Hurmm.. Macam yang aku pernah ceritakan sebelum ni. Office aku ada buat rombakan tugas disebabkan oleh pertukaran beberapa orang staff ke kementerian. Nak tak nak, staff yang tinggal ni la yang kena ambik alih tugas dorang. Aku diarahkan handle sistem HRMIS (sistem berkaitan pengurusan sumber manusia) bagi sub modul cuti. Pada mulanya, aku ok je untuk buat kerja baru ni. Aku ingat takkan ganggu kerja aku yang lain. Tapi sekarang ni, entah la. Susah aku nak cakap. Aku terpaksa akui satu perkara. Aku tertekan ok. Sangat-sangat.



Ikutkan, tak susah mana pun. Tapi, bagi orang macam aku yang ada banyak lagi tugasan lain yang aku nak kena handle, kerja ni agak berat sikit la. Aku geram dengan someone sebenarnya. Aku dah cuba fahamkan dia. Aku dah bagitau terang-terang. Aku akan handle sistem tu hanya pada waktu pagi je. Sebabnya, sistem tu ok sebelah pagi je. Bila petang, line agak slow. Bukan agak dah aku rasa, tapi memang slow. Nanti buat penat-penat, tiba-tiba error. Baik buat belah pagi je. Tak pun, lepas office hour. Baru line ok. Lagi satu reason aku nak buat sistem tu sebelah pagi je adalah disebabkan aku nak settlekan kerja aku yang lain.



Walaupun bilangan pegawai yang di bawah senarai tugas aku tu tak ramai mana, aku bukannya buat satu kerja je ok. Setiap pegawai yang aku jaga tu, aku kena handle everything pasal dorang. Dah la semua datang serentak. Bengong aku jadinya. Bukan saja cari alasan tak nak handle sistem tu. Aku boleh je buat. Tapi tolong la. Bagi la aku ruang untuk aku siapkan tugasan yang lain. Aku faham dia nak cepat settlekan benda-benda berkaitan sistem tu. Tapi jangan la pentingkan diri sangat. Aku manusia biasa ok. Bukan robot. Aku tak boleh nak siapkan semua kerja dalam satu masa. 


Ya, memang boleh guna alasan aku boleh buat OT untuk siapkan kerja. Tapi, yang jadi masalah sekarang ni, setiap masa dia panggil aku untuk siapkan kerja-kerja berkaitan sistem tu je. Kerja aku yang lain terbengkalai. Nak buat pun kena curi-curi okeh. Bila aku cakap nanti dulu, dia marah. Tarik muka 14. Hello.. Aku buat kerja ok. Bukan aku balik meja pastu layan FB, Twitter or blog ni. Aku siapkan kerja urgent. Aku mintak dia faham tu je. Susah sangat ke nak faham??? Aku takut kalau asyik dengan sistem tu, kerja lain tak jalan. Pastu bos mengamuk kat aku. Maki aku sebab tak buat kerja. Nak terangkan karang, dorang tak nak percaya. Sudahnya?? Memendam rasa jela jawabnya. Takde tempat nak luahkan or lepaskan stress. 



Nak luah pun, macam takde gunanya. Takde yang nak dengar. Bila budak bawahan buat hal (disebabkan nak hilangkan stress), tuduh pulak takde komitmen dalam kerja. Masalahnya, bila budak bawahan bersuara, ada ke yang nak dengar?? Ada?? Takde.. Lagi dikata budak bawahan ni mengada-ada, ada la. Bila masalah dah jadi besar, barulah nak ambik berat. Masa tu baru la nak persoalkan balik. Kenapa tak bagitau awal-awal? Konon ada jalan penyelesaiannya kalau dimaklumkan lebih awal. Ye sangat la tu. Huh!! Semua tu taktik nak lepaskan diri je. Dah tau sangat. Takut dipersalahkan. Betul tak? <-- Tak tuju kat sape-sape. Umum je ok. :-)



Aku tak tau la bila semua kerja aku tu boleh siap. Aku nak semua kerja aku settle. Tapi setakat ni, memang aku tak sempat. Kerap sangat diganggu. Baru je duduk kat meja sendiri tak sampai lima minit, dah ada yang jerit panggil. Bila nak siap macam tu. Nak OT? Boleh je. Tapi aku memang takkan kerja lebih dari pukul 5.30 petang. Aku ada banyak lagi komitmen lain. Nak jugak masa dengan family. Sabtu pun boleh je. Tapi bukan setiap minggu aku boleh pergi office. Kadang-kadang, aku ada aktiviti lain dengan adik-beradik aku. Sekali-sekala nak jugak jalan sama-sama. Tengok wayang ke. Biasa la tu kan. 



Hurmmm.. Actually, banyak lagi aku nak taipkan. Tapi nanti je aku sambung lagi. Dah agak lewat ni. Nak tidur. Esok mungkin aku akan tension lagi, dan lagi dan lagi. Ok?? Haha. Ok. Stop merepek Ija oi. Tidur lagi bagus.




Nota Cik Rimau : Sorry geng. Mungkin ejaan and ayat agak tunggang langgang. Cik Rimau nak cepat ni. Hehe.

14 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

sabar2...hehe.hilangkan dengan keriangan.hehe

amry berkata...

hm...i know how u feeling..sabar jer la..kita kalau jadi kuli ni memang macam tu ja...rasanya sesekali kena bersuara juga..kalau terus pendam makan diri...

Mohamadazhan.com berkata...

Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

ORLANDO AHMAD berkata...

kerja freelance pon tertekan gak... gua kalo waktu ngah sibuk wat design customer berhari2 jugak tak tido hahaha... kerja ape pon mesti ade rasa tertekan, tapi itu la cabaran dan cabaran itu best hahaha

Suhami Ahmad berkata...

sabar je cik rimau...susah kalau kita berada kat bawah ni...diorang tahu cepat diorang je....tapi atok percaya suma tu mesti ada hikmah

cik pulau berkata...

sabr jelah..
maybe boleh luah kat blog ke'stress'an itu.. hehehe

kay_are berkata...

cakap camni je.. " kalau ko nak siap cepat sangat, wat sendiri r weh.. xyah suruh aku" habis cite.. nak orang tolong tapi taktau sabar susah r..

Cik Rimau berkata...

Azhan : hehehe.. dah ok.. tq yer..

Cik Rimau berkata...

amry : yup.. betul tu.. tp xpela.. dah luah kat sini, rasenye jd ok.. gpon punca mslah tu da berkurangan.. hehe

Cik Rimau berkata...

Azhan : Maaf la.. haritu jarang on9.. so xdpt nak join.. :-(

Cik Rimau berkata...

Orlando : Betul tu.. Cabaran mematangkan diri.. hehe.. ajar jd lebih abar pon ye gak.. :-)

Cik Rimau berkata...

Atok : tu la.. kite fhm dorg nak cepat.. tp dorg pon kne la fhm pkeje bawahan nie.. huhu.. tq tok..

Cik Rimau berkata...

cik pulau : yup.. untung ade blog.. hehe

Cik Rimau berkata...

kay_are : tau xpe.. hehe.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...