Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamualaikum and selamat malam...


Lama sangat rasanya aku tak update apa-apa kat blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Sibuk dengan kerja, urusan peribadi and macam-macam lagi. Kadang-kadang, walaupun ada masa untuk update, tangan ni pulak rasa malas nak menaip. Malas nak fikir ayat yang sesuai untuk ditaip. Dasar pemalas kan? Hehe.


Sedar tak sedar, kita dah pun berada pada hari terakhir untuk tahun 2012 yang bakal berlalu tak lama lagi. Cepatnya masa berlalu kan? Huhu. Banyak yang dah jadi sepanjang tahun 2012 ni. Ada yang pahit, ada yang manis. Tapi, apa yang pasti, semua yang berlaku ada hikmahnya. Kebanyakannya mengajar kita untuk menjadi manusia yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita akan menjadi insan yang sentiasa tenang dan redha mengharungi cubaan / dugaan dariNya. Dan semoga kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya. 



Nota Cik Rimau : Tak mau wish happy new year or yang seangkatan dengannya. Haha. Tahun depan umur makin meningkat. Huwaaaaaa... P/s : Ganas tak header Cik Rimau? Hahaha

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...