Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

26 April 2014

Setahun Berlalu...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera penghuni dunia blog..


Apa khabar semua? Ada tak yang rindukan kemunculan Cik Rimau ni? Huhu. Perasan je kan. Dah la tak glamour. Ada hati pulak tu berangan nak ada orang menantikan kemunculan semula kan? Yela.. Yela.. ok fine.. Tak ada orang rindu. Merajuk! Haha. Ok, stop intro gedik macam tu. Actually, malam ni aku saja nak buat luahan perasaan sikit. Rasa macam dah lama sangat tak mengadu kat blog buruk ni. Huhu. So, sebelum aku mulakan. Jom imbas kembali entri aku setahun yang lalu. Ingat lagi? Kalau tak ingat, sila klik link di bawah.




26.4.2014. Cukup setahun pemergian satu-satunya adik yang aku ada, yang dipinjamkan Allah selama 22 tahun. Tak sangka kan. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik. Dah setahun rupanya. Dan ketahuilah oleh korang warga dunia blogger. Pada saat aku menaip entri ini, waktu ini, ketika ini dan detik ini. Sumpah, aku rindukan arwah. Dan ketahuilah bahawa pada saat aku menaip entri ini jugak, aku sedang sedaya mungkin cuba untuk tidak menjadi terlalu beremosi. 


Ya, aku tau. Dah setahun dah pun. Mungkin ada yang terfikir. Takkan la aku masih tak boleh nak lupakan pemergian arwah. Takkan la aku ni masih belum terima kenyataan. Nanti dulu. Jangan salah faham. Aku terima qada' dan qadar Allah. Aku tak pernah salahkan takdir. Tapi aku ni manusia biasa. Yang ada ketikanya akan merindukan orang yang dah pergi buat selamanya. Bagi yang dah baca sejarah kehidupan aku selama ni, mungkin korang faham kenapa aku rasa sedih sangat bila arwah adik aku pergi terlalu awal. Pada yang rasa nak tau sejarah kehidupan aku, boleh baca di link-link berikut. 





Berbalik semula kepada tujuan asal aku menaip entri ni.. Aku dah lama pendamkan apa yang ada kat dalam hati and fikiran aku. Sangat lama. Ya, sangat-sangat lama. Kenapa? Sebab aku takde kekuatan nak share dengan orang lain secara berdepan. Aku takut aku akan menampakkan sikap aku yang sebenar. Aku tak nak orang nampak aku lemah. Aku nak orang selalu nampak aku sebagai seorang yang kuat. Dan paling penting.. Aku tak nak menangis depan orang.. 


Hurmmm.. Bila difikirkan balik. Aku bukan kakak yang baik untuk arwah adik aku. Sebab aku hipokrit. Aku jenis manusia yang tak pandai nak menzahirkan perkataan "sayang" kepada insan-insan yang aku sayang selama ni. Pada aku, "sayang" tak perlu nak diucap. Kalau dah namanya family, of course rasa sayang tu wujud. Tapi aku silap. Sepatutnya aku cakap kan? Aku sedar, aku tak pernah langsung cakap kat arwah adik aku yang aku sayangkan dia walaupun arwah selalu cakap kat aku. Dari segi perbuatan pun, aku jarang tunjukkan. Aku lebih suka membebel kat arwah. Aku rasa menyesal sangat-sangat.


Aku tau arwah dah takde dah pun. Tapi aku tetap nak arwah tau. Aku SAYANG kan dia sangat-sangat. Sama macam mana aku sayangkan ahli keluarga yang lain. Silap aku, aku tak pandai nak tunjukkan rasa sayang tu. Aku suka tunjukkan diri aku yang garang kat arwah. Tapi percayalah.. Setiap kali arwah cakap nak keluar jumpa kawan, akulah manusia yang paling risau kalau dia balik lambat. Berpuluh-puluh sms aku hantar untuk pastikan dia selamat. Setiap kali arwah nak balik ke Ipoh, akulah manusia yang akan rasa paling sunyi. Takde kawan untuk berbual. Takde kawan untuk meluah perasaan, melepaskan rasa geram, mendapatkan pandangan. Setiap kali arwah nak pergi jauh je dari aku, aku rasa tak nak benarkan. Aku rasa nak dia selalu ada di sisi. Walaupun, dia nak pergi bermalam kat rumah kawan untuk dua tiga malam.


