*** AMARAN : ENTRI MALAM NI PANJANG BERJELA. HAHAHAHAHA..
Assalamualaikum w.b.t. and selamat malam korang..
Assalamualaikum w.b.t. and selamat malam korang..
Agak lama aku senyap kan.. Asyik tenggelam timbul je. Apa teruk benor perangai aku ni kan. Haha. Ikutkan ada je idea aku nak membebel minggu lepas. Tapi malangnya minggu lepas minggu yang sangat mencabar fizikal, mental and emosi aku. SANGAT-SANGAT. Nak tau kenapa? Cakap la nak tau. Tak sabar nak cerita ni.. Haha. (Giler sat..)
Ok. Masih ingat entri aku yang sebelum ni. Pasal aku disyaki dijangkiti kuman/bakteria tuberkulosis a.k.a TIBI (TB). Ikutkan haritu aku nak story sikit pasal aku dah pun disahkan POSITIF dijangkiti TB ni. Tapi aku bukan TB paru-paru eh. Aku TB Kelenjar. Tak berjangkit pun doktor cakap. So, tak payah nak duduk jauh berbatu-batu dari aku. Okey??? Huhu.
10.08.2015 *** Lepas disahkan POSITIF tu, doktor bagi la aku ubat. Ubat tu sangat besar gedabak. Jumlah berapa biji kena makan bergantung pada berapa berat badan kita. Dah macam ubat sakit untut pulak kan.. So, disebabkan aku ni berat ya amat, makanya kena la telan jumlah yang agak banyak. Nama ubat tu Akurit 4. Dengarnya, ubat tu gabungan dari empat jenis ubat yang berbeza. Sebelum balik, nurse kat bilik kaca luar klinik tu explain la pasal TB ni. Sekali dengan side effect ubat antibiotik yang bakal aku makan tu. Antara side effect yang akan terjadi lepas makan ubat tu : air kencing bertukar ke warna jingga (PEKAT WEH), loya, muntah, hilang berat, hilang selera makan. Nurse tu pesan, kalau muntah teruk kena datang balik.
11.08.2015 *** Aku start ambik ubat tu. Langsung takde efek macam yang nurse tu terangkan kat aku. Kecuali part air kencing tu je. Loya ke muntah ke haram takde. Paling aku bengang selera makan aku bertambah pulak. Selalu kalau dah malam memang aku takkan makan dah. Kalau lapar pun, aku makan pisang je or minum soya. Tapi lepas makan ubat tu, aku boleh kebulur nasi pulak. Hangin je kan..
13.08.2015 *** Masa ni aku jaga kaunter petang. Start jaga kaunter pukul 12:00 tengahari. Masa dah dekat nak lunch, aku perasan ada something mengalir kat leher. Rupa-rupanya, bengkak kat leher dah PECAH weh!! Pucat kejap muka aku masa tu sebab gabra. Haha. Untuk sementara tu, aku just letak tisu jela. Nak elak dari kena tudung and baju. Rehat tu aku terus ke Guardian. Beli dressing tampal kat leher.
21.08.2015 *** Hari Jumaat masa ni. Kononnya aku plan nak balik lambat (maybe malam) sebab ada kerja tak siap lagi. Tapi disebabkan ada kawan mesej kat wechat ajak lepak, aku cancel plan balik lambat. Kitorang janji nak jumpa lepas Maghrib kat NU Sentral. So, aku sambung buat kerja. Dalam pukul 5:00 petang, tiba-tiba badan aku rasa seram sejuk. Menggigil weh. Padahal suhu ofis macam biasa je. Aku mula rasa tak sedap hati. Tapi masih teruskan kerja macam biasa. Dalam pukul 6:00 aku rasa dahi aku panas. Bahang melampau. Sendi pun rasa sakit tiba-tiba. Aku sampai fikir yang aku mungkin kena sampuk. Haha.
Sampai kat NU Sentral, aku rasa betul-betul tak larat. Masa kawan aku pergi order makanan, aku dah terjelepuk kat meja. Badan rasa lembik sangat-sangat. Kawan aku tanya aku kenapa. Aku cakap la rasa nak demam. Ikutkan aku nak cancel jumpa dia. Tapi masa aku mesej tanya dia kat mana, dia cakap dia dah sampai. Macam tak best pulak aku cancel last minute. Tu yang pergi jugak. Tapi lepak tu pun tak lama sangat. Aku memang tak larat sangat masa tu. Sampai je rumah, aku terus terbaring. Dengan tak mandinya. Serius aku tak larat weh. Burger McD kawan aku belanja tu pun aku tak makan. Bawak balik bagi abang aku je.
