Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Januari 2013

INFINITE, My Favourite Boy Group From South Korea

Assalamualaikum and salam sejahtera...


Harini aku nak membebel pasal boy group dari Korea yang paling aku minat buat masa ni. Kalau nak diikutkan, dulu aku memang tak minat k-pop ni. Entah macam mana aku boleh tersangkut pulak. Mungkin pengaruh adik aku tu kot. Dia kan peminat tegar K-Pop ni. Tanya jela kat dia pasal K-Pop. Confirm dia boleh jawab. Minat sangat kat k-pop sampai dia sanggup belajar bahasa Korea okeh. Gila kan? Haha. Yang peliknya tu, boleh pulak dia paham tulisan Korea. Ish ish ish. Dasar kemaruk ni... Kah kah kah. (Aku kutuk kamu ni Lahi. Lalala~~~)

Sumber dari Mr. Google.

Big Bang @ BIGBANG adalah group pertama yang aku minat sangat-sangat. Ahli kumpulan Big Bang ni memang berbakat besar pada pandangan aku. G-Dragon, ketua kumpulan ni sangat berbakat dalam mencipta lagu. Kebanyakan lagu kumpulan ni nyanyi, mamat ni la yang cipta. Lagu-lagu dorang memang layan la. Cuma ada satu je yang aku kurang gemar sikit. Klip video dorang ni kadang-kadang agak menyeramkan. Contohnya klip video untuk lagu Fantastic Baby tu. Klip video Monster pun lebih kurang sama konsepnya. Tapi tak kisah la kan pasal klip video tu. Layan lagu je sudah. Tak payah layan video. Hehe.

Dari kiri : Sungyeol, Hoya, Woohyun, Sunggyu, Dongwoo, L, Sungjong.

Itu pasal Big Bang. Sekarang ni aku nak cerita pasal group yang baru aku minat. Group mana lagi kalau bukan INFINITE Aku tak kisah kalau orang nak kata aku tak tau malu nak minat penyanyi yang umur lagi muda dari aku ke apa ke. Haha. Peduli apa kan. Minat tak semestinya kena sama umur dengan penyanyi yang kita minat tu. Sempit otak la kalau fikir camtu. Haha. (Pernah nampak komen yang agak kebudak-budakan kat Youtube yang kononnya nak minat sesetengah artis ni, kita pun mesti sebaya dengan ahli artis tu or lebih muda daripada dorang. Kalau lagi tua, tak boleh la kononnya. Kah kah kah. Lawaknya!) Boleh pulak macam tu kan? Macam la kita ni selamanya kekal muda. :p


Sebagai info untuk korang yang tak mengenali siapa Infinite ni, group ni terdiri daripada tujuh orang ahli.  Infinite dianggotai oleh Kim Sung Gyu (Sunggyu), Jang Dong Woo (Dongwoo), Nam Woo Hyun (Woohyun), Lee Ho Won (Hoya), Lee Seong Yeol (Sungyeol), Kim Myung Soo (Myungsoo / L) and Lee Sung Jong (Sungjong). Infinite bernaung di bawah Woollim Entertainment. Infinite diperkenalkan melalui rancangan You Are My Oppa (YAMO) sebelum debut secara rasminya pada 9 Jun 2010.  Infinite terkenal dengan gerakan tarian yang sangat seragam. Contohnya boleh dilihat di dalam klip video lagu Before The Dawn. 



Ahli-ahli Infinite ni sangat kelakar orangnya. Kalau korang tak percaya, korang boleh cuba layan variety show yang dorang sertai. Antaranya Ranking King dan Sesama Player Season 2. Korang boleh tau personaliti dorang ni dari rancangan ni. Macam-macam perangai ada. Sunggyu yang suka membuli ahli lain, Sungyeol yang suka mengenakan orang dengan bermacam-macam helah, Dongwoo yang nampak macam blur, Hoya yang nampak macam ganas, L / Myungsoo yang nampak pendiam tapi sebenarnya banyak cakap, Woohyun yang terkenal dengan aegyo and Sungjong yang selalu diusik disebabkan dia paling muda. Memang boleh gelak sakan la kalau korang layan Ranking king tu. Rasa susah nak cari reason untuk benci dorang ni. Sangat menghiburkan. Hehe.


So, di bawah ni aku sertakan sekali profil ahli Infinite ni untuk tatapan korang. Haha. Nak lebih info pasal dorang ni, korang boleh la mintak tolong dari pakcik google yer. Kalau nak cerita terbaru pasal dorang or artis korea yang lain, korang boleh la cari kat wikipedia or kat web Allkpop.