Aku manusia yang teruk kan? Manusia yang tak berani nak mengakui rasa hati. And now, arwah dah pergi tanpa sempat aku menyatakan rasa sayang padanya. Aku hope sangat, arwah tau. Ada masanya, aku harapkan arwah muncul dalam mimpi aku. Tapi sampai ke saat ini, masih tiada. 


Untuk makluman semua pembaca, buat masa ni, aku ada masalah sikit dengan saudara mara di kampung. Pasal rumah pusaka tinggalan arwah abah dan mak. Aku tak tau nak buat keputusan. Kalau lah aku seberani arwah adik aku dalam menyatakan pendirian, memberikan kata putus. Tapi aku.. Aku penakut. Hak sendiri pun tak berani nak pertahankan. Apa yang aku buat? Aku hanya pandai mengelak je. Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak jadi manusia lemah ni? Kenapa susah sangat aku berubah jadi manusia berani? Kenapa? Aku rasa macam manusia tak berguna je. Hurmmmm.. 


Apa pun, aku berterima kasih dikurniakan Allah teman-teman yang baik di sisi. Yang sentiasa ada di sisi di saat aku memerlukan sokongan moral. Yang tak pernah jemu ambik berat pasal aku. Yang selalu risaukan keadaan aku. Terima kasih banyak-banyak. Korang adalah salah satu sebab untuk aku meneruskan hidup yang agak kelam ni. Terima kasih sangat-sangat. 


Buat adikku yang baik, terima kasih kerana banyak bersabar dengan sikap aku selama ini.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana banyak membantu aku selama ini.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana selalu mendengar pelbagai luahan perasaan aku.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana menjadi adik aku.
Buat adikku yang baik, percayalah aku akan tunaikan janji kita untuk terus jaga abang kita.
Dan buat adikku yang baik, tenanglah kau di sana. 
Berbahagialah kau menemui Pencipta yang satu.
Moga kau kini ditempatkan bersama arwah ayah dan ibu.
Nantikanlah aku di sana. 
Yang satu hari nanti pasti dijemput kembali.
Walaupun kita kini dipisahkan oleh dunia dunia yang berbeza, ketahuilah doaku untukmu dan kaum keluarga yang telah pergi takkan pernah putus.


Ok lah. Aku tamatkan dulu entri aku di sini. Aku pohon pada yang membaca entri ni agar sama-sama menyedekahkan al-Fatihah untuk arwah adik aku. Terima kasih banyak. Selamat malam.



Nota Cik Rimau : Entri agak tunggang langgang malam ni. Emosi agak kurang stabil. Maafkan Cik Rimau yer.. Huhu.

16 Februari 2014

Perginya Seorang Sahabat

Assalamualaikum dan selamat malam semua..


Dah lama betul aku tak membebel kat sini.. Harini agak menyedihkan bagi aku and kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong.. Mayat / jenazah sahabat kami (Zul Ikhram) akhirnya berjaya ditemui kira-kira 15 meter dari tempat arwah lemas. Aku sebagai teman sekampung / satu sekolah mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Jenazah telah pun selamat dikebumikan sebentar tadi.. Mohon pada pembaca blog ni sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah.. Al-fatihah..


Masa usaha menyelamat dijalankan.



Baju putih bersongkok tu datuk kepada arwah, Pak Aziz. Sedih tengok muka. Hurm.. 
Pengebumian jenazah selesai dalam pukul 1.30 pagi. Alhamdulillah selamat semuanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 


Nota Cik Rimau : Ajal maut tak mengenal usia. Kalau tahun lepas Cik Rimau kehilangan adik, tahun ni teman sebaya pulak. Cik Rimau harap mak arwah, adik-adik and seluruh kaum keluarganya dapat menerima pemergian mengejut ini sebagai satu ketentuanNya dan redha dengan takdir yang datang ni. Kita semua sama-sama pernah merasai kehilangan. Semoga ujian yang datang dalam hidup ini mampu mengukuhkan dan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. In shaa Allah..

