Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 Mac 2011

Sakit Kepala

Assalamualaikum and selamat malam..

Aku baru je lepas telan dua biji panadol ni. Sakit kepala gila-gila. Dari tengah hari tadi sampai sekarang. Rasa nak hentak kepala ke dinding pun ada. Kot-kot la buat macam tu boleh hilangkan rasa sakit.  Haha. Aku sendiri pun tak pasti apa punca sakit kepala harini. Mungkin sebab kepanasan melampau kat office tadi. Korang bayangkan la, dua kipas letak kat area aku ditambah dengan bukak pintu konon nak bagi angin masuk pun still tak dapat mengurangkan bahang kat Seksyen Sumber Manusia (SSM). Tapi langsung tak rasa sejuk. Air cond ada dua kat SSM tu. Tapi boleh pulak harini dua-dua air cond tu berpakat nak merosakkan diri bersama-sama. Hangin betul.. MySpace


Hurmm.. Harini aku guna tajuk sakit kepala. Kenapa la guna tajuk tak best macam tu kan? Sebabnya aku nak cerita satu pengalaman aku berkaitan dengan sakit kepala ni la. Aku ada cerita kat entri-entri sebelum ni  yang aku pernah stay hostel dari form 1 sampai form 5. Sesape yang pernah duduk hostel, mungkin boleh bayangkan apa yang aku nak ceritakan ni. 


Kebanyakan hostel yang tak banyak dorm, biasanya ada satu je bilik air kat setiap level.  Betul tak korang-korang yang pernah duduk hostel? Tak betul pun korang kena cakap aku betul. Jangan nak bantah cakap beta ok. MySpace Hehe. Untuk pengetahuan  korang, hostel yang aku duduk tu ada satu bilik air je sebab penghuninya tak ramai mana pun.  Walaupun satu je, saiznya besar jugak la. So, kalau nak basuh baju ke apa ke, semua kat bilik air tu. 


Ada satu hari tu, aku baru balik prep (masa buat ulang kaji or kerja sekolah). Lepas je Asar, semua pakat berebut nak mandi awal. Al maklumla, peraturan hostel dah tetapkan tak boleh mandi lepas pukul 6.30 petang. Kebetulan haritu pulak hari yang dibolehkan basuh baju. So, ramai la yang pakat memberus baju sekolah and baju-baju biasa. Aku pulak masa tu nak masuk tandas. Aku bersandar la kat dinding sementara nak tunggu orang kat dalam toilet tu keluar. Aku langsung tak perasan ada buih-buih sabun kat lantai. Dorang tak jirus habis. 


Entah macam mana, aku jatuh terlentang atas lantai. Kepala aku tehantuk kuat kat dinding. Masa tu tak rasa sakit pun. Cuma rasa terkejut and malu sebab semua pakat pandang aku. MySpace Aku cepat-cepat bangun. Ada la yang tolong aku bangun. Mula-mula semua macam terkejut jugak. Bila aku dah bangun je, dorang boleh pulak bantai gelakkan aku. Malu ok. Tapi aku buat selamba jela. Masa tu aku baru form 2. Segan sikit  nak marah kat depan senior-senior. Hehe.


Malam tu kepala aku mula buat hal. Sakit betul. Tapi aku buat tak tau je. Makan panadol. Ingatkan ok la lepas tu. Rupa-rupanya tak. Esoknya pulak hari untuk kitorang balik ke rumah masing-masing. Masa aku kat rumah, kepala aku sakit balik. Sakit sangat-sangat. Mata pun dah nak mula kabur je. Aku telan panadol dua biji. Tapi tak hilang langsung sakit tu. Korang bayangkan la dari mula aku sampai rumah (aku sampai rumah area pukul 2.30 petang selalunya) sampai la masa aku nak tidur, sakit tu sikit pun tak kurang. Nak je aku tarik-tarik rambut untuk hilangkan rasa sakit tu. Tapi terpaksa la tahankan. Aku langsung tak bagitau abah aku yang kepala aku terhantuk kuat tu. Tak nak buat abah aku risau. 


Start dari aku jatuh tu, kepala aku selalu sangat sakit. Kena panas sikit, sakit. Duduk tempat bising je, sakit. Sakitnya pulak bukan sikit-sikit. Aku tak tau macam mana nak gambarkan. Tapi memang boleh buat aku rasa nak hentak kepala ke dinding la. Tak terkata sakitnya.  Aku ingatkan sekejap je sakit macam tu. Sampai la aku form 5. Still lagi sakit. Cuma tak sekuat macam masa awal-awal jatuh tu. Aku risau jugak kot-kot ada pendarahan or darah beku kat kepala. Tapi pada aku, selagi aku tak pengsan kat sekolah or kat mana-mana, maknanya aku ok. Betul tak kawan-kawan? Hehe.


Lagipun tak mungkinla kan ada darah beku or pendarahan semua tu. Kalau betul ada, dah lama aku pengsan memanjang. And kalau betul ada pun, mesti sekarang ni dah takde dah pendarahan or darah beku tu. Mana ada kes darah beku or pendarahan kat kepala sampai  lapan tahun  tak ok-ok.  Ye tak? Apa pun, aku hope aku sihat je sampai la ke tua. Hehe.


Nota Cik Rimau : Tadi kat office, panas gila and rasa berbahang. Nak buat kerja pun tak boleh nak bagi tumpuan sebab kepala sakit sangat. Sudahnya ambik balm sapu kat kepala, duduk sembang dengan kawan-kawan lain. Tepat 4.30 terus melarikan diri daripada Pakcik Syed. Ada ke patut panggil aku bincang pasal pelan kedudukan tempat duduk. Ingat aku pakar lukis pelan ke. Haha. (Saat entri ni siap ditaip, kepala aku dah makin ok. Hoorayyy!! Hehe)

8 ulasan:

Eqmal berkata...

baik g check,,mana tau ada masalah lain,,

Cik Cempaka berkata...

sakit kepala pun leh buat entry panjang cenggini

hebat nie =)

sakit kepala jugak nie..
keje banyak tak siap =(

Fadzli Amir berkata...

memang pernah kena a/con ofis tak berfungsi/panas ( sebab compressor kat luar kena curi -jahat tol pencuri itu )berpeluh macam duk dalam sauna..tapi tak le sakit kepala....kena pi wat x-ray/MRI tu..jgn buat tak tau je....

Cik Rimau berkata...

eqmal : hehe.. xdela.. skrg ni xde dah sakit pale mcm dulu.. ok la tu kan? huhu

Cik Rimau berkata...

scarletroof : hehe.. perli cik rimau ye.. :-)

Cik Rimau berkata...

fadzli : cik rimau smlam pon dah macam sauna gak.. hehe.. ala.. lame da jatuh tu.. xde pape pon.. :-)

kay_are berkata...

bahaye nye.. g r jumpe dr.. walaupun dah 8 tahun tapi sape tau kan.. ++ kalau ade lagi rase pening camtu.. better g jumpe dr je baru tau..

Cik Rimau berkata...

kay_are : hehe.. cik rimau rase ok dah kot.. xde lak mcm dulu.. hehe.. (malas nak jpe doktor.. haha)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...