Sunggyu
KIM SUNG GYU
* Ketua kumpulan,  Vokalis utama
* Berasal dari Chungcheong, Jeollabuk-do, Korea Selatan
* Ketinggian 178cm, Jenis darah A
* Tarikh lahir 28 April 1989 (sebaya aku okeh!)
* Anak bongsu dalam keluarga
* Ada sorang kakak (beza umur 5 tahun)
* Berkongsi bilik dengan Woohyun kat dorm Infinite
* Suka mengarah orang (tengok Sesame Player)
* Tegas dan agak garang (tengok Sesame Player)
* Digelar Grandpagyu (mengadu sakit badan, selalu cakap "masa saya umur 20an dulu..")
* Dalam almari penuh dengan pelbagai jenis ubat, vitamin dan ginseng (tengok Sesame Player)
* Suka muzik rock
* Boleh berbahasa Cina
* Pernah menganggotai sebuah band semasa masih menuntut di Jeonju National University High School, Coma Beat
* Pernah menyertai rancangan Immortal Song 2
* Kalau ada peluang, dia nak jadi DJ r&b Hip Hop.
* Tak pernah terfikir nak jadi benda lain selain jadi penyanyi.
* Parents dia tak bagi dia jadi artis, so dia berlatih senyap-senyap dan tak duduk dekat rumah
 * Seorang yang prihatin
 * Mementingkan cinta, kemudian persahabatan, kemasyhuran dan wang

Dongwoo
JANG DONG WOO
* Rapper Utama
* Tarikh lahir 22 November 1990
* Berasal dari Guri di Gyeonggi, Korea Selatan 
* Ketinggian 175cm, Jenis darah A 
* Anak bongsu dalam keluarga
* Ada dua orang kakak (beza umur 3 dan 6 tahun)
* Keluarganya memiliki restoran sotong
* Suka tulis journal / diari (rekodkan kegiatan harian)
* Berkongsi bilik dengan Sungyeol dan Myungsoo kat dorm Infinite
* Agak lurus bendul, selalu dipermainkan oleh ahli lain
* Sungyeol dengan L pernah cakap Dongwoo ni ada 999 dimensi *biasanya orang lain 4 dimensi je*
* Nampak lembut tapi bila marah sangat menakutkan (Sunggyu cakap)
* Sangat penakut (tengok Ranking King Episod 10, 11 dan 12) 
* Senang tidur tapi sangat susah nak bangun / tidur mati / langsung tak sedar walaupun main gendang kat telinga (tengok Sesame Player) 
* Tak boleh berenang
* Minat hip hop
* Bakal keluar album bersama Hoya (sub unit Infinite H)
* Dia rasa diri dia macam dinosaur, keldai dan kuda

Woohyun
NAM WOO HYUN 
* Vokalis Utama
* Tarikh lahir 8 Februari 1991 
* Berasal dari Seoul Metropolitan City
* Ketinggian 176cm, Jenis darah B
* Anak bongsu dalam keluarga
* Ada sorang abang (beza umur 2 tahun)
* Suka memasak
* Suka buat muka comel / gaya cute
* Suka rosakkan suasana / mood orang
* Berkongsi bilik dengan Sunggyu kat dorm Infinite
* Paling dipercayai oleh Sunggyu
* Kawan baik dengan Key (SHINee)

Hoya
LEE HO WON 
* Rapper, Vokalis
* Tarikh lahir 28 Mac 1991 
* Berasal dari Busan (Changwon, Gyeongsangnam-do)
* Ketinggian 178cm, Jenis darah AB 
* Anak kedua dalam keluarga 
* Ada sorang abang (beza umur 2 tahun) & sorang adik lelaki (beza umur 5 tahun) 
* Selesa dengan nama Hoya sebab dah digunakan sejak kecil
* Berhenti sekolah pada usia 17 tahun untuk belajar menyanyi dan menari
* Mudah rapat dengan orang lain kalau dipanggil nama Hoya bukan Howon
* Susah nak percaya kat orang 
* Takut tinggal berdua dengan Woohyun
* Berkongsi bilik dengan Sungjong kat dorm Infinite
* Obses dengan warna ungu (tengok Ranking King Episode 7)
* Belajar rap daripada Mithra (Epik High) dan Gonzo
* Atlet taekwondo sampai sekolah menengah and dapat tali pinggang hitam tahap ketiga
 * Dia suka berlatih sampai malam, so selalu bangun lambat
* Pernah berlakon dalam drama Reply 1997 (2012)