12 Mei 2013

Perginya Seorang Adik (13.3.1991 - 26.4.2013)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni...


Harini aku taknak merepek pasal benda lain. Entri harini khas untuk menceritakan/berkongsi perasaan aku yang baru je kehilangan adik (Lahi) buat selama-lamanya. Pemergian yang sangat mengejutkan. Pada korang yang tak tau kisah hidup aku selama ni, boleh rujuk entri ini. Sejak dari kejadian dulu tu, kitorang tinggal bertiga beradik. Sama-sama rasa susah senang hidup tanpa mak abah. Tinggal pun jauh dari sedara mara. Sakit pening kitorang masing-masing jaga satu sama lain. Sedih jugak rasa kadang-kadang tu tapi takpela kan... Asalkan still bersama adik-beradik. 


Abang aku (Epoi namanya) OKU dari segi pembelajaran. Walaupun dia macam tu, aku dengan arwah Lahi memang dah nekad nak jaga Epoi. Bukan takde orang suruh hantar Epoi pergi rumah kebajikan. Ramai je suruh. Alasan dorang, nanti kalau kitorang kahwin, sape nak jaga Epoi? Takkan nak bawak tinggal sekali dengan husband? Karang korang pulak bercerai sebabkan Epoi. Korang pergi kerja nanti, abang korang sape nak jaga? Itu antara alasan yang paling kerap aku dengar. Tapi takpela. Susah macam mana pun, kitorang pilih untuk kekal tinggal tiga beradik. Tak nak terpisah antara satu sama lain. Lagipun, arwah abah dah pesan untuk jaga Epoi.


Then, tak lama lepas kitorang tinggal bertiga, Lahi dapat sambung belajar kat Politeknik Ungku Omar. So, aku memang agak busy sikit sejak tu. Kena prepare macam-macam sebelum and selepas balik kerja. Tapi lepas je Lahi habis belajar, dia la yang banyak tolong aku. Aku tak payah risau hal rumah. Baju-baju kat rumah dia yang basuh, lipat, rumah dia yang kemas, Epoi punya makan dia yang settlekan, bil-bil utiliti dia yang pergi tolong bayarkan, baju kerja aku dia yang gosokkan and macam-macam lagi. Aku balik je, makanan dah siap terhidang. Memang sume complete la. Aku tak payah nak fikir apa dah pasal rumah. :-(

Sejak awal tahun ni, aku agak busy dengan kerja. Lepas je settle sume kerja tu, aku ambik cuti hujung bulan Mac yang lepas. Dengan niat nak bawak Lahi and Epoi bercuti kat Pulau Pangkor and nak ambik sijil berhenti sekolah + sijil SPM Lahi kat sekolah lama kitorang dulu. (Lahi tak pernah tuntut sijil-sijil tu selama ni) Lahi semangat gila nak dapatkan sijil-sijil tu. Katanya tak sabar nak mintak kerja. Dia nak tolong aku. Dia siap berangan nak beli kereta kalau dah kerja nanti. Boleh pergi kerja sama-sama. Dia nak hantar and ambik aku balik dari kerja katanya... 

Tapi kuasa Allah tak siapa dapat halang. Aku langsung tak menjangkakan yang  itulah kali pertama dan jugak terakhir kitorang dapat pergi bercuti sama-sama dengan Lahi. Aku still lagi rasa macam tak percaya yang dia dah takde. Dia dah pergi menghadap penciptaNYa.  Dia dah pergi untuk selama-lamanya. Pergi yang takkan kembali lagi and takkan ada gantinya. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Yang aku tau, aku sedih sangat-sangat and rasa sunyi sangat-sangat sejak dia takde ni. Aku rasa keseorangan. Aku dah takde kawan paling baik aku, kawan tidur aku, kawan pendengar masalah aku, kawan peneman aku merepek, kawan yang banyak membantu aku dalam segala hal and kawan yang paling faham aku sepenuhnya.


