Assalamualaikum and selamat malam semua..
Harini nasib aku agak malang sikit sebelah pagi tadi. Bukan la malang disebabkan jadi benda-benda buruk kat aku. Malang yang disebabkan salah sendiri. Selalunya aku kunci jam pukul 5.30 pagi. Tapi pagi tadi bila alarm berbunyi, aku matikan terus. Tarik selimut and sambung tidur balik. Kebetulan pagi tadi hujan pulak. Memang sedap la sambung tidur. Hehe. Tapi tak lama lepas tu, aku terjaga semula bila terdengar bunyi bising kat luar rumah aku. Automatik tangan aku ambik handphone. Tengok jam. Rasa macam tak percaya je. Eh.. Biar betul. Takkan la kot. Salah tengok ni. Aku tengok sekali lagi. Terus terbeliak biji mata. 6.35 pagi dah masa tu. Kelam kabut aku pergi mandi.
Aku turun ke tempat tunggu bas pukul 6.55 pagi. Mata aku asyik jeling-jeling jam je. Susah hati. Confirm merah punch card aku hari ni. Mujur la bas sampai tak lama lepas tu. Aku bajet sempat la kot sampai office on time. Sekali tengok punya la ramai yang nak naik sekali. Geram betul. Tapi rasa pelik jugak. Muka-muka yang selalu naik bas dengan aku pun ada tadi. Takkan la semua bangun lambat kot harini. Or bas memang takde sebelum tu. Musykil jugak aku.
Hampir 15 minit jugak la bas tu tak bergerak. Ramai sangat yang naik. Aku pandang jam sekali lagi. Ada lagi 10 minit. Aku keluarkan handphone and hantar sms kat Kak Ziha. Saja nak maklumkan kat dia yang aku maybe lambat harini. Aku turun kat LRT Bangsar sebab nak ambik teksi ke office. Masa tu dah pukul 7.35 pagi. Redha jela. Dah memang lambat pun. Sepatutnya aku masuk pukul 7.30 pagi. Tapi nak buat macam mana kan. Akhirnya aku sampai jugak kat office. Lewat 11 minit. Nasib badan. Aku bawak punch card naik atas untuk dapatkan tandatangan bos.
Masa aku sampai, Kak Ziha and Cik Nita tengah berdiri kat luar seksyen. Mungkin tengah tunggu bas jabatan bergerak kot. Macam yang aku ceritakan semalam, harini ada perhimpunan bulanan jabatan. Perhimpunan tu kat Wisma Tun Sambanthan. Kitorang memang naik bas jabatan je kalau nak pergi perhimpunan. Faham-faham jela kalau takde kenderaan sendiri ni.
Mujur masa aku sampai tadi bas belum bergerak lagi. Elok je aku duduk, tiba-tiba je Kak Ziha kata bas dah nak gerak. Adeh.. Tak sempat nak beli sarapan. Aku ingatkan aku sorang je yang tak sempat sarapan. Rupa-rupanya, kawan-kawan yang lain pun belum sarapan jugak. So, pergila kitorang ke perhimpunan tu dengan perut kosong. Sadis sungguh. Huhu.
Lepas daftar nama kat senarai kehadiran, kitorang pun masuk ke dewan cari tempat duduk. Tak lama lepas tu, top 3 pun sampai. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku and lagu jabatan. And lepas tu dihiburkan dengan persembahan koir jabatan yang menyanyikan lagu "Hijau Bumi Tuhan". Sesuai la lagu tu dengan tema perhimpunan bulan ni iaitu, "Revisiting Green Campaign". Oh ya. Tema baju untuk harini adalah warna hijau. Tapi aku tak ikut tema pun. Hehe.
Lepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis, bacaan doa pun dimulakan. Then, ucapan daripada ketua jabatan. Pastu diteruskan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh bahagian yang jadi penganjur perhimpunan bulan ni. Lupa pulak nak bagitau. Perhimpunan bulan ni dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (RND). Persembahan multimedia dorang ni memang kelakar. Satu dewan tergelak tengok video dorang yang kelakar tu. Ada lakonan sekali tu. Kreatif betul staff-staff bahagian tu. Huhu.
Terlupa pulak bila masa penyampaian hadiah untuk bahagian yang dapat lakukan pengurangan penggunaan elektrik sepanjang kempen hijau dijalankan. Lepas ucapan ketua jabatan ke lepas persembahan multimedia ek? Lupa la. Hehe. Tak kisah la kan. Janji ada peningkatan penjimatan guna elektrik kat office. 11% penjimatan yang dicatatkan. Itu menunjukkan kempen yang dijalankan oleh RND ni sepanjang tahun lepas berjaya mencapai matlamat. Tahniah RND.
Then, ada tayangan slide untuk staff yang sambut birthday bulan ni. Of course la gambar aku ada sekali. Hehe. Segan pulak tengok dorang tayang gambar masa aku mula-mula lapor diri dulu.
Antara staff yang sambut birthday bulan ni. Kalau korang teror, cuba cari nama Cik Rimau. (Dah sah la korang tau kan. Hehe) |
Lepas je tayangan slide tu, ada satu lagi tayangan slide. Khas untuk mengenang kembali salah seorang staff jabatan yang baru saja pergi buat selama-lamanya. Walaupun aku tak rapat dengan arwah, aku akui yang aku rasa sedih masa tayangan slide tu. Rasa nak nangis pun ada. Slide pulak tayang gambar arwah. Diiringi lagu Pelangi Petang nyanyian Sudirman, memang boleh buat aku rasa nak nangis la. Nak-nak pulak bila sampai part ni.
"engkau tiba bagaikan pelangi,
tak bercahya namun kau berseri,
tapi cukup menghiburkan hati ini..