Sungyeol
 LEE SUNG YEOL 
* Vokalis
* Tarikh lahir 27 Ogos 1991
* Berasal dari Yongin, Gyeonggi-do
* Ketinggian 183 cm, Jenis darah B
* Pernah jadi trainee kat SM Academy sebelum debut   
* Anak sulung dalam keluarga
* Suka buli pengurus dan ahli kumpulan yang lain 
* Banyak helah dan agak licik (tengok Sesame Player)
* Obses dengan kopi
 * Bersikap kebudak-budakan
* Nickname - Lee Choding *sebab dia sangat childish*
* Kawan baik dengan Myungsoo (tengok Ranking King Episod 13) 
* Takut hantu (tengok Ranking King Episod 10, 11 dan 12) 
* Berkongsi bilik dengan Dongwoo dan Myungsoo kat dorm Infinite
*Selalu cakap dia pandai cakap Cina, tapi dia takla sebagus yang dia rasa *HAHA* 
* Dia rasa hidung dia part yang paling menarik 
* Tengah belajar Bahasa Inggeris dengan bersungguh sungguh 
* Biasanya bila ada photo shoot, dia la yang selalu buat pose kelakar and selalu nampak awkward 
* Ahli terakhir yang terpilih sebelum Infinite debut

L dan Sungyeol
Myungsoo @ L
KIM MYUNG SOO 
* Vokalis, Visual 
 * Tarikh lahir 13 Mac 1992
* Berasal dari Seoul
 * Ketinggian 180 cm, Jenis darah
* Anak sulung dalam keluarga
* Ada sorang adik lelaki (beza umur 2 tahun) 
* Dipanggil L sebab suara &  perwatakan menyerupai watak L dalam filem Jepun Death Note
* Bercita-cita nak jadi photographer
* Menjadikan DBSK @ TVXQ sebagai idola
* Suka makan (terutamanya ayam)
* Obses dengan warna hitam (kebanyakan pakaian warna hitam)
* Obses dengan bantal bamboo (tengok Sesame Player)
* Ada tabiat pelik suka tampar muka sendiri masa tidur
* Berkongsi bilik dengan Sungyeol dan Dongwoo kat dorm Infinite
* Kalau suka kat sesuatu benda atau makanan, dia akan buat benda tu je untuk satu jangka masa yang sangat lama (contohnya suka baju bercorak kotak)
* Nampak pendiam tapi sebenarnya banyak cakap
* Paling mahir dalam berbahasa Jepun
* Minat manga dan anime terutamanya Naruto, One Piece dan Bleach
* Antara ahli yang paling bijak (sangat minat subjek Matematik)
* Kawan baik dengan Sungyeol
* Agak degil & cepat naik angin (tengok You Are My Oppa) 
* Dia sepatutnya appear dalam God of Study, tapi part dia kena potong *kesian* 
* Motto - “Enjoy this moment right now”
* Pernah berlakon dan memegang antara watak utama dalam drama Shut Up Flower Boy Band (2012), What Is Mom / Mom Is Acting Up (2012) dan Jiu : Special Investigation Team (drama Jepun 2011)

Sungjong
LEE SUNG JONG 
* Vokalis, Maknae 
* Tarikh lahir 3 September 1993 
* Berasal dari Gwangju, wilayah Jeolla
* Ketinggian 179cm, Jenis darah A
* Anak sulung dalam keluarga
Ada adik lelaki (beza umur 3 tahun)
* Suka warna kuning 
* Berkongsi bilik dengan Hoya kat dorm Infinite
* Menjadikan Michael Jackson sebagai idola 
* Ada teddy bear besar - selalu jadi tempat lepas geram kat Sunggyu (tengok Sesame Player) 
* Nampak lembik tapi suka tengok cerita seram 
* Sangat berani & tak takut hantu (tengok Ranking King Episod 10, 11 dan 12) 
* Super photogenic, boleh spot camera kat mana mana pun 
* Perkara pertama dia nak buat bila ada girlfriend nanti, dia nak makan kimbap yang girlfriend dia buat 
* Tak boleh paksa dia buat kerja sebab nanti dia asyik merungut (tengok Sesame Player) 
* Dia nak bela desert fox yang ada dalam MV debut Infinite, Comeback Again 
* Sunggyu tanya dia, "kenal HOT tak (group terkenal korea tahun 90 an dulu) ?" Dia jawab "tak"  *Nampak sangat katak bawah tempurung. wakaka*
* Menuntut dekat Jeonju Arts High School


* (Tittle track)

(2010)
First Invasion
Release Date: June 09, 2010
Format: Mini Album
Language: Korean

01. ∞
* 02. 다시 돌아와(Come Back Again)
03. She’s Back
04. 날개(Wings)
05. 붙박이 별(Fixed Star)
06. 맡겨(Entrust) 

(2011)
Evolution
Release Date: January 06, 2011
Format: Mini Album
Language: Korean

01. Evolution (Intro)
  * 02. BTD (Before The Dawn)
03. Can U Smile
04. Hysterie
05. 마음으로..(Voice Of My Heart)
06. 몰라(I Don’t Know)
 
Inspirit
Release Date: March 17, 2011
Format: Single Album
Language: Korean

* 01. Nothing’s Over
02. Shot
03. Can U Smile (Remake/Broadcasting Ver.)
 