Aku ingat lagi... Seminggu sebelum dia meninggal, aku demam. Boleh dikatakan teruk sebab ada satu hari tu aku memang tak larat nak bangun. Kebetulan haritu, Lahi nak keluar jumpa kawan dia. Dia balik je, dia belikan aku KoolFever, air cap badak and lain-lain yang boleh meredakan demam. Then, sehari lepas aku masuk kerja, aku dapat MC. Aku duduk rumah je rehat. Lahi la yang banyak tolong aku. Dia siap bangun awal-awal pagi semata-mata nak cari resepi nak buat sup ketam untuk aku. Dah dapat resepi, terus dia turun pergi kedai cari barang-barang. Dia siap belikan and buatkan air barli untuk tolong aku kurangkan panas badan. 


Lepas tu, aku sihat balik.Tapi tak lama. Sebab sehari je lepas aku masuk kerja balik, badan aku jadi panas semula. Tapi aku buat rileks je. Tak nak la orang cakap mengada-ngada ke apa ke. Then, hari Jumaat tu naik gatal-gatal kat badan aku. Habis jadi merah tangan aku. Aku pergi klinik. Doktor cakap hanya virus. Hari Sabtu nak pergi ofis, Lahi ajak aku singgah klinik bawah rumah tu. Dapat ubat gatal je. Selang berapa hari lepas tu, aku sihat balik. Then satu hari tu, Lahi sms aku. Katanya abang aku demam. Aku suruh la dia bagi ubat or buat apa yang patut. Lahi jugak la yang jaga abang aku masa demam tu. Kesian dia...


Abang aku demam tak lama. Dalam dua hari je dia dah ok balik. Then hari Rabu (24.4.2013), masa aku tengah bersiap nak pergi kerja, Lahi cakap dia pening kepala, rasa nak demam. Aku suruh dia makan ubat. Tapi katanya nanti je kalau tak larat. Then aku tengok dia bila pagi ok, bila malam dia jadi lembik. Bila malam je, dia muntah-muntah, cirit-birit. Last-last aku paksa dia makan ubat. Dia makan jugak. Pagi esoknya dia cakap dia dah sihat. Aku takde la risau tengok dia macam dah ok. Dia siap cakap nak pergi tengok Iron Man 3. Aku cakap ok je. Balik dari kerja, aku cakap la nak pergi tengok movie tu Ahad nanti. Yang peliknya, dia takde komen pape. Dia diam je. Aku tengok dia tak cakap apa-apa, aku anggap dia tak nak pergi. Aku malas nak komen lebih-lebih. Takkan nak paksa dia kan. Tapi malam tu, ayat yang dia cakap kat abang aku asyik terngiang-ngiang je kat telinga aku. Walaupun masa tu aku rasa dia main-main je, tapi ayat tu macam melekat kat otak aku. Aku buat tak tau je walaupun rasa pelik. Ayat dia berbunyi macam ni, " Epoi, tolong jap bawakkan selimut aku masuk dalam bilik. Aku rasa dah nak mati dah ni. "


Pagi Jumaat (26.4.2013), masa aku bangun nak pergi kerja, aku tengok Lahi dah ada baring atas sofa. Dia cakap dia dah sihat. Dia siap tanya kalau-kalau ada bil nak suruh dia bayarkan. Aku cakap nanti je dulu sebab duit dalam tangan maybe tak cukup nak bayar. Dia cakap ok je. Masa aku siap pakai tudung, dia masuk dalam bilik. Pagi tu dia tak tolong pun kuncikan pintu. Abang aku yang kunci. Tapi sebelum keluar dari rumah, Lahi sempat jerit. "Bye Akak.."  Walaupun aku anggap biasa (memang dia selalu cakap macam tu setiap pagi), tapi entah kenapa pagi tu aku rasa lain macam. Terdetik kat hati yang macam wish tu mungkin yang terakhir aku dengar dari dia. Tapi macam biasa, aku buat tak peduli. Tak nak fikir bukan-bukan memandangkan dia cakap dia dah sihat. 


Kat ofis, Lahi call aku masa dah dekat nak lunch. Dia tanya aku dah nak balik ke. Aku jadi pelik. Biar betul adik aku ni. Belum pukul 12 lagi dah tanya aku nak balik ke. Aku cakap la lambat lagi. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap, dia mungkin mamai je. Lepas je dari tu, aku jadi pelik. Tapi aku takde la cakap apa-apa kat sape-sape. Balik dari kerja, aku singgah beli burger. Aku tau Lahi tak masak kalau dia demam macam tu. Aku terfikir nak ajak dia pergi klinik kalau dia tak sihat jugak. Aku masuk rumah, aku jenguk dia dalam bilik. Dia pun pandang aku, pastu dia buat hal dia. Aku pulak lepas settle sume urusan aku, memang aku terus lepak luar bilik. Aku layan Running Man kat pc. 