22.08.2015 *** Saja datang OT. Konon nak siapkan task force yang bos mintak kitorang buat. Tapi sudahnya aku sibuk mengasingkan dokumen masuk. Sangat banyak okey. Sampai petang aku dok buat tu je. Petang dalam pukul 3:00, tiba-tiba badan aku jadi seram sejuk balik. Tapi aku tahan jugak sebab nak siapkan sekali kerja untuk hari Selasa. Pukul 6:00 petang baru aku balik. And macam hari sebelum tu, aku sampai rumah je terus terbaring. Maghrib memang terlajak sebab aku memang tak larat nak bangun. Senja-senja aku berbungkus dalam selimut. Rasa macam nak mati weh..
23.08.2015 *** Sepanjang hari aku kat rumah. Pagi macam biasa la sibuk kemas rumah. Sampai tengahari, badan aku mula rasa lemah. Tapi aku cuba kuatkan jugak badan. Konon tak nak la manjakan diri. Sakit sikit nak terlantar je. Tapi sumpah, macam mana aky cuba pun, aku tetap jadi lembik petang tu. Sudahnya aku mengalah. Terbaring berbungkus dalam selimut atas sofa. Suhu badan sampai 40.5. Aku hanya akan elok semula lepas pukul 9:30 malam. Time tu la nak masak. Time tu la nak mandi apa semua. Memang tak jalan kerja bukak kulit fail yang aku bawak balik tu. Konon nak buat kat rumah. Tapi dah jadi macam tu, aku nak buat macam mana kan.
24.08.2015 - 26.08.2015 *** Keadaan aku jadi makin teruk. Setiap hari aku muntah. Ada yang aku berjaya tahan. Kalau tak, mau berbelas kali dalam sehari aku muntah. Sepanjang hari aku loya. Fokus kerja terganggu. Aku hanya buat kerja hakiki aku je. Task force langsung tak jalan. Nak bercakap or berjalan pun aku naik takut. Sebab asyik rasa nak muntah. Makanan langsung tak boleh masuk perut. Masuk je keluar balik. Makan la apa pun. Aku beli asam, jeruk and semua yang boleh menghilangkan loya. Tak berhasil. Petang-petang aku still diserang rasa seram sejuk. Sampai rumah je aku terbaring. Memang tak bermaya betul. Sampai rasa nak give up je masa tu. Stress weh bila tiba-tiba jadi lemah ni.
27.08.2015 *** Aku dah tak sanggup nak terus rasa lemah. So, aku call la IPR mintak kebenaran dorang untuk tukar masa makan ubat sebelah malam. Dengan harapan takde dah rasa loya masa kerja. IPR bagi. And orang yang jawab call tu pesan, kalau masih muntah-muntah, aku kena datang sana balik. So, aku makan la ubat tu pukul 11:00 malam. Konon, nak elak rasa loya. Takde maknanya weh. Pukul 12:00 tengah malam aku terbangun dari tidur. Terus berlari ke dapur sebab nak muntah. Habis keluar balik semua makanan. Huhu. S
28.08.2015 *** Bangun nak pergi kerja aku muntah. Pagi tu aku sampai lambat. 8:15 pagi aku sampai opis.. Tu pun naik teksi. Aku kirim air sirap limau kat kak Fifi. Makan langsung tak sebab loya terlampau. Sehari tu aku memang tak boleh buat kerja. Fokus aku terganggu. Masuk masa rehat, aku terus tidur kat bawah meja sebelah tempat Kak Ayu. Memang tak larat sangat la. Lepas rehat tu baru aku start buat kerja. Mujur sempat siap. Malam tu aku nekad tak nak makan ubat. Buat apa makan kalau menyebabkan aku jadi macam mayat hidup kan. Ramai orang opis tegur aku pucat. Mana tak pucat. Dalam masa tak sampai seminggu, berat aku hilang 6kg. Happy? Memang tak la. Walaupun aku memang nak kurangkan berat, tapi kalau sakit macam tu, aku rela lagi gemok macam ni. Hahaha.
29.08.2015 - 30.08.2015 *** Selera aku kembali normal walaupun masih ada rasa nak muntah tu. Tapi ok la kan dah boleh makan. Dah takde rasa seram sejuk. Malam dah tak demam.
