Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

14 April 2011

Rojak Story 3

Assalamualaikum and selamat malam..


Korang tengok tak showdown tadi? Best woo.. Banyak crew yang power-power join. Budak-budak pun ada. Suka aku tengok dorang punya battle. Punya la hebat. Memang enjoy tengok. Walaupun ada jugak yang kucar-kacir sampai Joe Flizzow tergeleng kepala. Tapi biasa la tu kan. Takde yang sempurna melainkan Dia.


Ok. Harini saja nak lepas geram pasal pejabat. Terpaksa wei. Kalau tak nanti aku mental. Hehe. Harini awal-awal pagi lagi aku dah angin. Aku baru je sampai office. Ada la dalam 10 minit macam tu. Tiba-tiba Kak Su datang bawak satu jadual. Dia tanya aku, itu jadual tugasan yang baru ke. Aku mana tau. Aku tengok la. Terkejut aku. Banyak berubah. Ikutkan aku kena jaga servis orang-orang sokongan je. Ini tiba-tiba je kena jaga servis untuk gred pengurusan and profesional (P&P). Itu takpe lagi. Yang anginnya tu, memo arahan tak keluar lagi tapi jadual baru dah keluar. 


Patutla pun baru-baru ni big boss asyik panggil aku je kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan gred-gred P&P tu. Naik blur aku jadinya. Ye la kan. Gred-gred tu bukan aku yang handle. Tapi boss asyik panggil aku je. Aku nak je cakap kat boss yang bukan aku jaga gred-gred tu. Nasi baik aku tak cakap kan. Kalau tak buat malu aku je. Tapi kan, kot ye pun, keluarkan la memo arahan tu dulu. Jangan keluarkan jadual terus. Sekarang ni aku dah jadi blur. Aku patut buat yang mana? Kata buat yang sedia ada. Dah keluar memo baru mulakan tugasan baru. Dah tu, awatnya asyik tanya aku je pasal gred P&P tu? Pening la macam ni.


Serius aku memang tension dah duduk unit tu. Bukan apa. Banyak sangat perubahan mendadak. And yang paling tak boleh blahnya, semua nak kena siap secepat yang mungkin dalam satu masa yang sama. Kitorang robot ke wei?? Slow-slow la kot ye pun. Otak kitorang ni ha dah penat dah tau. Aku ni lagi la. Rasa macam bola pun ada. Asyik tukar-tukar kerja. Dari tahun 2009 lagi tu. Tension betul. Huh.


Disebabkan aku tension awal-awal pagi tadi, someone dah terkena tempias bad mood aku harini. Sorry la kat akak sebelah partition aku tu ye. Dia bergurau tak kena masa. Dia datang mintak surat apa entah untuk order makanan meeting esok. Aku ok jela nak tolong dia. Tapi dia pergi masukkan pulak selipar aku dalam tong sampah belakang kerusi aku tu. Betul-betul buat aku mendidih. Aku tau dia nak bergurau. Tapi aku memang takde mood nak bergurau masa tu. Aku memang marah masa tu. Sebab tu aku diam je. Saja malas nak bertekak. Akak cleaner masa tu dah dekat. Aku risau jugak akak tu datang kutip sekali. Tapi disebabkan ego yang tinggi and marah yang menggunung, takde maknanya aku nak keluarkan selipar tu. Aku buat muka hangin aku jela. Akak tu pulak boleh lak macam nak bagi aku lagi marah. Sudahnya terkeluar jugak suara marah aku. 


Ikutkan aku tak suka nak marah orang yang lagi tua daripada aku. Macam kurang ajar. Tapi dia pun kena faham jugak la. Dah nampak aku takde mood nak layan gurauan dia tu, jangan la teruskan. Aku memang jenis suka diam je kalau marah. Aku taknak bersuara. Sebabnya nanti aku mungkin tertengking. Aku panas baran ok. Haha. Akhirnya akak tu keluarkan balik kasut tu daripada tong sampah. Lepas aku printkan surat yang dia nak tu, akak tu balik ke tempat dia. Dia duduk sebelah aku je. Aku tulis nota kecik (nota minta maaf sebab termarah dia) and lekat kat dinding partition kitorang. Ketuk dinding tu nak bagi dia baca. Entah pape kan. Duduk sebelah pun nak main nota jugak. Apa da.. (Walaupun sebelah-sebelah, tak berapa nak dengar sangat apa orang sebelah cakap sebab partition tu agak tinggi.)


Ok la kan aku mintak maaf balik. Hehe. Apa boleh buat. Aku tak boleh nak kawal marah pagi tadi. Aku rasa bukan aku sorang je marah tengok jadual tu. Ada lagi yang lain. Aku saja cakap kat bos kecik pasal tu. Dia pun kata patutnya keluar memo dulu. Benda berkaitan kerja mana boleh main cakap macam tu je. Kena ada hitam putih la. Tadi bos bawah sikit daripada big boss cakap nak keluarkan surat. Tapi tak dapat pun surat tu. So, aku anggap aku kena buat kerja yang sedia ada je. Kalau ditanya kenapa tak buat, aku jawab surat arahan tak dapat. Habis cerita kan? Haha.


Harini aku balik awal. Boleh dikatakan rekod jugak la sebab dah lama tak balik on time. Selalu OT sampai pukul 6 petang. Harini memang tak larat nak balik lambat. Penat and mood tak berapa nak ok. Better balik awal tenangkan fikiran. Dapat jugak layan Nikita. Haha. 



Nota Cik Rimau : Makin lambat update entri. Kemalasan sungguh la Cik Rimau ni kan. Dah nak pukul 1. Cik Rimau tidur dulu. Selamat malam semua. Hehe.

1 ulasan:

Suhami Ahmad berkata...

sobar cik rimau...sobar....atok takut cik rimau bertukar menjadi sailormoon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...