Aku intai-intai jugak ke dalam bilik. Aku tengok dia ok je. Adik aku memang jenis tidur berbunyi. So, aku duduk balik layan pc. Abang aku masuk tidur tak lama lepas tu. Dalam pukul 12 tengah malam, aku matikan pc. Aku masuk bilik. Aku tengok Lahi lain macam je. Aku pegang tangan dia. Sejuk sangat-sangat. Aku jadi panik. Aku gerak-gerakkan dia. Langsung tak bergerak. Mulut dia berbuih. Aku terdiam sekejap. Aku dapat rasakan masa tu dia memang dah takde. Aku tak tau nak buat apa masa tu. Aku cuba gerak dia lagi. Memang dia dah kaku. Macam-macam andaian keluar kat kepala aku masa tu. Aku macam tak percaya dia dah takde. Yela, dia muda lagi. Baru je sebulan lebih genap 22 tahun.


Aku gerak abang aku. Kitorang pergi rumah jiran depan rumah. Maklumkan pasal Lahi. Pakcik tu datang rumah. Dia periksa Lahi. Walaupun pada dia Lahi maybe pengsan je, tapi perasaan aku masa tu memang dah dapat rasa dia dah takde. Aku memang takut sangat masa tu. Tapi aku cuba tenangkan fikiran. Cuba redha. Takut terlampau sedih and banyak fikir sampai jadi gila. Mungkin boleh jadi gila kalau aku tak tenangkan fikiran. Adik aku pergi mengejut macam tu. Memang boleh buat aku jadi tak betul.


Pakcik Lan tu pun call ambulans. Dalam setengah jam lepas tu, ambulans sampai. Pembantu perubatan tu cek keadaan Lahi. Then, dia maklumkan Lahi dah takde. Katanya, Lahi demam panas. Kena sawan tarik. Walaupun aku dah dapat terima hakikat Lahi memang dah takde, tapi air mata tetap jugak keluar. Abang aku pun sama. Dia campak baju-baju dia. Mujur ada jiran depan rumah tu tolong tenangkan. Aku terus pergi buat report lepas tu dengan bantuan jiran depan rumah (Aswad namanya). Polis tanya aku nak buat post mortem ke tak. Aku cakap tak nak. Aku takut lambat urusan pengebumian. Berkali-kali polis tu tanya. Last-last dia keluarkan jugak permit penguburan. 


Masa aku balik rumah, aku nampak orang dah ramai kat luar rumah. Dorang nak tolong and nak bawak jenazah ke surau. Adik perempuan Aswad, Aisyah yang temankan aku sepanjang kat surau tu. Subuh tu, kawan baik aku, Wahidah sampai dari Tanjung Malim. Mujur dia ada. Kalau tak aku memang takut. Aku dah takde mak abah. Aku jela yang paling tua dalam family. Dah la tak tau apa-apa. Alhamdulillah ada kawan yang sanggup datang dari jauh. Bila hari makin siang, makin ramai kawan-kawan aku yang datang. Kawan Lahi yang duduk KL pun ada yang datang. Cikgu yang baik dengan Lahi pun sanggup datang dari Kuala Kangsar. Aku bersyukur sangat-sangat ramai yang datang. Tapi agak terkilan sebab takde sorang pun dari saudara mara or kaum kerabat baik dari belah mak or dari belah abah yang nak datang. Yang belah mak bagi alasan takde kenderaan. Yang belah abah, mula-mula cakap nak datang. Bila aku call balik, tiba-tiba cakap tak dapat datang sebab nak pergi kenduri. Ok takpe. Masing-masing ada alasan. Terpulang la..