31.08.2015 *** Melepak kat Dataran Merdeka dengan Kak Ziha tengok sambutan Hari Kemerdekaan. Balik tu melepak kat Meals Station KL Sentral. Makan macam biasa. Hoyeahhhhhh.. Gembira i tau. Hahaha. Tapi bila timbang berat, rasa hangin je. Cepatnya berat aku naik balik.. Huh!
Kak Ziha, Cik Rimau and Kak Linda.. |
Lepak makan kat Meals Station, KL Sentral.. Kak Ziha belanja.. Hak hak hak.. |
01.09.2015 *** Mesej Puan Teh (bos Unit Kebankrapan) mintak kebenaran masuk lambat sebab nak ke IPR. Sampai IPR, agak lama tunggu baru dapat jumpa doktor. Aku bagitau la masalah aku. Aku cakap kalau boleh nak tukar ubat lain. Ubat Akurit 4 tu mungkin terlalu kuat untuk aku. Doktor mintak aku buat ujian darah. Sebab nak tau apa punca aku asyik muntah tu. Lepas dapat result dari makmal, aku serah balik kat doktor. Doktor suruh aku tunggu luar bilik. Tiba-tiba dia keluar tergesa-gesa bawak fail aku pergi mana entah. Tak lama pastu muncul balik dengan resul x-ray aku yang sebelum tu. Nurse panggil aku masuk.
Doktor explain yang aku muntah-muntah tu sebab ubat yang aku makan tu. Doktor tunjuk result darah aku sebelum and selepas makan ubat. Sangat jauh beza. Bacaan untuk Alanine Aminotransferase sebelum makan ubat 61 (paras normal 12-78). Tapi lepas makan ubat bacaan jadi 547. Doktor cakap tu merujuk pada hati. Katanya hati aku bengkak. Ubat tu dah rosakkan hati aku sikit. So, agak bahaya pada aku. Doktor suruh aku masuk wad haritu jugak. Menggelabah la aku. Macam-macam aku tanya. Haha. Then, keluar dari bilik tu aku macam panik kejap. Tiba-tiba kena masuk wad. Terus terfikir abang aku macam mana nanti. Nak nangis pun ada tau sebab terkejut bila doktor cakap hati rosak. Cakap macam tak bersalah je. Hempuk nak?
Lepas aku call makcik kedai bawah rumah untuk tolong tengokkan makan minum abang aku, baru la lega sikit. Tak lama lepas tu, datang la sorang lelaki tu. Rasanya bukan nurse sebab baju lain sikit. Dia bawak aku pergi ke wad. Btw, wad kat IPR tu asing yer. Lelaki and perempuan tak ditempatkan sekali. Good.. Hehehe. Dorang tempatkan aku kat katil 23. Depan katil aku ada perempuan Thailand. Lepas dah tukar baju hospital, aku dok menung atas katil. Bosan.
Result ujian darah pada 24.8.2015, 1.9.2015, 3.9.2015 and 7.9.2015. |
Lepas aku call makcik kedai bawah rumah untuk tolong tengokkan makan minum abang aku, baru la lega sikit. Tak lama lepas tu, datang la sorang lelaki tu. Rasanya bukan nurse sebab baju lain sikit. Dia bawak aku pergi ke wad. Btw, wad kat IPR tu asing yer. Lelaki and perempuan tak ditempatkan sekali. Good.. Hehehe. Dorang tempatkan aku kat katil 23. Depan katil aku ada perempuan Thailand. Lepas dah tukar baju hospital, aku dok menung atas katil. Bosan.
First time merasa pakai gelang sakti ni.. Hahaha |
Then, doktor datang explain kenapa masuk wad. Nak buat apa kat aku. Then, nurse pulak datang ambik darah. Redha jela. Kebetulan pagi tu aku langsung tak sarapan. So, agak kebuluran la. Aku ni tertunggu-tunggu la makanan tengahari. Tak jugak muncul. Nasib baik masa rehat tu, CC Misah and Kak Suhaili (kawan pejabat lama) datang melawat aku. CC Misah pergi la tanya kat kaunter jururawat bila makanan nak sampai. Sekali dorang cakap terlepas pandang nama aku and budak Thailand tu. What?? Lapar weh. Sampai hati. So, CC Misah pun pergi la ke kantin belikan aku nasi goreng ayam and teh o ais.. Baru la kenyang. Hahaha.
