Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Jun 2011

Memanglah Tak Salah Pakai Minyak Wangi, Tapi...

Assalamualaikum and selamat malam..


Malam ni aku nak membebel pasal minyak wangi. Sekarang ni, dah bermacam jenis minyak wangi ada dijual kat dunia ni. Ada yang bau keras, and ada yang bau lembut. Ada yang bercampur dengan alkohol, and ada yang free dari alcohol. Yang aku nak story kan kat sini, bukan la pasal minyak wangi tu ye. Aku nak story pasal si pemakainya. 


Baru-baru ni aku perasan satu perkara. Setiap kali nak pergi kerja, aku mesti akan terserempak dengan sorang awek ni. Aku memang ingat sangat kat dia. Sebab apa? Sebab, bau dia kuat gila. Aku tak tau la jenama apa minyak wangi yang dia pakai tu. Tapi baunya agak keras jugak la. Kalau dia jalan kat depan aku, tiga meter belakang dia pun aku boleh terbau minyak wangi yang dia pakai. Punya la kuat. Ish ish ish.


Dari raut wajah dia, aku tak rasa dia warganegara kita. Mungkin rakyat negara jiran kita. Dengan style dia pun, aku dah boleh agak yang dia bukan rakyat negara ni. Jarang aku jumpa rakyat negara ni yang pergi kerja dengan rambut basah (kadang-kadang air rambut pun nampak menitik lagi). Kot ye pun, keringkan la dulu rambut tu kak oi. Rimas tau aku tengok. Huhu.


Berbalik pada point utama aku. Pemakaian minyak wangi yang terlampau kuat baunya. Memang la tak salah nak pakai. Tapi jangan la berlebih-lebihan. Kalau dah sampai bau tu boleh terhidu dari jauh, kira melebih la tu. Minyak wangi tertumpah ke? Aku tak marah pun. Hak masing-masing. Tapi kan, kalau diimbas balik pesanan ustaz-ustaz and ustazah-ustazah masa aku belajar dulu, dah kira berdosa kalau ada lelaki yang menegur perempuan yang memakai bauan ni.


Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina


Dari apa yang aku baca pulak, ada pendapat yang mengatakan bahawa haram bagi wanita memakai bauan luar dari rumah kerana boleh mengundang zina. Betul la tu kan. Dah kita pakai wangi sangat, mesti la ada lelaki yang tegur. Tak mustahil boleh datangkan perkara-perkara tak elok ni. Aku tak berani nak komen panjang. Salah bagi pendapat karang, aku yang kena belasah. Korang boleh baca sendiri kat sini :




Actually, ada banyak lagi sumber rujukan. Korang boleh search sendiri. Aku bagi mana yang aku jumpa je. Hehe. Kalau rasa macam nak lebih kepastian, korang boleh la rujuk ustaz-ustaz or ustazah yang korang kenal. Aku tak tuju pada sesiapa pun entri malam ni. Cuma aku rasa terpanggil nak story pasal ni. Selalu sangat aku berselisih dengan orang-orang yang pakai minyak wangi yang baunya kuat sangat. Kalau yang bau lembut tu aku ok lagi. Sedap la jugak nak cium baunya. Ini baunya kuat tak hingat. Keras pulak tu. Sakit hidung den tau. Huhu..


And sebelum aku stop untuk melayan jiwang dengan membaca novel Kasih Yang Suci, aku tinggalkan korang dengan ayat ni sebagai renungan bersama. Selamat malam semua..


“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.”
 
 
 
Nota Cik Rimau : Cik Rimau rasa macam nak letak je sign board kat meja kerja Cik Rimau kat office. Sign board yang tertulis "JANGAN BUAT CIK RIMAU MARAH KALAU RASA TAK NAK KENA SEMBUR." Agak-agak boleh tak?? Haha. 

12 ulasan:

ORLANDO AHMAD berkata...

punuk=bonggol unta=sanggul tinggi ;)

Ayie Abas berkata...

MUNGKIN DIA PAKAI MINYAK WANGI YG KUAT BAUNYA SBB NAK ELAK DARI ORG TAU DIA TAK MANDI KOT...? CUMA BASUH RAMBUT DGN MUKA aje PERGI KE TEMPAT KERJA.
(Buruk sangka pulak Ayie nie)+_+

My Name is Mar berkata...

Teringat pulak..
Dulu,..
Waktu sekolah agama..
Ada seorang ustazah ni...
Dia baru otw masuk kelas...
Dah dapat bau minyak wangi dia..
Huhuhuhu...

Unknown berkata...

atok tak pakai pun minyak wangi p kojo.....pkai bedak yo...erk

HALIM berkata...

boleh kalau nak pakai minyak wangi tapi jangan la kuat sangat sampai satu ofis boleh bau..kan cik rimau kan???

Cik Rimau berkata...

Jari Yang Terbarai : huhu.. tq.. cik rimau baru tau maksud tu.. hehe

Cik Rimau berkata...

Ayie Abas : ehem3.. ayie kot buat cmtu.. hehehe

Cik Rimau berkata...

My Name Is Mar : Uik.. ape ke plik ustazah pkai wangi cenggitu.. huhu

Cik Rimau berkata...

Atok : Aik.. iye ke atok nie... hahaha

Cik Rimau berkata...

Halim : betul3.. tau xpe halim.. hehe

kay_are berkata...

jarang 2 pakai minyak wangi.. tak minat sangat.. pakai bedak je suda.. =)kadang2 bile ade majlis spesel2 baru pakai

Cik Rimau berkata...

kay_are : haha.. same la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...