Dalam pukul 11 lebih, semua urusan selesai dengan bantuan jiran-jiran kawasan perumahan. Dorang memang banyak tolong. Aku memang sangat-sangat terhutang budi dengan dorang. Kalau la dorang tak tolong, aku tak tau aku nak buat apa. Sangat-sangat berterima kasih dengan bantuan yang dorang hulurkan. And berbanyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir. Kehadiran anda semua membuatkan aku rasa lebih kuat menerima pemergian Lahi. Terima kasih sangat-sangat.


Sekarang ni, aku cuba teruskan kehidupan macam biasa. Walaupun muka nampak happy, dalam hati tak siapa yang tau kan? Macam kata sorang abang kat ofis tu. Yup, bila orang tanya aku ok ke tak, aku memang boleh jawab aku ok. Tapi sebenarnya aku masih tak ok. Walaupun aku cuba happy-happy kat ofis, aku tetap tak boleh nak elak dari rasa sedih bila aku duduk sorang-sorang. Kadang-kadang masa naik bas balik kerja pun, aku jadi teringat kat arwah. Mula la rasa nak menangis. Tapi cuba la bertahan. Mungkin masih baru lagi. InsyaAllah, mungkin tak lama lagi aku dapat kembali ok sepenuhnya macam dulu. Aku cuma harap agar dipinjamkan lebih kekuatan, ketabahan and ketenangan hati untuk aku terima dugaan and ujian yang direncanakanNya ni. Moga pemergian adik aku ni tak menjadikan aku seorang yang makin lemah tapi menjadikan aku seorang hamba yang makin kuat menerima dugaanNya. Mudah-mudahan.. Amin...


Nota Cik Rimau : Tiba-tiba teringat yang arwah ada mintak belikan dia hadiah. Cik Rimau saja cakap tak nak belikan. Cik Rimau plan nak belikan dia senyap-senyap je nanti. Tapi tak kesampaian pulak hajat tu. Lepas ni, dah takde la kawan karaoke Cik Rimau. Takdela orang nak buatkan bibimbap dah. And lepas ni, takde la "Yaie-Jaja" dah. And sekarang ni, Cik Rimau rindu sangat kat dia.. Rindu nak gaduh dengan dia lagi... :-(

22 Jun 2011

I'm Back

Assalamualaikum and selamat malam...


Lama gila aku tak update blog ni kan? Haha. Sindrom malas dah mula melanda diri. Kih kih kih. Ikutkan setiap hari aku bukak je blog ni. Tapi bila masa nak menaip je, mood malas pun datang dengan tiba-tiba. Alasan semata-mata. :-) Actually, banyak betul benda yang berlaku sepanjang aku tak membebel kat sini. Hal-hal peribadi and hal-hal yang terjadi kat orang sekeliling aku. Nak story ke tak ek? Korang nak tau ke? Hurmm.. Macam tak nak je. Hehe. Ah.. Tak kira. Aku nak cerita jugak. Hehe.


Minggu lepas, mood aku agak tak stabil. Bukan agak dah. Aku rasa memang tak stabil pun. Rasa nak marah orang je. Sape cari pasal dengan aku, memang dapat la ayat pedas dari aku. Haha. Actually, minggu lepas aku ada problem sikit. Memang aku tak tau nak settle macam mana. Asyik fikirkan sangat kot. Sampai mengganggu konsentrasi and mood aku. Haissshh.. Aku mintak maaf la ye pada sesiapa yang terkena tempias kemarahan + kerunsingan aku sepanjang minggu lepas. Hehe.


Seperti yang aku ceritakan pada entri sebelum ni, aku rasa mungkin ada antara korang yang mungkin terbaca berita berkaitan dengan kes yang melibatkan salah seorang pegawai di jabatan aku tu. Kematian isteri and anak Encik Yoon yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh kecuaian hospital. Lepas dah dengar cerita daripada staff Encik Yoon berkaitan kes ni, aku sendiri pun setuju memang kes ni berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak hospital. Untuk makluman korang yang masih belum tahu lagi, mendiang isteri Encik Yoon ni meninggal di hospital swasta. Bukan di HKL. Encik Yoon bawak mendiang isteri dia ke HKL untuk buat post-mortem. Untuk pastikan penyebab kematian isteri and anak dia.