Seharian waktu bersamamu,
tak terasa saat yang berlalu,
bagai pelangi petang
kau kan pasti pergi jua"
Aku nampak jugak beberapa orang staff yang menangis masa tayangan slide tu. Mungkin dorang rapat dengan arwah. Kalau aku kat tempat dorang pun, sure aku menangis. Apa pun, aku doakan semoga roh Tuan Haji Amir Hamzah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Lepas je tayangan slide tu, ada acara penyampaian pokok angkat kepada top 3. Sesuai la dengan kempen hijau yang dilancarkan oleh RND ni. Bagus kan RND ni? Hehe. And sebelum majlis ditamatkan, RND buat satu persembahan khas tau. Masing-masing tunjuk bakat terpendam. Dorang nyanyi lagu Insha Allah dalam dua versi (combine sekali). Kelakar pulak tengok bos-bos kat bahagian tu sama-sama menyanyi. Memang happening la bahagian ni. Suka pulak aku tengok. Hehe.
Habis je persembahan khas tu, sampai la ke masa yang paling kitorang nanti-nantikan. Jamuan ringan. Faham-faham jela kalau tak ambik sarapan pagi. Perhimpunan pulak tamat area pukul 11 pagi. Kelaparan kitorang sepanjang perhimpunan tu. Berbunyi-bunyi perut. Hehe. Tapi sebelum makan, kitorang ambik pokok angkat kitorang dulu. Macam mana la aku nak jaga pokok tu nanti. Takut tak sampai seminggu, dah mati pokok tu.
Inilah dia pokok angkat aku. |
Lepas habis perhimpunan, bergerak naik bas untuk balik ke office. Tapi terpaksa berdiri pulak time balik ni. Bas dah penuh. Nasib baik la office dekat je. Pastu buat kerja macam biasa. Time rehat pulak layan cerita Sini Ada Hantu. Boleh la tahan cerita tu. Kelakar. Haha.
Lepas rehat sambung kerja balik. Pastu aku pergi kacau CC untuk dapatkan tandatangan kat punch card aku. Dia tanya pasal apa lambat. Aku cakap je kenapa. Dia sain je. Pastu dia tulis kat bahagian catatan, "kesesakan lalulintas". Sporting tak bos kecik aku ni? Haha. Pastu buat kerja macam biasa sampai la pukul 4.30 petang. Tepat je masa balik, terus off pc. Tunggu apa lagi. Cabut la. Hehe.
Nota Cik Rimau : Harini rasa tenang je. Kat office tadi, Pakcik Syed tak buat bising pun. Aman dunia Cik Rimau sekejap. Hehe. And harini jugak Cik Rimau terima ucapan "happy besday" daripada beberapa orang. Padahal birthday Cik Rimau minggu depan. Entah sempat ke tidak sampai ke umur tu. Huhu. Apa-apa pun Cik Rimau happy and thank you pada yang wish tu. Hehe.
16 ulasan:
aiyarkkk..rajin nye bngun pg2..cik mmg ssh giler nk bngun pg2 x kire la nak g kls atau ape2 je yg mlibatkan pg :)
huhu.. lambat yee..nasib baik xkene denda..hehe
eh apsal rmi wish.. ayie xdpt wish lg pon.. hehe
aiyoo..happening nye...sonot klu bekerja kat situ
kena bangun awalnyeee....oo memang jabatan kerajaan kena masuk 7.30 ke...kalu lambat kena jumpa boss lak tu...macam sekolah pun ada...bersyukur la sebab kerja masuk 9.30....tu pun bngun 6am...hehehe....ape2 pun heppy besday tuk minggu depan...minggu depan takyah wish dah...hehehe
singgah singgah dna perkenalan...semoga bekerja dengan gembira hari ni ye
Cik Lola : hehe.. kne rajin2 bangun pagi.. kwin t mcm mane.. sian husband cik lola kne siapkan sarapan sndri.. hehe
ayie : salah cik rimau sndri.. dah kunci jam, sambung lak tidur.. kan dah lambat.. jeles ek?? eh.. bukan ke haritu cik rimau ade wish.. heheh
Atok : hehe.. kalau perhimpunan bulanan anjuran bahagian tu memang best tok.. happening gile.. sbb tu xnak terlepas smalm.. hehe.. meh la dtg keje sini.. hak3
fadzli : xdela sume kne masuk 7.30 pagi.. keje kerajaan ade 3 waktu peringkat.. wp1:masuk 7.30 balik 4.30 petang.. wp2:masuk pkul 8 pagi balik 5 petang.. wp3: masuk 8.30 pg balik 5.30 ptg.. cik rimau nak balik awal.. plih wp1.. tp sakit sikit la nak bangun awal.. hehe
xde2.. minggu depan pon kne wish jugak.. hehe
chekgu azrine : salam perkenalan.. tq singgah sini.. harini kerja xhappy.. sedih and tension la chekgu.. huwaaaaaaa
sporting nyerrrr bos.. sbb tu berani cakap hal sbnarkan nape lambat.. hehe
Nanaosaki : hehe.. bukan stkat sporting je.. siap cik rimau sllu buli ag.. hak3
perhimpunan ape ni?? mule2 ingat perhimpunan sekolah.. rupe nye bukan.. siap ade pokok2 segala.. x pernah tau pun.. sejak bile ade? sape yang terlibat? huu
hakhak.. perhimpunan jabatan la.. kan ade gambar kad aturcara majlis tu.. perhimpunan bulanan utk JPBD..
salam
cantik fail perhimpunan tu :)
mana satu ya nama cik rimau.hehe
haha.. eh.. xtau ek name betul cik rimau.. besday cik rimau 17.3.. ade dua org je tu.. yg pempuan tu la cik rimau.. hehe
Catat Ulasan