Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

11 Februari 2013

Kau Ingat Kau Cantik?

Assalamualaikum dan selamat malam semua..


Nampak tajuk tu? Jangan salah faham yer. Ini bukan entri untuk mengutuk orang ye. Ini entri untuk lepas geram je. (Lepas geram dengan mengutuk bukan sama ke? Huhu.) Mana ada sama. Mengutuk tu nak mengata or cerita benda-benda buruk pasal sesuatu. Lepas geram ni pulak lebih kepada luahan perasaan. Err.. Still sama jugak maksudnya eh? Ahhh.. Tak kisah la kan. Pedulikan apa pun maksudnya. Sekarang ni, jom layan cerita aku dulu okeh? Haha. (Cuba memaksa ni.. :p)


Actually, benda ni jadi siang tadi. Harini aku terlebih rajin sikit. So, aku pun pergi la office untuk settlekan apa yang patut. Aku bawak adik aku untuk jadi bodyguard. Wakaka. (Rasanya aku lagi kuat dari dia. Lalala~~~) Ok la. Tak nak bodyguard, kita tukar jadi peneman. On the way nak balik tadi, kitorang kena lalu kat kawasan parking kereta Central Market (CM) untuk ke tempat menunggu bas. Masa lalu kat situ, aku terperasan la kat satu kereta ni. Kalau tak silap, kereta Persona. No plat, WNP **42. (Mana boleh dedahkan sepenuhnya kan? Hehe.)


Apa yang tak kena dengan kereta tu? Takde apa pun. Haha. Yang tak kenanya, tuan punya kereta tu. Kitorang memang jalan kat tepi kot. Kalau korang pernah parking kereta kat CM, korang akan lalu kat satu simpang kecik sebelum sampai kat mesin autopay tu. Kitorang jalan kat situ. Memang betul-betul tepi dah. Siap dah naik kat atas tempat tinggi kot nak bagi dia keluar dulu. Pemandu kereta tu yang "poyo" sangat. Dia nak lalu tang mana lagi kan? Takkan dia nak naik kat atas tu juga kan? Grrrrrrr.. Pastu siap bukak cermin kereta, cakap macam ni, "Kau ingat, kau cantik?"


Gila punya orang. Aku tak perasan sangat ayat dia masa tu. Aku nampak pemandu tu sengeh je masa kereta dia dah sampai kat mesin autopay tu. Pastu, aku tanya adik aku kenapa dengan pemandu tu. Dia cerita la apa yang jadi. Kitorang memang tak salah pape pon. Apa kes dia nak cakap macam tu? Nak kata kitorang tergedik-gedik nak ngorat dia, memang tak la kan. Muka macam perompak! Geram betul. Nasib baik aku tak dengar sangat masa dia cakap tu. Kalau tak, mau jugak ada drama KL Gangster kat CM tu kang. Haha.


Kesimpulannya kat sini, jangan jadi poyo! Ke pemandu tu saja nak tarik perhatian kitorang dengan ayat macam tu. Tak heran pun. Memang tak cun pon. Tapi, ko tu handsome ke?? Hahaha. Katak hijau lagi handsome dari ko. Wekkkkk!!!! Habis geram dah ni. Haha. Takde adab punya orang.. Nak je karate. Huhu. Kalau pemandu tu terbaca la entri ni, harap hentikanla sikap kebudak-budakan awak tu yer. Takde orang suka pun. Huhu.

Nota Cik Rimau : Cik Rimau ni, kejap guna aku la.. Kejap guna Cik Rimau la. Takpe kan sekali sekala guna ganti diri "aku" ni kan? Heheh.  :p

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...