Daripada apa yang staff dia cerita kat kitorang sebelum ni, dorang kata hospital tu macam tak cukup peralatan. Kebetulan masa dia datang buat check-up kat situ petang tu, staff hospital tu kata dia dah tiba masa nak bersalin. Nurse nak suntik apa entah kat dia (epidural kalau tak silap). Tapi dia tak nak. Entah macam mana, nurse suntik jugak. Tiba-tiba badan dia jadi biru. Tak lama lepas tu doktor datang check. Dia muntah. Then, dia koma sekejap. Aku tak ingat sangat jalan ceritanya. Tapi itu adalah antara sebahagian daripada apa yang terjadi kat dia. Tak lama lepas tu, doktor kata dorang dah cuba yang terbaik. Dorang dah tak dapat nak buat apa-apa. 


Encik Yoon sepanjang masa temankan isteri dia. Dia sendiri jadi saksi apa yang jadi kat isteri dia. Daripada cerita ni pun, aku rasa korang dah dapat nampak pihak mana yang patut dipersalahkan. Bukan la maksud aku untuk menuding jari meletakkan kesalahan pada sesiapa. Tapi kalau dah memang pihak tu bersalah, aku memang sokong la tindakan Encik Yoon tu. Bukan untuk balas dendam atas kematian tu. Tapi untuk dijadikan pengajaran dan iktibar supaya kejadian seperti ni tak berulang lagi. Apa pun, semua ni terpulang pada pihak yang lebih arif. Aku and warga jabatan yang lain, akan tetap and selalu mengharapkan yang terbaik untuk Encik Yoon and anak lelakinya. 


Masa dapat berita kematian isteri dia pagi Rabu lepas, aku terkejut sebenarnya. Macam tak percaya. And rasa kesian sangat-sangat kat Encik Yoon. Untuk pengetahuan korang, Encik Yoon ni sangat pemurah and baik. Walaupun ada masanya dia tegas, tapi sebenarnya dia baik. Buat kerja pun bagus. Selalu belanja staff bawahan dia. Dia tak kisah pun nak keluar duit banyak untuk belanja staff bawahan kalau dia puas hati dengan kerja yang dorang buat. Staff seksyen aku pun dah banyak kali dia belanja. Dia tak kedekut. Masa dia dapat naik pangkat hari tu pun, dia belanja semua staff seksyen dia and staff kat seksyen aku. Masa APC tu pun, dia keluar banyak belanja untuk jual bunga. Tapi sudahnya tak pulang modal pun sebab dia banyak bagi free kat orang. 


Ikutkan ramai nak dia dapat APC untuk tahun lepas. Disebabkan sikap murah hati dia ni la, ramai yang senang berkawan dengan dia. Tak hairan la kenapa ramai warga jabatan yang datang menziarah dia masa kat HKL haritu. Pengarah bahagian pun ramai yang datang bagi semangat kat dia. Kesian tengok anak dia. Hampir-hampir menangis jugak la aku masa tengok anak dia asyik tanya mana mummy dia. Dia cakap nak tengok mummy tengah tidur. Tak sanggup aku nak tengok. Terus aku paling muka ke tempat lain. :-)


Memang kesian sangat kat Encik Yoon. Dia tak menangis pun masa kitorang datang. Mungkin la dia cuba sembunyikan kesedihan dia dengan menunjukkan muka tenang. Aku ingat lagi masa sehari sebelum dapat berita menyedihkan ni. Encik Yoon ada datang seksyen aku untuk bincang pasal apa entah. Sebelum dia keluar dari seksyen aku, dia singgah sekejap kat tempat aku and Kak Ziha. Dia sembang sekejap. Pastu Kak Ziha sempat tanya dia, bila isteri dia nak bersalin. Dengan muka cerianya, dia jawab dah tak lama dah. 