Over The Top
Release Date: July 21, 2011
Format: Official Full-Length Album
Language: Korean

01. Over The Top (Intro)
* 02. 내꺼하자(Be Mine)
03. 3분의1(1/3)
04. Tic Toc
05. Julia
06. Because (Sunggyu)
07. 시간아(Time) (Woohyun)
08. Amazing
09. Crying (Infinite H Feat. Baby Soul)
10. Real Story
 
Paradise
Release Date: September 26, 2011
Format: Repackage Album
Language: Korean

01. Over The Top (Intro)
02. 내꺼하자(Be Mine)
* 03. 파라다이스(Paradise)
04. Cover Girl
05. 3분의1(1/3)
06. Tic Toc
07. Julia
08. Because (Sunggyu)
09. 시간아(Time) (Woohyun)
10. Amazing
11. Crying (Infinite H Feat. Baby Soul)
12. Real Story
13. 내꺼하자(Be Mine) (Remix Ver.)
 
BTD (Before The Dawn)
Release Date: November 19, 2011
Format: Single Album
Language: Japanese

* 01. BTD (Before The Dawn)
02. Can U Smile (Remake/Broadcasting Ver.) (Korean Ver.)
03. BTD (Before The Dawn) (Korean Ver.)
04. BTD (Before The Dawn) (Inst.)
 
하얀 고백 (White Confession / Lately)
 Release Date: December 05, 2011
Format: Misc Single
Language: Korean

* 01. 하얀 고백(White Confession) (Lately)

 
(2012)
Second Invasion
Release Date: February 24, 2012
Format: Misc Single
Language: Korean

* 01. Cover Girl (Live Ver.)
 
Be Mine
Release Date: April 18, 2012
Format: Single Album
Language: Japanese

01. Over The Top (Intro)
* 02. ネコハジャ(Be Mine)
03. Julia
 
눈물만 (Only Tears)
 Release Date: May 07, 2012
Format: Misc Single
Language: Korean

* 01. 눈물만(Only Tears)

02. 눈물만(Only Tears) (Inst.)  
INFINITIZE
Release Date: May 15, 2012
Format: Mini Album
Language: Korean

01. INFINITIZE
* 02. 추격자(The Chaser)
03. Feel So Bad
04. 그해여름(In The Summer)
05. 눈물만(Only Tears)
06. 니가좋다(I Like You)
07. With…
 
She’s Back
Release Date: August 29, 2012
Format: Single Album
Language: Japanese

* 01. She’s Back
02. TO-RA-WA (Come Back Again)
03. She’s Back (Korean Remix Ver.)
 
엄마가 뭐길래 OST Part 1
Release Date: October 08, 2012
Format: OST Single
Language: Korean

* 01. 환상그녀(She’s A Fantasy)

Follow Me (?)
Release Date: December 25, 2012
Format: Single Album
Language: Korean

* 01. Follow Me
02. 나란 사람/ナランサラム(A Person Like Me)
 










Okeh.. Yang kat atas ni pulak, antara lagu dorang yang aku suka layan. Be Mine, The Chaser, In The Summer, Can You Smile dan Only Tears. So, Da kenal da dorang sape kan? Hehe.. Kalau still tak kenal, google sendiri la eh. Kat Malaysia ni, dorang belum lagi dikenali macam Big Bang, Super Junior, SHINee and artis senior yang lain. Mungkin sebab dorang tak pernah datang sini kot. Tapi takpe sebab tak lama lagi dorang akan datang ke negara kita ni. Untuk makluman korang, Infinite tercalon dalam beberapa kategori untuk The 27th Golden Disk Awards. Walaupun harapan untuk menang tu macam agak sukar, aku still akan minat dan sokong dorang. Kalah pun takpe. Kih kih kih.


Nota Cik Rimau : Musim demam korea agaknya sekarang ni kan? Haha. Gila betul la Cik Rimau ni kan? Tak kisah la.. Ini hanya minat je okeh. Oh ya, kebanyakan info tu aku dapat dari google. Gambar pon cilok dari google.  :p

1 ulasan:

ieyra ghani berkata...

Wah Inspirit baru ? ^^
jomlah masuk grup kat fb #TeamInspiritGila :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...