CC Misah. Kawan opis lama. |
Kak Suhaili. |
Tak lama lepas tu, kawan office baru pulak datang. Kak Fifi, Kak Ayu and Puan Norzaimah (gambar takde sebab dorang tak nak.. hehehe). Dorang datang bawakkan barang-barang aku nak guna dalam wad tu. Yela. Aku datang sehelai sepinggang kot. Konon nak mintak tukar ubat. Sekali kena masuk wad. Huhu. Kak Fifi belikan nasi and roti. Disebabkan kekenyangan lauk kak Fifi tu aku makan masa petang tu. Tada...
Lauk asal hanya kari ayam and sayur kacang tu je. Lain-lain tu dari yang Kak Fifi bawak masa tengahari. Hehehe. Mewah la kalau wad bagi lauk macam ni. Berangan.. Kah kah kah.. |
Petang tu hujan agak lebat. Aku baru lelap kejap, nurse datang cakap nak pindahkan aku ke katil 19. Aku pun alih la barang-barang aku. Sekali tengok, katil depan aku tu ada pelawat. 2 orang anak lelaki and sorang anak perempuan. Terus segar bijik mata. Tak jadi nak baring. Nak baring apanya dah ada lelaki kat situ.
Untuk hari tu, aku solat kat surau belakang wad. Tak boleh nak solat kat dalam sebab takde sejadah. Nak pinjam kat orang dalam wad rasa segan. Rela lagi aku merayap jauh. Lepas Isyak, aku dok menung kat pondok luar wad. Sambil call Maklang tanya pasal abang aku. Then, masuk wad balik. Tengok pelawat tu masih ada kat situ. Sudahnya, aku tarik tirai tu tutup habis sekeliling katil aku. Hahaha. Puas hati. Terus bukak tudung, baring, tarik selimut berdengkur.
Baru je beberapa jam lelap, tiba-tiba ada orang bukak tirai. Aku dengan mamai lagi masa tu, celik mata sikit tengok ada nurse lelaki nama Kamarudin datang nak ambik bacaan bp. Aiyarkkk.. Memang tak sempat dah nak cari tudung. Huhu. Siap boleh ajak aku sembang lagi tu sambil tunggu bacaan tu. Tanya ada pelawat ke tak. Konon bagi semangat la.. Aku ye kan aje. Mengantuk la weh..
Pukul 5:00 pagi sekali lagi dia datang ambik bacaan bp. Haih.. Kali ni sekali dengan secawan milo panas. Wow.. Awalnya minum pagi kat wad. Haha. Aku capai tuala terus ke tandas. Then balik ke katil minum air milo tu. Nurse lelaki tu datang semula. Tanya macam-macam soalan. Diakhiri dengan kata-kata semangat. Dia cakap aku kena sabar la dengan ujian sakit ni. Aku dengan selamba jawab, "Saya OK je.. " Muahahahahahaha.. Kurang ajar je kan jawapan aku. Aku rasa dia mesti bengang dengar jawapan aku kan. Sorry la sedara.
02.09.2015 *** Sarapan pagi dengan dua keping roti je. Kebuluran aku nak tunggu lunch. Tengahari tu, Azril, kawan masa aku study kolej dulu datang melawat. Siap bawak komik lagi. Sekali dengan bekalan biskut and buah. Hehe. TQ yer bro. Tengah sedap sembang dengan mamat tu, muncul geng opis pulak. Menggelabah si Azril nak lari balik. Wakaka.. Saja aku paksa duduk jugak. Nak segan dengan kawan opis aku konon. Nak je sekeh. Btw, sepanjang hari tu, memang takde apa sangat. Aktiviti makan tidur je. Ambik bacaan bp. Itu je. (Tak sempat ambik gambar member opis.. Huhu.. Btw, TQ pada geng opis yang datang bawakkan barang-barang yang aku nak guna sepanjang "percutian kat hotel" tu.. Hahaha.)
Ini member masa kolej tu. Azril. Tukang sponsor buku kartun untuk hilangkan kebosanan aku. Haha. |
03.09.2015 *** Pagi-pagi lagi nurse datang ambik darah. Tak lama lepas tu doktor datang buat rondaan. Doktor cakap, tunggu result darah. Kalau dah ok, boleh start ubat baru. Kalau takde pape masalah, dah boleh keluar wad. Aku happy la dengar boleh balik. Dalam pukul 11:00 pagi kalau tak silap aku, nurse datang kat katil depan katil aku. Dia bagitau makcik katil depan aku tu yang dia dah boleh balik petang tu. Aku ni tunggu dengan penuh semangat la kot-kot nurse tu nak bagitau benda sama kat aku. Tapi hampa sebab lepas tu aku tengok nurse tu terus jalan keluar. Tiba-tiba dia stop pandang aku. Dia bagitau aku tak boleh balik lagi sebab bacaan darah tak ok. FINE! Kecewa tau. Huh!