Seminggu sebelum tu pulak, punya la semangat dia berebutkan kain batik yang Kak Najwa jual dengan sorang staff dia. Memang cantik pun kain tu. Dia belikan untuk isteri dia. Tak sangka pulak, tak sempat pun isteri dia pakai. Kesian sangat kat dia. Hurrmm.. Apa pun, aku harap dia boleh kembali ceria macam sebelum ni. And hope dia makin tabah untuk besarkan anak dia sorang-sorang tanpa isteri di sisi. Aku dengar tadi, mungkin esok dia akan masuk kerja semula. :-)


Aku pulak, memang busy sangat dua tiga hari ni. Banyak sangat kerja sampai dah tak tau mana yang patut didahulukan. Masalah betul. Huwaaaa.. Dah la minggu lepas kitorang dapat berita yang empat orang staff akan ditarik ke kementerian untuk isi kekosongan. Gila ah. Mau lumpuh operasi kat seksyen aku. Hilang semangat aku nak kerja lepas dapat berita tu. Bukan setakat sedih nak hilang kawan je tau. Tapi sekali dengan rasa risau sebab beban tugas bakal bertambah. Kerja yang ada pun tak termampu nak siapkan. Ini kan nak tambah pulak. Mau pengsan aku kat office tu. Haha.


Bos pun dah pening aku rasa. Dia dah la pregnant. Kena pulak handle banyak benda yang memeningkan kepala. Adeh.. Apakan daya. Dah nama pun kerja kat seksyen yang memerlukan kita sentiasa berhadapan dengan orang. Nama pun sumber manusia. Uruskan hal-hal berkaitan dengan orang la. Nak buat macam mana. Terpaksa la kan. Dah itu tanggungjawab kita. Hehe.


Isnin baru ni, bos panggil aku jumpa dia. Gabra aku jadinya. Aku ingatkan aku ada buat salah. Sia-sia je takut. Haha. Padahal bos nak tanya pendapat aku. Setuju ke kalau aku yang ambik alih tugas berkaitan dengan sistem HRMIS. Ternganga jugak la aku bila ditanya soalan tu. HRMIS? Errrkkk.. Adeh.. Lemah betul la. Tapi aku cakap ok je. Dah Puan Nurul pun sokong aku yang ambik alih. Aku pun angguk jela. Bos kata aku agak ok dari segi sistem-sistem ni. Sebab tu dia pilih aku. Bangga? Takdela. Dah bos percaya aku boleh buat, aku kena la buktikan aku boleh. Betul tak kawan-kawan? Hehe. 


Tapi bos dah janji dengan aku. Kalau aku setuju ambik HRMIS, dia akan kurangkan beban tugas aku yang sekarang ni. Gila la. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang itu yang aku harapkan pun. Haha. Bos macam tau-tau je aku berat nak terima sebab kerja sekarang ni pun dah banyak. Aku pun apa lagi. Setuju aje la. Aku pun ambik kesempatan mintak bos tolong cakap kat Pakcik Syed yang aku bukan pembantu dia dah. Kih kih kih. Jahat gila kan? Eh.. Biarla. Aku nak cakap sendiri kat Pakcik Syed tu, tak sampai hati pulak. Kesian kot tengok muka mengharap dia tu. :-) Well, aku ni gaya je ganas tau. Tapi hati ada banyak taman bunga ni. Hak hak hak. Bos cakap ok. Dia memang nak bagitau pun. Puan Nurul pun setuju. Aku tengok dia pun macam geram je bila dapat tau Pakcik Syed still suruh aku buat benda-benda berkaitan MBJ walaupun aku dah tak jadi pembantu dia da. Huhu.




And harini pulak. Pagi tadi aku kena pergi perhimpunan bulanan kementerian. Sepatutnya minggu lepas. Tapi dibatalkan and ditunda ke harini. First time kot aku pergi perhimpunan ni. Sebelum ni perhimpunan jabatan je. Ok la kan. Sekurang-kurangnya merasa jugak. Hehe. Ramai orang-orang besar ada tadi. Menteri pun ada. Hoho. Tak pernah lagi aku pergi perhimpunan yang ada ramai orang besar-besar ni. Hak hak hak. So, agak batak jugak la aku rasa. :-) Esok and Jumaat aku takde kat office. Kena pergi kursus kat kementerian. Bos suruh. Ada bengkel pasal HRMIS. Memandangkan aku dah setuju nak ambik alih HRMIS, kena la pergi belajar. Huhu. 




Nota Cik Rimau : Hohoho. Panjang gila entri Cik Rimau kan? Dah lama sangat tak membebel. Ini la jadinya bila dapat membebel. Hehe. Sorry la ye. Start esok Cik Rimau lawat korang macam biasa. Tq pada yang selalu singgah sini. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...