Assalamualaikum and salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cik Rimau...
Sebelum mulakan aktiviti merapu tak tentu pasal kat sini, aku terangkan dulu maksud tajuk entri aku ni. Jangan salah faham pulak. Bukan kawan yang sama kawin sekali lagi. Salah tu. Huhu. Actually, sorang lagi kawan aku (Nisa namanya) dah pun mengikut jejak langkah beberapa orang kawan aku sebelum ni dengan mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya sendiri. Macam tak percaya je rasanya. Yerla, dulu dia ni agak ganas orangnya. Tak sangka dia dulu yang kawin. Sampai hati ko Nisa, kawin tak tunggu aku. Haha. (Gila meroyan jap. :p) Kalau termasuk dengan Nisa ni, dah empat orang kawan sekelas aku masa sekolah dulu yang dah pun menamatkan zaman bujang. Seronoknya!!!! Huhu.
Aku dapat jemputan dari Nisa lebih kurang dua minggu kot sebelum tarikh kenduri. Ikutkan aku tak nak pergi pun. Haha. Jangan salah anggap. Bukan bermakna aku tak pentingkan kawan. Aku selalu je ingat kawan-kawan aku. Tapi tu la kan. Banyak kekangan. Dari segi transport, penginapan and bajet. Tapi last-last minute, setuju jugak nak pergi lepas diajak sorang lagi kawan aku (Tila) untuk temankan dia pergi kenduri tu. Terus ambik cuti dua hari, Jumaat and Isnin. Selasa cuti sempena Krismas. Dapat la cuti lama sikit kan. So, hari Jumaat tu aku pun gerak ke Lumut naik bas dengan abang and adik aku. Sampai sana dah malam dah pun. Penat gila! Huhu.
Malam tu, aku tumpang tidur rumah Tila. Oh ya, Tila ni wife kepada navy. So, terpaksa la masuk ke dalam base TLDM. Pagi esoknya, kitorang terus gerak ke Manong. Nyaris sesat jugak sebab lorong ke rumah pengantin agak ke dalam. Huhu. Nasib baik sampai jugak akhirnya. Dapat la jumpa dengan beberapa orang kawan sekolah dulu. Antaranya, Wahidah, Suzila, Epoi and beberapa orang lagi yang aku kenal muka je. (Sorry la korang sebab tak tau nama. Hehe.) So, stop mengarut. Jom layan gambar. Untuk makluman, gambar ni sume diambil menggunakan handphone je. So, kurang cantik. Hehehe. Ada jugak yang cilok dari FB kawan. :p
 |
Suzila, Tila and Wahidah. |
Nota Cik Rimau : Lepas ni kenduri kawan yang mana pulak la ek? Asyik terima jemputan dari kawan je. Cik Rimau? Lalala~~~