04.09.2015 *** Lepas sarapan, datang sorang doktor check pesakit. Masa dia singgah katil aku, aku tanya bila boleh keluar. Katanya kalau ikut yang sebenar-benarnya, aku kena tahan lagi seminggu. Erkkkk.. Tapi nasib baik dia cakap, nanti dia tanya bos dia kalau-kalau aku boleh balik awal. Maybe doktor yang pangkat lagi tinggi dari dia kot. Lepas tu, aku sambung baca majalah Apo? Tiba-tiba muncul sorang doktor lain beberapa jam lepas tu. Dia tengok fail aku. Then tanya aku ada muntah lagi tak. Aku nak balik ke tak. Of course la aku cakap nak. Gila tak nak? So, doktor tu cakap boleh bagi balik tapi kena datang balik Isnin nanti. Aku cakap ok. Takut dia tak bagi keluar. Hahaha. Maka, dapatla aku keluar petang tu. Hehe. TQ pada yang menjemput kat wad. Nasib baik orang tu offer nak ambik. Kalau tak, naya aku. Bayangkan masuk wad tak bawak apa. Masa keluar, sampai dekat tiga beg barang aku bawak balik. Confuse kejap. Ni tempat orang sakit ke tempat shopping. Heheheh.
Dapat la MC sampai hari Isnin. Hoyeahhhhh.. |
05.09.2015 - 06.09.2015 *** Duduk rumah kerja aku dok main dengan habuk. Padahal doktor dah pesan. Sementara waktu ni aku tak boleh duduk kat kawasan banyak habuk and tempat yang ada banyak pendatang asing. Tapi disebabkan aku stress tengok rumah tunggang langgang abang aku buat sepanjang ketiadaan aku kat rumah tu, habis semua susun atur kerusi meja kat ruang tamu tu aku ubah. So, memang banyak la habuknya kan. Haha.
07.09.2015 *** Terbangun lambat pagi tu. Kelam kabut bersiap. Patut ada kat IPR pukul 8:30. Tapi aku sampai pukul 9:10. Dengan jalan jammed teruk kat Bangsar. Nasib baik aku tak jadi naik teksi. Kalau tak memang lingkup la. Huhu. Sampai je terus letak buku appointment dalam bakul kat kaunter. Ikutkan aku nak tanya something kat orang kaunter. Tapi petugas kaunter tu sangat tak mesra alam. So, aku diam jela. Lepas tunggu dalam 35 minit macam tu, nurse kat kaunter tengah panggil. Timbang berat apa semua. Pastu pergi bilik rawatan untuk ambik darah. MA Suhaimi tu nampak je aku da sengih da. Tau kenapa? Sebab aku dah dua tiga kali jumpa dia untuk ambik darah. And setiap kali nak ambik darah je, punya la seksa dia nak jumpa urat aku. Dia cakap urat halus sangat. Eleh, cakap jela nak kata tangan aku banyak lemak. So, urat tersembunyi. Kan senang. Wakakaka.
Dapat je darah terus ke makmal untuk dapat result darah tu. Aku tengok bacaan tu masih lagi tak normal. 124. Banding masa aku kat dalam wad tu, rasanya lambat pulak turun bacaan tu. Hurmmmm.. Pastu pergi tunggu depan bilik doktor. Khusyuk main handphone sampai tak sedar dah tiba giliran aku. Sampai doktor sendiri keluar panggil nama aku. Malu sat.. Hahaha.. Masuk je bilik doktor, doktor cakap ade pengurangan tapi masih tak normal. Tak boleh start ubat baru sebab takut nanti confuse. Then, doktor set kan appoinment hari Khamis ni pulak. Adoiiii.. Kena pergi lagi. Aihhhh...
Nota Cik Rimau : Hope kali ni, badan dah tak reject ubat baru nanti. Kalau reject jugak, ada kemungkinan doktor akan bagi ubat guna cara lain. Huhu.. Tak sangka kan yang ubat TB ni bagi efek sampai macam ni kat Cik Rimau. Betul-betul rasa give up minggu lepas. Rasa nak je pergi hospital malam-malam mintak masuk wad sebab tak larat sangat. Alhamdulillah lepas stop ni selera makan dah ok. Berat pun naik balik. STRESS! Hahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan